Skip to main content

Posts

Showing posts with the label DIY

DIY : IRON BOARD

Assalamualaikum... Iron board kat rumah tu dah lama patah macam kat gambar bawah ni. Mai sorang tanya kenapa patah? Sape buat? Kecik hati i'olls sebab pakat tuduh anak bujang kite. Padahal bujang tu langsung tak minat pun main kat area iron board ni. Pun tak dapat kesan la sape buat. Pakat tak mengaku. Rumah i'olls kan tempat persinggahan banyak orang. Kakak-kakak, anak-anak sedara semua. Pepaham la bukan boleh nak kontrol semua. Kalau pun anak sedara mai melepak kat rumah, i'olls pilih lepak dalam bilik je dengan anak sebab deme tengok kartun je. Kite malas nak ajar Thaqif menonton kartun sangat, even Thaqif pun kurang minat kecuali certain kartun je. Till that day. Abah dah kesian sangat kot iron board tu patah, abah pun DIY kembali since kaki iron board tu pun kukuh elok. Terus DIY balik iron board tu kasi cantik-cantik.  Taraa...  Kreatif tak abah? Okay. Saja kasi idea untuk korang yang bermasalah sama.

Wordless Wednesday : Berbunga-bunga...

Assalamualaikum...hari ini mood malas amat...  Tapi rajinkan diri jugak berbunga-bunga kat ofis ni sebab kenangkan usaha semalam dok menggunting-gunting...

Wed Preps : The Bunga Telor Extra Jimat (Roses Crepe Paper)

Assalamualaikum... Dari entri Penjimatan Extra ... Now... here... apa yang saya rombak balik atau buat penjimatan dalam persiapan perkahwinan ini, tajuk entri akan ada keyword 'Extra Jimat'. Hehehe... Hari ini nak share penjimatan Bunga Telor. Rentetan daripada percakapan saya dan en.Tunang semasa menunjukkan kepada beliau hasil tangan saya membuat Bunga Telor Crepe Paper Carnation seperti dibawah. En.Tunang suka. Pastu biasa saya suka cerita-cerita, how much the cost,  per paper crepe can create how much flower etc... Mula la soalan dia, tak boleh kecikkan lagi bunga, bagi 1 paper tu boleh buat banyak sikit bunga? Hamboi ko...request, den ni ha yang dok menggunting, mengelepet crepe paper untuk jadik bunga. Banyak komplin... Nyosal cherita panjang-panjang. Namun, hasil komen dan pandangan beliau la juga terbentuknya misi EXTRA JIMAT. Weekend itu jugalah saya menghabiskan masa online melalui HP, mencari tutorial-tutorial bunga-bunga yang lain boleh dihasilk...

DIY : Petak-petak

Assalamualaikum... Selamat petang... Hari bekerja yang agak sibuk daripada biasa, telefon asyik ringing...tapi masih sempat saya menggunting-gunting bahan DIY saya. Berpetak-petak... Gunting lagi begini... Tahukah apa akan terhasil? Tunggu... Hehehe...sangat addict dengan DIY dah sekarang. Sabar je ye en.Tunang, melayan cik Tunang yang begini. Semua nak buat. Saya sudah bersedia untuk selsema dengan bermain kain felt ini. Saya sangat sensitif dengan habuk, debu, mahupun benda yang berbulu kasar begini tapi saya tak peduli, yang penting puas hati menghasilkan sendiri untuk majlis saya tu. #Semalam dinner dengan en.Tunang, tunjuk handbouquet dan bunga telur hasil tangan saya. Dia suka! Yeah... Terus buat proposal kat dia pasal pearl handbouquet. Dapat jelingan tajam je la. Pakai yang dah buat tu je katanya. Huh! Hampeh. Tak apa, itu untuk guna masa majlis bertandang bulan lapan nanti, sempat lagi saya nak menghasut awak, sayangku.

DIY : Pearl Hand Bouquet?

Assalamualaikum... Semalam sudah update pasal fabric hand bouquet... Walaupun tak sekemas mana hasil hand bouquet tersebut namun ia memotivasikan saya untuk terus ber-DIY pelbagai lagi untuk wedding kami. Makan, sejak-sejak dah rajin ber-DIY ni, jadi terlebih rajin dah...Dah mula berangan nak DIY pearl hand bouquet pulaks... Sungguh gedik-gedik... Dapat dah bayang muka en.Tunang yang kena teman saya membeli-belah lagi. Memprotes lagi kang. Tutorial yang kelihatan senang untuk membuatnya oleh blogger Sharz , Rai's Craft dan banyak lagi, menyebabkan hatiku lagi melonjak-lonjak nak membuatnya bermula sekarang, cuma tak ada bahan je lagi tau. Kalau tak kat ofis ni juga saya gagah memintal pearl-pearl itu...Hehehe... credit to google dari blog puteri gaban gambar dari blog Sharz DIY Status Update: 1.Fabric Hand Bouquet - DONE! 2. Rubber stamp - DONE design. Print - not yet 3. Guestbook - DONE design. Print - Not Yet. 4. Photobooth Props - DONE design. ...

Wed Preps : Bunga Tangan Fabrik Almost done!

Assalamualaikum... He. Hujung minggu yang bermanfaat. En.Tunang kerja minggu ini, saya dirumah sahaja untuk dua hari ini. Sehari suntuk semalam memotong dan menjahit kelopak-kelopak bunga fabrik untuk buat bunga tangan yang comel.... first poddle 1 kuntum dua kuntum sejambak sudah Err...walau macam senget benget, terlebih besar or kadang terkecil tapi saya tetap berpuas hati dengan hasil tangan saya... Next step, touch up dengan kain net, riben, dan pasang pemegang dia. Done! Eii...tak sabar.tak sabar nak guna ni. #DIY tak la susah sangat, cuma kena rajin... Step paling malas saya dalam menghasilkan ini ialah potong kain. Walau apa pun... Sekarang dah siap. Hoorey...

DIY : Paper Crepe Flower

Inilah hasilnya... First trial. Buat masa cuti Deepavali tu sambil menunggu housemate bangun tidur untuk pergi window shopping kat Mid Valley. -Opss...pecah rahsia ada anak dara bangun lambat. Not bad la as the first timer buat kan? Cuma terbesar sangat tapi kelopak dia dah terbentuk cantik rite? Hehe. Second time buat, terkecil pula. Gabung tiga baru nampak perfect size. Comel juga gabung tiga camni kan? Boleh campur warna... Tapi jenuh nak mengembangkan kelopak-kelopak dia la. Tak apa, nanti cari perfect size. Huhu. -Owh...baru perasan berseni juga jemariku ini. *Senyum bangga* Ini saja teaser...Idea baru untuk diletak tepi mini pelamin tunang nanti. Perlu touch up botol tersebut + tukar warna bunga je lagi. Mood : tak sabar!