Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BAJU RAYA

Baju Raya 2015 Dah Setel

Assalamualaikum... Rentetan dari entri biru laut oh biru laut, maka pembelian parents punya baju raya pun dah selesai.  Diri sendiri punya kain baju raya dah siap beli lagi awal, dalam awal disember kot sebab berkenan kainnya. Eh. Masa beli kain kat parents, kite pun ada beli 2 pasang kain untuk kite sendiri jugak pasal macam dah lama tak jahit baju baru je kan. Sekali-sekala spend jugak untuk sendiri jugaklah. Lepas tu awal Mac, pergi ke pasar tani nak cuci mata je, tup-tup jumpa orang jual baju melayu baby comel-comel. Pilih-pilih berkenan dengan satu pasang. Warna plak akan-akan dah kain yang kite beli untuk kite masa Disember 2014 tu. Tengok saiz semua, macam okey je, harga pun murah sangat RM30 grab terus untuk #muhamadthaqifaiman. Color? Surprise! Raya baru tunjuklah. Kain kite dah selamat hantar ke tailor...Yeay! Suami punya baju, beli siap sudah la. Senang. Malas pening-pening. Pastu tuannya tak berapa semangat pun nak beraya sebab tahun ni pagi raya d...

Biru Laut Oh Biru Laut

Assalamualaikum... [ENTRI TERTUNGGAK] Wah! Gaji Februari masuk awal disebabkan Tahun Baru Cina. Pheww... Urut dada fikir nak urus duit hingga hujung bulan Mac. Riau tau, takut terlebih berbelanja. Dan sementelah tahun ini raya semakin cepat, sebagai penasihat kewangan keluarga kite decide gaji bulan ni asingkan sikit untuk beli baju raya keluarga, (our parents and I). Husband and Thaqif beli yang siap sudah le. Itu dekat raya baru dapat harga murah-murah dan banyak pilihan. So, tanya abah  Me : Baju raya tahun ni nak tema warna apa? Abah : biru, biru laut tu. Me : ok. Tanya mertua tersayang,  Me : Mak, tahun ni baju raya tema apa? Mak : Tak tahu la, ikot la. Me : Ok. Jangan rumit-rumit, kita beli je tema sama untuk kedua-dua parents, barulah hidup aman damai, tak de cakar-cakar cakap I sayang sana lebih ke sini lebih ke. Biru Laut. Oh. Biru Laut. I bayangkan biru soft-soft gitu setenang air laut. Maka saya beli la. Dari kiri kepunyaan : abah-mak...