Skip to main content

Posts

Showing posts with the label babyboy

Aktiviti bersama #muhamadthaqifaiman tanpa kos

Assalamualaikum... Lama tak update pasal anakda tersayang #muhamadthaqifaiman. Kejap je masa, pejam celik dah April. Bulan depan Thaqif 2 tahun dah. Pastu di naikkan pangkat jadi abang juga. Rasa tak puas lagi manjakan anak ibu seorang ni. Muhamad Thaqif Aiman. Hero. Permata hati ibu yang pertama. Going 24months babies, Thaqif is a very active baby boy. He smart, really easy to catch up new things. Sel-sel otak tengah berkembang sangat.  Hari-hari perasan nak pergi sekolah, pikul beg konon-konon nak pergi sekolah. Thaqif mula minat pada pensel, kertas. Nak tulis katanya. So ibu beli la set menulis magnet bagi kat Thaqif. Tapi pen menulis tu sokmo hilang dalam bakul mainan. Jenuh ibu memunggah bakul tu demi pen menulis nan sebatang. Another solution bila dia sebut tulis. Bagi je buku kosong dan pen sebatang. Tulislah suka hati ye. Well seperti dalam gambar, Thaqif prefer guna tangan kiri berbanding kanan. Adakah awak kidal macam papa? Huhuhu......

Naik turun tangga demam terus kebah

Assalamualaikum... 2 Jun 2015. Thaqif dah ada ura-ura demam pun siang tu. Balik kerja, pak ngah Thaqif call atok ajak makan pizza hut lepas magrib. Petang tu cik na datang. Thaqif seronok la main dengan kakak-kakak. Kakak-kakak nak balik dia pun sibuk jugak nak follow. Maka follow la cik na balik rumah. Sampai kat pizza hut, tengok Thaqif dah dok seronok main kat playground KFC tu dengan abang-kakak sepupu semua. Macam takde feel pun takde ibu... Pff... Cik na kata nangis jugak dok kat umahnya tadi dok tunjuk tangan ke pintu je nak keluar. Bhahha... tu cepat-cepat je gerak ke situ. Dah sampai situ, nanhadoo dah le nak ekkekk dah. Seronok main gelongsor, masuk gelung-gelung, panjat tangga. Makan time. Dak Thaqif pun sibuk jugaklah. Terpaksa kepit dia antara ibu dan cik ngah. Malas dah letak atas baby chair. Dia panjat-panjat je pun nanti. Bagi roti, dia kunyah-kunyah pastu luah balik. Dah bosan nak membuas lagi, maka kasi sudu, main ais barulah ibu mampu...