Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway  Garnier Micellar Cleansing Water Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di  SINI . Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je. 1. Follow Instagram @fadzirazak 2. Repost gambar ini beserta caption 3. Komen "Garnier come clean @hermomy" 4. Tag 2 kawan Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD   #hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin . Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu  Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin . Ha...suka tak? Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan  juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak. Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin 1. Buat satu entri blog bertajuk  Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin . 2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam  Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin 3. Follow facebook Hasbro dan blog ini. 4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang  Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa. 5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen . Keputusan Giveaway Play-Doh x

Panduan Memperkenalkan Makanan Pejal (Solid Food) Kepada Bayi

Assalamualaikum... Aisyah dah masuk 6 bulan. Punyalah ibu stress. Nasib baik papa balik dah terus mengadu.Terus dapat menenangkan hati seorang ibu dan memberi semangat pada ibu nak study pasal solid food sekali lagi. Cikgu google jugak bagi input kat ibu. ** credit to blog saffiyahosman 1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal 2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya) -Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar. -Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu

Merancang Wang Simpanan Untuk Anak Perempuan.

Assalamualaikum. Anak dah dua. Pulak berbeza jantina kali ni. Terus la persidangan meja bulat sekali lagi dengan suami tentang penyimpanan/pelaburan dari wang yang Aisyah terima. Sebelum ni pernah cerita perancangan kewangan untuk Thaqif di SINI .<< klik link untuk baca. Tapi tak semua yang dirancang kat situ kita praktik. Ada yang diubah dah sebab bajet, dan jugak masih rasa kurang prefer simpan emas untuk anak lelaki. Kekeke... Maka semua wang Thaqif selamat ke dalam akaun-akaun bank yang dia miliki sahajalah. Gitu... Sebelum Aisyah lahir lagi, memang dah dok bincang-bincang dengan husband. Kalau anak perempuan wajib nak beli emas.  I'olls gadis kelantan-perangai gila emas tu berkobar lebih sikit berbanding gadis negeri lain kot. Memang stok, kalau pergi jalan-jalan kat pasar ke apa, wajib nak singgah kedai emas cuci mata siap tanya harga emas hari-hari. Sekarang lagi mudah update harga emas kat FB nak lagi advanced dah ada channel telegram kedai

Tanda-tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

Assalamualaikum... Ingat tak betapa stress pasal Aisyah nak masuk 6 bulan? Nervous yang tak tentu hala itu. Silly me. Lepas tu memang kite munasabah diri sendiri dan mula semula belajar pasal solid food. Bermula terus dari awal umur baby, baby progress semua. Terus checklist macam mana tahu anak dah bersedia untuk makan. Jom semak sama-sama. credit to BabyCenter Malaysia Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia:  Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.  **Aisyah memang dah pandai angkat kepala semua since umur 2-3 bulan lagi. Pass. Duduk  dengan baik apabila dipegang Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa.  Kerusi tinggi kanak-kanak  boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.  **Aisyah

Minggu pertama #nuraisyahtasnim di Taska

Assalamualaikum... 2nd baby.  Nur Aisyah Tasnim. Bila tahu kite mengandung. Abah la terkejut jugak. Maybe fikir cepatnya. Well, kite sendiri pun tak rancang. Rezeki kan. Ini pun awal-awal la abah dah cakap tak sanggup nak jaga baby. Thaqif okey, baby tak boleh la nak jaga. Abah tak larat. Kite okey jer. Walaupun macam kalau abah boleh jaga lagi okey. Hikhikhik.... Well dari tahun lepas dok bincang dengan husband pun. Cadang nak hantar Thaqif pun ke taska jugak. Kalau tak taska sama dengan adik. Hantar taska permata dekat area rumah tu pun okey je. Yelah. Tak adil kalau adik pergi taska, abang dok dengan atok. Tapi atok menghalang keras niat hati ibu. Thaqif tengah tak dengar cakap, nak main semua benda, campak barang etc. Atok risau dia buat perangai kat taska nanti cikgu marah. Typical atok. Padahal atok sunyi takde bff nanti. Okey, terpaksa redha kat situ. Aisyah pun terpaksa redha hantar ke taska la. Pemilihan taska pada mulanya menjadi pening jugak. Nak

Lelaki vs Perempuan

Assalamualaikum... Pagi ni dalam perjalanan ke pejabat, seperti biasa Thaqif peneman atok hantar ibu ke pejabat. Semalam sepupunya baru bertolak balik ke KL. Saja jelah ajak Thaqif borak-borak. I : Kakak Ifti Liyana dah balik Kuala Lumpur. Kakak Ifti Liyana balik dengan apa abang? T: Dengan Dedi dia la. I: Kawan kakak Ifti Liyana yang datang semalam tu lelaki ke perempuan? (merujuk pada kawan kepada Ifti Liyana) T: Kawan kakak Ifti Liyana tu perempuan. Thaqif pun perempuan. I : Eh. Thaqif lelaki. Kakak Ifti Liyana perempuan. T: Adik Iman Firdaus? I: T : Adik Aisyah? I : Adik Aisyah perempuan. T: Tok ayoh? I: Tok Ayoh lelaki T: Mok Tok? I: Mok Tok perempuan T: Kakak Ainun? I : Kakak Ainun perempuan T: Opah? I:opah perempuan <the never ending question> Sekarang dah anak dua, berbeza jantina. By hook by crook, i need to face the real Q about boy vs girl. Perlu gali, dan belajar macam mana nak ajar mereka tentang had/batasan antara lelaki dan p

Stress anak nak masuk 6 bulan

Assalamualaikum... Pheww... Cepatnya masa berlalu... Dah 5 bulan + wey jadi ibu anak dua. Aisyah dah nak start makan dah in few weeks. OMG. Nervous sangat. Masa zaman anak 1 dulu macam, cool sangat je. Dari dok memboyot tu lagi dah memang khatam siap dah sampai solid food neh. Pastu bajet otai je siapkan bubur/puree siap-siap frozen terus segala puree untuk seminggu-2 terus. Pagi-pagi pun relaks je siapkan bekal anak pergi rumah opah/atok. Sekarang anak dua. Pastu hantar tempat asing-asing. Thaqif kat rumah opah, Aisyah dok taska.  OMG!OMG! macam mana nak siapkan bekal anak, nak bubuh bekas cemana etc. Hah! Perasaan dia stress sangat. Kalau fikir pasal aisyah nak mula solid food ni terus persoalan mengusutkan minda muncul seperti : Botol air tak beli lagi, flusk comel takde lagi, plastik ziplock untuk boh cube puree pun belum beli, macam mana nak masak bubur, macam mana masak puree ni. Hahaha...complicated ibu. Padahal zaman Thaqif dulu segala mak nenek tu wujud se

#motherdaughter necklace

Assalamualaikum... Got this beautiful necklace for free. Sweet ke tidok? Thaqif nampak rantai ni terus tanya  Thaqif :siapa punya? Ibu: Ibu dan adik punya la. Cantik tak? Thaqif :Cantik. Adik beli kat mana? Ibu : Beli kat kedai la. Thaqif : Kedai mana? Ibu : Kota Bharu. Thaqif : Kota Bharu mana? <<the never end question>>

Redemption

Assalamualaikum... Masa untuk redeem. Minggu lepas terlebih malas kerja. Haha... Kerja dok surfing dan redeem point etc je. 1. Trumerx  <<klik untuk ke website 4 ketul ubat gigi (rm14.50/pcs)+ 2 botol shampu (rm50/pcs). cuma bayar kos pos. Rm8.40 untuk ubat gigi, dan RM10 untuk 2 botol shampu. Untuk trumerx ni kita tak perlu buat pape pun tapi tetiap bulan dapat XRM bernilai RM10-boleh tebus produk dalam website dia je. (boleh bagi nama, e-mel, dan no.tel ke cikjelita899@gmail.com untuk kite invite jadi member) 2. Shopback   <<klik untuk ke website Hasil cashback bila shopping online. Kaki shopping, pastu dapat duit tepi pulak. Seronok sangat. Kat shopback ni best sebab selain dapat cashback berupa wang, dapat jugak point Bcard. Yang ni saja nak cash out RM buat shopping mainan kat anak-anak. Amaun cashback adalah 3angka. Pulun mengumpul tu. Hehehe... Pantas je servis cashback ni, 2-3 hari terus cash masuk akaun tapi disebabkan ibu sibuk je

Simple breakfast

Assalamualaikum... Sembang kosong sat. Normally, bila masuk pejabat, memang malas dah nak keluar balik untuk cari breakfast. Selalu terus singgah beli je sebelum masuk pejabat. Seminggu dua lepas masuk kerja tu, tiba-tiba macam ada gerai baru jual nasi lemak. Sebungkus nasi lemak, sebiji kuih dan secawan teh panas. Korang rasa berapa harga satu set ni? Kreatif sangat tau. Buat siap-siap satu set. Lately macam suka sangat tengok ramai dah pandai berniaga, cari peluang untuk dapat duit lebih. Kite je masih banyak DNA membeli. Hahaha...tak reti la menjual sangat, selalu tak sampai hati jual mahal etc. Tapi nak jugak try berniaga cuma belum jumpa produk sesuai kot. - - - - - Well harga satu set nasi lemak kat atas tu RM3.50. Murah ke mahal?

Thaqif kena HFMD

Assalamualaikum... Cerita throwback la yerk. Thaqif kena HFMD masa ibu cuti bersalin lagi.  Saja nak abadikan cerita kat blog. 19 Jun 2016. Pagi tu Thaqif bangun merengek-rengek dah. Tapi ibu hanyalah fikir, biasalah orang baru dapat adik, saja nak cari perhatian.  Pastu Thaqif pergi rumah opah kejap, dalam tengah hari atok hantar balik dah. Balik tu, pelik dah dok tengok tangan dia ada biji-biji air. Bajet kena gigit nyamuk, semut jelah kot sebab budak buas kan, tambah kulit pun sensitif jugak. Thaqif dok suruh ibu garu sokmo, gatal katanya. Kaki pun gatal jugak. Ingatkan nak tidur sebab kalau ngantuk pun suruh ibu garu jugak.  Tapi tak abes-abes gatal ni. Adik pun dok ekkekkekk. Adoi tension la ibu. Sebelah garu gatal abang, sebelah dukung adik. Kadang rasa nak jadi hulk pun ada jugak masa tu. Sungguh ingat dia mengada-ngada je.  Boh bedak, boh minyak  Penat, tertidurlah juga Thaqif tu. Sorry nak, ibu takde pegalaman ye. Petang tu,

Rezeki #nuraisyahtasnim

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Biasalah kehadiran orang baru dalam keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan pun tumpang gembira. Si kecil pun dapat habuannya. Rezeki #nuraisyahtasnim murah jugak.  Coretan kenang-kenangan. Hadiah-hadiah yang Aisyah terima dari sanak saudara, disamping dari sampul berisi. 2 pasang baju dari uda. Pandai uda pilihkan untuk Aisyah. Beg baby dari sepupu kite. Officially jadi beg taska Aisyah, dan handbag ibu bila keluar jalan dengan anak-anak. From umi with loves.  My sister in law ni memang setiap kali balik kampung, atau kirim barang kat mak wajib jugak selit sepasang dua baju untuk Thaqif. Kini tambah la untuk Aisyah pulak.  Ni dari cik na, kakak kite. Comel sangat, kejap je Aisyah boleh melawa dengan baju neh. Cepat membesar sangat. Ole-ole dari Mekah. Baju daripada atok dan opah. Tiap kali Aisyah, mahupun Thaqif sarung baju yang mereka beli mesti senggih ke telinga la atok/opah.  Daripada abang

Castle Tent For Kids Murah

Assalamualaikum... Sekian lama ibu mengidam, menaruh harapan, mengejar sale bagai untuk harga berpatutan. Akhirnya...dapat jugak seketul castle tent untuk anak-anak ibu tersayang... Hihi...  Idaman dari Thaqif umur beberapa bulan lagi tau, Thaqif ada adik baru dapat beli... Redha la anak-anak dapat ibu super maksimum kedekut ni. Perangai ibu sangat, suka survey, pastu tahu range harga sesuatu tu paling murah, nanhado ibu nak keluarkan duit lebih walaupun seposen demi membelinya. Rela menunggu wey sampai anak umur bertahun pun. Beli kat Mr.Diy Aeon KB RM38.00. Sebelum ni banyak dok survey online harga rata-rata RM50+, kalau ada RM39-45 pun belum termasuk pos. Baca-baca kat blog, ada yang bagitahu beli kat mr.diy. Bila mr.diy buka kat kelantan terus la gigih ajak suami pergi mr.diy demi nak cari khemah ni tapi hampa. Ada je khemah budak, tapi pattern lain. Ibu cerewet, tak mo design lain. Dari 1 je mr.diy kat kelantan hingga kini dah beranak pinak cawangann