Assalamualaikum... Bila dah jadi ibu ni macam-macam fikir. Semua nak yang terbaik untuk anak je. Perbelanjaan anak, pelajaran dia nanti, kewangan dimasa depan. Zaman sekarang kos sara hidup makin meningkat dari hari ke hari. Pengalaman sendiri sambung belajar dengan wang pinjaman ptptn membuatkan kite nak elak anak meminjam juga untuk mereka belajar nanti. Untuk elakkan hal tersebut, maka kite kena merancang dari awal la macam mana nak menyimpan untuk anak setiap bulan, dimana nak simpan etc. Since mengandung lagi kite memang dah survey, dan membuat perancangan awal. Mulanya kite plan untuk menyimpan seperti mana kami suami isteri menyimpan dalam ASB setiap bulan, dan buka tabung haji untuk simpan duit yang orang bagi. Then duduk bersembang dengan kawan-kawan pejabat mereka turut berkongsi cara mereka, iaitu dengan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak mereka. Sedari umur anak mencecah 18tahun insurans telah matang dan dapat mengeluarkan wa...
Bride.Wife.Mother.Family.Lifestyle.