Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ptptn

Permohonan Ujrah dan Pengeluaran KWSP melalui akaun II untuk Pembayaran PTPTN

Assalamualaikum...  Sambung balik pasal PTPTN aritu. Dah setel segala isi borang potong gaji hat kite. Pastu tanya jugak pasal pinjaman husband. Boleh ke apply ujrah since husband tak amek kisah langsung pasal PTPTN sebelum ini. Jawapannya : Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam). Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI : Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau Peminjam yang telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama. Berkuatkuasa  1 Julai 2015  peminjam perlu menjelaskan  sekurang-kurangnya  50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat. Dah kata husband tak pernah amek tahu pasal PTPTN, haruslah tak pernah bayar pun PTPTN itu...

Bayar Balik PTPTN melalui Pemotongan Gaji

Assalamualaikum... Dah abes cuci mata, shopping halus-halus kat Baby & Kidz Fair sana terus ke Pejabat PTPTN. Sangka pejabatnya masih dekat area bangunan Mara sebaris dengan Hotel Habib tu sekali dah pindah ke Tunjong sana. Rujukan  untuk alamat --->> PTPTN KELANTAN  Banyak la tanya-tanya pegawai tu pasal PTPTN, Ujrah, SSPN, bayar PTPTN dengan duit KWSP dan pandangan terbaik untuk menyelesaikan PTPTN etc. Nasib baik pegawai PTPTN tu menjawab dengan sabar je segala persoalan kami. Alang-alang dah sampai pejabat PTPTN kan, utarakan jelah segala yang terbuku dijiwa. Untuk buat pembayaran balik pinjaman PTPTN ni ada banyak cara sebenarnya iaitu melalui Kaunter PTPTN,  Pemotongan Gaji, Perbankan Internet, e-FES, akaun II KWSP, EDC Terminal (pembayaran tanpa tunai menggunakan kad atm/debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS), dan mypayPTPTN (apps dalam telefon pintar) Untuk buat pemotongan gaji macam kite, isi borang -->>   Borang K...