Permohonan Ujrah dan Pengeluaran KWSP melalui akaun II untuk Pembayaran PTPTN

Assalamualaikum...

 Sambung balik pasal PTPTN aritu.

Dah setel segala isi borang potong gaji hat kite.
Pastu tanya jugak pasal pinjaman husband. Boleh ke apply ujrah since husband tak amek kisah langsung pasal PTPTN sebelum ini.

Jawapannya :
  1. Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).
  2. Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI :
    1. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
    2. Peminjam yang telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
  3. Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.
Dah kata husband tak pernah amek tahu pasal PTPTN, haruslah tak pernah bayar pun PTPTN itu. Maka pastinya ada tunggakan. Dah tu mana nak cekau 2-3K secara segera?
 Tanya lagi cadangan pegawai PTPTN tu. Beliau cadangkan husband keluarkan KWSP akaun II setelkan 50% tunggakan itu.

Macam mana caranya? 

Dapatkan surat pengesahan baki pinjaman melalui kaunter PTPTN dan salinan dokumen perjanjian pinjaman – Silalah balik cari balik dokumen perjanjian ni kat rumah. Kalau takde pergi pejabat PTPTN bayar RM90.00 untuk mendapatkan salinan baru.
Kedua-dua ni penting untuk kepil bersama borang permohonan pengeluaran KWSP melalui akaun II.
--->> Borang KWSP 9H(AHL).

Borang KWSP yang lengkap di isi beserta dokumen yang dikepil bersama di serahkan di kaunter KWSP berdekatan untuk proses kelulusan pengeluaran wang.

Berapa lama masa diambil untuk proses pengeluaran KWSP?
  • Proses pengeluaran KWSP untuk  bayaran balik pinjaman PTPTN dijangka diluluskan dalam masa 21 hari bekerja.
  • Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.
Kalau nak bayar semua sekali hutang guna akaun II KWSP pun boleh ikut step atas ni juga tau.

**Husband belum setel lagi pun apply KWSP ni sebab tunggu surat pengesahan baki tak siap lagi.
Insya-Allah husband balik September nanti baru pergi ke KWSP setel apa yang patut.

Next, kite tanya juga pasal SSPN, SSPN-i.
Tapi tak rajin lagi nak story. Will update soon!

   

Comments

  1. zaman I dulu, punya la hazab nak proses pembayaran ptptn ni, sebab semua pihak tak well informed lagi masa tu, tah apa2. but now I am free from them wieeeeeeee hahaha. all the best to u guys ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1