Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

WW : DATING TIME

Assalamualaikum... minggu ni terasa cepat sangat berlalu. Suami dah sampai pagi ni. Shh jangan bagitau suami kite nak off petang ni nak dating dengan suami sayang. **kepada pemenang ga sila cepat bagi details.kesian kat kawan-kawan awak yang dah kasi details. kite nak pos sekaligus je yang pemenang ga. tak mo campur dengan pos harian kite tau...

Pemenang 2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Selesai sudah blogwalking kat blog semua peserta, done follow balik awak-awak semua. Kalau ada tak follow mungkin terlepas pandang, nanti info balik kite ok? Syukur alhamdulillah dengan sambutan giveaway yang awesome... Thank you kawan-kawan yang support... Korang memang best!  *FLYING HUG & KISS* Sebelum terus scroll pemenang, sila check nombor bertuah masing-masing naaa kat bawah ni... Senarai Peserta 2nd Giveaway Cik Puan Jelita Pertama-tama, tahniah untuk semua pemenang yang bertuah.Semoga happy naa... Pemenang dipilih menggunakan random.org... 1st Winner : BBCream SeqyBeauty yang bernilai RM55 2nd Winner : Cleanser Seqybeauty yang bernilai RM45 - - - Belum abes lagi aaa... Since peserta adalah melebihi 30 orang dan membuat hati kite happy to max,  marilah menambah hadiah saguhati pulok...  *clap.clap.clap* Hadiah saguhati berupa... Eh... Biarlah rahsia... biarlah surpriseeee pa

Hi! Saya member Shaklee

Assalamualaikum... Tetiba join membership shaklee pulak. Hahaha... Rentetan dapat giveaway collagen powder brand shaklee itulah. Actually memang dah lama tahu shaklee, kawan-kawan ada join, tapi kite macam tak tahu la, nantilah, malaslah dengan ubat/supplement ni. Malas benorr nak amalkan. pheww... Pernah beli tapi hangat-hangat tahi ayam je layan, ataupun memang shake saja-saja tapi tak minum sebab macam erm...erm...  Tapi since menang giveaway hari tu. Tanya encik google manfaat collagen powder tu, suami pun macam menggalakkan je kalau nak ambil supplement since saya perlu banyak tenaga untuk menjaga anak lagi. Sendiri cuba collagen powder tu, hasil dia macam okey. 5 sachet je pun, tapi 5 sachet tu memang istiqomah je minum setiap hari without complain. Sedaplah collagen powder tu, tapi harga dia je kurang sedap untuk kite...kikiki... Ada membeli Dianz vitamin itu, pun macam keep consume je. Okey la kan. Terus macam kagum dengan diri sendiri sekejap. So macam okey kot

Senarai Peserta 2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Senarai peserta GA disini...  Sila semak. Akan update dari semasa ke semasa hingga tarikh tamat GA. TQ everyone sudi join GA kite yang tak seberapa. Harap jujur ea mengikuti syarat yang kita tetapkan. TQ. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://www.blogparihh.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://ceriteracintadia.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://pelangipagibeautiful.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html http://sunflowergo2.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html?m=1 http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/2nd-give

Siapakah pemilik bbcream dan cleanser seqybeauty?

Assalamualaikum... Alhamdulillah tamat sudah 2nd Giveaway by Cik Puan Jelita. Terima kasih buat semua peserta yang menyokong GA kite yang tak seberapa ini... Siapalah pemilik bbcream dan juga cleanser dari seqybeauty ni? Mesti pakat dok keep praying supaya menang je. Kite pun tak sabar nak tahu siapa yang bertuah menang itu. Tapi sabar ye... Slowly blogwalking kat semua peserta GA. Ada yang kite dah follow back ada yang masih belum sempat singgah, mungkin belum sempat update jugak senarai peserta since minggu yang sibuk sangat. Insya-Allah kite akan umumkan secepatnya okey. SENARAI PESERTA 2ND GIVEAWAY CIK PUAN JELITA 

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-hadiahnya : 1. BBCREAM SEQYBEAUTY x 1 2. CLEANSER SEQYBEAUTY x 1 Senarai

WW :Jom Pegi Exam

Assalamualaikum... Insya-Allah bertemu kita di dewan peperiksaan. Doakan semoga pintu rezeki terbuka luas untuk masa depan yang lebih cerah, cemerlang, gemilang dan terbilang.  Moga dipermudahkan segalanya. Amin. Amin.Amin.

Dragon Fruit With Yogurt and Honey for #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Hi! Meh share resepi baru yang dicuba pada #muhamadthaqifaiman. Ibu excited je bila bab memperkenalkan menu baru kepada #muhamadthaqifaiman. Maka, sediakan menu ala fruit salad tu. So menggunakan dragon fruit+ yogurt + madu (untuk tutup rasa masam yogurt). And Thaqif reject... Berkerut dahi joo. Tak nak terima rasa masam yogurt. Hahaha... Maka ibu la tukang perabes. Thaqif reject tak bermakna every baby pun reject. Cuba la ye. Kalau takut nak kasi madu kat baby mungkin boleh ganti dengan puree kurma/epal untuk rasa manis tu. Ibu kasi Thaqif dragon fruit jer, dia makan dengan selera, siap menjerit-jerit la bila ibu lambat suap, atau nak betulkan kedudukan buah dalam tangan dia.  **Thaqif dah start nak makan everything sendiri. T__T dah besar dah anak ibu. Sobs. cepatnya masa berlalu.

Biru Laut Oh Biru Laut

Assalamualaikum... [ENTRI TERTUNGGAK] Wah! Gaji Februari masuk awal disebabkan Tahun Baru Cina. Pheww... Urut dada fikir nak urus duit hingga hujung bulan Mac. Riau tau, takut terlebih berbelanja. Dan sementelah tahun ini raya semakin cepat, sebagai penasihat kewangan keluarga kite decide gaji bulan ni asingkan sikit untuk beli baju raya keluarga, (our parents and I). Husband and Thaqif beli yang siap sudah le. Itu dekat raya baru dapat harga murah-murah dan banyak pilihan. So, tanya abah  Me : Baju raya tahun ni nak tema warna apa? Abah : biru, biru laut tu. Me : ok. Tanya mertua tersayang,  Me : Mak, tahun ni baju raya tema apa? Mak : Tak tahu la, ikot la. Me : Ok. Jangan rumit-rumit, kita beli je tema sama untuk kedua-dua parents, barulah hidup aman damai, tak de cakar-cakar cakap I sayang sana lebih ke sini lebih ke. Biru Laut. Oh. Biru Laut. I bayangkan biru soft-soft gitu setenang air laut. Maka saya beli la. Dari kiri kepunyaan : abah-mak muda-aya

Pasta Ala Carbonara untuk #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Lama tak kongsi menu anakda. Sendu sikit masak untuk anak sekarang sebab dia dah kurang makan. Dah puas ibu tukar-tukar menu pun tak jalan sangat.  Mungkin kerana dia lebih aktif sekarang kurang dah nak makan Tapi tengok kita makan laju dia  ke arah kita. Mungkin perasan dah besar sangat atau terasa lapar juga tiba-tiba. Dah. Marilah berkongsi resepi sekeping. Biasalah ibu memang champion bab masak campak-campak ye. Hari ini mari kite kongsikan menu pasta tapi versi ala carbonara sebab bau dia sebijik sebijan carbonara. Sedap... Ibu Thaqif menggelupurr je nak paw. Bahan-bahan: 1. Bawang merah 2. Bawang putih 3.Unsalted butter 4. Ayam beberapa hiris 5. Tauhu 1/2 6. 1 biji tomato 7. Brokoli 8. Chicken stock Cara-caranya:  Tumis bawang merah+bawang putih guna unsalted butter brand anchor.Masukkan ayam segengam,tumis sama hingga masak, masuk tauhu 1/2,tomato 1biji, dan brokoli. Biar hingga sayur layu gitew. Untuk bagi berk

#muhamadthaqifaiman vs gadget/ televisyen

Assalamualaikum... Parenting itu mencabar. Zaman semua dihujung jari menduga keimanan sangat. Pagi-pagi dapat whatsapp dari Cik Na tanya,  Pada pandangan awak elok atau tak bagi anak tengok tv? Soalan mencabar minda okey. Dia kakak saya. Dia yang saya tahu sayang anak-anak, mampu membelikan gadget untuk anak bermain games, subscribe tv astro semua channel. Tapi bukan kemampuannya dibangkitkan. Bukan membandingkan saya tak mampu, dia mampu. Cuma mencari ayat terbaik untuk memberi pandangan tanpa menyentuh perasaan seserang bergelar kakak. Lastly, saya jawab. In control ok takpelah. Kemudian saya olah, for me anak vs tv/gadget memang tak elok tapi bukanlah 100% tak boleh kerana disekeliling kita ada tv. Saya pun tak boleh hidup takde tv. bosan. Boleh bagi tengok tapi in control. Ada masa boleh, ada masa tak boleh. Tak best jugak anak-anak behave bila dengan tv, ada lebih banyak masa bersama tv berbanding aktiviti luar, bermain, aktitiviti keluarga. As lon

Preloved Baby Clothes

Assalamualaikum... Dah jadi mak-mak begini la perangai ken. Membeli-belah untuk anak je walaupun duit tak ramai...  Kepuasan sangat dapat melengkapkan keperluan anak. <Flip my shawl> This time membeli-belah yang murah-murah sajoo tapi banyak. Biasalah scrolling down to group Babymall dan tertarik dengan preloved baby punya baju, jual kilo - 1 kg(10-15helai romper/jumpsuit) baru RM30 + postage RM7 <Jatuh rahang> Memula. preloved/bundle. erm. nak ke tak, nak ke tak. Namun, ku pikir-pikir.ku pikir-pikir. lelah. (eh termenyanyi pulaks) Marilah berfikir dengan tenang : 1. Thaqif keep growing up, so kena beli baju sokmo. Pastu kalau nak beli baru, selalunya kite mencari yang comel puas hati terus, lagi nak murah (sebab nak beli bukan sehelai ja sebulan) 2. Since Thaqif dah lebih aktif bergerak sana sini, demand baju/seluar lebih la.Kejap-kejap comot. 3.Dok dengan atok selalu biarkan je Thaqif jelajah dapur, bawah meja semua. Pheww... Jika korang tengok

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman 10 Bulan

Assalamualaikum... Eh! Rasa macam baru minggu lepas update pasal perkembangan anak 9bulan. Hari ni dah 10 bulan 2 hari dah. 2 bulan lagi nak nyanyi lagu happy birthday to you. Thaqif lebih aktif sekarang, kerja naik turun kerusi, tangga dan meja memang win. Favourite! Memang tak nak duduk dalam walker dah. Merangkak itu lebih fun, boleh selit situ sini. Favourite sangat punggah kuali-kuali ibu yang kat bawah sinki itu. Adoi...Ibu kemas, nanti dia punggah balik. Maka, sekarang siang-siang rumah bersepah la. Malam Thaqif tidur baru ibu kemas semua. Yelah 40x kemas benda sama, tak dayalah. Banyak lagi kerja lain. Dah kurang susu, pasta, bubur. Ibu pening nak kasi makan apa. Huhu. Tapi suka makan buah. Buah naga, pisang, tembikai, anggur, oren. Hah! Win sangat. Makan sampai berebut-rebut. Pisang sebijik pun boleh abes dia seorang je. Buah naga/tembikai 1 slice makan tu sekelip mata je. Anggur 4-5biji tu pun normal. T__T  Mengetuk lantai guna senduk pun win. Ini atok ajar y

cpuv februari 2015

Assalamualaikum... Februari dah melabuhkan tirai seminggu, baru nak cerita pasal cpuv pada bulan februari. Biar lambat tapi cerita jugak. Alhamdulillah banyak jugak yang menyinggah dan masih on going. 1 dah credit. Bulan mac baru tiba pun dah ada cpuv melekat disitu. Syukurlah, walaupun sikit, insya-Allah moga ada rezeki untuk #muhamadthaqifaiman. terima kasih kepada kawan-kawan yang datang singgah menabung disini. Klik-klik juga iklan lazada. tQ.

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Bagi Lagi

Assalamualaikum... Alhamdulillah, dapat rezeki menang dari giveaway yang kite join. Join giveaway untuk suka-suka, sokong kawan-kawan blogger dan juga memperluaskan jaringan kawan-kawan. Tak sangka menang. Memang rezeki la. Tapi mampu join giveaway kecik-kecik je kot sekarang, yang syarat simple-simple je sebab kekangan masa dan limited access untuk sosial media pada office hour. Terima kasih kisahamy.com Hadiahnya sudah sampai semalam. Bila abah bawa balik parcel, hurm macam tak endah je. Pagi ni baru kalut-kalut buka nak tengok barang apa. Bukan sesuatu yang saya beli tapi hadiah giveaway rupanya. Siap letak dalam tuppaware lagi. Pink yang menawan kalbu. Siap tepek printscreen blog kite kat situ. Terharu la. TQ sangat. Bila diumum menang, dan bagitau husband hadiahnya collagen powder, husband tanya la untuk apa, okey tak. Of course saya cakap tak tahu.  Then husband cakap, kalau sampai nanti try dan elok untuk sayang, nanti boleh teruskanlah. Baik

Wedding Anniversary Giveaway NealofarHijab

Assalamualaikum... [klik banner untuk join] tag : cik mah cik candy Jangan lupa join giveaway kite jugak [klik banner untuk join]

mengejar dateline...

Assalamualaikum... Minggu yang sibuk sebenarnya... Mengejar dateline key-in data yang bertimbun... Anyway 2nd giveaway dah release dah... Sila join ramai-ramai.  Mungkin korang tak perasan sebab release semalam, ari ahad. Insya-Allah main gift dah bagitau. Seqybeauty punya product BBCream dan Cleanser. Side gift pun ada, saja tak nak bagitau dulu. Pun best-best punya insya-Allah. Janji dah habis kerja kite, will spend time blogwalking pada semua peserta plak.tQ.