Skip to main content

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman 10 Bulan

Assalamualaikum...

Eh! Rasa macam baru minggu lepas update pasal perkembangan anak 9bulan. Hari ni dah 10 bulan 2 hari dah. 2 bulan lagi nak nyanyi lagu happy birthday to you.

Thaqif lebih aktif sekarang, kerja naik turun kerusi, tangga dan meja memang win. Favourite!

Memang tak nak duduk dalam walker dah. Merangkak itu lebih fun, boleh selit situ sini.

Favourite sangat punggah kuali-kuali ibu yang kat bawah sinki itu. Adoi...Ibu kemas, nanti dia punggah balik. Maka, sekarang siang-siang rumah bersepah la. Malam Thaqif tidur baru ibu kemas semua. Yelah 40x kemas benda sama, tak dayalah. Banyak lagi kerja lain.

Dah kurang susu, pasta, bubur. Ibu pening nak kasi makan apa. Huhu.

Tapi suka makan buah. Buah naga, pisang, tembikai, anggur, oren. Hah! Win sangat. Makan sampai berebut-rebut. Pisang sebijik pun boleh abes dia seorang je. Buah naga/tembikai 1 slice makan tu sekelip mata je. Anggur 4-5biji tu pun normal. T__T

 Mengetuk lantai guna senduk pun win. Ini atok ajar ye. Pastu jangan salahkan beta bila Thaqif geram ke apa dia pergi tepuk muka orang. He learn from what he being teach. T__T

Pandai le buat perangai nak main kat luar, main pasir, batu, bola. Suka je main sepak-sepak bola. Okey, sila jadi pelajar aktif bermain nanti tau sayang.

Pagi-pagi hantar ibu dah tak nak duduk kat carseat, nak duduk dengan ibu. Otw balik dengan atok memang kerana terpaksa duduk kat carseat jua la ye nak.


Mandi memang aktiviti paling seronok. Kalau ibu sebut je, jom mandi. Ibu baru nak atur baju selepas mandi nanti. Tup-tup dia dah sampai bilik air. ^__^

Thaqif suka buku. Kalau dapat buku ABC dia tu, ralit je membelek. Ibu ke bulan bintang pun dia tak sedar. Nanti ibu cari lagi buku banyak-banyak ye sayang.

Bila orang baru jumpa nak dukung, laju dia hulur tangan. Pastu nanti orang tu bawak pergi jalan dan dia tak nampak ibu/atok/opah terus nangis. Kikiki... Memang bikin panik orang la ini budak.

Thaqif dah pandai sebut IBU. =) paling sweet la. Bila dia dah mengantuk tapi buat perangai untuk tak tidur, kite akan buat-buat merajuk, pusing badan ke dinding. Thaqif akan laju-laju datang dekat dan tepuk-tepuk badan sambil cakap ibu, bububu dengan nada sedih aka rasa bersalah camtu...Pastu kite melting dengan suara dia, bagi susu, terus dia lena. Bhahhaahaha... comel okey anak kite pujuk kite.

 Anti sangat bila ibu cakap kat phone. Dia akan melalak kot. Sebab nak jugak phone itu... Kalau nak calling-calling dengan papa dia terpaksa dok jauh-jauh dengan dia, dah abes cakap hal-hal berkaitan baru bagi dia cakap dengan papa. kikiki...

Suka main peti ais. Di larang, nanti dia pun mengamuk.

Main beras. Kat rumah opah dia dah pandai pergi bukak tong beras, pastu gengam dan tabur kat lantai. (kawan kata anak main beras ni cerdik- yeke? kalau betul alhamdulillah)





Comments

  1. Anak sue pandai sebut daddy..ibu blom lg nk sebut...seronok layan anak2 umur mcm ni...byk akal..sel2 otak sdg berhubung..

    ReplyDelete
  2. time2 ni mmg sronok....dh dh besar makin byk akal dia...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-