Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

W-Preparation : Tempah Baju Resepsi.

Assalamualaikum... Entri yang sangat menguntumkan senyum dibibir juga. Akhirnya, saya telah pun menempah baju resepsi saya. Berharap sangat baju tersebut menjadi seperti yang saya impi dan bayangkan. Once in lifetime baby! Haruslah nak cantik dan sempurna. Saya tempah baju di Plaza Rakyat dalam Medan Mara, KL. Hari pertama kursus kahwin, kami pergi awal dalam jam 11 pagi, kami start ronda-ronda dulu sementara tunggu waktu kursus mula jam 2.30 petang. Memang saya berniat pergi awal supaya kami boleh jalan-jalan dulu, survey. Tengah kering pun gagah jugak nak berjalan ditempat yang mengugat nafsu shopping. Target saya untuk tempah baju kahwin pun sebenarnya. Jadi, kami mula melangkah, jalan-jalan sekitar medan mara tu, tengok butik kiri-kanan. Nak masuk segan, risau harga mahal nanti. Jalan-jalan, masuk kat Plaza Rakyat, tawaf dekat tiga kali sebab masing-masing macam sibuk je menjahit, kami segan nak berhenti tanya semua. Akhir sekali kami tawaf tu, ada akak yang senyum dan

Angan-angan : Mas kahwin dalam dinar emas

Assalamualaikum... Persiapan kahwin dah perlahan-lahan menunjukkan rupa... Tetiba terfikirkan pasal mas kahwin yang kami tak pernah bincangkan. Jujur memang saya tak kisah berapa mas kahwin yang nak diberikan oleh en.Tunang kepada saya, saya masih berpegang mas kahwin yang rendah nilainya adalah lebih berkat sesebuah rumah tangga itu. Tapi hari ni termenung, fikir juga.  Lepas tu, rasa nak dalam bentuk dinar la.  Feeling-feeling macam masa Irma Hasmie kahwin, mas kahwin dia dalam bentuk dinar jugak. Sweet je.  Jadi saya mencari-cari maklumat pasal dinar ni semua. Auuww...Bestnya kalau saya dapat ken? At least tak adalah saya meleburkan duit itu ke tempat lain, dalam dinar jadi saya takkan boleh sewenang-wenangnya berbelanja wang mas kahwin itu dan boleh simpan sehingga anak cucu gitu. Boleh tunjuk kat anak-anak nanti. Cheh! Tak sabar nak cerita idea ni dengan en.Tunang.  #Website yang saya rujuk kat sini je. Extra info, sila google sendiri. Pastu malas nak tepek

W-Preparation : Kasut Kahwin

Assalamualaikum... Alhamdulillah...progress wedding preparation hari demi hari semakin laju diupdate. Terima kasih buat kakak-kakak tersayang yang sentiasa mengambil tahu, buat ayahanda yang tercinta, en. Tunang yang sentiasa bersama-sama menjayakan progress ini.Terima kasih buat semua yang turut membantu.  Hari ni nak cerita pasal kasut kahwin pula. Kasut akan melengkapkan persalinan indah dihari bahagia...  Untuk pemilihan kasut, pada saya ia bukan sahaja kena kelihatan cantik tetapi juga haruslah selesa untuk dikenakan sepanjang majlis berlangsung. Saya memang jarang mengenakan kasut bertumit tinggi, lebih selesa dengan flat atau wedges sahaja. Ah! Itu semua penangan dari my dear en.Tunang, beliau tak benarkan saya pakai kasut tinggi. Risaulah. Untuk kesihatanlah. Macam-macam alasanlah. So for my big day, flat or wedges be my choice? - - - - - - - - - Its Jelly Shoes! But not the pink one... Its beige color... Hoorey.... Satu color yang

W-Preparation : We done the Pre-Wedding Course!

Assalamualaikum... Hahaha... Hamek ko tajuk entri english terus. Entri ni patut publish semalam, tapi lupa bawa kabel telefon. Tak dapat la upload pic ken... Ok, bersambung...   Yeah! Alhamdulillah. Seronok sebab kami dah selesai pun berkursus pra-perkahwinan pada 23-24 Februari di Medan Mara, Kuala Lumpur. Lega, akhirnya antara step penting untuk masuk ke fasa baru itu telah pun kami jalani bersama. Yelah, kursus pra-perkahwinan ini antara syarat wajib untuk dapat kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama Islam Malaysia. Hari tu pening-pening jugak fikir macam mana prosedur nikah yang betul, pasal borang nikah, surat akuan bujang, lelaki kena apply kebenaran nikah jugak ke kalau sama negeri ke hape. Pergi kursus kahwin, semua tu ada dalam modul mereka, maka saya tak perlu pusing-pusing lagi. Hoorey. Hoorey.  Ceramah yang diberikan oleh ustaz-ustaz di kelima-lima modul dalam kursus itu sedikit pun tidak membosankan. Seronok. Ustaz suka buat lawak, ada yang macam ala serius

W-Preparation : Hadiah untuk orang rewang

Assalamualaikum... Beberapa hari meninggalkan blog. Sibuk sebentar. Masih berkisar apa yang berlaku minggu lalu. Minggu ini punya, slow-slow akan bercerita... Hari ini nak update tentang hadiah orang rewang pulak. Sudah menjadi adat bila orang datang tolong buat rewang dikampung, selain bagi duit akan disertakan sekali dengan sedikit hadiah seperti kain batik / sarung dan gula.   Leceh sikit kalau nak bagi kain batik / sarung sebab nak kena beli untuk berlainan jantina, jadi saya ambil jalan mudah beli tuala mandi. Jadi tak payah nak asing mana untuk lelaki, mana untuk perempuan. Mana-mana pun boleh. Hadiah ini biasa diberi selepas selesainya majlis. Yang diberi semasa mereka menolong rewang saya belikan face towel, bolehlah lap-lap peluh bila kepenatan buat kerja semua tu... Tuala mandi tu saya beli di Mydin Mall Subang Jaya bersama-sama dengan doorgift props seperti dalam entri disini . Harga RM7.50/pcs. Awalnya dulu saya nak beli tuala ini di Plaza GM KL sebab sebelumnya

W-Preparation : Brown Paperbag & Plastic Container Untuk Doorgift Extra Jimat

Assalamualaikum... Mood ceria jugak, sebab satu lagi w-preparation mula menunjukkan rupa. Shopping time! #17 Feb 2013 Tara! Banyakkan kami shopping? Saya panggil sebagai props doorgift boleh? Ini props untuk kedua belah pihak. Brown paperbag 2000pcs + Plastic Container 200ml 2000pcs + Bath Towel 48pcs + air kotak (upah untuk diri sendiri, en.Tunang dan bakal adik ipar lepas penat shopping) Apa doorgift saya, baca disini yang saya membebel pasal doorgift. Okey, lets begin!  Hasil dari blogwalking, mencari brown paperbag yang murah, ada antara blogger suggestkan mydin ni selain dari kedai borong Wakim Plastic atau membeli secara online. Saya survey (thru blogwalking -online) harga di Wakim tidak menarik perhatian saya, saya masih mengatakan ia mahal. Pembelian secara online, murah tapi kalau boleh nak tengok benda tersebut sendiri semua sebab paperbag ini juga ada pelbagai saiz. Selain itu, harga murah tapi belum termasuk pos, jadi kos lebih kurang jugaklah. Al-mak

Lepaking with ex-housemate gossip bout wedding

Assalamualaikum... 15 Feb 2013, Pn. Mai,ex-officemate, komen di wall FB jemput pegi kenduri Maulidurasul, Akikah dan Cukur Jambul jugak kat office the next day 16 Feb 2013, Sabtu. Haruslah laju-laju berminat nak pergi, jumpa kawan lama semua. Rindu. Seronok kat office lama sebab kami dari floor bawah ke atas dah macam keluarga besar, nak-nak bila kenduri begini, alahai rindu masa-masa bersama-sama makan dalam talam, solat berjemaah, berkerja sama-sama. Ukhwah itu masih tersemai dan sebati dengan jiwa. On the day, 16 Feb 2013. Sampai di Galeri Ilmu, majlis telah pun bermula, ada Qasidah, ceramah dari ustaz-ustaz, nasyid rabbani, makan-makan semua. Seronok. Indahkan majlis ilmu. Maaflah, tak banyak gambar. Snap banyak gambar, tapi guna hp orang lain, lepas tu tak share dengan hp sendiri. Apakah? pentas utama Lauk-pauk hidangan rabbani dan ex-officemate lelaki nyanyi teman sejati Group Galeri Ilmu sendiri -lupa la mereka nyanyi lagu apa staf baru suara sedap.

Scene bakal suami jemput balik kerja

Assalamualaikum... 18 Feb 2013,4.55pm  LOVE calling... <pelik! biasa saya yang call dia lepas kerja> Me : Hello? Him : Assalamualaikum... Sayang balik pukul bape? Me : Waalaikumusalam. Pukul 5. Kenapa b? <bunga2.bunyi macam dia dalam kete.nak jumpe ke?yeah!> Him : Nak bakal suami pegi amek tak? Me : Nak. Dah agak dah, bunyi macam b dalam kete. <senyum meleret> Him : Nak makan tak? Me : Tak. Eh.Nak! Laju-laju kemas barang dan kunci pintu pejabat... 18 Feb 2013, 5.15pm Berlari ke kereta dalam hujan renyai-renyai. Him : Assalamualaikum<Muka masam> Me : Waalaikumusalam. Kenapa? Him : Kenapa cantik sangat? Me : Biasa je. <baju kurung n mekap dah entah kemana> Him : Tak adil. Hari-hari cantik datang office. B tak boleh tengok. Me : Kerja kat sinilah macam tu. Him : Tak dapat. Me : Sabar sajalah. Him : Tiga bulan lagi.   Me : B dari mana? Him : HQ. Me : Ni dah habis kerja ke? Him : Hari ni sampai malam. Ala

W-Preparation : Kad Jemputan Extra Jimat

Assalamualaikum... Selamat Pagi... Ceria sikit sebab w-preparation mula menunjukkan rupa... Hahaha... Memang haru kalau tak tunjuk rupa lagi tengok ticker majlis lebih kurang tiga bulan je lagi oit! Kad jemputan, dah lama deal, bertanya itu ini dengan b2b Nurul Amiera, which also ambil tempahan kad jemputan kahwin ni. Last friday, baru saya secara rasminya membuat tempahan dengan beliau. Awalnya, saya nak tempah untuk both side sekaligus, malangnya en.Tunang masih belum beri tarikh pasti untuk majlisnya, dan peta rumahnya pun entah ke mana. Jadi saya menempah kad untuk pihak saya sahaja dulu. Kad yang dipilih ialah kad 4x9 single. Simple dan kos murah. Buat yang lipat 3-4 pun lastly di tong sampahkan maka adalah lebih baik buat yang biasa-biasa sahaja,  tapi still cantik, simple, dan maklumat sampai kepada penerima kad. Harga? Of course la extra jimat... Bawah rm0.30 sekeping ye. Siap dapat bunting free lagi dari Nurul Amiera ni. Hehe... Terima kasih banyak-banyak, walau

W-Preparation : Doorgift...

Assalamualaikum... Lets put the sorrow day aside... Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup perlu tetap teruskan hidup. Mama tiada disisi namun mama tetap dihati. Melihat counter di blog, like wanna to scream...3 month to go... My progress is 10%? Wedding course, invitation card, doorgift etc... OMG! Doorgift : Pada saya, segalanya mahu yang murah dan jimat sahaja... Risau sebelum ini kata orang, buat walimatulurus, doorgift kena special, ada harga sedikit.  Plan asal  doorgift : air botol+ kek apollo+gula-gula.  Kemudian kakak kata add yassin, tak nak kek apollo nak cupcake. Jemputan lebih kurang 1k, kena prepare lebih doorgift jugak. Cost. Almost 2-3k tu...Aduh! Sempena cuti CNY lalu, banyak jemputan perkahwinan, tak kira walimatulurus mahupun majlis kesyukuran. Sempatlah melihat-lihat doorgift yang diterima. Kira-kira, lebih kurang jer, balik-balik gula-gula. Migrain plak saya melihat anak-anak saudara dok makan gula-gula jer. But itulah kos yang murah dan s

Date Jam 6.00 pagi @ KFC

Assalamualaikum... 12 Februari 2013, saya selamat sampai di KL, Hentian Putra. En.Tunang dah sedia menanti. Terharu, dia sampai di Hentian Putra seawal jam 3.00 pagi lagi. Bas saya sampai jam 5.30pagi. Perut lapar tak diisi dari malam sebelumnya. Terus saya heret en.Tunang ke KFC. Lepas order, dapat makanan, dan ambil tempat duduk. Me : kenapa awal sangat datang tadi? Him : Rindu. Me: Rite, yeah. Him : Risau tak tersedar nanti. Me : Pernah ke macam tu?  Him : <jongket bahu> Me : I'm okay. Just certain time I miss mama. Him : B ada dengan sayang. Me : I know <smile> Since I be home we didn't message / call too much, mum gone, I be more busy to do everything. We do normal talk while eating, about mum, dad, family, and the wedding... Him : Ingat tak ayah datang kL hari tu, ayah cakap nak minta wedding tangguh ke bulan 8 sebab saudara ayah kat Johor tak boleh balik masa bulan 6. Me : Abah nak suruh teruskan seperti biasa, sayang pun

Mama... dalam kenangan...

Assalamualaikum... 1/2/2013 kegembiraan pulang ke kampung halaman, tak sabar jumpa mama...spend time dengan mama...tak sangka itu adalah detik-detik terakhir saya dengan mama, lihat mama, teman, peluk dan cium mama tersayang... 3/2/2013, berbolak- balik, tak nak balik kL, nangis-nangis tak nak tinggal mama, ilham dari Allah barangkali saya berkeras tak mahu balik kL walaupun abah berkali-kali pujuk, suruh balik kL apply cuti, cakap baik-baik dengan bos. 4/2/2013, 3.40 pagi - mama pergi tinggalkan kami semua. Mama tak nak kami tengok dia pergi, saya yang berada sebelah pun terlelap seketika. Abah yang tidur-tidur ayam kat luar pun begitu. Mama pergi dengan tenang. Adik redha mama pergi, adik puas hati sudah, adik sempat jaga mama seketika sebelum mama pergi walaupun tak sempurna. Cuma kadang-kadang adik rindu mama, calling mama, borak-borak bila adik balik kampung, mama tunggu adik depan pintu dan peluk adik sebaik adik sampai rumah dari stesen bas. Namun, life must go on. Adik