W-Preparation : Kad Jemputan Extra Jimat

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Ceria sikit sebab w-preparation mula menunjukkan rupa... Hahaha... Memang haru kalau tak tunjuk rupa lagi tengok ticker majlis lebih kurang tiga bulan je lagi oit!
Kad jemputan, dah lama deal, bertanya itu ini dengan b2b Nurul Amiera, which also ambil tempahan kad jemputan kahwin ni.
Last friday, baru saya secara rasminya membuat tempahan dengan beliau.
Awalnya, saya nak tempah untuk both side sekaligus, malangnya en.Tunang masih belum beri tarikh pasti untuk majlisnya, dan peta rumahnya pun entah ke mana. Jadi saya menempah kad untuk pihak saya sahaja dulu.
Kad yang dipilih ialah kad 4x9 single. Simple dan kos murah. Buat yang lipat 3-4 pun lastly di tong sampahkan maka adalah lebih baik buat yang biasa-biasa sahaja,  tapi still cantik, simple, dan maklumat sampai kepada penerima kad.
Harga? Of course la extra jimat... Bawah rm0.30 sekeping ye. Siap dapat bunting free lagi dari Nurul Amiera ni. Hehe... Terima kasih banyak-banyak, walau kita tak kenal rupa tapi kita chat kat facebook macam dah lama kenal je.

Ada yang nak tempah jugak kad dengan Nurul Amiera ni, sila lihat page facebook :

Kad Kahwin Borong Murah (Parit Buntar, Nibong Tebal & Sekitar Utara)

atau contact beliau sendiri di akaun facebooknya 

Nurul Amiera

Tak ada gambar tak best... Meh tunjuk contoh design kad :




Comments

  1. alololo kiut sgt ur wedding card :P

    ReplyDelete
  2. yea... nana pun buat dengan miera jugak. super duper jimat. :)

    ReplyDelete
  3. @WE -itu bukan wedding card saya...contoh design kat dalam page FB itu saja.saya punya belum didraf lagi, baru je byr deposit...

    @Amalina Ali - yeah...sebab review yang baik2 dari awak jugak...hehehe...

    ReplyDelete
  4. yang..cantik! banyak choice lak tu!

    nak jugak!! tp Sya xpaham La.. biLe sya click card tu, ps2 kt bwh ad tunjuk table harga "kemasan". ape 2??
    cmne nk taw total harge bpe?

    Sya sent email tp dprg xreply lagik.. =(

    ReplyDelete
  5. @SYA- saya suggest Sya terus jer pm page fb / fb nurul amiera tu, tanya dia. sebab xsalah dia agent je untuk website yang dinyatakan tu.truly, berurusan dengan mira tu senang je sebab dia pun b2b jugak dan banyak sharing dengan kita jugak.

    ReplyDelete
  6. @Nisa -awak pun order dengan Mira jugak ke?

    ReplyDelete
  7. @cintabella - sebab saya kedekut...berusaha cari yang murah jugak-jugak.

    ReplyDelete
  8. tak lah,
    sy tak order ngan dia pun..
    design tu pun bukan dia buat..=)

    nnti singgah la blog sy, sy ada cerita tentang kad..=)

    http://nisadawi.blogspot.com/2013/02/kad-kahwin-draft-part-1.html

    ReplyDelete
  9. Yang first tu design dari ieda ye dear bukan dari nurul amiera, nanti kite tg nisa update blog...

    ReplyDelete
  10. owh..da paham da. Amiera ni kire cm dealer under kad borong.com tu kan? sya blur mule2.

    Sya tgh cuci mate nih. mmg ingt nk tempah jugak La! hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my