Posts

Showing posts from November, 2015

CPUV 25 NOV 2015 : Shopee X NomNom Media

Image
Assalamualaikum...

Rezeki bulan november yang tak putus-putus.  Alhamdulillah...

Lembu punya susu, sapi dapat nama...

Image
Assalamualaikum...
Kite kan aktif jugak dalam freebies bagai. Pastu kan aritu ada cerita sekarang dah tak perlu beli ubat gigi sebab tetiap bulan dapat free... Seperti biasa kite aktifkan untuk husband jugak akaun tu. Maka. Tetiap bulan lebih kurang dapat bonus sama-sama. Tebus sama-sama.
Tapi alamat penghantaran lain-lain dah. Dulu semua hantar ke rumah kite. Sekarang husband punya hantar ke Johor teruslah.
But few day ni cek akaun husband ada baki lebih banyak dari kite plak. Grrr...
So not fair. Kite yang uruskan akaun dia, dia dapat lebih.




Tapi dalam masa lain, masih berbangga la dapat jimatkan beberapa ringgit perbelanjaan kami setiap bulan. Sekarang... Abah pun alert dengan barang free yang kite dapat. Ubat gigi ni pun asal tinggal sikit abah la remind. Tebuslah lagi ubat gigi dah nak habis. Yelah sampai abah pun tak payah beli ubat gigi dah sekarang kat rumah dia.

#travelling johor : makan,makan, makan

Image
Assalamualaikum...
Sekian lama husband ajak pergi Johor, jalan-jalan jumpa kawan-kawan dia. Tapi kerisauan nak berjalan jauh berdua dengan anak kecil. Fuh... Tak sanggup la. 15.11.15 akhirnya diberi peluang menjejaki tanah JDT bersama anak, abah, mak muda semua untuk hantar adik tiri kite lapor diri di JKN Johor Bharu.
Since husband expert dah dengan JB seronoklah kami di bawa berjalan-jalan disekitar sana. Sampai je JB malam 15 nov tu, husband bawa kami jalan-jalan tengok lampu , air pancut berlampu berirama di taman merdeka. Seronok Thaqif menari-nari mengikut lagu kat situ. Berhenti tengok Singapura dari tambak johor.
 Malamnya diakhiri dengan makan mee rebus tulang di zz mee rebus tulang. Memang pekat, penuh rasa yang terbaik dari ladang. Orang tak putus-putus pun singgah kedai ni.
Tapi kite tak layan sangat makanan situ sebab tengah demam, sakit tekak. Selera memang ke laut la yer. mee rebus tulang amek satu je untuk abah. Bagi rasa-rasa je cukup.

16 nov 2015.  Hari adik tiri la…

CPUV 9-24 NOVEMBER 2015

Image
Assalamualaikum...
Walaupun jengjarang aka memang lama tak update blog. Terharu betul bila cik nuffnang rajin bagi iklan tak putus-putus.




tempat baru.seksyen baru.tugas baru.

Assalamualaikum...
Hari yang sibuk. Setelah 12 hari riang ria bercuti. Hari ni masuk kerja. Selamat masuk ke seksyen kerja baru.
Super busy section.  But well.  Trying to blend well. Pray me do it good.
Patut bermula minggu lalu lagi di seksyen baru ni.  Tapi menyambung cuti kemudian MC terus EL lagi. Bhahaha...
Minggu lepas pergi Johor hantar adik tiri lapor diri kerja kat sana.  Later kalau sempat kite share trip ke sana. Rindu amat nak update blog, blogwalking. 12 hari cuti, 12 hari tak blogwalking.  last update hari tu pun curi-curi masa kat Johor aritu time anak tidur je sebab dah gian sangat nak update.Kihkihkih.
Semoga tempat baru, seksyen baru, tugas baru dapat dilaksanakan dengan sempurna. Masih nervous. Banyak perlu belajar dari bawah dan kerap bertanya je. Semoga kawan-kawan tak jemu menjawab la.



#muhamadthaqifaiman : officially wean off 100%

Image
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Already wean off day and night. Nak tidur pun takde dah perlu diulit dengan susu ibu. Fuhhh... Finally. Already day 6 breastfeed free.
Its starts when my husband coming home. Yeah. To wean off need hard work guys. Its mean including hear the kid cried loud.  I am hurt. Miss B hurt.
its broken my heart everytime he cried for milk. My husband get stress listen to his cried. T__T
Stress. Kesian anak nangis. Kesian kat isteri yang menanggung pedih masa anak menyusu.
Terus kasi usul nak pergi jumpa bomoh-bidan seangkatan untuk kasi berubat berenti menyusu. Siap cerita kat mak mertua kite. Siap dah set appoiment untuk itu. Hati ibu berat sangat. Kenapa perlu cerai susu anak secara paksa. Sapu segala benda kat situ untuk tak nak bagi anak menyusu. Tipikal ibu seperti biasa. Bertegas jelah dengan husband tak nak pergi. Thaqif will be fine. Sesambil cakap, 'lada pun anak kunyah memain, nak sapu-sapu apa-apa memang dia telan je kot'. Dalam hati, tak …

CPUV 06 NOV 2015 : OLD TOWN WHITE COFFEE

Image
Assalamualaikum...

cpuv 05 november 2015 : RHB Now Counting Avatar & Dove Hair Campaign

Image
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur atas rezeki yang masuk hari-hari.  Rezeki untuk anak-anak. Ibu menumpang kasih je. Ihiks...

Jom join contest RHB : Where Avatar? Spot, Count and Win Contest yang sedang berlangsung dari 7 September hingga 29 November 2015.
More info : RHB Now Couting Avatar

Update iklan yang kedua
Dove Hair Campaign


The power of 'SAYANG'

Assalamualaikum...
Since tahu mengandung lagi ni. Thaqif pun anje-anje je. Tantarum pun ada jugak.

Mengandung ni kadang rasa penat, nak je rehat selalu etc. Dan kite bukanlah 100% cool je orangnya. Kadang-kadang geram jugak nak marah bila ntah kenapa tetiba Thaqif nangis. Tetiba nak main remote control, atau mintak nak main pisau, mintak makanan pastu tabur-tabur je.
Perasaan grrr je...
Thaqif kenapa? Nak apa? Mana boleh main benda ibu tak bagi main. Mainan Thaqif kan dah banyak...
Gitu ibu membebel-bebel garang dan geram.

Mula la kecik tu merajuk golek-golek.
Paling lama 20saat je kite bior gitu tak tahan aihh dengar radio buruk melalak, sat gi panggil Thaqif balik peluk-peluk, tanya elok-elok takmo jawab kasi susu sambil bebel bagitau tak elok buat gitu, tak mo merajuk-merajuk semua.
Kadang-kadang Thaqif diam je seakan faham dia bersalah, kadang-kadang dia protes balik gigit susu ibu. Adoi!(terus ibu terdiam tak membebel)

So far, alhamdulillah setakat arinie takdelah nak pukul-pukul…

RM0 for 25 Pieces of 4R Photo Prints & RM4 for 48 pages Photobook

Image
Assalamualaikum...
Great deal from groupon. Well walaupun katanya mood malas nak shopping online bagai tapi ntah mood kerja melayang. Mood merayap kat online datang.
Maka, terjumpa juga hat menarik kat groupon sana. Without any payment, of course I will grab the deal.
Kite tak reti nak buat/edit photobook. Kite prefer print the pictures.  Kalau korang nak jugak, klik gambar bawah ye untuk ke link promosi itu.

Tapi tak nak mengecewakan kawan-kawan hat minat photobook.
Also I see a good deal at 11street.
RM 4 je untuk 48 pages photobook. Normal 40pages RM9.90 kot... Okey sila grab kat link yang disertakan kat gambar jugak.


Sharing is caring... With a little sharing, i share my love to all my friends and family...
Aww...aww...aww... lempang 1x.

Kolaborasi dengan zalora lagi ^__^

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.  Rezeki. Sekali lagi zalora meminang untuk berkolaborasi bersama.
Bunga-bunga je hati bila pihak zalora membalas e-mel.

Kalau perasan post Koleksi Tudung Terkini semalam.
Entri untuk zalora la tu.
Pastu zalora belanja baucer RM100.

Well, as I said mood shopping online langsung hilang, semua pun nampak tak cantik, tak berkenan, malas nak membelek.
Maka, tak tahu tahun bila la kite nak shopping. Haish.
Bagitau husband, dia plak bagi perangsang kemain suruh shopping. Tapi takde mood yunk oittt... Tak payah dirasuk kalau dah hati tak mo, buang karan je.
Kronik betul masalah pembawakan baby kali ini.
Orang lain diberi shopping melompat-lompat, kite husband siap pujuk shopping pun tak mahu.
Apolah nak jadi...

Well, last 2 day.
Pitam jap masa pergi membeli makan kat stadium sana. Adoi...
Pun tak faham, epal hijau tak tinggal, pagi tu pun siap bawak bekal milo, makan biskut bagai dah kat rumah. Tak pasti kenapa masih flat to max.
Kena cari extra alternatif k…

#muhamadthaqifaiman : Journey to Wean Off

Image
Assalamualaikum...
Thaqif memang mula on FM sejak umur 8 bulan + disebabkan banjir, EBM semua rosak. Tapi masa tu kira campur lagi la FM dan EBM.  Since Ramadan, susu kite agak merudum dan terus merudum.  Banyak la FM berbanding sebelumnya.  Tapi itu pun kat rumah opah jelah. Ibu balik tetap DF.
Bila tahu nak dapat adik baby. Bermula la fikir untuk stop DF Thaqif. Ikutkan memang takde masalah pun untuk terus BF Thaqif tapi susu dah makin kurang, dengan alahan dan kurang makan lagilah production susu berkurang. Stress, dan kesian kat anak tak puas menyusu. Even diri sendiri pun tak kuat nak stop DF Thaqif sebab dah terbiasa, balik kerja Thaqif terus je dok atas dukung mintak susu tiba-tiba nak kena tahan Thaqif dari mencari susu pulak. Hujung minggu sepenuhnya Thaqif DF, tetiba nak kena pujuk Thaqif minum susu botol. Haru...
Perjalanan wean off bermula bila kite bercakap-cakap dengan Thaqif tentang adik baby, Thaqif dah besar kena minum susu botol. Biasanya waktu bercakap ni, waktu na…

KOLEKSI TUDUNG TERKINI

Image
Assalamulaikum...

Menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan.Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.
Ini mungkin kerana golongan wanita yang berhijab semakin gemar bergaya dan mengikut arus fesyen terkini. Mereka semakin menonjol dalam dunia fesyen di Malaysia dan penglibatan mereka member kesan yang agak besar bagi pencinta serta pereka fesyen tanah air.Tambahan pula sentuhan moden yang diberikan kepada koleksi tudung terkini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Tudung adalah seperti satu aksesori kepala untuk wanita Islam bergaya.  Terdapat banyak tips pemakaian tudung tanpa mengeluarkan kos yang boleh didapati secara online sahaja. Selain daripada tips  pemakaian tudung, kita juga boleh menjadikan selebriti -…

Sampel LactoKID lagi

Image
Assalamualaikum...
Last week abah balik dengan bungkusan poslaju. Kite dah pelik-pelik. Dah lama kot puasa shopping online sejak mengandung ni. Mood malas katakan. Berkerut seribu je bukak parcel. tup.tup rupanya sampel susu lactokid dengan height chart new version. Rezeki Thaqif la. Hari tu dah dapat, ni dapat lagi sekali. Baik sungguh LactoKID.


Comel je height chart hat baru ni. Siap boleh main match word ABC gitu.  Kalau melayan dak Thaqif main ni, mesti dia seronok. Tapi mood ibu sekarang ke laut. Weekend pun tak dan nak layan dia main beria-ria. Anakda pun terabai. Baca buku sama-sama pun dah jarang. Kadang gelak sendiri tetiba Thaqif pergi ambik buku, pastu kumat kamit kerut dahi bagai baca buku sendiri.

Potty Training?

Assalamualaikum...
Sengaja mencari mood mengumpul ilmu tentang potty training. Thaqif pun dah nak jadi abang. Dah nak masuk 18 bulan dah dalam beberapa hari lagi ni. 
I think its the best time to be ready about potty training anyway. 
Jom baca sama-sama.
Rujukan tips untuk potty training :
tips-potty-train-cerai-pampers
9-tips-potty-training-waktu-malam
tips-melatih-anak-ke-tandas-atau-potty-training-dalam-3-hari
tips-melatih-anak-ke-tandas-potty
Bila nak betul-betul bermula tu, really need a gut and preparation.  Nak kena beli spander poli la kot. Hihihi... Sekarang pun opah Thaqif memang ajar masuk tandas nak mandi ke apa, mesti kencing dahulu. So he did. Lepas ni cuma kena lebih tegas. 

DIY : IRON BOARD

Image
Assalamualaikum...
Iron board kat rumah tu dah lama patah macam kat gambar bawah ni.
Mai sorang tanya kenapa patah? Sape buat? Kecik hati i'olls sebab pakat tuduh anak bujang kite. Padahal bujang tu langsung tak minat pun main kat area iron board ni. Pun tak dapat kesan la sape buat. Pakat tak mengaku. Rumah i'olls kan tempat persinggahan banyak orang. Kakak-kakak, anak-anak sedara semua. Pepaham la bukan boleh nak kontrol semua. Kalau pun anak sedara mai melepak kat rumah, i'olls pilih lepak dalam bilik je dengan anak sebab deme tengok kartun je. Kite malas nak ajar Thaqif menonton kartun sangat, even Thaqif pun kurang minat kecuali certain kartun je.
Till that day. Abah dah kesian sangat kot iron board tu patah, abah pun DIY kembali since kaki iron board tu pun kukuh elok. Terus DIY balik iron board tu kasi cantik-cantik.  Taraa...


 Kreatif tak abah?

Okay. Saja kasi idea untuk korang yang bermasalah sama.