Skip to main content

Posts

Showing posts with the label W-Preparation

W-Preparation : Candy Buffet Paper Bag

Assalamualaikum... Hari ini nak bagi idea sikit. Kepada yang dah baca entri pasal doorgift paperbag yang diprint sendiri. Yang ni ada related okay. tak baca lagi? baca DISINI Printing sendiri pada paperbag doorgift itu agak menguji kesabaran, ada masa printer jam, atau paperbag itu tersangkut ketika sedang printing.Ia akan menyebabkan tulisan itu bertindan, so paperbag itu dah dikira reject. REJECT PAPERBAG. Saya berfikir-fikir macam mana nak guna semula, tak nak membazir paperbag yang reject tu. Then... ting! I got an idea... Do paperbag for candy buffet. Yelah, nanti tak ada paperbag macam mana anak-anak saudara dan kanak-kanak comel tu nak letak candy dari candy buffet yang ada kan?  Sebelah yang terbuka. Kira mulut paperbag tu. Lipat.  Dah lipat. Gamkan. Biar gam kering sekejap.  Lipat paperbag menjadi dua bahagian dan gunting.  Taraa... Kan dah jadi dua bahagian kecil. Then bolehlah masukkan makanan candy buffet ...

W-Preparation : Tasbih Cintaku sudah sampai.

Hi! Banyak sebenarnya nak kongsi minggu ini, tapi tertunda-tunda. Kerja berimbun-rimbun pulak tetiba ken?  Tetiba jadi favourite person pulaks kat ofis. Haish! Okay, bukan kesibukan itu nak dicerita. Hari ni, Puan Mah (blogger / ex-b2b) delivery tasbih cinta yang kita order dengan dia. Jumpa pun kat ofis jer, kalut-kelibut tak sempat ajak Puan Mah kita pergi minum ka makan dan borak-borak. Sorry Puan Mah.   Maaf Puan Mah tunggu lama. Sibuk-sibuk tak perasan call + mesej dah. Jumpa pun malu-malu jer kan kite. Hehehe.. Otak  tengah blurr fikir kerja yang nak dibuat lagi. Thank you Puan Mah comel. Lain kali ada rezeki kita nak order lagi. Tasbih cinta ni, saya plan nak bagi kat pihak lelaki masa kenduri nanti. Ni yang dihantar tadi. closer ni picture yang cik Mah snap dan post kat FB. Comel okay. Kita request tiga warna dengan Puan Mah, putih , gold dan dark choc tapi cik Mah buat 4 warna, +yellowish gitu. Pastu bagi bagi free 1 pcs ...

W-Preparation : Memborong biskut dan candy di Fantasy Jungle Food NSK Selayang.

Assalamualaikum... Sabtu itu, selepas ambil abah dari Jalan TAR, hantar abah ke rumah kakak, saya dan FH terus singgah di  NSK Selayang untuk memborong isian doorgift yang masih belum selesai. Kedai tu Fantasy Jungle Food, mereka menyewa kat bangunan NSK ni. Ada 1 kedai jer jual biskut-biskut ni. Kalau pergi mesti jumpa punya. Doorgift item : Biskut Aiskrim(1tin=4kg), 5x RM36 = RM180.00 Biskut Oleo(1pack=60pcs), 30x RM4.80 = RM144.00 Mix candy (1pack, 400pcs), 20 x RM12.50 = RM250.00 Total = RM574.00 Habis shopping bab doorgift, FH sibuk cakap Candy Buffet shopping la sekali. Eh! Tetiba semangat norr mamat ni dengan Candy Buffet... Kids lover betul la FH ni. Saya apa lagi, grab,dan terus grab benda yang nak beli. Candy Buffet : Koko krunch, 1 x RM5.99 Honey star, 1 x RM6.20 Marshmellow (1kg), 1 x RM26.00 Lollipop (1pack=40pcs), 2 x RM6.00 Wafer Roll (1kotak x 400g) 4x RM4.99 Mini Drop Candy (1pack=400pcs) 1 x RM6.50 Sochew Stick (1kotak= ), 2 x RM8...

W-Preparation : Baju kawin, tailor salah jahit =(

Assalamualaikum... Mood : Sedih ooo... Kita nak peplum, dia jahit baju kurung moden. Apakah? Grr... Masa pergi tanya cerita n tunjuk pic yang macam kita nak, dia cakap okey, boleh buat, few weeks ago pergi check dia cakap dah potong kain. On saturday, kita pergi nak fitting, lain macam jer rupa ni... Truly rasa sedih sangat. That kain jouh import dari Bandung, now turning not my dream dress. Uhuk! Siap pakai, keluar tunjuk kat tailor.   Tailor : Cantik. ME : ketat. Tailor : Kenapa? Habis tu nak longgarkan, akak boleh bukak sikit. Tak nak dart ni atau macam mana? ME :baju ni memang diluar bayangan kita. Kita nak baju peplum, tak nak yang tight macam ni sebab tu kita pilih buat peplum. Ini bukan yang kita nak. Tailor : sebab baju ni lace, tak boleh potong serong, nanti tak cukup buat kain etc... ME : Kan dah cakap, tak kisah guna lace semua untuk baju, kain guna satin saja. Akak jugak bagi cadangan tu. Kalau akak cakap tak boleh buat, call saya sebelum poto...

W-Preparation : Triangle...Love..

Assalamualaikum... Cukup-cukuplah melenggang kangkung, masanya untuk pecutan pantas membuat persiapan perkahwinan. Lega, dah tahu tarikh PRU-13, bolehlah merangka untuk aktiviti waktu cuti disana juga.  Another idea for extra jimat... menghabiskan masa semalam untuk printing ini dan paperbag lagi... Ini guna untuk apa? Letak kat mana? Cer teka? Will review after my big day okay... xoxo, cik Jelita...

W-Preparation : Start do printing the doorgift paperbag tags.

Assalamualaikum... Nah! Selama ini dok lengggang-lenggang mak jemah ken? Sekarang tak sampai 2 bulan nak kahwin, mula la kalut tak tentu arah. Saya baru bermula untuk membuat printing doorgift paperbag.  Dulu, plan nak buat rubber stamp bagai tu ken? Sekarang dah tak payah dah nak buat rubber stamp bagai, printer dah ada, terus jer print atas paperbag. Senang dan jimat ooo... Dah print 2-3 helai, tiba-tiba gedik nak tambah Walimatul Urus itu... Snap pic, tanya FH, terus nak yang tulis Walimatul Urus. Saya pun suka... Jadi marilah kita print sampai lebam 1500 keping paperbag. Huhu. Wish me good luck! So far, dah siap print 310 keping paperbag Lebih kurang  20 keping untuk sampul kad. Rasa macam kosong jer sampul tu, gedik-gediklah print kat sampul pulak.  

W-Preparation : Kad jemputan kahwin dah siap.

Assalamulaikum... Lebih kurang 54 hari lagi majlis. Kad kahwin pun sudah siap. TQ to vendor yang rajin melayan saya yang cerewet sikit, benda kecik-kecik pun nak juga edit. Huhu. Pastu miscommunication sikit pun dah nak merajuks kan? Hehe. Sensitif betul orang nak kahwin ini ken... Kad terus dihantar ke KB, kat abah. Weekend hari tu baru sampai kat kami masa kakak kebetulan datang KL untuk coversation...  Masa tengok kad itu, serius rasa macam tak percaya. Kami dah pegang kad kahwin sendiri. Berdebar-debar gitu. Hahaha. Poyo! Last week pergi picnic dah mula bagi kat kawan-kawan yang join picnic tu. After all, mereka kata cantik kad itu. Hehe. Saya suka. Puas hati sangat!  Saya + FH yang gila cermin, dalam lif pun boleh.  

W - Preparation : Jumpa bridal + beli loket

Assalamualaikum... Moody monday? Me too...Need extra sleep. Just arrived @ putra 6.10 am...TQ  en.Tunang yang setia menanti disitu. Tiga hari dikampung penuh aktiviti.  Jumaat, sibuk dari pagi ke malam, persiapan makanan + layan tetamu + majlis pembayaran fidyah untuk mama + tahlil pada malamnya and collapse. Sabtu, basuh membasuh periuk belanga + pergi kedai pengantin pilih baju + beli loket. Petang ke malam berjalan ke rumah pak cik dan mak cik + tok. Ahad, ziarah kubur mama, sidai baju + kemas bilik. Lunch + shopping barang rumah untuk abah + jalan umah mak cik kemudian balik masak air barli, goreng kacang untuk abah. Berkemas untuk gerak balik kL lagi. Kus semangat... cepat-cepat dapat pindah kelantan, tak larat nak berulang-alik jer...huhu... Tapi happy okey sebab dah buat feeling-feeling princess barbie try gaun pengantin dan dah beli loket emas idaman...

W - Preparation : Cerita inner, tudung dan veil

Assalamualaikum... Makin  mendekat hari, kerja-kerja DIY masih ada yang tertangguh lagi, sibuk dengan kerja, laptop plak meragam. Nampaknya saya kena susun jadual semula selepas balik dari bercuti dikampung ini. Kena tambah motivasi untuk merajinkan diri setel perkara DIY semua. Sambil berfikir, tangan tak duduk diam mengetik keyboard komputer, mata ke skrin, mencari-cari aksesori pelengkap gaya di hari bersejarah saya... Inner... Klik sana, klik sini, baca review cerita kawan-kawan group fb TBO2013, b2b, ex-bride, blogwalking cerita pasal inner ni. Ada yang berkenan, tapi out of stock bagai. Hmm... Mula la decide guna inner yang selalu saya guna jer. Cantik jer tengok ex-officemate pakai masa majlis beliau. Ayunar 2 Tone, my favourite inner... Belek-belek website dia, tup-tup ayunar ada juga buat pre-order inner neck. Seronoklah. Terus book 3pcs. White, cream and brown...  Contoh inner neck ayunar muncung kat bawah ni yer.     Tudung, belum comfir...

W-Preparation : The Hantarans Shopping

Assalamualaikum... Huhu... mari kita bercerita pasal hantaran pulaks. As usual, sunday is our 'date' time. Hari Ahad itu kami keluar membeli-belah barang hantaran yang masih tak lengkap. Kesimpulan saya boleh cakap ialah shopping barang lelaki adalah lebih susah. Cerewet. Phew.Phew. Hahaha. For me la.  Why? En.Tunang saya akan berkira harga, brand, n few thing lagi. Ah. Truly, this is first time we shopping his things, together. Hari itu, saya biar sahaja dia shopping apa yang dia nak, (berdasar dalam senarai yang kami rancang). Nafsu shopping saya, saya kunci rapat-rapat. Saya dah set kepala 'its time for him shopping.' Know what, dia pulak rasa bersalah sebab asyik dia shopping, tak shopping barang saya. Sibuk suruh saya shopping jugak. Hehe. Saya shopping tak banyak, 2 produk skincare Pure Beauty - untuk add-on kat hantaran,  dan sehelai skirt- preparation nak duduk kat rumah mertua nanti bila malas berkain batik. Hehehe. Cheating siki...

W- Preparation : The Family Corsage is Done 18 pcs

Assalamualaikum... Selamat hari isnin yang bluesss... Hari ini nak cerita pasal corsage hasil kerja tangan kite pulak...  Dah lama tak ber-DIY. Kemalasan melanda dijiwa. Nge. Projek bunga telur dok pending tang touch-up. Acaner? Sekali rasa nak pergi kedai beli yang siap jer. Dush! Memang mintak kena gigit dengan dear en.Tunang jer ken...Dulu gedik-gedik volunteer nak buat, sekarang malas. Apakah? Okey, sambung kepada cerita sebenar. Weekend hari tu memang paksa diri untuk rajin, malas nak buka box bunga telor,paksa diri buat benda lain dan terhasillah corsage untuk family seperti en.Tunang idam-idamkan.. Comel jer, macam gula-gula smarties kata cik susu. Hahaha...cik susu sangat tension tengok hasil kerja saya, sampai cakap 'kenapa kreatif sangat, jimat giler. Benci u!' Nge. Nak kawen tapi kedekut (padahal bajet ciput), harus paksa diri rajin dan jadi kreatif my dear cik susu oittt... En. Tunang pulak senyum-senyum la tengok hasil kerja kite... Pastu perasan ...

W-Preparation : Kasut Kahwin

Assalamualaikum... Alhamdulillah...progress wedding preparation hari demi hari semakin laju diupdate. Terima kasih buat kakak-kakak tersayang yang sentiasa mengambil tahu, buat ayahanda yang tercinta, en. Tunang yang sentiasa bersama-sama menjayakan progress ini.Terima kasih buat semua yang turut membantu.  Hari ni nak cerita pasal kasut kahwin pula. Kasut akan melengkapkan persalinan indah dihari bahagia...  Untuk pemilihan kasut, pada saya ia bukan sahaja kena kelihatan cantik tetapi juga haruslah selesa untuk dikenakan sepanjang majlis berlangsung. Saya memang jarang mengenakan kasut bertumit tinggi, lebih selesa dengan flat atau wedges sahaja. Ah! Itu semua penangan dari my dear en.Tunang, beliau tak benarkan saya pakai kasut tinggi. Risaulah. Untuk kesihatanlah. Macam-macam alasanlah. So for my big day, flat or wedges be my choice? - - - - - - - - - Its Jelly Shoes! But not the pink one... Its beige color... Hoorey.... Satu c...

W-Preparation : Hadiah untuk orang rewang

Assalamualaikum... Beberapa hari meninggalkan blog. Sibuk sebentar. Masih berkisar apa yang berlaku minggu lalu. Minggu ini punya, slow-slow akan bercerita... Hari ini nak update tentang hadiah orang rewang pulak. Sudah menjadi adat bila orang datang tolong buat rewang dikampung, selain bagi duit akan disertakan sekali dengan sedikit hadiah seperti kain batik / sarung dan gula.   Leceh sikit kalau nak bagi kain batik / sarung sebab nak kena beli untuk berlainan jantina, jadi saya ambil jalan mudah beli tuala mandi. Jadi tak payah nak asing mana untuk lelaki, mana untuk perempuan. Mana-mana pun boleh. Hadiah ini biasa diberi selepas selesainya majlis. Yang diberi semasa mereka menolong rewang saya belikan face towel, bolehlah lap-lap peluh bila kepenatan buat kerja semua tu... Tuala mandi tu saya beli di Mydin Mall Subang Jaya bersama-sama dengan doorgift props seperti dalam entri disini . Harga RM7.50/pcs. Awalnya dulu saya nak beli tuala ini di Plaza GM KL sebab se...

W-Preparation : Brown Paperbag & Plastic Container Untuk Doorgift Extra Jimat

Assalamualaikum... Mood ceria jugak, sebab satu lagi w-preparation mula menunjukkan rupa. Shopping time! #17 Feb 2013 Tara! Banyakkan kami shopping? Saya panggil sebagai props doorgift boleh? Ini props untuk kedua belah pihak. Brown paperbag 2000pcs + Plastic Container 200ml 2000pcs + Bath Towel 48pcs + air kotak (upah untuk diri sendiri, en.Tunang dan bakal adik ipar lepas penat shopping) Apa doorgift saya, baca disini yang saya membebel pasal doorgift. Okey, lets begin!  Hasil dari blogwalking, mencari brown paperbag yang murah, ada antara blogger suggestkan mydin ni selain dari kedai borong Wakim Plastic atau membeli secara online. Saya survey (thru blogwalking -online) harga di Wakim tidak menarik perhatian saya, saya masih mengatakan ia mahal. Pembelian secara online, murah tapi kalau boleh nak tengok benda tersebut sendiri semua sebab paperbag ini juga ada pelbagai saiz. Selain itu, harga murah tapi belum termasuk pos, jadi kos lebih kurang ju...

W-Preparation : Kad Jemputan Extra Jimat

Assalamualaikum... Selamat Pagi... Ceria sikit sebab w-preparation mula menunjukkan rupa... Hahaha... Memang haru kalau tak tunjuk rupa lagi tengok ticker majlis lebih kurang tiga bulan je lagi oit! Kad jemputan, dah lama deal, bertanya itu ini dengan b2b Nurul Amiera, which also ambil tempahan kad jemputan kahwin ni. Last friday, baru saya secara rasminya membuat tempahan dengan beliau. Awalnya, saya nak tempah untuk both side sekaligus, malangnya en.Tunang masih belum beri tarikh pasti untuk majlisnya, dan peta rumahnya pun entah ke mana. Jadi saya menempah kad untuk pihak saya sahaja dulu. Kad yang dipilih ialah kad 4x9 single. Simple dan kos murah. Buat yang lipat 3-4 pun lastly di tong sampahkan maka adalah lebih baik buat yang biasa-biasa sahaja,  tapi still cantik, simple, dan maklumat sampai kepada penerima kad. Harga? Of course la extra jimat... Bawah rm0.30 sekeping ye. Siap dapat bunting free lagi dari Nurul Amiera ni. Hehe... Terima kasih banyak-banyak, w...

W-Preparation : Ntah apa-apa

Assalamualaikum... Asyik merewang cerita pasal benda lain je. Cemana wedding preparation oii? Down jap. En.Tunang asyik kerja-kerja-kerja. Tak dapat cuti. Cuti kena beku. Kami pun tak terambil lagi kursus kahwin atas sebab-sebab diatas.  CNY pun, sekejap dia cakap nak balik, kejap, tak jadilah sebab anak buah nak berenti kerja, semalam cakap lagi, balik. Confuse saya. Huh! En.Tunang, saya tak kisah awak balik ke tidak, yang penting dokumen yang saya minta untuk isi borang nikah setel! Progress bunga telur pulaks, elok saya cantum 55 kuntum bunga rose crepe tu, PUP! glue gun meletup... Dengan extension plug pun tak boleh guna. Apa-pun tak boleh. Maka tersadailah ia, disitu sahaja. 27/1/2013, sempat jugak keluar lagi, menjelajah Jalan TAR, masuk mydin cari hand towel untuk orang menolong didapur pada hari kejadian. Pulun 3dozen. 1 dozen = RM9.60 berbanding tuala good morning yang 6pcs RM24.00. Pheewww..Jimat okey! Update dengan kakak pasal Yassin + paper bag yang lebih...

Wed Preps : Corsage Idea

Assalamualaikum... Weekend bersama en.Tunang, berbicara tentang majlis kami... Melihatkan hasil DIY saya yang sudah siap, terus en.Tunang request untuk saya buat button badge atau seumpamanya untuk kaum family kami selitkan pada baju mereka... Siap cerita pasal wedding kawan beliau, mereka buat guna duit etc...  Tudia, hari tu, saya shopping barang DIY ada yang protes. Sekarang request kemain kan? Jadi godek-godek kat google, saya jumpa idea seperti dibawah : comelkan? mudah nak dibuat jugak... tengah memilih-milih yang mana satu sesuai nak buat... Excited bila tunang pun excited fikir pasal kahwin-kahwin ni. Hehehe... Bila dah siap DIY baru review kat sini ye... ^__^

Wordless Wednesday : Berbunga-bunga...

Assalamualaikum...hari ini mood malas amat...  Tapi rajinkan diri jugak berbunga-bunga kat ofis ni sebab kenangkan usaha semalam dok menggunting-gunting...

Wed Preps : Penjimatan Extra

Assalamualaikum... Sorry dearie... Baru tulis tajuk entri dah terpost... Kesilapan saya. Ampun... Berkenaan tajuk diatas...  Talking on the phone with my dear fiancee on friday, knock myself about saving into our wedding... Maka, weekend yang tidak beraktiviti, kesepian, selain dari tidur, saya mula menyenaraikan kebanyakan harga yang saya dapat tentang itu ini wedding kami dan membuat anggaran kasar perbelanjaan itu. Dalam hati berkata, "Oh! My ..." Sebelum ni, mudah je on itu, ini... Tak perasan duit keluar / bakal keluar riban-riban.  Lepas tu bila gayut dengan en.Tunang lagi, feeling bersalah, dan terharu dan berkata padanya... " Thanks b...for work hard for our wedding, for the money that you spend for the wedding, i'm so touched. I love you b.xoxo" Seterusnya, saya juga membubarkan / mengubah beberapa perkara dalam perancangan perkahwinan kami. Minda tidak lagi, so beautiful, i want this, i want that for my wedding, here, there. No! ...

Sudah booking Bridal / Pelamin.

Assalamualaikum... Selamat tahun baru 2013! Alhamdulillah, baru sampai dari kampung pagi ini. Terima kasih en.Tunang ambil saya dipagi hari. Berat hati nak tinggalkan mama, walaupun mama dah kelihatan sihat. Mama dan en.Tunang pula terpaksa pujuk. hehe. Tekad. Lepas 6 bulan kerja saya akan minta tukar balik Kelantan. Sambil menyelam minum air, saya sempat survey beberapa butik pengantin sekitar kawasan Ketereh, Mulong dan Wakaf Bharu sementelah kak Iena ada dirumah - mudah bergerak dan pemberi pandangan gred A tentang persiapan perkahwinan saya. Terima kasih kakak. Selepas survey dan fikir, saya decide ambil bridal yang dekat rumah je iaitu Detik Indah Bridal sebab senang, tak pening kepala, dan berbaloi la bagi saya.  Apa yang ada dalam pakej saya ialah : 1. Pelamin 1 panel 2. Hias meja makan 3. Hias bilik pengantin 4. Pintu gerbang 5. 3 pasang baju 6. 2x make-up 7. Aksesori  i. Lapik akad nikah ii. par dan alas iii.kipas dan lapik tangan i...