Skip to main content

W-Preparation : Memborong biskut dan candy di Fantasy Jungle Food NSK Selayang.

Assalamualaikum...
Sabtu itu, selepas ambil abah dari Jalan TAR, hantar abah ke rumah kakak, saya dan FH terus singgah di  NSK Selayang untuk memborong isian doorgift yang masih belum selesai. Kedai tu Fantasy Jungle Food, mereka menyewa kat bangunan NSK ni. Ada 1 kedai jer jual biskut-biskut ni. Kalau pergi mesti jumpa punya.

Doorgift item :
Biskut Aiskrim(1tin=4kg), 5x RM36 = RM180.00
Biskut Oleo(1pack=60pcs), 30x RM4.80 = RM144.00
Mix candy (1pack, 400pcs), 20 x RM12.50 = RM250.00
Total = RM574.00

Habis shopping bab doorgift, FH sibuk cakap Candy Buffet shopping la sekali. Eh! Tetiba semangat norr mamat ni dengan Candy Buffet... Kids lover betul la FH ni. Saya apa lagi, grab,dan terus grab benda yang nak beli.

Candy Buffet :
Koko krunch, 1 x RM5.99
Honey star, 1 x RM6.20
Marshmellow (1kg), 1 x RM26.00
Lollipop (1pack=40pcs), 2 x RM6.00
Wafer Roll (1kotak x 400g) 4x RM4.99
Mini Drop Candy (1pack=400pcs) 1 x RM6.50
Sochew Stick (1kotak= ), 2 x RM8.50
Total = RM93.65

Beli kertas minyak + salotape untuk balut towel nak bagi orang rewang itu = RM13.40

Total Damage of the day = RM681.05

Dua troli penuh, semua pandang semacam jer kami shopping sakan, pastu tolak troli bukan men action sekali tengok kereta kecik jer. Hehehe. Tak apalah, kecik2 cili padi oit, banyak dah berbakti hookey!
2tin biskut + 2kotak penuh berisi gula-gula sudah selamat dihantar balik kampung kirim kat abah terchenta. FH yang pergi hantar abah kat stesen bas, dia kata abah cakap, banyak nyer.
Saya gelak jer.
Petang tu, call abah tanya sampai kol bape sume, citer pasal barang tu,
abah tanya, ada lagi ker?
Me : Hish! haruslah...Itu baru separuh
Abah : Eh! Bukan tuala dah kirim kat cik Tie ke?
Me : Hehehe... (dah kata kad 1k, doorgift 1.5k semua angkut dari sini mahu tak banyak)

Comments

  1. best2!!! suka jugak candy buffet!!!

    ReplyDelete
  2. Seronok nye borong!!! Sya suke! tp pstu pening sb duet kuar. hoho

    ReplyDelete
  3. @WE - best ken? cant wait on the day tengok kids beratur kat candy buffet

    @SYA - memang seronok.bajet krg dr RM500, sekali dah terbabas jugak.tp ok la include candy buffet.

    ReplyDelete
  4. Fantasy Jungle Food (Bandar Baru Ampang) ,❝Kini Dibuka❞ dibelakang pasaraya GIANT Bandar Baru Ampang,Terima Kasih. TEL:03 -4287 8001

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....