Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mom life

Dobi Papa...

Assalamualaikum... Rindunya nak blog tapi malas amat nak taip. Asal bukak nak taip selalu kaku.blurr. Arghh...  Last tutup balik tak jadi tulis entri baru. Padahal kalau boleh nak update semua momen pergi klinik etc journey having 2nd baby ni tapi sungguh simptom mengandung kot malas nak blog menyebabkan segalanya terbangkalai. Huhuhu...  Tapi wajib blogwalking.cuma rajin dengan tidak je tinggal komen... Alhamdulillah sekarang dah 35minggu. Menghitung hari-hari terakhir sebelum berjumpa cinta hati yang baru. Okey. Bukan itu nak cerita. Nak cerita pasal dobi baju baby.  Kalau anak sulung dulu kemain ibu rajin. By 28weeks gitu dah siap-siap dobi, peralatan dobi bagai dah complete la pastu memang rajin dok rendam sampai 3 baldi baju baby semua. Sehelai-sehelai ibu belai baju tu. Kohkohkoh... Untuk anak kedua ni, tengok baldi pun tak lalu. Lebih cepat penat kali ni, lagi-lagi nak melayan abam Thaqif lagi. Ibu mandi 5-10 minit pun dia kat luar bilik air ...

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman (Day 121-150) 5Bulan

Assalamualaikum... How time flies... Dah masuk 5 bulan pun arjuna hati ibu. Sekejap je masa. Bulan depan Thaqif dah boleh makan. Hoorey. Cant wait nak memasak untuk anakda. Di usia 4m+,1st time demam, abah kata dia nak ringankan badan nak merangkak kot. Kulit  Thaqif jadi merah-merah,miang gatal gitu, ore kelate kata bunga rambai. Siap tidur bertilamkan daun laksamana. Layanz je petua orang tua-tua. Syukur, demam pun tak meragam sangat, tidur malam lena juga. Nak cuba berbalik dah, tapi cuba secara backward (dari meniarap nak terlentang). T__T. Over bijak kamu ni anak oit, terlentang ke meniarap pun tak pas, nak buat secara backward pulak. Pandai tarik rambut ibu. Pantang ibu dok sebelah or gomol dia, tangan tu laju je kan nak tarik rambut ibu. Dah pandai geram kat ibu. Balik kerja ibu ambik dukung, laju je Thaqif gomol hidung, dagu ibu hisap sungguh-sungguh. Adakah itu cara kamu menunjukkan rindu pada ibu? Okey ibu suka tapi nanti ada gigi no gigit-gigit tau. ...

Ibu yang risau

Assalamualaikum... Semalam EL lagi, pergi klinik lagi sebab semua orang merungsingkan buah fikiran ibu muda ini dengan memberi pendapat tentang kesihatan anak. Hoho... minggu lepas kan dah cuti sebab anak demam. Walaupun anak bukanlah jenis meragam, tapi ibu yang risau cuti sampai 2 hari. Rabu tu MIL telefon tanyakan cucu dia. Olololo... sweet sangat mak tok caring Thaqif siap nak mai melawat. Pheww... Sebagai menantu solehah terus terjawab, takpelah mak esok amy balik sana. Dan-dan jawab begitu walhal cakap dengan husband tak nak balik. Ntah la hati i'olls cepat cair dengan orang tua. So, Khamis yang indah balik la ke Kemahang 3. Thaqif masih batuk tapi versi biasa sahaja. Malam tu tidur asyik terjaga-jaga, dan selsema aka hidung pun tersumbat. Sejuk kot sebab tulah selsema pulak dak kecik ni. Kemahang memang sejuk pun, tidur tak payah pakai kipas pun gigil-gigil, memang kerja berebut selimut je dengan husband dulu kala, mandi pagi tu pukul 10-11 la sebab sejuk sangat...

1ST TIME THAQIF DEMAM

Assalamualaikum... Thaqif dah 4m++, ni baru merasa demam. Sabtu.13-09-2014, tengah hari tu, kite pergi rumah mak cik, buat makan-makan sempena sepupu kite yang belajar kat Jordan balik. First time kite drive sendiri berdua dengan anak je. Bangga sat drive kali ni tak de semput-semput kereta, cool je, zikir sepanjang jalan nak bagi hati tenang, anak nangis nak tidur sebelah pun wat tak tahu je (eh! kamu demam sebab nervous ibu driving ke sayang?)  Balik petang tu tak demam pun lagi. Sampai rumah pun tidur dengan nyaman lagi dalam carseat. **as upload thru ig Malam itu, Thaqif sedar sebab poopoo dalam pukul 10pm +, jamah kepala, eh panas semacam je. Tanya mak muda, mak muda kata biasa. Tak confident je lagi, tanya abah pulak. Abah kata panas dari biasa tapi tak over heat. Ubat dah la tak de. Laju-laju pergi dapur bakar garlic untuk campur dalam pevoo,  buat garlic oil. Ibu tak berani nak buat garlic socks takut Thaqif tak sesuai plak.  Garlic oil safe c...

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman day 91-120 (4bulan)

Assalamualaikum... 6.8.2014, check up Thaqif 3bulan beratnya dah 6.2kg. Bertambah 1/2kg je kali ni, mungkin nak ringankan badan untuk belajar meniarap kot. Syukur alhamdulillah since 3x kena cucuk, Thaqif tak sekali pun demam. Meragam sikitlah pada tengah hari pada hari cucuk tu. Mungkin dia baru terasa lenguh akibat kena cucuk kot. Masa dicucuk umur 3bulan ni,langsung tak bunyi pun sebab dia tengah minum susu. Nurse sendiri impress dia tak nangis. Masa 1-2bulan dia nangis masa cucuk tu pun sebab ngantuk, bukan kena cucuk. Setiap hari ada je perkembangan baru Thaqif ni. Dah mula membebel-bebel, dok sesorang pun bebel je jugak. Kalau sebelum ni pandai tengok tv sekarang tv memang minat dia, pagi bangun angkat ke luar bilik, dok ruang tonton tv, dia akan auto pandang tv walaupun tv itu blank, pastu tengok ibu dan tengok tv balik. (Nak suruh bukak tv letew) Tangan masih suka masuk mulut. Dan mula mengira jari. Angkat tangan tinggi, pastu kepal dan buka jari. (kalau dia...

Timbang Thaqif 4bulan dan Pap Smear Ibu

Assalamualaikum... 2.9.2014,semalam, pergi timbang Thaqif (sepatutnya hari ni, tapi nurse KD telefon pada 1.9.2014 tu suruh pergi semalam sebab nak buat pap smear kite sekali). Nak pergi klinik, pukul7 lagi dah siap-siap mandikan Thaqif semua. Lepas mandi tu, baru ibu terkedek-kedek isi susu semua. 4bulan, sekarang Thaqif dah 6.6kg. Tak naik banyak pun timbang, tapi naik jugak. Asal anak sihat cergas, ibu okey jer...  Panjang :63cm, ukur lilit kepala :40cm. Dah selesai part anak. Masa untuk check ibu pula. Timbang ibu 45.5kg. (selamat kena bebel kat nurse) Nurse ready suruh masuk bilik rawatan. Nurse nervous Thaqif nangis kalau kena tinggal, cakap bagi anak dekat abah la.  Me :Owh, abah pergi breakfast. Nurse: Bagi susu dulu la siap-siap. Me : Okey. Dah bagi susu botol, Thaqif yang nak mengantuk tu macam cool je lagi, tahan je mata dari tidur, kite confident je tinggal dia kejap. Masuk bilik rawatan, tukar kain dan baring untuk pap smear tu....

Thaqif dok dengan sape?

Assalamualaikum... Since dah masuk kerja, jumpa sorang tanya ' anak dok dengan sape?' Kite senyum sambil berkata ' dok dengan atok dia la' Terpinga semua orang dok pelik dan fikir bertapa hebat abah menjaga Thaqif... Hahaha... Itu semua hanya wayang hokey, jangan terlalu percaya. Besar rahmat dan syukur ke hadrat Ilahi. Kehadiran Muhamad Thaqif Aiman benar-benar membawa tuah kepada keluarga besar kami. Sejak awal kandungan lagi, kami selalu mendapat berita gembira. Alhamdulillah. (Dont complain nama anak kite panjang, I refuse nak gugurkan Aiman tu yang bermaksud bertuah, which sangat simbolik dengan kehadirannya dalam keluarga kami) Begitu juga dengan kisah pengasuh ni. Semasa kandungan menjangkau 7bulan lebih, abah mula dah tanya plan untuk baby, nak hantar nurseri atau rumah orang. Same time, abah dah aim orang untuk jaga cucunya ini. Kite setuju je nak letak rumah orang berbanding hantar nurseri. Pada masa tu kite tak tanya, atau selidik p...

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman Day 61-90

Assalamualaikum... Pheww... Anak dah 3bulan 2minggu lebih, tak update lagi perkembangan anak going 3months. Alhamdulillah... Genap 2bulan kite dah tak pakaikan mitten dekat Thaqif dah. Let him explore around him with his hand. Dia explore sangat dengan masukkan tangan dalam mulut. Kadang-kadang both hands masuk mulut. 2bulan timbang berat 5.7kg dari 4.2kg masa umur sebulan. Terus naik 1.5kg kot. Patut lenguh semacam ibu mendukung dia. Dah pandai dah cari bunyi-bunyi. Laju je anak mata mencari kalau ada bunyi pelik atau orang tegur dia.  Kaki sibuk menendang kalau orang tegur dia, minta didukunglah tu. Pastu kalau acah hulur tangan nak ambil dia, badan sibuk gerak jugak, ringankan badan. Tegur, acah je tak ambil, terus nangis la. Dah ketawa mengekek-ngekek. Malam raya, orang dok main mercun pungpangpungpang, Thaqif sibuk dok ketawa mengekek dengan mak tok, pak uda, dan kakak Ainul. Haish! Sikit pun tak de terkejut atau nangis. Alhamdulillah. Kite ni risau sang...

cuti panjang dah tamat

Assalamualaikum... Pheww. Akhirnya cuti 4 bulan yang panjang dah habis. Marilah kita kembali bekerja bak lipas kudung.  Abah dan anak datang hantar kite kerja... Thaqif tersenggih-senggih masa letak dalam carseat. Suka bebenor ye. Sepanjang perjalanan plak diam je memerhati ke luar tingkap.halfway dah nak sampai office baru merengek nak susu. Terus kite bagi susu la, versi dalam botol.  Sampai ofis, kiss dia, pesan dok bagus-bagus dengan atuk terus kite berpaling masuk ofis. Tak sanggup nak bye-bye. Huaaaa... Pastu sekarang bertahan je menyibukkan diri buat kerja sebab tak mahu telefon abah tanya keadaan anak. Hoho. Ibu sangat paranoid di tinggalkan anak pada hari pertama masuk kerja. Walhal memang dari minggu lepas lagi ibu dok mengarut rakam video anak nangis, anak gelak, anak borak sebab takut rindu masa kerja boleh tengok video dia. Over sangat... Here gambar Thaqif vs Naseem, anak sepupu kite. Sebijik kan diorang ni? Kalau  tunjuk gambar ni cakap adi...

typical ibu

Assalamualaikum... Lama tak update.entri raya pun tak dan update lagi.huhu. rindunye blog. Few days ago, dok borak dengan husband sambil ambil angin petang. Me : last week rasa semangat je nak masuk kerja balik, hari ni rasa rugi tak sambung cuti tanpa gaji tu hingga cukup bulan je. Husband : pulak? Me : such a typical mom, anak ekkekk sikit time dok dengan orang lain mesti gelabah nak cepat-cepat ambil dia. Sometimes rasa nak je cuti terus hingga saya puas jaga anak, boleh? Husband : sampai bila? Me : mungkin lepas 10-20 tahun kot, bila anak dah masuk kolej everything. Masa tu mungkin dah bosan anak dok jauh bolehlah kerja. Agaknya kolej valid parents boleh follow anak kat kolej pun i do, awasi dia kawan dengan sapa,choosing who my daughter in law. Haha... Husband : (jongket bahu) macam papadom pulak... Me : kan? Well what u think? Will he loves me always around him like that? Husband : over! Me : typical ibu! huh! Rasa baru je beranak semalam, anak tak pandai...

Berpuasa bersama anak part 2.

Assalamualaikum... Alhamdulillah, lengkap sudah puasa sebulan, diraikan dengan Syawal yang mulia. Since kite dari berpantang dok pindah randah 10 hari rumah mertua, 10 hari dirumah abah, habis pantang sambung dengan puasa pun masih begitu. Lepas 5 ramadan yang kite dah cerita SINI , kite balik ke rumah abah. Berbuka puasa beramai-ramai dengan our stepmum, sisters and their families. Thaqif not behave well. Merengek-rengek je semasa nak berbuka. Kite makan, cik ngah dia yang meriba la. Hoho... Next day kite dok sesorang berbuka-abah biasalah sibuk dengan jemputan berbuka tak pernah putus, mak muda (wife abah) berbuka dirumahnya bersama anak-anaknya. Nervous jugak sendirian dengan anak je. What if anak tak nak duduk bawah, kite nak makan semua boleh ke handle kan? syukur alhamdulillah Muhamad Thaqif behave. Sama ada dia tidur atau bermain sendirian kala kite sedang berbuka puasa tu. Balik rumah mak tok, again dia tak tidur sangat masa berbuka. Mak tok la melayan dia masa ibu m...

More gifts...part 3

Assalamualaikum... Murah rezeki anak, ada je orang kasi baju lagi dan lagi... Mak tok belikan baju raya, kiut miut je. Rujuk entri SINI . Big thanks to mak tok yang sangat baik hati... baju melayu chomels siap ada lace di leher dan poket. Pergi jalan-jalan kat pasaraya econjaya bersama mak muda (wife abah), dia beria suruh kite pilih baju nak belikan untuk Thaqif... Kite layankan jelah, nanti tolak kang fikir kite sombong pulak. Kite kemain nak pilih saiz besar sikit, ambil la saiz m, sebab Thaqif pakai saiz s jenama pureen tu fit to him je sekarang. Sekali test, haila lebih kurang je sama besar dengan baju saiz s Thaqif tu. Layan jelah pakai selagi boleh.  Thank you opah muda... Baju siang sepasang dan baju tidur sepasang. Sayang sang cinta hati kena pikat keluarganya. Bakal mak sedara Thaqif pun beri hadiah baju jugak sepasang. Tq mak uda! Umi (kak long husband) kirim baju raya untuk mak tok, tok ayah dan kakak ainun (sepupu Thaqif) pun tak lupa be...

Toys for my little boy from Hanikimu's Boutique.

Assalamualaikum... Pejam celik dah 2minggu pun kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Minggu pertama merangkak-rangkak puasa, minggu kedua makin segar. Alhamdulillah semoga stamina kekal ke akhir ramadan. Minggu ni mesti dah ramai excited siapkan baju raya untuk sendiri dan anak-anak kan. Hu. Kita plak tengah teruja beli toys untuk anak. Hehe... Sabar jelah anak ye. Ini pun untuk awak jugak. Kisahnya, atok kalau tengok tv sambil jaga Thaqif, malas layan Thaqif borak pastu umpan Thaqif dengan remote astro. Mulalah tangan Thaqif terawang-awang nak capai remote tu. Mula la atok bebel suruh belikan toys untuk Thaqif. So kesianlah dekat anak asyik diumpan remote astro je, kite pun lajulah survey toys untuk si kecil. Kite pilih beli soft toys sebab rasanya lebih sesuai untuk 0 month ++, disamping kembangkan minda, dan sel-sel otak baby dengan colors, bunyi serta selamat untuk baby gitu. Banyak membebel, moh tengok apa yang kite beli. Lamaze stick rattle. Bila Thaqif dah p...

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman 2bulan.

Assalamualaikum.... Tiru Puan Imah buat entri pasal perkembangan anak. Bagus jugak. Nanti anak dah besar, rindu zaman dia kecik, boleh baca dan senyum sendiri ingat telatah dia. Hehehe. Hari 1-2 -berat masa lahir 2.81kg. -kena cucuk nangis senafas je. Hero sangat, sayang tidur sebenarnya. -siang tidur, malam berkepit dengan ibu je, tidur atas dada ibu je sebab susu kurang. Ibu tidur sambil duduk jela mampu. -mandi nangis. Hari 3-10 - masih suka tidur sebab kuning. Malam siang tidur je, bangun untuk susu sahaja. -susu ibu dah banyak, menyusu pun kuat jugak. -10hari, berat 3.1kg. -dah tak berbedung dah sebab cuaca panas, kalau bedung pun sekejap je tangan dah terkeluar dari bedung. -dah belajar isap guna botol, minum air zam-zam dan susu yang di pam. -panas tak tidurlah, nak kipas hookey. Pandai sangat. -dah tak nangis masa mandi Hari 11-20 -rajin dah bukak2 mata. -masih suka tidur jugak...jarang sekali berjaga lama malam2, sekadar untuk susu je...

Bersalin dimana?

Assalamualaikum... Cerita bersalin dah, story2 pasal anak pun dah jugak sikit2. Namun soalan bersalin kat mana, ok ke, masih jugak menjadi soalan utama, marilah kita bercerita. Kalau ditanya nak bersalin dimana, mestilah idam di KBMC gitu, nak pilih doktor perempuan sambut kelahiran anak. Tapi fikir di hospital kerajaan pun tak kurang facilities dia. Lagipun di Kelantan ni kite ada tempat memilih nak bersalin dihospital mana.  Kite pilih HUSM, Kubang Kerian. Memang dari mengandung lagi, kite target nak bersalin di HUSM instead of HRPZii (Hospital Raja Perempuan Zainab ii-  Hospital Besar Kota Bharu). Kenapa? Kite rasa lebih selesa di HUSM, parking okey, wad selesa. Dah survey di HRPZii, padatnya wad bersalin dan wad-wad lain pun. Parking susah, dan ada jauh sikitlah. Jawapan yang selalu diberi pada orang yang bertanya, bosan dah g HRPZ, hari-hari kerja situ, bersalin kite tukar angin pergi hospital lain la plak. Masa kite bersalin that day, wad bersalin di H...

Berpuasa bersama anak

Assalamualaikum... Tahun ni 1st time puasa dengan anak pulak. Pejam celik, sedar-sedar dah bersahur untuk hari ke-6 puasa. Sekejapnya masa berlalu. Mencabar juga berpuasa sambil bf ni. Syukur alhamdulillah susu meriah. Disebabkan bf, memang dahaga jelah terasa ketika baby menyusu. Hari pertama, kedua puasa itu memang sangat mencabarlah, baru nak biasakan diri tak boleh minum. Then hari seterusnya till sekarang, kite make sure sebelum tidur malam habiskan sebotol air 750ml, nak sampai ke sahur sebotol lagi. Okey itu part ibunya. Part anaknya pulak. Hari pertama berpuasa, kite bangun nak bersahur baby pun bangun sama. Layan jelah anak. Time berbuka bertiga je. Papa, ibu n Thaqif. Yeah. Menu bukan main dengan akok, yong tau fu, kuih cara, gulai ikan haruan MIL, som tam.  Ibu n papa tak sabar nak buka dengan menu yang menyelerakan tu. Mula-mula ibu papa ready nak buka puasa, Thaqif steady dok atas rocker. Ibu n papa sibuk memuji la baiknya dia, bagus. Orang azan, Thaqif pun...

cerita berpantang

Assalamualaikum... Asyik cerita anak je, ibunya nak jugak enterframe cerita pasal sendiri. Kite berpantang secara bergilir, di rumah MIL dan rumah abah. Totally lari dari plan masa mengandung. Asalnya nak pantang rumah MIL seminggu dua then balik rumah sendiri je ( masa husband masih kerja di kelantan alasan kesian husband jauh ulang-alik kerja).  Selepas melahirkan si kecil kite plan nak balik rumah abah dulu few days selesakan diri. Tapi masa nak discaj abah suruh terus balik ke rumah MIL sebab tak ada orang tua nak jaga baby. Risau juga dan tak nak susahkan kakak kena ambil cutilah kalau nak jaga kite. Kite menurut ajelah, as long my husband besides me. Chewahh..so dari hospital kite terus follow MIL balik. Husband balik rumah abah kemas barang-barang kite bawa ke rumah MIL. Baru-baru bersalin dengan luka epi kat bawah tu, terseksalah sikit nak bergerak bangun ke toilet ke apa sebab dirumah MIL tidur kat tilam bawah je. MIL kite versi moden sikit kot,  pant...

1st time bawa anak dating

Assalamualaikum... Husband balik haruslah time untuk manja-manja dan dating. Dulu dating berdua, kini dating bersama si kecil pulak. 26 Jun 2014. Main point keluar nak cari baby carrier, al-maklum sehari ke sehari badan sikecil membesar bak juara, ibu makin kecik kata papa. Perlukan carrier la untuk membantu pergerakan kite nanti nak ke kedai ke mana-mana bersama anak. Hoho. Maka, selepas menziarah tok che, terus ke manjaku area tesco kota bharu  itu. Situ je nampak tempat nak membeli barang baby yang lengkap di Kelantan ni. Masuk mensurvey baby carrier. Agak hampa sebenarnya tak banyak choice. Ergo or boba idaman hati jauh sangatlah nak ada, yang ada sekadar brand biasa sahaja. Since nak beli jugak kite try jela apa yang ada. Muhamad Thaqif Aiman dok mengantuk nak tidur, tapi tak tidur pun. Maybe sebab 1st time keluar lama-lama, dia agak susahlah nak tidur. Sesi test carrier pun dia sibuk jilat carrier itu. Hadoiii... Mata dah stim kens, mulalah nak jilat situ sini de...

The gifts...part 2.

Assalamualaikum. Bright day. Papa Thaqif n Thaqif sleeping. Ibu kebosanan. Marilah update blog. Sebelum bersalin ada dah cerita sikit pasal dapat gift yang baby dapat dan ibu belikan untuk baby. Sikitlah. Baca DISINI . Yang pink-pink, girl punya things dalam entri tu dah selamat diberi kepada anak sedara girl kite yang baru dilahirkan pada 17 Jun lalu, dan bakal diberi kepada baby kawan kite yang dijangka baby girl. Panjang-panjangkan lagi rezeki tak salahkan. Alhamdulillah, murah rezeki Thaqif lepas dilahirkan dapat gifts lagi. 1. Hamper mandian etc daripada kawan papa (ni dapat masa kite nak mula cuti bersalin sebenarnya, papa berhenti kerja baby dapat hadiah) Big thank you uncle Chua. 2. Pampers trial ini dari Hospital. Bolehlah sebagai kenang-kenangan.    3. Baju dari cik na (kakak kite). Thanks a lot cik na, tapi besar, Thaqif tak boleh pakai lagi. Soon Thaqif lebih bam baru pakai. 4. Hamper lagi, daripada wakil rakyat Tanah Merah. Maklum...

jealousy

Assalamualaikum... Bit manglish today. My husband will back today. Yeay! Cant wait to hug him. But its a badmood day for my little angel Muhamad Thaqif Aiman. He woke up late in the morning, almost 8am, and still wish to sleep. He dont like to walking around the house with mak tok and tok ayah like yesterday anymore. He just ekk ekk ekk all the time with them. He only want me, even sleep on me. If i put him down then he realised it, he will scream loud. Huh! How sensitive you are today my angel. While he is sleeping on my chest, i keep questioning in my mind why he be like this today? He not had fever at all. Maybe just being 'manja'. Then i am think. Is he jealous that i will hug another guy tonight and get forgot about him? Is he? Elders always said that babies had good instint in everything. All this day, he not so mind to sleep by himself while i got my shower etc. Sudden i said to Thaqif who sleeping on my chest, But he is your dad young man. Why y...