Followers

Friday, 1 August 2014

Berpuasa bersama anak part 2.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, lengkap sudah puasa sebulan, diraikan dengan Syawal yang mulia. Since kite dari berpantang dok pindah randah 10 hari rumah mertua, 10 hari dirumah abah, habis pantang sambung dengan puasa pun masih begitu.
Lepas 5 ramadan yang kite dah cerita SINI, kite balik ke rumah abah.
Berbuka puasa beramai-ramai dengan our stepmum, sisters and their families. Thaqif not behave well. Merengek-rengek je semasa nak berbuka. Kite makan, cik ngah dia yang meriba la. Hoho...

Next day kite dok sesorang berbuka-abah biasalah sibuk dengan jemputan berbuka tak pernah putus, mak muda (wife abah) berbuka dirumahnya bersama anak-anaknya. Nervous jugak sendirian dengan anak je. What if anak tak nak duduk bawah, kite nak makan semua boleh ke handle kan?
syukur alhamdulillah Muhamad Thaqif behave. Sama ada dia tidur atau bermain sendirian kala kite sedang berbuka puasa tu.
Balik rumah mak tok, again dia tak tidur sangat masa berbuka. Mak tok la melayan dia masa ibu makan.
 Curious sangat ibu, kenapa duduk dengan ibu berdua dia okey je behave, ada je ramai meragam. Huhu. Layankan jelah.
Balik rumah atok lagi 2minggu sebelum puasa. Kite biasalah memang jenis tak boleh dok diam lagi-lagi nak raya. Lap kipas, kemas-kemas sikit. Pastu verangan berkuih raya. Alhamdulillah  sempat membuat 3 jenis kuih raya tahun ni. Teruja sangat 1st time buat kuih raya dan menjadik!

Cerita semasa membuat kuih raya,huhu. Kite tengok anak tidur lena, lajulah kite adu tepung semua.  Elok siap adun, nak mulakan operasi membakar kuih raya, anak pun bangun, nak menepek je. Ibu nak letak, dia merengek-rengek. Pheww... Layan jer la anak. Lastnya, kite angkut oven tulah ke depan, bakar cookies sambil melayan Thaqif. Set time kat oven ngam-ngam cookies masak je. Kang kalau terlambat keluarkan cookies, cookies taklah hangus.
 Begitulah gayanya sehingga terhasil 3 jenis kuih raya kite tahun ni. Biskut cornflakes, cornflakes madu dan famos amos.

Ini yang kite bawak balik ke rumah MIL je.


2 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. bestnya buat kuih raya sendiri... pandai thaqif behave dok dgn ibu diaaa~~~

    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ~~~

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri cik jelita :)

    ReplyDelete