Posts

Showing posts from September, 2016

Apply ATM Debit Maybank melalui maybank2u

Image
Assalamualaikum...
Rata-rata tengok pakat dok update dah tukar kad atm baru. Amboii korang, banyak betul kad atm ye... Kite pun dah tukar jugak dah kad atm maybank.


hahaha...maybank je mampu tukar dulu. Hat bank lain tu macam belum dapat hidayah nak pergi beratur kat bank. Kekeke...
Masa dok heboh pasal kena tukar kad tu kite dok dalam cuti bersalin lagi tapi takde makna ye nak pergi bank sambil membawa anak-anak.
Masuk je kerja ada la plan nak keluar pergi bank tukar kad. Pastu lagi lega sangat bila tahu kad atm maybank boleh mohon 'replace card' melalui maybank2u sahaja. zasss...klik-klik terus.
Masa apply tu malas nak war-war sebab tak tahu lagi servis cemana, ok ke tidok.  Sekarang kad dah dapat, baru best show-off. Hehehe...

Best sangat servis maybank ni. Tak payah nak pergi beratur kat bank segala. Nak aktifkan kad atm ni pun thru online jugak.
Suka.suka.suka.


Cerita berpantang anak kedua

Assalamualaikum...

Meh nak cerita pengalaman ibu anak dua berpantang.
Konon sangatlah berazam kali ni nak pantang dengan ketat sikit kali ni.
Tapi harapan tinggal harapan la.
Bila anak dah dua u'alls, bukan lagi masa anak tidur, ibu pun tidur tanpa rasa bersalah ye, kadang-kadang kena jugak curi masa tidur tu untuk melayan abang Thaqif etc.
Pastu berpantang kali ni lebih kepada berpantang sendiri je.
Anak dah dua, tak payah la nak manja lebih-lebih sangat, pandai-pandai berdikari, dan belajar untuk hidup tanpa bantuan parents dah.

Kebetulan suami pun tak sihat jugak masa kita tengah pantang ni lagilah rasa macam tak de berpantang benor. Kite sendiri jelah uruskan anak-anak, dan urusan rumah tangga sikit-sikit. Bila kita up status kat FB tengah cuci pinggan menjadi tomahan tetiba walhal basuh pinggan sebijik dan cawan 2bijik. Rasanya bangun basuh sebijik dua pinggan dan cawan, dan buat susu anak itu bukan terlalu berat dan boleh menyebabkan meroyan dalam pantang. 
Buat kerja gitu-…

#nuraisyahtasnim botak

Image
Assalamualaikum...
Majlis cukur jambul Aisyah dah setel pada hari ke-8. Majlis tu toksah la cerita. Buat kecil-kecil sahaja ajak jiran tetangga. Menu pun mak mertua yang setel. Sadis sangat bila musim kemarau takde air ni. Memang hidang makan pun alas kertas minyak bungkus nasi tu, air simpan untuk urusan mandi manda dan memasak je.  Takde pun gambar mahupun video hari tu sebab suami yang tak sihat kena ezcema teruk langsung demam tak bermaya. Tangan dan kaki penuh dengan biji air dan bernanah. Drive kereta pun guna tapak tangan je. Maka bersama-sama la kami berpantang. Dok rumah mertua pun sampai day 9-10 je pun sebab yelah musim takde air, jenuh hari-hari nak tunggu lori air datang hari-hari. Kalau balik rumah sendiri tu untuk 3-4 beranak ni cukup la sebab guna telaga aka perigi. Lagipun abah nak pergi umrah, kira macam spend masa dengan abah la sikit sebelum abah berangkat pergi. Lepas abah pergi umrah, kite pun akan bertapa rumah mertua jugak.

Day 14. Pergi rumah mak cik kite min…

Mencurangi Drypers

Image
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidiladha semua... Apa cerita raya kali ni? Alhamdulillah. Raya kali ni dapatlah kami sekeluarga beraya bersama. Suami balik beraya. Hehehe... Harapan raya kali ni pulak untuk bagi Thaqif merasai suasana raya korban, tengok lembu kena sembelih pun tercapai.
Eh. Tersasar dari tajuk pulak.
Setelah sekian lama menjadi pengguna tegar drypers wee wee dry... Kini dah pun mula curang... Dah lama nak curang tapi selalu cam susah la. Kite ni memang jenis die hard fan. Kalau dah 1 brand tu digemari, memang sampai mati pakai brand itulah. Pad pun masih pakai brand sama dari memula period tu walaupun dah berapa kali tukar packaging etc.  Begitulah jugak dengan drypers ni. Bila drypers dah 'upgrade' baru, dengan harga baru ni memang terasalah dia punya impak tu, tambah-tambah anak dah dua lagilah fikir banyak kali tentang perbelanjaan semua. Tapi masih stick pada drypers sebab anak-anak masih okey pakai drypers tu, takde masalah bocor etc walaupun bany…