Skip to main content

#nuraisyahtasnim botak

Assalamualaikum...

Majlis cukur jambul Aisyah dah setel pada hari ke-8.
Majlis tu toksah la cerita. Buat kecil-kecil sahaja ajak jiran tetangga. Menu pun mak mertua yang setel. Sadis sangat bila musim kemarau takde air ni. Memang hidang makan pun alas kertas minyak bungkus nasi tu, air simpan untuk urusan mandi manda dan memasak je. 
Takde pun gambar mahupun video hari tu sebab suami yang tak sihat kena ezcema teruk langsung demam tak bermaya. Tangan dan kaki penuh dengan biji air dan bernanah. Drive kereta pun guna tapak tangan je. Maka bersama-sama la kami berpantang. Dok rumah mertua pun sampai day 9-10 je pun sebab yelah musim takde air, jenuh hari-hari nak tunggu lori air datang hari-hari. Kalau balik rumah sendiri tu untuk 3-4 beranak ni cukup la sebab guna telaga aka perigi. Lagipun abah nak pergi umrah, kira macam spend masa dengan abah la sikit sebelum abah berangkat pergi. Lepas abah pergi umrah, kite pun akan bertapa rumah mertua jugak.

Day 14. Pergi rumah mak cik kite mintak tolong dia cukurkan rambut Aisyah.
Thaqif dulu pun cik yam ni jugaklah yang cukurkan rambut dia.

 Proses cukur rambut bermula. Gunting dulu rambut panjang tu.

Dah botak separuh. Banyak sangat rambut Aisyah oii...

Semangat ibu snap gambar banyak-banyak hari sebelum cukur rambut Aisyah sebab takut rindu rambut lebat dia. Ahaks...

Layan gambar before/after.

Tapi kalau dah jenis beranak-beranak je rambut lebat, dah botakkan pun cepat je rambut panjang balik.

Nah gambar Aisyah dari umur 1-4 bulan.
Stylo la gigirl rambut pacak.

Haha...tengok gambar ni. Macam progress bukak mata pun ado jugak.
Umur sebulan langsung tak celik mata.
Naik 2 bulan celik sipi-sipi. 3 bulan cuba la bukak mata walaupun sepet. 4 bulan memang nampak dah cerdik buka mata tu.
Rambut pacak-pacak asal jumpa orang mesti tegur lelaki ke. Maka ibu merajinkan diri grooming anak dara dengan tutu/headbands bila nak keluar. 
.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-