Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

2nd Pregnancy : The 2nd Trimester

Assalamualaikum... Pejam celik eh dah melepasi fasa 2nd trimester. Di awal 2nd trimester. Mengalami pitam sekali semasa pergi beli makan pagi. Memula elok je jalan borak ngan member. Sampai kedai makan, beratur nak order tak semena-mena rasa berpusing, terus duduk jelah kat kerusi. Alhamdulillah. Tokei kedai siap belanja teh o ais lagi. Member pun tak perasan kite nak pitam. Big no to fast food. Nugget, burger, western food(spaggeti etc) semua tak mahu. KFC je boleh telan sebab ayam. Burger pun burger KFC inti ayam goreng tulah. Baby selera kampung-kampung je, pastu wajib la nak nasi dalam sehari tu. Suka sayur, ulam-ulam gitu. Makan tu kalau boleh nak jugak ada sayur. (ini selera papa sangat la-ore kelate tak ley tinggal nasi) Lepas makan nasi, wajib mood nak coklat. Kalau tak dapat memang rasa loya, nak keluar balik je isi perut. Tapi kite takde la amek coklat sepenuhnya, tapis la dengan biskut bersalut coklat camgitu jelah. Baby nan aktif, kalau makan coklat m

Gigirl ke Boboy

Assalamualaikum... Pejam celik dah di ambang 30minggu pun. Kejap je masa berlalu. Pastu orang sekeliling sibuk bertanya dan meneka jantina kandungan kite. Teruja dan seronok dengan kehadiran orang baru tentunya makin dirasai. Kisah 2nd trimester pun tak ter-update sebab terdelete dah draft yang panjang-panjang di karang. Sobs.  Tunggu mood rajin kite draft balik cerita 2nd trimester itu. Kisah pada suatu hari yang tenang, ibu borak dengan Thaqif. Ibu : Thaqif, meh sayang adik baby sini. (Thaqif pun berlari kiss adik baby) Ibu : Thaqif sayang adik? Nanti jadi abam yang baik tau. (Thaqif golek-golek je perut ibu) Ibu : Erm... Nanti dapat adik, nak baby gigirl ke boboy? Thaqif : Boboy. Ibu : Kalau baby gigirl tak nak ke? (Thaqif muka nak nangis) Ibu : Ala, abes tu kalau baby gigirl jugak cemana? (Thaqif dah hentak kaki, lembek badan nak berguling) Thaqif : Boboyboyboy...  Ibu : Okey. okey. Baby boy la. Thaqif : Boyboy. (tunjuk kat TV) T

Kuala Kangsar With Loves : Majlis Berkhatan.

Assalamualaikum. Dah puas berjalan-jalan di sekitar pekan Kuala Kangsar, kembali semula ke tempat kenduri. Anak-anak yang  nak berkhatan dah siap nak berarak dah sebelum di jamu makan.  Berarak di iringi kompang dan selawat. Ni baru suku daripada anak sedara i'olls. Bergambar sebelum makan. Lauk dan hiasan meja beradab dah rupa makan pengantin kooo... Mak mertua, mak muda, abah dan ayah mertua kite. Abaikan tudung i'olls yang serabai itu. Tengah dok makan deme ajak bergamboo, tangan pun tak basuh hoii... takdan nak betul-betulkan tudung dah. Thaqif masih dok sedap tidur sepanjang majlis. Habis makan berarak pergi sungai pulak buat acara berendam. Time ni Thaqif bangun dah, melepek atas dukung papa blurr pekebenda kompang-kompang ni. Terjun! Dah abes mandi, berarak lagi pulang. Kompang sementara dok operate. Ngeh. Arash debor takut nak kena sunat. Muka stress tak boleh blah. Gambar lepas operate takde. Dedua pak

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

Kuala Kangsar With Loves : Perusahaan Labu Sayong

Assalamualaikum... 5 Februari 2016. Berangkat ke kuala kangsar bersama suami, anak, abah, mak muda dan kedua mertua, kakak sekeluarga anak-anak saudara.  Pergi atas dasar nak turut memeriahkan majlis berkhatan dua orang anak saudara kite di rumah ayah angkat kepada abang ipar kite kat Kg Beluru, Kuala Kangsar. Kakak sewa homestay atas rumah kedai, 5 bilik, 3 bilik air di kampung Jamuan. Tak silap namanya, D'Jamuan Homestay. Puas hatilah. Anak-anak seronok dok situ. Kami sampai pun dah petang. Lepas makan semua, rehat-rehat jelah kat homestay. Malam tu, geng lelaki pergi tahlil dahulu kat tempat majlis. Geng perempuan dan anak-anak berehat je kat rumah. Thaqif Aiman awal-awal dah ditewaskan. hehehe... 6 Februari 2016. Pagi-pagi bangun, lepak minum-minum kopi bekalan dari rumah pergi tempat majlis sekejap. Ada marhaban, berendoi untuk baby tuan rumah yang turut join ventures buat Aqiqah.  Sekejap je join marhaban bagai tu, terus mintak diri nak melawat band

CPUV JANUARI 2016 : CREDIT VS ON GOING

Assalamualaikum... Januari 2016 rezeki nuffnang bagi iklan banyak tapi jarang update blog maka pendapatan suam-suam sahajalah. Apa-pun syukur ada jugak la. TQ untuk kawan-kawan yang rajin singgah blog kite.  Banyak yang dah kredit.   Yela, Januari pun dah berakhir sekian lama kan. Tapi ada juga yang masih on going walaupun dah melepasi separuh Februari. Big TQ to nuffnang anyway.

Rezeki Ibu Mengandung

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Minggu ni rezeki kite murah betul.  Masuk kerja minggu ni memang siap-siap bekal dari rumah 2 keping roti berintikan Spread Hazelnut Gardenia tu. Pastu sampai ofis pun takdelah sibuk nak keluar  makan ke apa sebab tak tahu nak makan apa. Dah bosan dengan menu nasi berlauk area stadium dan hospital. Hari Ahad tu, dah memang dah ada makan-makan di Hotel Perdana sempena persaraan salah Penolong Pegawai Tadbir.  Kira memang simpan perut makan lunch tu jelah. Tu pun ada PPK yang datang kutip BHT jamu kami apam polka dot-dot air tangan isterinya. Sedap, okey la buat alas perut. Hari Isnin pulak sibuk bekerja di pagi hari tak makan. Tup-tup Cik Lynn balik dari medical board, dia dapat nasi kerabu, dia bagi kite sebab dia dah order kerabu maggi dengan kawan ofis. Rezeki. Alhamdulillah. Cancel keluar makan tengah hari. Selasa, konon plan dengan Kak Salma nak keluar lunch makan nasi air. Nah, PPK yang selalu datang kutip BHT bawak beberapa bun

Situasi Ibu Mengandung Je Paham

Assalamualaikum... Sumber FB tentang situasi ibu mengandung je yang faham. 1. Tak boleh bongkokkan badan sesuka hati. Nak pakai kasut pun susah. Selipar jelah senang sauk buat masa sekarang.  2. Perut besar macam mengandung kembar lak. hehehe... Ini berlaku kalau kite pilih baju yang warna polos, lembut maka hari-hari berhati-hati sangat pilih baju tak nak nampak seksi sangat.  3. Sensitif. Ini pun adalah berlaku situasi ni. Almost 12am, dok layan tengok tv ngan husband mintak coklat. Husband dah pening jenuh nak menapak ke 7e. Nasib baik selongkar peti ais ada lagi coklat. 3. Tidur terganggu, tak selesa je. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Selalu jeles ngan anak bujang yang sedap tidur terlentang meniarap. Siap kacau Thaqif,kejap peluk dia, kejap tarik dia sampai Thaqif rimas. Kikiki...   4. Perut macam ada bom. Kadang mengeras pastu dush kena kick. Fuh! mencabar sungguh.  5. Toilet is the favourite room. Kejap-kejap tandas. Adoi.

Popia Bersalut Madu Nestum Kudapan Waktu Senggang

Assalamualaikum... Masuk kerja minggu lepas CNY ni lenggang je dari kerja.  Takde BHT bertimbun, permohonan bertangguh ke apa. Tak banyak problem sangat nak setel. Takde, takde keje pun arinie pepagi hari mai setel laporan siap, filing terus goyang kaki. 12pm tetiba timbunan kad A&E dan BHT penuh atas meja. Ada kot 20+. Tetiba tak 3pm lagi dah setel semua tu. Adeh. Alhamdulillah, hari ni Allah permudahkan kerja kite. Best jer kerja dah setel. Boleh merayau-rayau online.blogwalking. kekeke...  Rindu kot nak blogwalking macam dahulu kala.  Sejak masuk seksyen baru boleh kira je berapa hari yang goyang kaki, waktu lunch boleh belek FB sebab selalunya kite letak kerja didepan.Hari-hari target nak setel kerja banyak mana etc. Bos mai melawat kawasan pun mampu senyum jelah tengok kite. hahaha. Janji kerja siap, semua okey je. Yang lagi best, dok bersila depan PC, baca blog sambil mengunyah popia bersalut madu nestum yang dibeli dari rakan sekerja. Sedap

#2ndPregnancy : Losyen Sejuta Khasiat Apple Garden Anugerah

Assalamualaikum... Dalam persediaan untuk bersalin dan berpantang. Hari tu ada terbaca cik mah beli Losyen Sejuta Khasiat Apple Garden Anugerah ni. Komen cik mah best rasa panas menenangkan dengan bau apple semua. Kite pun jadi tertarik. Yelah. Mengandung ni, sikit-sikit nak lenguh betis, pinggang semua. Nak sapu minyak angin setiap masa macam nanti orang sebelah menyebelah pening, dan menegur pulak bau minyak angin. Tapi losyen ni bau apple mestilah macam tertarik nak cuba juga. Pastu search tengok review etc dari pengguna yang lain. Masing-masing komen okey. Pastu cari seller pulak la, maklumlah malas nak menjejak kedai demi kedai. Lebih selesa berurusan melalui atas talian je. Tahu-tahu parcel sampai je. Ihiks. Alhamdulillah jumpa seller di FB. Terus grab 2 pcs, kira spare terus sampai beranak nanti pun boleh pakai. Bajet pakai secalit sehari la kot. Konon, kalau sesuai dengan kite tak payah dah topup beli minyak herbanika nonaroguy tu dah. Pendapat kite. B

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat TAWARAN HADIAH :  CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa) TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG. LETS JOIN US

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

Assalamualaikum... Sekian lama tak join giveaway dan tersepi dari buat giveaway. Hari ni tetiba mood rajin pulak. Semoga ada rezeki adik baby. Dah lama nak try minuman ephyra tu, tapi asyik bertangguh ja. Mana tau kalau menang ni lepas ni jadi pengguna setia plak semasa berpantang nanti.