Followers

Sunday, 28 February 2016

Gigirl ke Boboy

Assalamualaikum...

Pejam celik dah di ambang 30minggu pun.
Kejap je masa berlalu.
Pastu orang sekeliling sibuk bertanya dan meneka jantina kandungan kite.
Teruja dan seronok dengan kehadiran orang baru tentunya makin dirasai.

Kisah 2nd trimester pun tak ter-update sebab terdelete dah draft yang panjang-panjang di karang. Sobs. 
Tunggu mood rajin kite draft balik cerita 2nd trimester itu.

Kisah pada suatu hari yang tenang, ibu borak dengan Thaqif.

Ibu : Thaqif, meh sayang adik baby sini.
(Thaqif pun berlari kiss adik baby)
Ibu : Thaqif sayang adik? Nanti jadi abam yang baik tau.
(Thaqif golek-golek je perut ibu)
Ibu : Erm... Nanti dapat adik, nak baby gigirl ke boboy?
Thaqif : Boboy.
Ibu : Kalau baby gigirl tak nak ke?
(Thaqif muka nak nangis)
Ibu : Ala, abes tu kalau baby gigirl jugak cemana?
(Thaqif dah hentak kaki, lembek badan nak berguling)
Thaqif : Boboyboyboy... 
Ibu : Okey. okey. Baby boy la.
Thaqif : Boyboy. (tunjuk kat TV)

T__T

Ibu thought Thaqif really wish for a baby boy.
Senget-senget pikir kalau baby girl cemana oiii...
Rupanya dia fikir tentang boboiboy.

Korang rasa?

 Fine!
Pengaruh tv sangat anak ibu neh.

Mungkin kena tukar la tanya adik laki ke adik perempuan...
Eh? Pelik dan panjang benar pulak nak sebut oii...

Abam Thaqif selfie muka moncong.


No comments:

Post a Comment