Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sagu gula melaka

Diari Dapur : Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum... Musim panas. Weekend.  Abah tetiba bersuara, kalau ada bubur kacang  sejuk-sejuk sedap ni. Hew! Kite tak reti buat... Tak confident sikit benda bersantan neh. + adalah lebih mudah dan murah beli jer bubur 3 bungkus RM2 semasa balik kerja yooo! Boleh campur-campur lagi. Anak yang baik, haruslah nak menggembirakan hati abah juga. Marilah kite memasak menu lain yang sejuk-sejuk sedap... Geledah dapur jumpa sagu. Bingo! Marilah bersagu-sagu... Cara Penyediaan :  Basuh dan rendam 1cawan sagu selama 1/2 jam (sagu kembang ). Lepas 1/2 jam, bilas. Rebus sagu bersama 2 cawan air hingga mata ikan dalam biji sagu hilang. Tutup api. Masukkan dalam bekas kecil - kite letak dalam satu bekas besar je, nak makan senduk aje. Masukkan dalam peti ais. Gula Melaka. 1 keping gula melaka / manisan + 1 cawan air. Cairkan gula melaka diatas dapur hingga mendidih sekejap. Susu cair. Tebuk dan tuang jer atas sagu semasa nak makan.  ...