Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RAYA2015

salam 4 syawal

Assalamualaikum...  Salam 4 syawal. Kite dah mula bekerja dah arinie selepas 3 hari raya yang hectic. Kemain konon tak semangat raya sebab suami tak balik. Last day puasa, kat ofis dah tak de mood buat kerja.Officemates pakat menggentel onde-onde dan kuih puteri mandi je. Boleh la buat juadah berbuka hari terakhir. Dapat pulak half day je kerja. Syukur. Mood buat kerja memang dah melayang pun. Balik tu nak amek anak, dia tengah tidur. So harapan tipis la balik rumah nak tidur. Maka, marilah membuat muffin. Thaqif pulak menyepah dapur ibu. Suka hati kamu lee janji dok dendiam tak kacau ibu baking sampai siap. Siap mengunyah cili api tanpa menangis. LOL. Ibu tak perasan le pulak cili api dok dalam periuk itu. Tapi boleh tahan la anak ibu ni tak nangis pulak makan cili. Siap menyepahkan dapur ibu seperti kapal pecah, barulah ekkekk nak menyusu dan ajak tidur... Just right on ibu siap baking dan kemas baking stuff and the kitchen. Good boy! 1 syawal....

Hikmah Ramadan Tahun Ini ^__^

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Syukur. Masih bernafas. Esok dah masuk hari terakhir puasa. syahdu pulak ramadan dah nak pergi. Ramadan kali ini banyak cabaran onak duri tapi bersyukur dan redha dengan semuanya semoga hikmah menjelma. Husband awalnya balik bercuti selama lebih kurang 7hari je. Kemudian diatas urusan kami sikit tertunda maka husband minta untuk sambung cuti. Alhamdulillah proses sambung cuti tu tak de masalah langsung. Kes pokok tumbang la pulak. Pun alhamdulillah berlaku semasa husband masih dirumah, dapat tolong abah apa yang patut juga kemas-kemas kat belakang tu takat mampu la. Anyway, sampai hari ni tak pasang lagi atap baru -lepas raya nanti la, tukang rumah sibuk nak-nak raya ni. Sekali lagi ujian menimpa bila urusan kami tak dapat diselesaikan dalam masa husband menyambung cuti tu. Frust! Husband dah macam merajuk pun ada nak pergi right away malam tu- on the date he should back to JB. Syukur taklah balik sana. Tiba-tiba dapat berita...

Raya dah nak sampai

Assalamualaikum... Ramadan dah nak melabuhkan tirai dah. Sekejap je masa berlalu. Masa Ramadan baru dilalui, nak sampai seminggu tu rasa lama. Bila masuk 2 minggu. Eh, dah nak raya dah. Kite masih bekerja ye hingga hari Khamis, Isnin dah masuk kerja balik. Tak mo apply cuti la, simpan cuti nanti suami balik atau hal-hal kecemasan lain. Cuti pun ada 10 hari je lagi. Raya tahun ni suami tak balik. Rasa dull sikit tapi okey la bila tahun ni turn beraya rumah sendiri. Adalah aktiviti beraya yang padat sikit jumpa tok che semua. Eh! kalau rumah MIL pun seronok jugak tapi tercicir la nak beraya dengan tok che semua pulak. Untuk raya tahun ni, persiapan biasa-biasa je. Takde la sofa baru ke langsir baru mahupun rumah baru... Langsir dan sofa pakai sampai reput dulu baru kite ganti baru ye.  Baju raya kite masih kat tailor-malas nak menapak pergi amek. Pastu adalah beli handbag dan selipar baru jugak kat zalora, itupun nak kasi clear store credit je pun. Untuk Thaqif, ...

Baju Raya 2015 Dah Setel

Assalamualaikum... Rentetan dari entri biru laut oh biru laut, maka pembelian parents punya baju raya pun dah selesai.  Diri sendiri punya kain baju raya dah siap beli lagi awal, dalam awal disember kot sebab berkenan kainnya. Eh. Masa beli kain kat parents, kite pun ada beli 2 pasang kain untuk kite sendiri jugak pasal macam dah lama tak jahit baju baru je kan. Sekali-sekala spend jugak untuk sendiri jugaklah. Lepas tu awal Mac, pergi ke pasar tani nak cuci mata je, tup-tup jumpa orang jual baju melayu baby comel-comel. Pilih-pilih berkenan dengan satu pasang. Warna plak akan-akan dah kain yang kite beli untuk kite masa Disember 2014 tu. Tengok saiz semua, macam okey je, harga pun murah sangat RM30 grab terus untuk #muhamadthaqifaiman. Color? Surprise! Raya baru tunjuklah. Kain kite dah selamat hantar ke tailor...Yeay! Suami punya baju, beli siap sudah la. Senang. Malas pening-pening. Pastu tuannya tak berapa semangat pun nak beraya sebab tahun ni pagi raya d...

Biru Laut Oh Biru Laut

Assalamualaikum... [ENTRI TERTUNGGAK] Wah! Gaji Februari masuk awal disebabkan Tahun Baru Cina. Pheww... Urut dada fikir nak urus duit hingga hujung bulan Mac. Riau tau, takut terlebih berbelanja. Dan sementelah tahun ini raya semakin cepat, sebagai penasihat kewangan keluarga kite decide gaji bulan ni asingkan sikit untuk beli baju raya keluarga, (our parents and I). Husband and Thaqif beli yang siap sudah le. Itu dekat raya baru dapat harga murah-murah dan banyak pilihan. So, tanya abah  Me : Baju raya tahun ni nak tema warna apa? Abah : biru, biru laut tu. Me : ok. Tanya mertua tersayang,  Me : Mak, tahun ni baju raya tema apa? Mak : Tak tahu la, ikot la. Me : Ok. Jangan rumit-rumit, kita beli je tema sama untuk kedua-dua parents, barulah hidup aman damai, tak de cakar-cakar cakap I sayang sana lebih ke sini lebih ke. Biru Laut. Oh. Biru Laut. I bayangkan biru soft-soft gitu setenang air laut. Maka saya beli la. Dari kiri kepunyaan : abah-mak...