Skip to main content

Raya dah nak sampai

Assalamualaikum...

Ramadan dah nak melabuhkan tirai dah.
Sekejap je masa berlalu.
Masa Ramadan baru dilalui, nak sampai seminggu tu rasa lama. Bila masuk 2 minggu. Eh, dah nak raya dah.
Kite masih bekerja ye hingga hari Khamis, Isnin dah masuk kerja balik. Tak mo apply cuti la, simpan cuti nanti suami balik atau hal-hal kecemasan lain. Cuti pun ada 10 hari je lagi.

Raya tahun ni suami tak balik. Rasa dull sikit tapi okey la bila tahun ni turn beraya rumah sendiri. Adalah aktiviti beraya yang padat sikit jumpa tok che semua. Eh! kalau rumah MIL pun seronok jugak tapi tercicir la nak beraya dengan tok che semua pulak.

Untuk raya tahun ni, persiapan biasa-biasa je.
Takde la sofa baru ke langsir baru mahupun rumah baru... Langsir dan sofa pakai sampai reput dulu baru kite ganti baru ye.

 Baju raya kite masih kat tailor-malas nak menapak pergi amek. Pastu adalah beli handbag dan selipar baru jugak kat zalora, itupun nak kasi clear store credit je pun.
Untuk Thaqif, baju melayu raya pun dah beli sekian lama. Baju jalan-jalan Thaqif adalah beli 2-3 helai yang baru, seluar jeans beli bundle tapi dapat yang with tags lagi. Condition tiptop buat raya. Baju tidur baru pun ada untuk Thaqif. Husband pulak tetap tak mo beli baju raya. Penat dah pujuk, tak nak sudah, beli Raya Haji nanti la.

Next, kuih raya. Kuih raya tahun ni dapur tutup langsung tak mood nak membuat. Order la jugak dengan SIL tapi untuk makan sendiri jelah tapi itu pun tunggu kite balik rumah MIL la baru dapat.  Pastu pergi wakaf che yeh hari tu beli kacang camtu je 2 jenis. Since kakak-kakak dari perantauan nak balik, paksa deme jela bawak balik kuih. Tak bawak balik, jangan berharap nak makan kuih raya la, kite hidang kacang dua jenis tu dengan kurma dan kismis je nanti raya.

Duit raya dah siap-siap dari awal juga sebab kite memang menyimpan dari awal, takdelah pening-pening beratur nak tukar duit kat bank sana tu. Jimat pun jimat. Dah beli sampul kat Mr.DIY tu malam tu terus je la husband wife bersila isi duit raya.

 Itu jelah kot cerita persiapan raya kite, takde la havoc benor.

Alhamdulillah masalah susu dah okey balik dah.Ada dua teori kenapa susu slow masa tu.
1.  Awal puasa hari tu mungkin terkejut kot tetiba direct puasa, kilang susu pun huru hara gitu, pastu manager dia (kite) plak stress fikir susu tak cukup apa, susu pun terbantut la.
2.  Elok husband sampai, kite lampu merah pulak. Kite suspect mungkin jugak produce susu kurang masa awal-awal puasa tu disebabkan hormon nak period yelah setelah setahun tak period, ni baru nak mula balik mestilah badan kite kena setup semula board of director. Sepanjang period pun memang susu slow tak boleh pam langsung, anak menyusu jelah susu tu memenuh sekejap.

 Dah abes period okey balik dah susu, dapat la pam 5-7oz satu sesi pam. Dah takde masalah pitam-pitam lagi dah. Yang penting kurma itu wajib jadi bestfriend la. Sahur pekena kurma 3-5biji, kalau rajin ambil Qaseh Gold lagi la susu penuh.




Comments

  1. selamat hari raya kak. hati hati balik ke kampung :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya dari fifi..!~ hati2 ye..

    ReplyDelete
  3. mmg normal sblm period susu merudum.
    selamat hari raya aimi sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya. hati hati di jalan raya

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya aimi...maaf zahir &batin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...