Followers

Friday, 30 October 2015

2nd Pregnancy : The First Trimester

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 
1st trimester untuk 2nd pregnancy ini dilalui dengan jayanya.
Takde tragedi mengeluarkan isi perut setiap pagi macam 1st pregnancy dahulu.
(Adakah takkan berlaku atau belum bermula sahaja lagi pun tak pasti)

Tapi tak boleh makan banyak. Makan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Kalau makan terlebih kuantiti makan siaplah rasa perut tak selesa, macam minum air pastu pergi berlari pun ada rasanya.

Prefer makanan ringan-ringan berbanding makanan berat. Bukan junk food ye, tapi seperti biskut, kurma, buah-buahan camtu jelah. Epal hijau itu wajib sebab masam-masam yang menenangkan tekak disamping membantu HB kite. Nak mengunyah sokmo. Ini kite rasa tersiksa sikit sebab yelah ada anak kecik nak dijaga lagi, bukan masa untuk lepak-lepak mengunyah 24 jam la. Dah terbiasa lapar->makan kenyang-kenyang->layan anak main/buat kerja rumah.

 Malam-malam selalu lapar. Tapi sama je, tak mahu makanan berat. So my dinner almost everyday only fruits.
Ini untungnya ada abah yang sangat prihatin. Tahu je kite mengandung, macam-macam buah abah bawak balik hari-hari. Ciku dan delima tu abah la yang bawak balik. Harap kite p econjaya beli epal hijau dan kurma je.

Kurang minum air. Kalau dulu, 3-4botol air 750ml tu biasa je untuk 1 hari. Sekarang nak perabes 1 botol pun tersiksa. Minum je air perut terasa mengeras gitu. Protes sangat pasal minum air seteguk dua pun. Dan-dan kena warning kat cik misi sebab air kencing tak berapa jernih.

2nd baby ni terlebih aktif (the baby not me), selalu la dia membuat perut rasa huru-hara menyebabkan ibu kurang selesa. Kalau terjaga ditengah malam, memang ambil masa nak tidur balik, pusing kiri kanan pun tak selesa je. Hmm... apalah awak buat kat dalam ye anak? Abang awak dulu cool je, time tido, ibu bangun pergi toilet 10x pun dia tidur cool camtu je kat dalam.

 Ibu jadi malas. Malas nak jalan. Kalau 1st pregnancy, asal kawan ofis sebut je nak ke bandar KB, terus nak ikot, rela jalan kaki walaupun dah boyot-boyot sampai kena marah kat husband. Penyakit malas ni sangat teruk hingga nak window shopping kat website online shop kegemaran pun langsung malas. Biasa hari-hari tengok sale, rebut kupon untuk beli etc. Kali ni takde. Sampai point burn je sebab malas sangat. Memang tahap tengok skrin komputer pun nak muntah tapi dah memang kerja masuk data menggunakan 100% komputer terpaksa kuatkan hati untuk mengadap jugalah.

Rajin menyapu. Kalau biasa menyapu tu weekend camtu jelah takpun memalam lepas Thaqif selamat tidur. Sekarang lebih kerap, tak boleh jalan rasa habuk sikit pun terus nak sapu. Tak de tunggu anak tidur dulu pun untuk menyapu.  Pastu menyapu dengan Thaqif Aiman.
.T__T.
Ibu sapu keluar, dia sapu masuk.
Tak tahu berapa kali ulang sapu tempat sama.

Badan berangin dan lengguh pinggang mula terasa. Huhu. Memalam memang berteman minyak herbanika nonoroguy la baru syok nak tidur rasa panas sikit. Sapu kat betis, bahu, pinggang. Time penat sangat, redha jelah tidur takde minyak tapi wajib selimut sampai kepala la. Pastu anak cari ibu pun tak jumpa. 😅

Alahan bau itu rasanya common untuk semua perempuan mengandung kot. Memang tak boleh bau orang masak, tak boleh nak masak pun, bau minyak wangi, semualah benda-benda yang menyebabkan bau menyucuk-nyucuk hidung. Pening kepala serta merta.
Maka precious by rcw itu hanyalah perhiasan di atas meja solek itu.






Thursday, 29 October 2015

TRIP GANU KITE...

Assalamualaikum...

Hectic week.

Balik dari KL 15 September. 19 September pergi Terengganu plak. 
Menghadiri kenduri sebenarnya.
Bertolak seawal 8 pagi.

Alang-alang dah sampai, teruslah jalan-jalan sekali.

Sebelum ke kenduri jalan-jalan area Besut, singgah pantai Air Tawar, singgah kat jeti nak ke Pulau Perhentian. Layan dak Thaqif tengok bot, kapal. 

Ni tengah melepak kat homestay yang pak cik sewa. Ini kecik tengah acah nak main tekan-tekan button kat TV tu sebenarnya tapi berpura-pura menari je depan tu.

Dah abes selesai makan kenduri. Jalan-jalan kat Masjid Kristal je. Tak masuk pun taman tamadun islam tu. Lepak tepi sungai makan aiskrim susu kambing, fries dan wedges sajoo sesambil melayan dak Thaqif tengok ikan tengah mandi (ayat Afifa pada waktu dahulu bila tengok ikan dok dalam air).
Tak de apa sangat aktiviti kat sini tapi seronok main angin sepoi-sepoi. Sesuai sangat untuk relaks dan santai bersama keluarga.





Soon. Later. Insya-Allah nak ajak papa Thaqif mai sini lagi naik river cruise.
Lepas bas, lori, excavator, kren, keretapi, sekarang nak tengah berminat pada bot, kapal plak. Asal nampak sungai camtu mula la cari kapal.
Marilah layan anak.

Next, Muzium Terengganu.
Sini pun best je untuk santai-santai. Kat kawasan muzium ada kolam ikan talapia camtu. Banyak giler ikan-ikan. Ikan tu mengikut je kat mana ada orang dok tepi kolam. Maybe ikan lapar follow je orang kot-kot dapat makanan kot. Thaqif enjoy la. 
Masuk muzium tu takde apa pun, seperti muzium-muzium yang lain.
Unik dan tersohor kerana Muzium Terengganu ni muzium terbesar di Malaysia. 
Tiket masuk RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas.

Masuk muzium tu, dak Thaqif la seronok sebab ada tangga. Rajinlah dia panjat segala tangga dalam tu.
Muzium. No picture inside. Outside pun ibu Thaqif malas nak snap dah sebab kepenatan dah mengejar Thaqif kat masjid kristal sana.


On the way home. Kecik tahan je mata tak tidur. Hmm... Suka ati la asal tak meragam.


Poli

Assalamualaikum...

Since Thaqif berminat sangat dengan kereta etc. Maka kasi la dia tonton cerita Robocar Poli dan Thomas. Oh. Upin Ipin pun Thaqif suka. 
Kartun lain tak dibenarkan sangat la sebab tak suka la bahasa yang digunakan, plot cerita etc, especially cerita kartun Jepun. 

So, dah dibenarkan tonton robocar poli. Pastu minat sangat dengan poli. Balik rumah mesti sibuk nak suruh ibu buka tv cerita poli. Pukul 6 mana nak ada poli. Pukul 7 baru Poli mula.
Walaupun teruja dengan minat baru anakda tapi kite taklah nak layan setiap hari permintaan dia tu. 
Jarang-jarang boleh la. Weekend, memang wajib la layan poli pagi-pagi.

Dek minat sangat poli. Hari tu pergi pasar tani ternampak baju POLI.  Since  baju pun dah ada yang ketat-ketat, maka beli la sepasang baju POLI tu. RM12. 

Esoknya terus pakai pergi rumah opah. Bangga sangat dapat pakai baju POLI. Suka. Sekejap-sekejap tunjuk gambar POLI.
Oren. Hensem jugak warnanya untuk si bujang ni. Hiks.
Pilih sleeveless untuk pakai siang hari yang panas okey la.

Pastu dah basuh baju POLI tu. Baru angkat dari ampaian, dok nak lipat baju. Thaqif nampak baju POLI, terus cakap POLI!POLI!POLI!
Pastu tarik-tarik baju hat dia dok pakai suruh bukak. Bukak! Bukak!
POLI!POLI! -nak suruh pakaikan baju POLI dia.
Malam-malam, nak pakai sleeveless. Sabar jelah ibu. Puas pujuk tak payah la. Tukar la baju lain. Terus tarik-tarik baju ke bawah sambil cakap POLI (tak kasi bukak).
Sabar jelah ibu melayan perangai dia.
Pagi esoknya ajak Thaqif mandi, laju-laju sorok baju POLI dia takut lepas mandi kang nampak nak pakai lagi baju tu. Haru la...

Gini la eh perangai anak bila minat sesuatu tu...
 Baru nak merasa perasaan ibu-ibu yang kepeningan anak tak nak mandi semata-mata tak mo bukak baju kegemaran atau lepas mandi sibuk nak pakai baju sama.  

Cerita kat atok. Atok tersenggih-senggih ja support cucu. Nanti kita beli lagi baju POLI warna hijau pulak.  
^__^'

Wednesday, 28 October 2015

#muhamadthaqifaiman and adik baby

Assalamualaikum...

Dah nak jadi abang pun Thaqif tu. Macam baru je beranak semalam. Eh, nak beranak anak lain pulak dah kite.
Seriau memikirkan labour room dan kena jahit. Aww...aww...aww...
**Chill. 27 minggu lagi.

So, as my husband ask me to keep talk to our son about our new baby.
So, i start our conversation while we sit down together playing the excavator, while he breastfeed etc.
Borak-borak dengan dia, nanti Thaqif jadi abang, dapat adik baby, nanti abang mesti sayang adik tau.
Walaupun sebut je adik baby, dia jawab Hah? Hah?  ataupun pergi tunjuk gambar papa dia dukung dia zaman kecik-kecik. Dia paham itu baby. Papa-baby. Bukan papa-Thaqif.
T__T

Kengkadang geram dan putus angin atau nak gelak je dengan reaksi Thaqif gitu tapi mesti cakap dengan dia dari sekarang supaya kami sama-sama sedia untuk terima ahli keluarga baru.
Tak naklah nanti dapat adik, kite asyik nak marah dia sebab buat adik etc sebab sengaja nak curi perhatian ibu papa pada dia.

But... still almost everyday we are talk about it.
Let him touch my stomach.
Not let him sit on my stomach, tell him, he will hurt the baby.

Kadang-kadang Thaqif buat tak tahu camtu je apa kite cakap, tapi kadang-kadang tetiba dia akan duduk membelai perut kite. So sweet. Ahaks. Mungkin Thaqif dan adik baby dah ada telepati kot. Baguslah kalau camtu. Hope they will be bestfriend like ever and ever.

So far, opahnya ada menjaga cucunya - baby Farhan (the premature baby yang kite ada cerita aritu). Now baby farhan dah 6bulan pun, tapi terlalu kecil untuk dilepaskan ke nurseri so opah la jaga dulu sekali dengan Thaqif. Mula-mula risau jugak nanti Thaqif kacau baby ke apa. Respon dari abah dan mak muda. He doing nothing. Main sendiri je. Kadang-kadang mood rajin pergi buaikan baby dan suruh baby tido.
Baguslah kalau tak jenis tak kacau adik. Harap adik sendiri nanti pun takde la dia nak usik ye.


Moga Allah memberi 1000 kesabaran, dan kasih sayang pada kita semua untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang penuh kasih sayang juga.

Sunday, 25 October 2015

Wednesday, 21 October 2015

Minggu Klinik...

Assalamualaikum...

Mengandung. Bukak buku PINK.
Hat paling malas ialah pergi klinik la. 
 Boring mengadap nurse sokmo.

Last monday, jumpa doktor scan, ambil darah sekalian. 9am camtu dah setel dah.
Tapi alang-alang terus pergi jumpa doktor gigi.
Nak jumpa doktor gigi yang azab sikit menunggu. Kol 11 jugak baru setel sebab ramai orang sangat. 
Separuh hari habiskan waktu di KK sahaja. 
Takpelah sebab malas nak ulang 2-3 kali pergi KK. Lama menunggu.

Balik rumah. Belek-belek buku PINK.
Next TCA KD 21/10/2015. 
In the same week. Why?why?why?
Emosi sebentar. Kelmarin baru jumpa doktor. Hari ni nak kena jumpa nurse lagi.
Semua gara-gara hari tu HB rendah. Bacaan 10.4 camtu je.
 Kena TCA 2 minggu sekali.
Pfff... Bosan.

Kalau TCA setiap kali boleh scan tengok baby takpe juga. Ini just regular check-up. Lemah kaki nak mengadap misi.

Tapi terpaksa rela. Hadapkan juga diri kat KD itu.
Do all check-up.
HB terus menuju puncak 13.6. 
Hikhiks.
Rahsianya. Makan epal hijau je sokmo. Pagi tadi pun sebelum pergi klinik dok rebut makan epal hijau dengan Thaqif jelah.
Suka.
Senyum lebar. Lepas ni TCA kembali ke sebulan sekali. Yeay.

Pasni epal hijau jadi bestfriend la.
Dah tahu rahsia HB cepat naik. Pasni set shaklee ke ubat klinik ke selamat jadi pekasam pulok dah la...
I dont know why, mengandung je terus lemah lutut nak telan ubat. Haish!

Tuesday, 20 October 2015

STRESS MENGANDUNG LAGI?

Assalamualaikum...

My previous entry kind of melodramatic.
More like dont want having another baby.

Sedih PJJ dengan husband.
Pastu semua orang kasi semangat.
TQ semua. Hargai sangat semua orang punya support.
XOXO. Big hug for everyone.

Stress ke mengandung lagi? 
Naaa... Mana ada. Hari tu terkejut sikit pastu banyak sangat fikir.
Biasalah hormon mengandung campur dengan emosi wanita. Tentulah perasaan air mata joo. 

We are happy to welcome our new little one.
Well...now listing the baby things.
Siap nak beli pampers buat stok siap-siap dah. Mujur husband tahan kite. Kihkihkih...
Anyway. Kite memang nak mengandung lagi. Target kite kan at least anak tiga sebelum umur 30. Muda-muda ni la nak beranak. Lepas 30 tu baru boleh berehat-rehat.
Pastu nanti anak besar ibu masih nampak muda remaja.

Alhamdulillah. Mengandung kali ni alahan biasa-biasa je tapi berbeza dari anak sulong.
Later story.
Thaqif. Nak dapat adik ni, merap lebih. Manja la sikit.
Lagipun sekarang train dia untuk untuk wean off, lagilah manja sikit.

Syukur tak susah untuk slowly wean off.
Cara kite wean off later cerita.
Erm. Memang boleh menyusukan walaupun mengandung tapi kite rasa better wean off awal-awal sebab kite rasa tak mampu untuk tendem nanti. Penatt oo... Dah le ibu kecik, kang lagi kecik pulak anak-anak pakat sedut abes segala lemak.

Okey, semalam-semalam menghabiskan hampir separuh hari di KK berjumpa doktor untuk scan dan doktor gigi untuk pemeriksaan gigi semasa mengandung.

Scan kali ni mesin dah baru. Takde dah scan nampak kelabu macam dulu.
Kali ni nampak jelas si kecil dalam perut ibu, kepala, jantung dan kaki yang sedang aktif bergerak-gerak.
Aduhai...
Tak sabar nak jumpa kamu.
Tak puas pun tengok scan tu. Doktor bagi tengok kejap je.
Tunggu papa balik, nanti ibu papa nak intai lagi awak buat apa kat dalam ye...
Papa teruja 14juta kali bila ibu whatsapp gambar, bagitau betapa aktif mengayuh kaki kat dalam.
Soalan papa : Dia tengah buat apa camtu?
Ibu: Kayu basikal kot takpun main lompat tali
Papa ni agak2 la. Macam ibu tengok 3d pulok cerita dia nampak segala benda kat dalam en.
Papa : Papa balik kita scan 3d ye.


Nah. Nak tunjuk jugak gambar scan si kecil kami.
Nampak tak?
Doakan anakda sihat sejahtera dan selamat dilahirkan serta membesar dengan penuh kasih sayang.
 Kira ikot period 11w 2d. Scan baby is estimated 11w1d.






Sunday, 18 October 2015

Thursday, 15 October 2015

oNCE AGAIN... Adik BABy

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur.
Thaqif nak jadi abang dah.
Tak sangka pun.

Kali ni punya pregnancy lain sikit.
Awal-awal baby dah kasi hint, i'm here.

Balik dari trip KL/ Terengganu tu semacam je selera kurang. Pastu makan siap kuar balik segala isi perut. Pening je semendang, tak de mood kerja langsung.
Masa tu cam curiga dah.
Tapi saja menafikan.
Takkan la. Not now. Thaqif under 2y. Oh.Please.

Husband balik. Gurau-gurau jelah, ready nak jadi papa anak dua ke?
Kalau mengandung macam mana?
Banyak gilos pikir.

Sehari sebelum raya. Gatal buat pregnancy test online.
Fine. Raya tu pakat sepupu sepapat ingat i'olls mengandung sungguh.

Raya tu. Semua benda rasa nak makan, pastu bila ambik, sekali haish perut tak boleh masuk banyak-banyak. Kang lebih muatan terus rasa nak keluar balik.
Tension sungguh.

28 September. Balik kerja terus ajak husband singgah tesco. Nak pergi watson cari UPT.

29 September 2015.
The last day husband kat rumah. Pagi-pagi bangun pergi toilet lupa nak test UPT pun. Pastu nak mandi baru ingat.
So test la.
The 2nd line blurr.
Tanya bff, pakat kata positif letew. Adoii...
Kite blurr...
Tak dapat terima kenyataan. Mengandung dengan  anak satu, PJJ dengan husband.
Melodramatic mommy.
I want my husband in every step of my pregnancy journey.

Slowly. Menerima hakikat juga. Rezeki. Rezeki kami. Moga dipermudahkan segalanya.

7 Oktober 2015.
Buka buku merah adik baby la kat KD.
Already 8weeks +.
Mengikut KK, due date 8 May 2016.
Mengikut apps period trekker plak 6 May 2016.

Due date Thaqif dulu, 6 May 2014, lahir pun 6 May 2014 jugak.
So... Adik baby pun kongsi birthday bulan sama dengan abang, kalau tarikh sama pun senang je ibu mengingat 1 tarikh ja birthday. Ihiks.

Apa-pun semoga sihat sejahtera dan dipermudahkan segalanya sudah.

Masalah cuma satu. HB ibu rendah. T__T.

Buku merah belum dapat lagi sebab nurse kata stok kat kD takde. Janjinya nak hantar kat rumah tapi sampai hari ni belum hantar.
Minggu depan nak jumpa doktor nak scan.
Kalau takde buku merah buang karan aa nak pergi beratur kat KK tu aihh...
Tak mood nak jumpa doktor tanpa kekanda disisi. Waaaa...

Tuesday, 13 October 2015

CPUV 12 OKTOBER 2015 : U FOR LIFE LAUNCH

Assalamualaikum...

Memalas update belog pun nuffnang tak lupa lagi kasi rezeki.


#muhamadthaqifaiman 17 bulan

Assalamualaikum...

Pejam celik sekejap je dah masuk 17bulan pun putera ku sayang.

17bulan makin banyak akal, peel dari sehari ke sehari.

Peel malas mandi. Jenuh pujuk ajak mandi tak mo. Nak bukak baju pun berperang. Tapi bila dah masuk bilik air payah nak keluar. 
Itu 2-3minggu lalu. Minggu ni okey sikit. Siap dia sendiri plak ajak ibu mandikan dia. 
Conclusion. Kena pandai-pandai psiko la.

Dah pandai dah kalau nak mandi, ambil towel sendiri, baju kotor letak kat bakul baju kotor barulah masuk mandi. Good boy. Dah pass la jadi abang.
 Mandi siap berpusing-pusing dalam baldi. Gerams je tengok keletah dia main air tu.
Rindu nak mandi kolam la kot.
2bulan tak langsung jumpa kolam.

Rela hati dah minum susu botol walaupun dihari minggu. Thank you sayang atas kerjasama. Kihkihkih. Ibu just need a break.

Next. Dah pandai gabung perkataan. Contoh mula-mula dia sebut bas ulang-ulang, at the end dia cakap bas besar. Sodok aka excavator pun camtu. Kalau jumpa real kat tepi jalan. Sodok besar. Bali rumah main sodok mainan, dia sebut sodok kecik. Lori pun macam tulah. Selalu on the way hantar ibu pergi kerja akan nampak lori ikan, lori ayam etc. Atok akan cakap la pada Thaqif lori bawa ikan. Lama-lama Thaqif sebut sendiri lori ikan. 
Ain't it amazing?


Hari-hari sarapan buah.
Siap pergi petik sendiri buah namnam aka buah katak puru(kata ore kelate).
Makan tanpa kerut dahi pun uálls. Ibu plak dok perit-perit bayangkan rasa masam.


Banyak lagi perkembangan Thaqif yang lain. Hari-hari bangun tengok anak berkembang dengan penuh rasa syukur. Without him we are empty.



Thursday, 8 October 2015

Bila test pregnancy online...

Assalamualaikum...

Zaman serba canggih. Semua benda boleh dibuat secara online.
Cek pregnancy pun boleh secara online jugak.

Bahhaha... Sesaja le mencuba...
Ambik sekali keluar positive, pastu siap gambar ultrasound anak kembar tiga lagi.
Gulp.gulp.gulp.
Hat seorang ni pun jenuh nak ligan. Tambah lagi tiga huru hara laaa...


Erm... korang pernah buat test ni jugak tak?


Wednesday, 7 October 2015

Buku Resepi Roti Dari Gardenia

Assalamualaikum...

 Hari tu ada share tentang gardenia spread hazelnut baru dari Gardenia kan?
Kite ada bagitau request untuk buku resepi dari website gardenia juga.

Isnin hari tu dah sampai dah buku nya.
2 buah.
Actually seorang boleh request sebuah je. Kite kan tamak. Isi nama sendiri satu, dan isi nama husband satu. Teruslah dapat kedua-dua buah bukunya.
Ihiks.

Menarik-menarik juga resepi dalam buku ni. Banyak menggunakan roti wholewheat yang mana lagi berkhasiat untuk kita dan anak-anak. Kira memberi idea kepada ibu-ibu macam kite untuk menyediakan makanan untuk anak-anak. Hmm... tak sabar nak menyediakan menu-menu dalam buku resepi ini kepada  Thaqif. 
Hope he will love it.

Dari menu bekal hingga desert ada dalam buku-buku ini.


Selain itu terdapat juga fakta-fakta tentang roti. Sambil memasak, membaca resepi, boleh juga dapat pengetahuan.

Resepi-resepi dalam ni pun agak simple. Nanti, Thaqif besar sikit lagi boleh la ajak dia main masak-masak sama-sama. Ihiks...

Korang nak dapatkan jugak buku-buku resepi ini cepat-cepat terjah http://www.gardenia.com.my/getbooklet.html

Tuesday, 6 October 2015

CPUV 6 OKTOBER 2015 : Sime Darby LPGA15

Assalamualaikum...

CPUV bulan Oktober 2015.


Walaupun seketul dia kasi. 
Bersyukurlah.
Alhamdulillah.
September dah banyak rezeki yang masyukkk...
So no complain.

**UPDATE 07 OKTOBER 2015

Bukak hari ni, rupanya ada lagi cpuv yang bertarikh semalam masuk rupanya. Alhamdulillah.


Maklumat lanjut RHB Now Counting Avatar
                   :Magnum White Almond

PERSONAL SHOPPER?

Assalamualaikum...

Since amek kereta ni, memang taklah nak shopping selalu-selalu dah.
Masalahnya kite plak memang kaki shopping. Gigil jugak kalau tak shopping sehari.

Nak jadi cerita...
Lately makin kerap plak kawan-kawan ofis mahupun kakak minta tolong belikan barang online kan.
Macam seronok jugak kite membantu, memenuhi pesanan mereka. Melayan nak itu ini. Pastu order. Nanti sampai barang kat tangan mereka dan mereka suka plak. Happy berganda.
Beli secara online biasalah di website kegemaran lazada dan 11street. Tapi now memang addict dengan 11street la. Memang murah lain macam dan kupon setiap hari. I loike!

Tak cukup dengan online. Offline pun boleh. Cod atas meja kerja masing-masing terus.
Trip ke KL aritu pun sempat le belikan gula-gula sticky pesanan kawan ofis.
Sampai sesat-sesat mencari KLCC dan kedai sticky tu.
Alhamdulillah jumpa juga kedai sticky tu.


Dan trip yang kurang aman, deru-deru whatsapp masuk tanya pasal songket sarawak. Tapi dah berjalan nan hado reply whatsapp. Malam nak tido baru reply. Kihkihkih... Terharu i'olls. Baru tahu rasa aura orang meniaga.
Untuk songket sarawak, 2x dah trip order tapi sehelai je yang kite punya dan selamat hantar jahit. Insya-Allah trip ketiga on the way nak order.  Masa order selalu order lebih untuk diri sendiri. Bila sampai, kawan-kawan dok berkenan, terus tak sampai hati diorang hampa. Bagilah kat diorang beli.
Kite takpe. Kawan-kawan happy kite pun tumpang happy...


Personal shopper tanpa upah je pun. Seronok-seronok bergembira kongsi benda menarik dan murah untuk keuntungan bersama-sama.
 Sharing is caring.

Ada jugak yang dok tanya mana kite membeli diapers murah etc mintak order sekali.
Dengan senang hati kite membantu jugak.
Sebab diapers murah itu memang salah satu produk wajib beli. Hari-hari semak harganya.Terutama untuk drypers.

Baru-baru ni beli drypers dapat harga RM82, free postage. Memang berbaloi-baloi berbanding beli kat pasaraya mahupun direct penjual yang jual kat FB tu. Dulu tengok kat penjual FB dok jual RM90 untuk 3pek. Sekarang dah naik harga jadi RM100. Nak-nak poslaju dok buat meroyan caj segala benda mahu lagi mahal caj. Adoiii...
Eh. Dah melalut kot lain.
Anyway, kalau korang tetiba eh. harga diapers arinie berapa? boleh dapat murah macam mana? boleh je tanya kite kat sini. Direct e-mel cikjelita899@gmail.com. Will share the info. Jangan plak harap hari-hari kite update kat blog. Memang tak sempat ye.



Monday, 5 October 2015

Jatuh Cinta dengan Precious by RCW

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama dengar pasal perfume che ta bila kawan-kawan kat group bercerita tentang perfume laku keras ni sampai nak beli kena booking kat agen berminggu ke bulan baru dapat.
Tapi since kite bukanlah peminat tegar perfume mahupun che ta maka buat tak pedulik jelah.

22 September 2015.

Akak kat ofis ajak teman dia cuci mata cari tudung kat bazaar tok guru, tapi kite hasut dia pergi Grand Festival 2.0 kat Hotel Perdana sebab kite suka festival camgitu, ada macam-macam, makanan pun ado.

Maka berjalan kaki la kami ke sana.
Pusing 2x dalam dewan tu pun tak puas.
Masa nak keluar tu dan-dan perasan perfume che ta. 
Promoter tu pun laju la promote kat kami. Spray tester kat tangan kite.
Try bau.
 Hmm biasa ja bau ni. Femes dah kenapa... sebab che ta kot.

Itulah dont judge the book by it cover. Sekali keluar dewan dok pusing area makanan plak. Perfume makin semerbak bau sedap plak. Makin lama makin wangi. Memikat sungguh baunya.
Cakap kat akak ofis tu. 
Terus dia ajak kite pergi beli.
Dia pun sekali beli sama.

Dok berjalan nak balik ofis, angin sepoi-sepoi. Perfume tu makin memikat. Serius. Tak menyesal la beli.

RM29.90, EDP kot. Halal dan boleh bawak solat plak. Bau memang sampai petang dan sedap plak bau dia. 
Best giler. Memang jatuh cinta dah dengan precious by RCW ni.

 Recommended okay!

Beli apa lagi?
Banyak yang berkenan kalau ikot nafsu. Tapi tahan jelah sebab musim nak kena servis kereta dan musim nak raya. Nak pakai duittt oiiit.

Just buy some pins. 4 - RM10

And the lasagna for lunch.




Thursday, 1 October 2015

3 TAHUN.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.
1 Oktober 2015.
Hari ni genaplah 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.
Wehuuu...
Bye-bye KWSP. Hello Pencen.

New step in my career.
Wishing for the best for another 34years.
Wuuu... Jauh benor lagi perjalanan.
Just wishing for the best.

Well... Entri hari ni suam-suam ajo...
Belek-belek blog kekawan blogwalking pun sesuam jooo...
Simptom malas dah mai. 
Dok depan PC kat meja kerja ni pun pening je rasa...
Adoiyaiiii...
Draft banyak. Tapi cerita takde ending.
Bila ntah nak kembali mood.

Till then...

Bye!