Followers

Tuesday, 30 June 2015

Thaqif dapat basikal la pulok.

Assalamualaikum...

Hari tu weekend balik rumah mertua tersayang. Ececece...
Sampai-sampai je mak tok, tok ayah dan kakak Ainul dah tunggu. 
Pastu kakak Ainul dah tak sabar-sabar dukung Thaqif masuk rumah.
Ingat kenapa...
Rupanya nak tunjuk basikal tok ayah belikan untuk Thaqif.





Going 14month already have a bicycle.
Over.over sangat. Kaki pun tak sampai lagi, jalan pun goyang-goyang lagi dah dapat basikal.
Ok fine, ibu jeles.
Tok ayah kata aritu Thaqif beria je suka bila letak atas basikal cucu jiran depan rumah tu. Tok ayah dok teringat-teringat keseronokkan dia masa tu, tu yang belikan basikal.
Sweet sangatlah tok ayah ni. Awat tak beli kereta terus, Thaqif suka jugak naik kereta. Hahahhaa... =p
Gurau-gurau je.
Apa pun thank you a lot tok ayah. Rajin betul layan cucu.

Well, I suspek, Thaqif ni akan jadi salah seorang cucu manja tok ayah punya nanti bila dah pandai cakap. Nak apa, mintak je mesti dapat.

Monday, 29 June 2015

CPUV 26 Jun 2014 : Shell Helix 'Love My Engine'

Assalamualaikum...


Again...
Shell Helix 'Love My Engine' singgah menapak di blog kite.
Alhamdulillah.

Pengalaman Pertama Dengan Online Seller Ntah Pape

Assalamualaikum...

Entri bukan nak tutup periuk nasi, periuk gulai ke apa.
Cuma kongsi pengalaman sebagai buyer.

Pre-loved item.

19 Mei 2015
-Booking untuk beli 2helai seluar untuk anakda.
-Request untuk bayar ketika gaji pada 21 Mei 2015.
-Seller said ok. I am ok too la..

21 Mei 2015.
- PM seller minta total, dan acc number sebab nak bayar.
-Seller reply dia kat luar dan sibuk.
-So direct cakap, saya balik kerja awal hari ni, dan malas nak internet banking kat rumah sebab line slow, paling awal boleh bank-in next monday since ahad kelantan masih cuti bola. (bagitau supaya tak cakap kite shopping main-main dan takut kena backout kat seller)
-Seller reply takpe, take your time. (lega)

25 Mei 2015.
-PM seller untuk dapatkan total dan acc number.
-Seller tanya balik saya order apa ye, dia dah lupa. (serius dah rasa fed-up dan geram, dia lupa order kite, nak suruh kite tag dia semula- did you know how many notification i have? need i browse one by one in hundreds picture in the album?)
- Kite cakap kite pun tak tahu dah order dari album mana.
-Seller janji nak cari.

Then mula la hari-hari I pm seller tu.
(ikutkan hati dah tak nak beli, tapi ntah la, kite pernah jadi seller, kite tahu perasaan tiba-tiba cancel, pastu taknak la rosakkan nama jadi backout buyer)

3 Jun 2015
- Seperti biasa bertanya pasal my book item.
-Seller siap tanya kot ada tukar nama profile sebab dia masih tak jumpa. (Pfffhh...kalau kite jahat sangat kite diam teruslah kot, block)

22 Jun 2015
-Seller PM dah jumpa my book item. (ikotkan dah tawar hati sangat dah, sebulan kot dari tarikh kite book tapi masih pegang prinsip dah buat perjanjian tak baiklah break it)
-Again mintak tangguh bayar pada gaji pada 25 Jun 2015, again mintak total dan acc number.
-Seller tanya dok mana. dengan senang hati jawab kelantan.

25 Jun 2015
-PM seller untuk dapatkan total dan acc number.
-Seller tanya dok kampung ke bandar (eh, ada kaitan kenapa, tak faham)
-Seller kata setengah courier service tak hantar kat kampung kena ambik kat office mereka. (Eh, nak pakai pos apakah seller ni? kampung sangat ke kelantan ni?)
- I pembeli online tegar, semua courier service kenal dah rumah I. (sorry la jawapan dek geram sangat)
-Seller tanya la nak poslaju or register. (rasa nak gelak je.takat hantar pakai pos posmen tu bff kite la) -seller tanya lagi courier apa yang pernah sampai rumah. (again nak marah tapi sabar jawab je apa soalan dia)
-Seller cakap oo...taklah kampung sangat rumah you, courier boleh jumpa.
-kite terus buat payment kasi details.

Conclusion, seller ni bernasib baik sebab hari ni hari kite sangat sabar- sebab bulan ramadan kot. Pastu memang taubat ini pertama kali dan terakhirlah kite deal dengan seller ni. Tunggu nak unfriend je ni.
Awak jadi seller takde hak nak pandang rendah pada buyer ke apa okey. Awak kena treat buyer tu as queen/king sebab buyer bagi rezeki kat awak.Kalau courier xdapat hantar kena pick up kat post office pun, dengan sebab munasabah la kot dan post akan call customer kan? Kenapa so sibuk nak tahu kekampungan ke tidok rumah kite tu.


Ye. I tak sound dia. Malas nak emo lebih-lebih.

Kite dah deal dengan hundreds online seller thru fb, ig. Sangat faham kadang seller buat part time je menjual online dan kite hormati tu. Bila seller kata dia kerja, nanti balik kerja baru balas. Kite okey je, tak pernah melenting pun.

Share kat blog, supaya kalau ada pembaca disini seller, jadikan ikhtibar okey. Janganlah sampai buyer tertunggu-tunggu, ikhlas la berniaga, jaga hati buyer juga.

Paham sangat ada buyer yang sangat fussy tapi macam mana eh nak cakap...
Boleh beza kan fussy buyer dengan tak.  Kalau yang fussy tu, silakan la nak layan secara fussy jugak tapi janganlah jugak sampai seller plak over fussy. Kalau yang tak fussy, treat them well, they will come back for you. So fair and square la.

Respect. Treat other well, other will treat us well.




Saturday, 27 June 2015

Invitation to Courts Event

Assalamualaikum.

I should be in KL by now.
but not.

Bersiaran dari rumah mertua tersayang.
Hiks.

Pertengahan Mei, dapat e-mel dari nuffnang untuk sertai event.


Terharu aa...blogger suam kuku pun nuffnang ajak join event.

Of course excited.
tapi jauh nun KL.
Kalau bujang, tak de anak, mo je terbang pergi. Just for exprience mingle with other blogger, nuffnang etc.
Tapi since komitmen sebagai ibu tak pernah tinggal anak.
I choose to stay.
Mungkin next time.

Friday, 26 June 2015

Semangat Nak Perasap Dapur

Assalamualaikum...

3hari. 
3hari je lagi.
-
-
Suami pulang.

Dah siap berangan nak masak apa dari minggu lepas.
^__^
Senarai menu dan bahan yang tak de kat rumah supaya tak lupa beli.
=)

Sebenarnya ada 44menu nak masak/nak jamu husband dok ada dalam kepala ni tapi kang nak makan masa mana. Ramadan: eating time is very limited.
Ini pun senarai kemain, sat gi husband balik KOT membeli di bazaar je pun tak tau dengan kepenatan seorang ibu menyusu ni. 

Last year, berpuasa sebagai ibu dah tapi masa tu badan strong lagi, susu tengah meriah tak ingat, anak pun tak pandai bergolek pun lagi. Tahun ni, anak baru dapat kaki. huh! basah ketiak kejar anak situ sini. Itupun lucky, waktu berbuka dah selamat tidur, kira lega la ibu sikit. Tahun depan ntah macam mana pulak la gayanya.

Anyway, thank you to all friends yang rajin singgah sini dan support my breastfeeding journey.
I love you all.

**
Ramadan day 5, alhamdulillah bertahan hingga berbuka. Tank susu tak kosong macam hari keempat tu.Kira ada sikit-sikit tapi taklah sampai Thaqif marah-marah. Sahur tu paksa diri makan nasi. Balik kerja Thaqif masih tidur, so takde la demand sangat-sangat, bangun pun minum biasa-biasa je. 7pm tu Thaqif dah susah hati nak tidur, nak susu pastu kasi dia makan biskut dan minum air je untuk elakkan dia mintak susu lagi. Berbuka dengan minimal,3biji  kurma, dan 1 cawan performance+esp+twister. Lepas tidurkan Thaqif, 8pm baru hadap nasi. 10.40pm teringin nak makan maggi kari pulak. Hahahaha...
Takpelah janji no stress, makan banyak-banyak kasi susu produce elok-elok dan teruskan puasa.

Ramadan day 6, berbuka pada jam 6.30pm. Thaqif dah meragam sangat-sangat nak tidur. Bagi biskut, kurma semua di campak sahaja. Pastu atok balik hantar nasi kol 7 tu Thaqif sekali lagi mengamuk nak mengikut atok pulak. Pasrah la ibu melayan dia.

Production susu kronik juga la, tak boost fast walaupun dah berbuka puasa tu dan makan kurma banyak-banyak.
Any idea? Do share plizz... 

Thursday, 25 June 2015

CPUV 24 Jun 2015 : Old Town White Coffee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah rezeki bulan Jun yang melimpah ruah.
Minggu ni hampir setiap hari ada CPUV baru.
Terharu...
Sayang nuffnang ketat-ketat.


More info : 

Walaupun bukan peminat kopi. Best jua lepak di Old Town layan mee kari yang mantops itu.
Eh... masih ada ke menu tu? Dah berapa lama tak jejak old town nih.

Rezeki di pagi hari =)

Assalamualaikum...

Datang kerja dipagi hari gaji.
Belek blog, cek e-mel dahulu.
Dan... e-mel yang satu ini membuat senyum meleret.


Alhamdulillah. Rezeki waktu pagi.
RM30 shopping gift card from 11street.

Baru je niat untuk berhenti shopping tau.
Terpaksa shopping lagi la nampaknya.
Hehehe...


CPUV 23 Jun 2015 : Nando's Sedap Sangat Ke dan Resort World Sentosa

Assalamualaikum...



More info : Nando's
dap.dap.dap. sos peri-peri meletops nando's. tapi nanhado kat kelate.sobs.sobs.sobs.

More info : Resort World Sentosa
wajib nak lawati mana tau nak ke USS. opsss...


Wednesday, 24 June 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum...

Join Giveaway dulu.
Moga bertuah.
Hadiahnya ialah : 5x baucer RM150 untuk shopping di nile.com.my


Klik banner untuk Jualan Raya Meletop 2015


5 item dari nile.com.my yang di ingini untuk bergaya di hari raya nanti ialah :


Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 80 pieces

Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces

Price Meletop: RM7.50
Date: 03/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 150 pieces
 Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm 
Quantity: 200 pieces

Product: Simple OL Flats 
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 150 pairs


jom korang join sama.If nak details lebih lanjut, korang boleh terjah blog >> LYSSA FAIZUREEN << ye..

WW : Peminat Fanatik

Assalamualaikum...

Cerita semalam.
Aksi peminat fanatik pada mulanya. Buat-buat biasa jer. Act cool and relax also feeling handsome with the cap. 

Next...ajak selebriti ni selfie dulu la. Tayang senyuman yang mahal.

Pastu geram la dengan selebriti ni. Terus gomol la selebriti ni dengan kisses non stop.
mmuah.mmuah.mmuah.

So tak payah susah hati sesal sebab dulu tak sungguh-sungguh belajar bagai untuk jadi seorang selebriti.
Jadi ibu je. Insya-Allah.
Peminat fanatik hari-hari follow.
When you are a mum, you are celebrity forever.


Tuesday, 23 June 2015

CPUV 22 Jun 2015 : uMobile Blogger Ambassador

Assalamualaikum...


CPUV Nuffnang terbaru lagi.
^__^
Entri tertinggal keretapi sokmo bab cpuv. Kadang ingat dah post, rupanya belum. Ahaks. Terperam dalam draft.

22 Jun 2015 : uMobile Blogger Ambassador 
More info : www.u.com.my dan FB uMobile


Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum...

Asyik entri shopping, online shop je.
=)
Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat)


Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha)

Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni.
Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Okey letew. Klik-klik. Setel.

Eh.tapi taklah semua benda murah dan free postage, ikut pada seller la, ada yang free, ada yang caj, kena cek la sebelum beli tu kadang caj tak sama dan berbaloi tak nak beli.

4hari lepas order- tak de progress pun order tu, takde emel/sms ke pasal penghantaran. Macam risau la. Oh! Kena tipu ke? Terus la call customer service 11street.my itu. Pantas dan cepat jawab. Bagus.
Customer service cek order tu, dan kata akan minta seller update terus dengan kite. Tenang sikit, tapi masih tak puas hati.

Dasar tak menyabar. Godek-godek kat web dia- bahagian order. Eh. Boleh cancel order la since seller tak proses order itu. Maka cancel order la. (Kecewa sikitlah sepatutnya customer service tu beritahu la sikitlah boleh cancel order bila seller tak cek order dan buat penghantaran)


Order/Shipping Process (supaya lebih faham)

Cancellation/return/exchange info.

Rujuk status order dalam petak merah tu.
Itu order yang baru pulak dah. (kalau perasan kiri sekali tu ada mention kite cancel order yang sebelum ni.)

Sila klik gambar untuk lebih jelas. ^__^

Suka la fast service this time. Khamis order, sabtu dah sampai parcel-sebab Jumaat Kelantan cuti.
Puas hati.

So far kat 11street.my ni kite sukalah sebab :
1. Bila bukak produk yang berkenan tu, awal-awal seller dah mention harga pos semua, so boleh calculate siap-siap in budget ke tidok, berbaloi ke tidok.
2. Cancel order after payment complete-automatik di kreditkan dalam e-wallet tu. Terus dapat emel/sms.So senang-lenang boleh terus shopping benda lain pulak tak payah bayar dengan duit lain, cuma kalau terlebih dari jumlah tu kena la tambah bayaran ye dak?
3. Ada kumpul-kumpul point dan boleh tebus.
4.Combine dengan BCARD. Sebagai seorang ahli BCARD, itu adalah satu bonus yang menyeronokkan.
5. Ada release kupon free shipping/credit. Bolehlah claim dan gunakan ketika membeli-belah di 11street.my tu.
=)







Monday, 22 June 2015

rukhsah puasa

Assalamualaikum...

Balik kerja semalam, Thaqif dah eekkekk untuk susu.
Sedih giler bila tank susu kite kosong.
Meragam jelah si bujang tu dalam kereta sebab tak puas menyusu.
Bagi susu botol dibaling saja. 
Dok la pukul-pukul dada ini marahnya takde susu agaknya.
T__T

Sungguh tak tahan tengok anak camtu. Kesian.
It break my heart.
6pm. Sikit lagi nak berbuka.
Tapi tak peduli apa dah masa tu, berbuka jelah. 
Makan kurma, coklat sikit.Minum air.
Niat cuma satu untuk menyusukan Thaqif kenyang-kenyang.

Dalam hati dok merintih. Allah maafkan aku. Demi anakku sungguh tak tegar hati tengok anak menyusu tak cukup. Bantulah aku Ya Allah. Zikir tak putus didalam dada.

Pagi ni pun terfikir-fikir boleh ke begitu? Takkan sebulan puasa ni kena korban hari-hari? Berdosakah aku?

Allah Maha Besar.

 Terus jumpa post yang kongsi tentang rukshah puasa di FB. 
Lapang dada sikit.

**klik gambar untuk tumbesaran.

Hari ini bangun sahur seperti biasa ditemani anakda.
Doakan puasa hari ni dapat bertahan hingga berbuka, semoga hari ni lebih kuat dari semalam, semoga production susu lebih baik daripada semalam.

**Tak bangga pun tak puasa, tak jugak riak sebab menyusukan anak. Hanya manusia biasa yang berusaha untuk berikan terbaik untuk anak dan berkongsi cerita untuk jadikan panduan/pengetahuan pada ibu-ibu lain. 

Sunday, 21 June 2015

My puasa-day

Assalamualaikum.

Sunday again.
Malasnya nak kerja.
Mengantuk.
Thaqif bangun bersahur lagi tak tidur till masuk kereta.
Asal hari kerja je, dia sibuk bangun sahur sama, weekend nanhado bangun sampai ibu terbabas sahur hari jumaat tu.

1st day puasa. Konon sendu aa berbuka sengsorang.anak pun dah tidur since 6pm.
Tup-tup, 7pm+, grill pintu dibukak.

Gerembolan askar sudah tiba.
Anak i'olls pun terbangun la dengar suara abang-abang. telinga nipis benorr.
Berbukalah beramai-ramai dengan sisters and their families.
Thaqif mengantuk je tapi alhamdulillah tak meragam langsung.
Dok jalan-jalan keliling semua orang je.
Orang suap nasi dia nganga.

Fun and tired day. 

Jumaat yang tak sahur. Thaqif tidur tak bunyik langsung. Alarm lupa kunci.
Sedar-sedar orang azan dah. LOL.

Of course la masuk je tengah hari pitams.
Ikutkan mampu je nak bertahan, tapi weekend, biasalah hari 'no bottle' untuk Thaqif. He refused bottle, refused food, only ibu's milk. 
Maka, ibu pun pitam sudah. 
Malam tu terus milkshake kurma.

Sabtu bangun sahur dengan susu yang penuh.
Suka!
Maka sabtu berpuasa tanpa stress.
Petang tu ajak abah ke econjaya. Masa untuk korbankan wang demi menghasilkan susu dengan lebih efektif dan memberi tenaga untuk berpuasa.

Bila cek-cek, ada yang terlupa beli iaitu stok COKLAT. Coklat penting untuk orang biasa pitam memitam macam kite ni untuk boost energy dengan cepat. Mungkin taklah perlu hari-hari tapi lebih baik bersedia awal. Huhu.

Berbuka puasa : Nasi kerabu, akok, kiwi, milo+esp, performance+twister, air masak.
Sila redha kite habiskan semua air tu dalam masa sejam.Kikiki... Dahaga!

Pastu siapkan lagi overnight oat untuk sahur, performance+twister, dan kurma+susu blend (milkshake kurma), tapi serius tak best la dengan susu coklat ni manis berganda. Tapi redho la ambil susu coklat dah econjaya habis stok susu putih.

Overnight oat, not bad, sedap! Cuma nak perabes in 15minutes pada waktu sahur itu hambarlah dengan sejuknya. Slow la. Pastu, i might love it without fruit inside, cukup sedar oat, yogurt dan susu. Ini guna susu coklat memang win! Tak sabar nak ngapp lagi sahur esok.



Saturday, 20 June 2015

COLLECT POINT WITH BCARD

Assalamualaikum...

Sebelum ni pernah share tentang ShopBack, ingat tak kite cakap best berbaloi sebab automatik dapat point BCARD jugak.

Serius kite enjoy shopping dan kutip point thru BCARD ni sebab BCARD combine most online shop dan stesen minyak yang kite isi. Online shop biasa kite terjah shopping itu biasalah, zalora, lazada, groupon, mumsluv. Stesen minyak pulak yang senang jumpa di Kelantan - CALTEX. CALTEX sebenarnya abah punya favourite stesen minyak, tapi since abah drive kereta kite, maka kite terjebak sama la isi disini. Lucky ada BCARD, maka boleh kutip point sama.
^__^


BCARD MERCHANTS:





Banyakkan merchant BCARD ni? Best la swipe-swipe selalu. Ihiks. Silalah laju-laju mohon BCARD ni. Isi je form online, later kad BCARD akan dihantar ke rumah. 

BCARD REDEMPTION :




Redemption dia pun best-best. Standard la punya redemption tapi masih menarik pada kite. Well, dari spend tak dapat apa-apa, apa salahnya kumpul point dapat jimat RM10-20 pun jadi la.

My current point 1870. Kite tengah bersabar untuk capai 2000 nak redeem lazada kot, buat beli sekotak diapers #muhamadthaqifaiman. hiks. kalau mampu menahan sabar lagi, tak payah redeem lagi bagi beranak pinak banyak-banyak lagi.

Friday, 19 June 2015

CPUV 17 Jun 2015 : RHB Lifestyle App/Perfecto Popcorn/Tesco

Assalamualaikum

Entri tertinggal keretapi.

Alhamdulillah.
Setelah seminggu tak de CPUV baru. 
Terasa rindu la kat nuffnang. 


Baru cakap rindu terus berdas-das CPUV baru masuk.

Kali ni ada tiga CPUV dari RHB.
RHB Lifestyle App.
Untuk menikmati app ni boleh download dari google play dan app store thru phone masing-masing. 
More info/ user guide here -->>  RHB

1 CPUV Tesco
Tesco- Lebih Jimat.
Jom pergi shopping bahan untuk sahur dan berbuka.
Eh? Hahaha...
Info produk lebih jimat di Tesco-->>Lebih Jimat

2 CPUV dari  Perfecto Popcorn- Launching
Perfecto Popcorn ni win! Sedap sangat hookey. Aritu dapat rasa tester kat supermarket, tengah rushing shopping dan melayan kebuasan Thaqif dok panjat troli shopping tu sempat la jugak amek popcorn tester tu pastu lupa amek popcorn ni sekali. Ahh sesal la...Nanti nak pergi beli la.
Info lanjut : Perfecto Popcorn

Thank you for visit my friends.
Thank you nuffnang.

Thursday, 18 June 2015

Kecewa di 1 ramadan.

Assalamualaikum.

Nak cerita jugak kekecewaan hati ini.
Kecewa tahap selera makan pun tak de terus ok.

Hari tu kan refund balik baju yang dibeli. 
Okay la. Hari ni store credit dah terisi semula.
So happy nak shopping.
Zalora buat flash sale untuk semua item boleh dapat 20% off in 60minutes, boleh guna kupon lain lagi untuk lebih murah. I add more 18% coupon.
Of course I wish to grab the opportunity with minimum budget.

Klik.klik.
Yeay! 
Check out : RM0.65

Bila sampai ke online banking tak dapat transfer bayaran sebab amount kurang dari RM1.
Sakitnya tuh disini.
Cuba nak kembali pada page zalora dan tambah pembelian tapi store credit dah ditolak sebab sistem zalora set as orderer with pending payment.
Terpaksalah telefon customer service.
Talk to the CS, he said  : will resolved in 1 hour.
T__T
Me :Ala...terlepaslah extra 20% tu
He said : Oh. Give me 10-15minutes, will settle for you.
^__^
Me : Thank you

Ting.ting.ting. 10 minutes. And resolved.
Everything in cart already. (haha...express supaya tak terlepas sale)
Nak bayar. 
Again stuck.
Tak boleh masuk online banking.

Tepat 2pm, terus dah zalora auto 20% tak valid dah.
Payment site tu pun dah shut down dengan sendiri.
Uhuks...
Nangis tepi meja i'olls. takde rezeki betullah!

Kecewa di 1 ramadan.

The CS reply me after I told him, the problem happen again.

How nice he is...
What a comfort word he choose...
Thank you Mr. Kaviarasu Subramaniam for a good service. 





selamat berpuasa 2015

Assalamualaikum...

1 Ramadan sudah tiba. 
Alhamdulillah.

Sejak awal minggu ni seronok tengok ibu/isteri lain semangat buat jadual menu persediaan untuk masak sepanjang puasa nanti. Teringin nak menyibukkan diri begitu jugak tapi suami nan jauh, dengan anak kecik lagi macam tak berbaloi nak memasak kejar masa berbuka setiap hari. Kot nanti ibu kalut nak masak/berbuka anak merengek nak tidur je.

Insya-Allah. Ramadan ini, doakan nanti ada rezeki dok dekat dengan suami dan dapat meraikan ramadan dan syawal sama-sama, dapat rasa kembali semangat masak menu berbuka untuk suami dan anak-anak.
It's okay. Positif. Allah bagi saya rehat dahulu sekarang. 

Tapi, insya-Allah dapur itu akan berasap juga semasa suami balik hujung bulan ni dan mungkin pada hujung minggu dan musim baking kuih raya.

Well 1st day puasa...
Thaqif kejut ibu sahur. Thaqif bangun sahur dahulu-menyusu,pastu teman ibu sahur dan tak mo tidur-tidur dah. Ibu kalut nak siap pergi kerja barulah dia sibuk merengek nak tidur. Adeidei...
So terpaksa la pancing dia dengan books, atok ajak tengok ayam kat bawah semua barulah okey.

Moga berbuka kang jangan la dia sibuk nak tidur sudahlah kang ibu jadi hulk.
Mak ko ijau. Hahhaha...
Selamat berpuasa pada semua.
Semoga dipermudahkan semuanya.


Wednesday, 17 June 2015

Kecacingan ke?

Assalamualaikum...

Perihal anakda #muhamadthaqifaiman.
Minggu ni, selera makan kurang je. 
Biasa bubur mesti habis, siap top-up dengan nasi, buah, roti lagi.
Ahad aritu demam, so bajet mungkinlah sebab demam nak naik gigi kot selera terbang sikit.
Minum susu je mau. 
Then poopoo Thaqif minggu ni pun  fuh! bau dia boleh tahan busuknya. Padahal makan kurang. Minum susu pun susu ibu, paling-paling topup FM sebotol/sehari.

Mula-mula macam normal kot nak berubah bulan ke apa.
Till pagi tadi Thaqif berak memang bau yang semerbak sangat sampai limpah tapi tengok poopoo tu taklah macam lumpur dah, tak cair pun apesal melimpah?
Pastu masa nak wrap diaper untuk dibuang tu nampak macam berurat-urat warna putih. Malas nak tilik lama-lama bau dia tak tahan laa...
Dalam hati, dok fikir-fikir, makan apa Thaqif semalam?

Selidik dengan abah, abah kerut-kerut dahi, makan bubur je pun semalam. Adei...

Cacing ke hah? 
Tapi baru je 2 minggu lepas pergi makan ubat cacing kat KD...

Abah kata ye kot cacing sebab berak busuk sangat, pastu kurang selera makan itu tanda-tanda cacing jugak.

Gigih la ibu sampai ofis je google pasal kecacingan ini.
Dapatlah info sikit-sikit dari blog Mama Hani.
 Copy sikit tentang tanda-tanda kecacingan.

Apa tanda-tanda budak yang kecacingan?
  1. perut buncit tapi kerap lapar - Thaqif memang demand susu
  2. sering menggaru punggung - tak nampak pulak menggaru
  3. mengadu perut tak selesa - Thaqif tak reti bagitau pun lagi
  4. cacing keluar bersama najis ketika membuang air besar - Ini macam ye kot, tak tengok jelas.
  5. sering keletihan walaupun tiada membuat aktiviti yang berat - agaknya kot, sebab asal ibu balik je nak cepat2 ajak tidur.
  6. tiada selera makan - ya
Baca lagi thru blog TranungKite untuk maklumat lebih lagi.
Pastu belek jugak blog Dr.Zubaidi berkisar tentang perlukah ubat cacing untuk anak
Lagi info lebih di  blog Ibu Hamil.

Terus macam oh my!
Mungkinlah ko
 macam mana nak buat ni. Nak bawak pergi klinik, walhal baru je awal bulan ni bawa Thaqif makan ubat cacing di klinik. Risaulah sebab dikatakan ubat cacing tak boleh makan kerap. Minimum  6bulan sekali.

Ada jugak yang suggest natural remedies SINI. Akan di cuba jugak nanti.

Siapa ada pengalaman sila kongsikan okey. 

microwave-ku

Assalamualaikum...

Bila kat rumah takde microwave. Ada oven pun abah suka simpan dalam kotak je daripada tayang kat dapur. Maka toaster inilah menjadi microwave kite untuk panaskan makanan. 


Ini panaskan sate without the lidi sate. Ngeh. 

Sandwich maker yang sangat berjasa. Pizza, akok mahupun murtabak dari fridge selamat dipanaskan gunakannya sebelum makan as-sebab kite jenis tak suka makan makanan sesejuk. Muahahaha...

Idea untuk si bujang yang takde microwave dan malas nak bukak kuali kala nak panaskan makanan.
Kuah sate sila panaskan dalam lunchbox yang comel itu. Memang terbaik takde lekat lekit kuah kacang pada periuk, senang nak basuh.

Anyway, my bujang pun suka je boleh makan sate yang dipanaskan ni.

Sate dah habis, ibu sibuk snap gambar orang dok atas tin biskut, Thaqif ambik sendirilah sate ni.
Sorry for the left hand.


Tuesday, 16 June 2015

#muhamadthaqifaiman bermandi-manda di Hotel Perdana, Kota Bharu

Assalamualaikum...

Kakak ada beli baucer bilik murah kat Hotel Perdana, Kota Bharu tu masa minggu amanah saham last year.
So dia bawa anak-anak check-in disitu pada hari Rabu (10 Jun 2015). Since ada kolam, so kakak pun excited la ajak Thaqif sama pergi main air, 3.00pm call tanya pelampung Thaqif semua. Ibu tengah kerja terus mood kelaut bayangkan anak main air.
Ibu singgah tengok dia lepas balik kerja jelah.

Main air dengan cik ngah dan abang arif, abang yang lain berenang kat kolam atas tempat lagi dalam.


Tak mo pakai pelampung ada kaki tu dah. Huhu. Tunggu la ibu belikan neckfloat or swim trainer tu plak ea.


See all the happy face jumpa air. Bila mulut dah nak biru, bawak dia naik atas, mata tak kelain pun, pandang kolam saja. Adeidei...

Khamis pagi, lepas hantar ibu kerja pun singgah lagi kat hotel tu main air lagi. Atok kata seronok sangat dia.

Pertama kali masuk Hotel Perdana ni, selalu lalu je masa pergi balik kerja. 
Best juga hotel ni, macam masuk dunia lain plak. If you ever be at kota bharu, area Stadium semua ni sila fahami jem dia, even depan hotel ini, tapi masuk je hotel ni damai je, tak dengar pun hon-hon bising kenderaan.

For my dear Thaqif, tunggu ibu ada rezeki lebih kang kita pergi waterpark la pulok. Tunggu kak Ainul ada sama mesti seronok.

Monday, 15 June 2015

Penyusuan di bulan puasa

Assalamualaikum...

Masih nervous untuk berpuasa sepanjang ramadan nanti. 
So, kutip all the advice, tips thru FB.
Sharing with all here.
Moga bermanfaat.



Sunday, 14 June 2015

khamis itu hari parcel

Assalamualaikum...

Kisah hari khamis lepas.
Hari parcel sampai.


Baju dari zalora. Ihiks. Comel. Suka dah siap berangan nak melaram pergi kenduri hari sabtu tu. 
Namun angan-angan sahaja. Baju sedang elok dah, kain pulak terbesar benar. Puas belek kain tu, kot salah saiz, tapi memang dah tanda s. Fikir kalau oter boleh je, tapi kemalasan nak pergi jumpa tailor. Marilah pulangkan semula kat zalora. Husband suggest tukar saiz tapi daku sudah putus harapan la, lain kali la shopping.

Shaklee yang pantas tuntas. Order petang Rabu, dah sampai jugak. Baru je dalam kepala dok fikir-fikir tak de mesej pun dari shaklee ni, rupanya terus sampai je. Bekalan dalam puasa ni.

Ephyra skin bar. Hiks. Ini hasil menang giveaway dari blog coklat eyes.
Posmen datang, kite kerut-kerut je, eh takde beli barang pun. Siap tanya abang posmen, dari siapa. Abang posmen pun jawab tak tahu awak beli dengan siapa. Nampak sangat muka ni cap membeli barang online...
Nantikan i'olls punya review gebu gebas raya.Kahkahkah.