Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Shopping

Ibu & BaBY Things : Simply Online Shopping

Assalamualaikum... Pheww... Pejam celik pejam celik dah 36minggu sekarang. Hooyeh! 3 minggu lagi i'olls nak cuti dah. Goyang rocker anak pulak. Hahaha... Nak masuk anak dua. Walaupun suami kerap balik menjenguk isteri dan anak. Sungguh masa itu terhad. Ulang alik balik rumah mertua, spend time dengan anak, mak yang sibuk dengan kerja, kadang-kadang suami balik time bajet suntuk, kadang-kadang sakit situ, sini, banyak aktiviti lain. Macam-macam dugaan.  Maka, asyik bertangguh je masa dan ruang untuk shopping barang ibu dan baby semasa berpantang nanti. Lelama dah masuk 32 minggu pun satu hape tak shopping. Korang rasa? Penyelesaiannya, online sahaja... Kebetulan 11street hantar SMS remind credit dah nak expired. Cuci mata jelah kat 11street. Tengok banyak pulak SALE yang best-best barang ibu dan baby. Apa lagi, klik-klik masuk chart sahajalah. Kasi pantas dan tuntas punya kerja. Beli apa? Pureen Cotton Ball (100 balls x 2) RM7.60 x 2 = RM15.20 - untuk cuci m...

Baby & Kidz Fair 25-27 Februari 2016 @ KTC

Assalamualaikum... Asal baby & kidz fair je memang i'olls teruja. Teruja nak cuci mata dan shopping aka survey harga. Lagi-lagi bila tengok Baby& Kidz Fair di KTC kali ni lebih banyak booth join kali ni. Konon janji dengan kawan kiri kanan nak pergi tapi habuk pun takde. Last-last Kak Salma je pun teman mak buyung pergi shopping. Teruja benar i'olls. Pergi on 1st day tu time lunch hour. Pergi-pergi orang dah macam lautan kat kaunter pendaftaran. OMG. Biasa tak macam ni pun sebelum ni, mungkin hari gaji kot.Tak kuasa nak beratur demi 1 goodies bag. Terus je masuk ke dalam survey apa yang patut. 1st booth shopping. Baju si abam Thaqif. Sehelai RM5 je. Grab 2 pasang. Jumpsuit tu je harga RM10-15 kot. Lupa. Stokin untuk adik baby nanti la. Walaupun stokin zaman abam Thaqif dulu banyak. Baby pun berhak dapat stokin baru juga okey. Tak tahu nape pilih dot-dot ala girlish plak la tengok padahal tak tahu gender pun lagi adik baby. Huhu... Lantok situ... yang...

Mood Shopping : Lipstik FAME

Assalamualaikum... Okey.  Tetiba meroyan nak lipstik. Padahal sebelum ni tak reti pape pasal lipstik. Memula dok gile kat lipstik nyx. Pastu tak tahu nak pilih warna apa. Kalau boleh nak beli semua color. Yang penting sekali paling terpikat warna terang merah mak ngah. Untuk nyx selalu yang warna tulah out of stock. So macam biarlah dahulu sebab nyx terlalu banyak code warna. Tak ke giler, kejong oo nak beli berbelas or puluhan lipstik yang setiap batang harga RM20+. Then early January, FAME release lipstick. Kawan-kawan kat group dok counting nak beli, kite pun jadi penasaran jugak. Dari pengeluar produk skincare ELFIE jugak. Ada 5 code semuanya, pastu color cantik-cantik belaka. Rambang mata oo... Terus rasa nak beli semua. Bagitau husband. Dia semua okey je sebab tak tau rege. Tau rege, tersedak jugak nak bayar untuk 5pcs. Kekeke. Bertakafur jap, insaf tak order semua, tapi hasut kawan-kawan office beli sama-sama demi dapatkan free postage. Beli 5pc...

Mood Shopping: It's Tuppaware Time

Assalamualaikum... Kali ni mood shopping tuppaware pulak. Padahal sebelum ni, cap Tuppaware ni guna yang sedia ada kakak-kakak beli untuk mama dahulu atau bagi hadiah je.  Tetiba saat mengandung kali ni.  Eh. Cantiknya bekas beras tuppaware nak beli la nanti. (alhamdulillah dapat bersabar untuk suatu masa nanti sebab bajet takde lagi, i'olls sedang elak dari berhutang) Tapi beli jugak tuppaware 1 set. Nak tengok? Taraaa... Comel tak?  Suka giler color dia. Suruh kakak beli, tapi takde stok. Tanya officemate dia ada stok-terus book.  Selagi tak dapat tuppaware tu, hari-hari tanya officemate tu. Alhamdulillah still dapat special price. Sukanya.

PERSONAL SHOPPER?

Assalamualaikum... Since amek kereta ni, memang taklah nak shopping selalu-selalu dah. Masalahnya kite plak memang kaki shopping. Gigil jugak kalau tak shopping sehari. Nak jadi cerita... Lately makin kerap plak kawan-kawan ofis mahupun kakak minta tolong belikan barang online kan. Macam seronok jugak kite membantu, memenuhi pesanan mereka. Melayan nak itu ini. Pastu order. Nanti sampai barang kat tangan mereka dan mereka suka plak. Happy berganda. Beli secara online biasalah di website kegemaran lazada dan 11street. Tapi now memang addict dengan 11street la. Memang murah lain macam dan kupon setiap hari. I loike! Tak cukup dengan online. Offline pun boleh. Cod atas meja kerja masing-masing terus. Trip ke KL aritu pun sempat le belikan gula-gula sticky pesanan kawan ofis. Sampai sesat-sesat mencari KLCC dan kedai sticky tu. Alhamdulillah jumpa juga kedai sticky tu. Dan trip yang kurang aman, deru-deru whatsapp masuk tanya pasal songket sarawak. Tapi dah berjalan n...

Kids & Baby Section @ Mr.DIY

Assalamualaikum... Rabu.12 Ogos 2015. Husband baru sampai dari Johor pagi tu. Petangnya dah abes exam undang-undang terus mengajak husband singgah Mr.DIY. Saja target survey aksesori kereta. Pastu dah sampai mr.DIY husband blurr-blurr je nak beli aksesori apa. Maka cuci mata jelah mencari ilham untuk projek kite yang akan bermula soon. Hahaha. Projek suka-suka, minat. -Kang dah menjadik baru boleh cherita naa... Cuci mata mestilah terjah je semua seksyen. Bila masuk seksyen mainan, anak-anak semua mestilah terfikirkan anak teruna kat rumah. Plan nak beli itu ini. Perangai mak-mak sangat. Dah terfikir je tak jadi jugak. Mestilah grab jugak sesuatu untuk anak bertuah #muhamadthaqifaiman itu.  Buku, pre-walker shoes dan float baru. Actually pre-walker dah tak valid untuk Thaqif yang dah boleh berjalan tu. Tapi pre-walker shoes tu memang idaman sejak dahulu. Sebijik sebijan camni custom made punya mencecah RM60-99.  Ibu telan air liur je nak beli. Tup-tup jump...

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Kedai RM2 : Nak beli gula-gula je

Assalamualaikum... Pergi breakfast dengan officemates. Lepas makan, Kak Na mengajak pergi kedai RM2 kat sebelah kedai makan tu nak beli gula-gula. Okey la balang gula-gula memang dah kosong, (kataku didalam hati) Sampai kedai RM2, grab 2 pack gula-gula, pastu jalan-jalan jumpa buku cerita.   Beli la untuk baca kat Thaqif. Ambil dua. Jalan-jalan lagi. Eh. Paperbag la. RM2-5pcs. Ambil la mudah nanti nak bagi hadiah ke apa. Maklumlah sejak jadi ibu, kawan dengan ibu-ibu yang baru beranak etc, mesti nak bagi hadiah kat babies. Boh dalam paperbag baru cun. Pastu bawah rak paperbag tu ada pulak office file. 4pcs RM2. Ini mesti ambil, kan fail  kat rumah tu tak cukup lagi. Fail tu nanti kite cerita ehh guna watpe.

Reload and get 30% credit at 11street

Assalamualaikum... Best deal ever kat 11street ialah reload murah. Muahahaha... Hari tu kemain nak reload guna shopback semata-mata nak dapat 10% cashback. Sekali bukak 11street reload RM10 dapat 30% credit 11street. Sungguh iman tak kuat. Rasa nak reload hari-hari. Padahal reload RM10, sebulan pun belum tentu habis. Berangan nak reload hari-hari. Hehehe... Over. Jimat korang. Mudah je. Reload, pastu komen la apa-apa kat situ, terus dapat credit RM3.18. 4-5x reload, insya-Allah dapat tebus baucer KFC tu tanpa bayar apa-apa.  DIGI, CELCOM, HOTLINK semua kite dah reload guna 11street. Abah nak reload pun, kite hasut abah untuk kite tolong reloadkan. Credit yang dapat,kite la yang guna. Nak reload, pastu dapat credit jugak, klik je gambar kat atas k! Kite dah link sesiap. ni saja nak tunjuk je macam-macam barang ada. Kite tengah dok aim nak beli power bank atas belah kiri tu since husband mengadu powerbank dia dah KO. Cool aa powerbank boleh caj guna solar...

Hari tak boleh online shopping

Assalamualaikum... Hari ni masuk kerja lambat sikit membawa anak teruna pergi ke Klinik Desa untuk timbang 15bulan. Sampai klinik dalam 7.50 + kot. Nurse pun baru nak kemas klinik. Masa sampai klinik tu Thaqif dok syok makan roti coklat lagi, so dok tepi dulu sambil nurse dok tengok buku Thaqif dulu. Pastu nurse cakap, okey marilah timbang.  Kemain le ibu membuka baju Thaqif bagai, baru nurse kata bukak selipar je, bagi dia berdiri kat penimbang sini. Pfff... 1st time mother - tak tahu plak kalau anak dah berjalan lain pulak cara timbang dia.  Tetiba sebak je hati, oh dah besar anak ibu, tak payah timbang sambil baring dah. T__T Masa nak pergi timbang tu debar-debar jugak takut timbangan Thaqif turun atau tak naik. Sekali nurse kata, okey 8.5kg.  Weeee... Rasa nak melompat, lega sangat berat Thaqif naik, walaupun sekadar 400g. Ingat nak kena bebel dengan nurse dah. Syukurlah. Dah setel timbang, nurse interview sikit-sikit, 8.05am dah se...

4 ketul RM5 je

Assalamualaikum... Kalau orang kenal kite, kite memang bangsa suka free gifts, samples, and point/money collector.  =) My husband know me very well. Suka mintak sampel segala lotion, shampu etc lepas tu tak guna. Bila husband balik, terus sampel shampu/mandian tu di jadikan mandian kereta. Sadis sungguh.  Bukan tak nak guna sebenarnya tapi macam kadang packing dia comel je, terus macam sayangnya nak guna. Sampel berbentuk makanan, dan susu/diapers Thaqif tu guna la.  Pastu hari tu isi la form request sampel ubat gigi TruCare's Nano Silver, pastu dapat la 2-3ketul sampel kecik. Pastu dapat e-mel lagi untuk dapat 1 ketul yang 95g. Isi lagi sekali dan dapatlah. Husband balik hari tu, dah selamat dia bawa ke Johor dah semua tu. In mean time, kite pun di invite join member Trumex camtu sebab boleh dapat point bernilai RM10, pastu dapat promosi buy 1 free 1 TruCare's Nano Silver Toothpaste. Of course I join! Seketul ubat gigi tu harga RM14.50. Best apa, t...

Belanja 1/2 harga di 11street

Assalamualaikum... Masih mood raya ke u'alls? Kami kat Kelantan masuk je Raya ke-3 mood raya dah terbang dah. Kalau ada jemputan Hari Raya pun mood dia macam kawan-kawan jemput pergi kenduri je. Baju raya ada 2 pasang je, asyik ulang tayang tu je pergi raya, stress asyik pakai baju yang sama la. Teruslah membelek 11street.my nak cuci mata since dapat kupon 11street hari tu ditambah dengan kupon-kupon lain yang di claim dari 11street sempena ramadan/syawal. Inilah saat untuk gunakannya. Pembelian pertama. Jubah. Harga 11street tawarkan RM75, tapi guna kupon 50% ramadan dan kupon shipping less kot (lupa). Bayar RM34+ je. Pembelian kedua. Berkenan sungguh dengan baju kurung ni. Macam sweet je.Harga 11street tawarkan RM66.15, guna kupon RM30 dari 11street je + credit free raya RM5 dan lebihan credit yang berbaki dari pembelian tak jadi sebelumnya. Maka, bayar RM22.06 je. Syok giler shopping tapi bayar separuh harga je. 11street ni memang provide ...

Baucer Lazada RM30 Percuma

Assalamualaikum... Pagi-pagi datang kerja cuci mata kejap jumpa baucer lazada RM30 ni. Sharing is caring.  Jom shopping! RM30 Off Storewide with minimum spend of RM80. Discount code: PLUS30 Terms & Conditions 1. Applicable from July 10th to 16th 2015. 2. The discount is not valid in conjunction with any other offer, disocunt or promotions. 3. Minimum purchase of RM80 is required to redeem the discount. 4.Discount is applicable for one time redemption only. Log on to your account to redeemdiscount. 5. No cash alternatives or refund will be offered in lieu of Promotion entitlement. Discount cannot be combined and accumulated. 6. LAZADA reserves the right to alter, cancel, terminate or suspend the promotion without prior notice. * Shop through Shopback and get  <10.0% Cashback Duit dah paras hidung dah dengan suami balik hari tu memenuhi selera tekak masing-masing, ulang-alik ke rumah mertua, hospital etc tapi rasa rugi kalau tak guna baucer ni pun ada....

11street Coupon

Assalamualaikum... Kupon dari 11street.my dah sampai. Nak shopping apa?

Double sided grill pan RM14.00 je.

Assalamualaikum... Entri shopping lagi. Kali ni kat lazada pulak. Bukan nak menunjuk tapi sharing untuk dapat best deal.  Shopping with best price. Khamis lepas kakak mesej mintak tolong beli almari kat lazada.  Murah tak almari ni? Kalau tengok kat kedai mahu RM300+. Masa kakak kite suruh beli tu RM144.00, masa check out dapat harga RM139.00 ni. So, kite berbesar hati la untuk belikan. Tolong jelah, tak rugi lagi untung adalah. Nanti dapat claim point BCard, dan  shopBack   pada akaun kite.  Tapi biasalah 'extreme coupon' macam kite, tentunya nak tawaran terbaik lagi. Jumpa kupon RM50 with the purchase RM200. (auto pop-up menu while browsing lazada) Biasa RM300 baru dapat kupon RM50. Ini shopping RM200 je dapat kupon RM50? Haruslah tumpang shopping sekali. So kite pun pilih untuk beli double sided pan yang sekian lama menjadi idaman kalbu. Setelah ditambah keduanya dan tolak dengan kupon RM50. See the amoun...

Bila papa shopping baju anak

Assalamualaikum... Sebelum husband balik kampung, kite suruh husband pergi shopping baju anak dulu barang sehelai dua kat uniqlo sana untuk  raya. Saja membuli husband kasi belajar juga uruskan beli barang anak juga, kang esok kite takde ke apa tahu la nak urus anak. Sini banyak je kedai tapi masa limited dengan Thaqif yang sangat aktif tu, takde nak fokus pilih baju ke apa. Baju-baju pilihan papa. Dapat bayang betapa bangga papa masa snap gambar ni. ^__^ Okey la puas hati, sebijik je macam kite dah usha kat website uniqlo tu. Dah balik KB. Duduk-duduk sembang, keluarkan baju-baju Thaqif yang husband bawak balik. Me: Eh...Macam besar je...Takpelah nanti besar sikit boleh pakai. Husband : Yeke besar? B tengok estimed ukuran ikut umur dah la. Me : Ye sayang, memanglah estimated ukuran ni, tapi tengok kg jugak. Sini 13kg. Anak kita walaupun dah 14bulan baru 8kg. Husband : ooo... B tak boleh bajet la. Me: Takpe. Later tahun depan boleh pakai juga. (sambil bukak p...

Rezeki di pagi hari =)

Assalamualaikum... Datang kerja dipagi hari gaji. Belek blog, cek e-mel dahulu. Dan... e-mel yang satu ini membuat senyum meleret. Alhamdulillah. Rezeki waktu pagi. RM30 shopping gift card from 11street. Baru je niat untuk berhenti shopping tau. Terpaksa shopping lagi la nampaknya. Hehehe...

khamis itu hari parcel

Assalamualaikum... Kisah hari khamis lepas. Hari parcel sampai. Baju dari zalora. Ihiks. Comel. Suka dah siap berangan nak melaram pergi kenduri hari sabtu tu.  Namun angan-angan sahaja. Baju sedang elok dah, kain pulak terbesar benar. Puas belek kain tu, kot salah saiz, tapi memang dah tanda s. Fikir kalau oter boleh je, tapi kemalasan nak pergi jumpa tailor. Marilah pulangkan semula kat zalora. Husband suggest tukar saiz tapi daku sudah putus harapan la, lain kali la shopping. Shaklee yang pantas tuntas. Order petang Rabu, dah sampai jugak. Baru je dalam kepala dok fikir-fikir tak de mesej pun dari shaklee ni, rupanya terus sampai je. Bekalan dalam puasa ni. Ephyra skin bar. Hiks. Ini hasil menang giveaway dari blog coklat eyes . Posmen datang, kite kerut-kerut je, eh takde beli barang pun. Siap tanya abang posmen, dari siapa. Abang posmen pun jawab tak tahu awak beli dengan siapa. Nampak sangat muka ni cap membeli barang online... Nantikan i'olls p...

zalora menggoda lagi

Assalamualaikum Zalora ni saja tau menggoda aje. Geram la. Arini dapat emel lagi. Kasi 20% less + free delivery valid 24h je. Okey sape rasa nak shopping silakanlah cuci mata cuci poket. I'olls lain tahun baru shopping. Hehehe.  sebelum g shopping tu sila la masuk ke ShopBack dahulu supaya dapat claim balik duit bila shopping tu.  Muahahaha... promote tak berbayar je pun.

Zalora : Niat nak cuci mata je pun...

Assalamualaikum... Cerita pada waktu lunch semalam. Scrolling inbox gmail. Zalora? Klik la jap, cuci mata apa best kat zalora tu...  Eh. Belek   shopback   dulu la. saja tengok kot less yang best. Wah. 16.0% cashback. storewide till 18%. Very good deal ahh. Okay lets visit Zalora. Lawa la baju-baju ni. Just a nice baju kurung, jubah sweet sangat untuk raya. - - - - Klik sana sini. Tup.tup. Eh. Siap dah bayar semua dah. Dari RM119 terus jadi RM58.58 joo hasil store credit+ coupon  shopback . Kome tak rasa gatal tangan nak klik beli ke?  Nota kaki : kalau niat nak cuci mata je, never check discount coupon at  shopback .   Mesti nak beli je. Adeh... ni niat nak cuci mata kat lazada tapi mungkin besok jelah kang ku buka lagi shopback parah laaaaa...   shopback  tu apa? Sila baca kat link bawah ni. Cashback thru ShopBack