Skip to main content

Mood Shopping : Lipstik FAME

Assalamualaikum...

Okey. 
Tetiba meroyan nak lipstik. Padahal sebelum ni tak reti pape pasal lipstik.
Memula dok gile kat lipstik nyx. Pastu tak tahu nak pilih warna apa. Kalau boleh nak beli semua color.
Yang penting sekali paling terpikat warna terang merah mak ngah.
Untuk nyx selalu yang warna tulah out of stock.
So macam biarlah dahulu sebab nyx terlalu banyak code warna.
Tak ke giler, kejong oo nak beli berbelas or puluhan lipstik yang setiap batang harga RM20+.

Then early January, FAME release lipstick.
Kawan-kawan kat group dok counting nak beli, kite pun jadi penasaran jugak.
Dari pengeluar produk skincare ELFIE jugak.
Ada 5 code semuanya, pastu color cantik-cantik belaka. Rambang mata oo...



Terus rasa nak beli semua.

Bagitau husband. Dia semua okey je sebab tak tau rege.
Tau rege, tersedak jugak nak bayar untuk 5pcs.
Kekeke.

Bertakafur jap, insaf tak order semua, tapi hasut kawan-kawan office beli sama-sama demi dapatkan free postage.
Beli 5pcs, free postage kekdah nya.

Yang paling best. Servis penghantaran tiptop.
Order hari Khamis petang, sap-sap soi, Sabtu dah sampai.
Suka yang amat la ibu mengandung.


Nude dan party pilihan mak incik.

Nude lawaa... tapi tak sesuai dengan bibir kite.
Party, i so in love. Hari-hari calit si party ni. Sampai husband dah geleng-geleng kepala. Pandai pakai lipstik dah sekarang. Hahaha...
Tapi baby kecik tetap memuja desire. Pastu warna candy pun lawa, rugi tak order.
Ntah bila ibu nak order lagi pun tak tau. Dok tengok sold out je banyak lipstik fame ni.


Both picture wearing party, tapi kanan tu pakai terang, kiri tu feeling sweet sikit pakai light-light aje.


Comments

  1. cantik lipstik tu..oo beli 5 free postage, ok share dengan kawan demi nak jimat postage.

    salam ziarah


    Boleh ke beli Shaklee kat sini?

    ReplyDelete
  2. Cantikla..berminat jg la nk beli 1.

    ReplyDelete
  3. Wahhh..bnyknyer beli...hahaha..dah mcm cik mah ngandung azwa dulu...dok asyik nk pkai lipstik merah je..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-