Followers

Wednesday, 31 July 2013

M-Life :Persiapan Raya vs rumah kecil kami

Hai!
Pejam celik...Tup-tup puasa pun dah nak abes kot...
Sekejapnya masa berlalu. 
Kalut le lanii nak siapkan persiapan raya pulaks, masuk rumah baru pun time-time ni jugak.
Jom layan persiapan kite.

...RAYA...RAYA...RAYA...

Baju Raya.
1. Baju Nikah L&P 
2. Baju tunang 
** Janji color sama / hampir sama  ^__^

Hadiah untuk parents tercinta.
1. Abah  : Jam tangan
2. Ayah : Kain sarung 
3. Mak : Kain pasang 
**disebabkan majlis pihak lelaki adalah musim raya ni, hadiah untuk ayah mak diberi pada hari majlis (atas par), menantu sangat membajet sekarang. Ampun mak, ayah sayang. Lain kali kita belanja lain yer.

Duit raya. - Done tukar
**Sampul duit raya belum beli - PENDING!

Zakat Fitrah  - Done since 5 Ramadan

Servis kereta - Pending
**tunggu gaji husband la...

Kuih Raya - Pending
**tak beli mahupun order. penat dah bebel dengan suami sayang suruh order sebab dia kata kawan kakak dia buat sedap. Oh! Rasanya saya akan buat jugak tapi simple sajooo...Popia nestum.Yum!

Duit minyak, tol balik kampung, sila suami siapkan.

...RUMAH...KECIL...KAMI....

 Dapur :
1. Tong gas + gas -DONE
2. Wayar dapur - tong gas -DONE
3. Box letak stok makanan - DONE.
4. Tong Beras -DONE
5. Stok makanan kering/ mentah (beras+garam+gula+minyak+sos cili+sos tiram+kicap+sardin+spagetti+sos carbonara+ bawang putih+bawang merah+bawang besar+ milo+nescafe + susu pekat manis+tepung gandum) -DONE
6. Rak pinggan -DONE
7. Set pisau + papan hiris
** Water heater + blender + periuk nasi + ketuhar + mangkuk + mug + kuali + periuk + dapur gas = hadiah kahwin (jutaan terima kasih kepada yang memberi)
** pinggan = culik dari rumah abah. he.

Bilik Air
1. Pencuci lantai
2. Berus toilet
3. Berus kain
** Keperluan lain masih dalam stok

Bilik Tidur Utama + Tetamu
1. Tilam angin -DONE
 **cadar + toto + selimut + sejadah + telekung solat + tuala + kain pelikat + kain batik = hadiah kahwin (jutaan terima kasih kepada yang memberi)

Ruang Tamu
Pending
(target : beli tv + bantal besar + tikar comey)

Total Damages : -+ RM500.
T__T
Tak kira yang penting dapur den lengkap...

#fikir nak bikin apa dengan kipas 3 bijik yang tersadai kat rumah tu. Ia tak digunakan memandangkan 2 bilik dan ruang tamu sedia ada kipas.

**Sehari sebelum cukup 2 bulan kawin, semalam barulah first time en suami merasa masakan isteri (since married).








Tuesday, 30 July 2013

Review : Bridal

Assalamualaikum...
Review pasal bridal...
Nothing much nak share...

PELAMIN
I love my pelamin, puas hati dengan RM yang terbang...
Sebab penuh bunga...
Abah senyum lebar jer nampak pelamin itu...

 **ini jo gambar yg jumpa yg agak2 nampak full pelamin. Lepas nikah, kerusi tak sampai lagi.

Kerusi itu memang gah besar dabak... hahaha... sampai anak-anak sedaraku berangan nak tidur kat atas tu.
Berebut-rebut bebudak nak amek gambar dengan perantins sebab nak tumpang duduk kat kerusi tu. 
Dan memang pantang perantins hilang, kerusi tu penuh dengan bebudaks.
**kerusi sila refer gambar dibawah-bawah nanti.

BAJU

Baju-bajunya lawaaaa...
Suka sangat. Puas hati! My sayangs bff cakap lawaa, my hubs cakap lawa.
My sister cakap lawa-lawa-lawa jer. Hahaha... Sebab pergi pilih baju dengan kakak.

**Gambar dibawah copy dari butik post kat FB jer.





**gambar yang ni dah siap tergantung di dinding rumah abah.

MEKAP
Mekap, erm... okay la. Apa pun tetap suka mekap saya time nikah jer. Sempoi! Hua.
Actually okay la mekap dia.
Tebal sikit tak mo kasi nanti cair ken. 
Just me, love the naturals...
Tak kisah la dah bayar, ku serahkan jer la muka untuk diconteng...

PHOTOG
Tak puas hati adalah cuma, tang photog.
Bridal hantar yang new learner.
Nak soh pengantin pose pun tak pandai and so on.
Hu. Rasalah nyesal sebab tak ada back-up tapi tak sanggup jugak kalau ada back-up pun sebab kami berdua sangat-sangat penat dah on the day. Asyik membilang masa bila nak habis ni...
**Actually first ada back-up tapi last minutes tak ada coz beliau-beliau ada hal lain.
Huhu.
Insya-Allah nak buat outdoor lagi lepas ni dengan baju nikah dan  baju bertandang.
But ada gambar yang cun...itu pun sebab sifuu photog tu datang ajar pose tersebut dalam 1jam terakhir sesi bergambar itu.

Monday, 29 July 2013

M-Life : 20 Ramadan dan rumah kami

Assalamulaikum...
Alhamdulillah.
Finally...
We got our house...
Yippie!
Semalam dah tidur sana pun setelah 5x trip punggah barang. (Jumaat 1x trip, Sabtu 2x trip, Ahad 2x trip -giler banyak barang kami)

Alhamdulillah.
Setelah sebulan lebih dok tension jer sebab tak dapat rumah.
Kena tipu dengan agen tu. Argh! 
Ujian untuk kami kot.

Alhamdulillah.
Walaupun rumah tu tak seperti yang kami target.
Nak 3 bilik.
Dapat yang 2 bilik jer.

Alhamdulillah.
Reward kepada itu.
Rumah dah ada peti ais, dapur, dan kabinet dapur serta bertikar getah.
Jumaat tengah hari tengok rumah
Malam tu terus pindah 1x trip.
Pastu p shopping barang asas rumah kat tesco.
Semangat sangat beli beras bagai.
Berangan nak masak.
Lupa, tong gas tak ada.
T__T

Alhamdulillah.
Ada hikmahnya kami lambat dapat rumah ni.
Harga lebih berbaloi berbading dengan rumah-rumah yang kami tengok sebelum ini.
Disini LRT 10-15min, jalan kaki, Hero, UO, TGV seberang jalan jer, bank, McD, foodcourt (besar sikit), 10minit jer. Kedai makan sekeliling rumah ada, pilih jer nak p mana. Paling penting, tak crowded,1 level 4pintu rumah jer.
Rumah yang kami penah tengok.
1. Tempat ok menepati target 3bilik, senang cari makan semua, ada lif tapi tinggi sangat, (highest level la katakan) pastu bermasalah elektrik dan air, siling bocor lagi, serta rumah kosong. Agen yang mulut manis jer, janjikan tikar getah bagai. Haprak. Dah langsai semua RM, 2 minggu kami tunggu suruh dia setel pasal eletrik, air. Langsung tak buat apa then suruh kami pulak yang p cakap dengan management tempat. What for we pay him with big amount to get house like this...
2. Betul-betul sebelah LRT, 2 minit jer jalan, sebelah highway, highest level jugak. 2bilik jer umah kosong sangat dengan cat dinding dah tertanggal, tuan rumah tak nak repair. Harga paling mahal diantara rumah yang kami tengok. Reject!

Alhamdulillah.
10 Ramadan terakhir yang bakal kami jalani di rumah sendiri, tak perlu sharing dengan other.
I happy norr, eh dah ada dapur sendiri semua.
Dunia rumah tangga ni dah jadi semakin luas.
Lega. 
Insya-Allah, lepas ni tak boleh malas-malasan dah sangat.

# target nak beli tv dan washing machine pulaks.


Wednesday, 24 July 2013

Mungkin bukan

Hai!
Remember dengan entri ada sesuatu tu?
Erm.
1-2 weeks itu, saya merasa pening, loya, kerap ke toilet, breast sangat sakit even dok dalam kete terterjun lopak kecik. Rasanya... Fuh! sakit amat.
Then, start dengan tompok-tompok darah mula kuar.
Mulanya fikir, oh! might im just period. 
(But my period should next 8-12days, maybe hormon tak stabil. Tapi my 1st period after married- b4 datang KL, stabil as always.)
But, hanya tompok-tompok darah sahaja till day 4. Malam cam takde, elok mandi pagi itu, kembali ada.
Do use UPT,  negetive.
Ada tanya kakak senior, katanya maybe preggy. Test xnampak sebab baru sangat 2-3weeks, hormon tak cukup tinggi. Even p doc pun, mungkin doc akan cakap yg sama.
Day 5, it become merrier till day 15.
Pasrah.
Mungkin bukan kot.
Erm. Kakak senior cakap buatlah UPT lagi. Kadang pregnant pun ada jugak yang datang period.
I feel, maybe not. Takot kecewa.
Sebab semua rasa loya, kerap g toilet even breast yang sangat sakit itu pun sudah hilang jugak.
Dapatkan advice dari kakak juga, mungkin ke keguguran?Nak kena g klinik cuci ke?
Kakak cakap 2-3weeks, tak perlu, kecik sangat lagi.
Entahlah. Saya redha.
Mungkin kerana kami belum betul-betul bersedia untuk baby.
Tapi kami tak ada amek ubat or guna anything yang menyekat kehadiran baby itu.
Masa beli UPT tu, rasa excited jugak kalau betul-betul baby ada.
Bila test, dan 1 line jer, rasa nak sembam muka dekat dada hubs dan nangis.
Huhu. Tapi cuba kuat dengan buat-buat tak tahu jer.
Tak nak fikir.
Hubs pun sama... Kami sama-sama positifkan diri jer...
The end.

Ayuh! kita cuba lagi selepas ini.
Hahaha...

Mengimbas kenangan melalui gambar dari tahun 2010...







Friday, 19 July 2013

1st Puasa Bersama Suami

Assalamualaikum.
Pengalaman pertama kali berpuasa dengan suami?
Erm. Masa first day sahur, 4.30 am mata tak boleh lena sebab malam sebelum tu tidur awal sangat.
5am kejut suami, sahur kebetulan ada ayam KFC seketul, baki lunch saya. Sayang tak dimakan, kami hadap yang tu jer, kurma 3biji dan nescafe untuk hubs, saya pilih milo.
Hubs sambung tidur, saya bersiap-siap.
Berbuka puasa pulak, kelam kabut sikit sebab hubs kerja Full, rehat sejam jer petang.
Saya decided pergi bazaar ramadan berdekatan pejabat.
Beli nasi tomato berlaukkan ayam masak merah untuk hubs dan nasi lemak sambal sotong + kerang untuk saya, serta 1 jenis kuih sebagai pemanis.
Wrong decision, jem teruk!
7pm lebih baru sampai LRT, singgah beli air kat speedmart lagi, malas beli kat bazaar sebab macam jauh lagi perjalanan, naik bas + LRT.
Well, dan 2minit nak sampai rumah lagi dah azan!
Okay! First day puasa, kami berbuka dalam kereta.
Hari kedua, sahur. Hujan dengan sangat lebat. Almost nak terbabas kot. Saya ingat jam tu dah banyak kali bunyi, rupanya baru jam 5am. Syukur!
Siap-siap buat air, kejut hubs bangun.
Sedih jer rasa bagi hubs makan biskut cicah nescafe dan 3 biji kurma.
Tapi itulah hubs saya, dia bukan kaki makan makanan berat pagi-pagi.

Okay, cukuplah cerita day1 dan day2 yang sangat details itu.
Day3- day 10 (hari ini), masih dan insya-Allah nasi bungkus jugak menu kami, sungguh tak sempat.
Hari-hari dok sampai rumah jam 6.30-7.00pm.
Redha jer la. Nak cari rumah lain dekat dengan office sayalah.
Lucky husband no complain, well, insya-Allah kena atur masa lagi dengan terbaek!



Tuesday, 16 July 2013

Parcel yang dinanti (baju kaweng!)

Assalamualaikum...
Hoorey! Hoorey!
Tak sabar nak naik pelamin lagi! <Eh?>
Dengan orang yang sama of course!
Semangat semalam dapat parcel daripada Veil by Adria Cottage. <buat beading dan tempah veil dengan beliau>

Tunjuk kat suami, 
Him : Mana boleh b tengok kan dah tak surprise!
Fine! Surprise sangatlah. Tak tunjuk pun nanti kang malam-malam ada jugak orang dok pujuk nak tengok...
Oh! My hubby...
Okay, sambung cerita

He! Kita kayu bab designing beading ni. Maka tempah sahajalah.
Namun, rasanya kena asah jugak bakat itu, sebab masa buka parcel tu tergunting sikit bahagian bawah baju tu.
Adeh!
 Nasib baik minor jer. Kalau jahit tak nampak dah kot sebab kat bahagian kaki baju sebelah belakang...
Tapi risau jugak nampak cacat. <Pengantin ken, mesti nak lawoo jer, cacat sikit pun tak mau!>
Maka kita fikir nak tampal bunga 3d dan sikit pearls sekeliling baju tu.
Maka selain menutup kecacatan, kan ke nampak bertambah lawoo baju itu...
Hikhikhik...Perasan...
Tengoklah nanti sempat ke idok, jadi ke idok, comey ke idok...
Nak tengok baju?
Eh! surprise la...

 

Monday, 15 July 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434H

Assalamualaikum...
Just nak share dengan korang   kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah.
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri Tahun 2013 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00/8.00*
Pahang 7.00
Terengganu 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00
Sarawak 6.50
Sabah 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00
 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

Alhamdulillah, 5 Ramadan 1434H, en. suami dah selesai membayar zakat fitrah untuk kami berdua.
Pertama kali suami pulak bayarkan zakat fitrah. Sebagai akauntan rumah tangga, tiap-tiap tahun lepas ni kena reminder en.suami la.
Sebelum ni pejam mata jer bab zakat fitrah ni, tahu-tahu abah dah siap bayar atau abah dah bagi duit zakat tu suruh pergi sedekah kat mak cik sebelah rumah. 

Kami bayar zakat kat kaunter zakat yang dibuka dalam Aeon Maluri, 1st floor tak silap.
Bila nampak kaunter zakat, cepat-cepat hasut en. suami suruh pergi bayar terus. Al-maklumlah nanti balik dah malam raya, mana sempat nak kejar amil tu pagi-pagi raya kot. Bayar siap-siap nanti tak payah fikir dah. Yer dak?
 
Kawan-kawan yang belum bayar, bolehlah buat bayaran yer. Kang lambat-lambat nanti, kalut atau terlupa pulak. 
Rasanya banyak kaunter-kaunter zakat disekitar kita dibuka untuk sepanjang ramadan ini, kalau dah Aeon Maluri tu ada buka, kat Aeon lain atau pasaraya lain pun adalah tak mustahil ia dibuka even stesen LRT masjid jamek pun ada tau.
 
**Pastikan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri



Thursday, 11 July 2013

Progress Preparation Bertandang

Assalamualaikum...
Hari ini excited sikit.
Beading baju bertandang + veil dah siap, insya-Allah by monday sampai.
Nge.
Meh nak semak preparation dulu.

Tema : Biru Turqoise.
Baju Pengantin L&P : Done

Veil : Done( Veil by Adria Cottage)
Tanjak + Samping : Done (Detik Indah Bridal)
Kasut L&P : Done (sendiri)
Make-up : Done (Detik Indah Bridal)
Photog : Done (BIL)
Buah tangan untuk mertua :1. Kain pasang : Pending (Jalan TAR)
2. kain sarung : Pending (Jalan TAR)
3.Apam polka dot : Pending (mungkin buat sendiri?)
4.Pavlova : Pending (mungkin buat sendiri juga)
5. Laici x3 tin (sebab tak tahu nak beli apa lg dah)

Mini Pelamin : DIY 1. Kain bulu : Done 2. Tirai belakang : Done 3. Bunga Tisu : Pending (buat sendiri) 4. Lampu x2 : Done 5. Kerusi : Pending (otw to buy)

 Doorgift : Done 295pcs. No VIP doorgift.

Oh! Baby! I cant wait to do the DIY.
Hubs pun sibuk bagi idea itu ini... Good.
Tapi jangan plak on the day nak buat dia wat dunoo...
Memang kena gigitlah dia nanti! (opsi! puasalah!)

**Mampukah saya nak berkejar-kejar nanti... Huhu.
Semoga semua berjalan lancar.


Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa buat semua blogger, bride to be, ex-b2b, erm semua umat Islam.
Huhu.
Gembira. First time nak sahur sama-sama dengan suami.
Nervous. Ntah apa la nak siapkan sahur untuk suami. (harap bangunlah saya masa sahur nanti)
Geram. Rumah sewa itu, hmm... (malas nak kata - ujian kami kot)
Sedih. Sebab tahun ni balik kampung malam raya - Jem punyalah!
Harapan. Moga-moga suami dapat job baru. Moga-moga, dia benar-benar wujud (eh. malas nak menaruh harapan sangatlah).
Berlapang dada. Yeah! Jom kumpul pahala berjemaah bersama-sama dengan suami.
Wink.wink.
Nak share niat puasa etc, macam dah ramai share.
Okeylah. Selamat berpuasa. b2b, hah diet elok2 tau. jangan over makan.m2b, take care, makan biar cukup.
Jap!
 Na share link dengan korang pasal

Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika...

Jom sama-sama study balik, refresh semula diri kita tentang puasa.
xoxo,
cik puan jelita.


Monday, 8 July 2013

Ada sesuatukah?

Assalamualaikum...
Ada sesuatukah bila post kat fB "I think I got ..." (last monday)
Penat. Lesu dan agak loya.(today)
Ada sesuatukah apabila perasaan-perasaan seperti itu timbul?^__^
Ada sesuatu terjadi bila rasa macam bendera merah tapi ianya seperti bukan. (I__I)
Worried.


Friday, 5 July 2013

Roti Nan Cheese, Ayam Tandoori dan kembali bercinta

Assalamualaikum.
Kenapa dengan tajuk entri begitu?
Actually, me n hubs dalam keadaan stress sikit minggu ini.
Bukan merajuks dah. Tak gaduh dah pun. Saling sayang jer. 
Stress sebab apa? Lain entri la. Tak mood!

So, last nite, we having nan cheese bersama ayam tandoori kat kedai mamak.
Kami anggap ianya terapi untuk kami tak memikirkan masalah itu.
Sambil makan, borak-borak.
Me la suka tanya banyak-banyak kat dia.
Bila tengok kuah dhal dia dah kering pun masih dok cicah jugak.

Me : Kenapa tak makan kari? (Walhal saya sendiri tak sentuh kari yang dihidangkan bersama nan cheese itu)
Him : Kalau ada dhal, memang tak makan kari.
Me : Owh. Ayang if makan roti canai dan mereka bagi kari, ayang rela makan dengan gula jer roti tu.
Him : Erk.
Me : Ahaa. Erm... B loves sayur. Then B makanlah salad tu, Ayang hari ni tak nak makan sayur. He.
Him : B baru first time makan tandoori. Tak tahu pun nak makan macam mana. (Tandoori itu dihidangkan bersama sehiris limau nipis+ salad + sehiris bawang + sehiris tomato)
Me : Makan jer cemana pun B.  Masa 1st En. Hanifah (ex-officemate), masa tu mamak kat situ hidang ayam seketul+limau nipis jer, mana ada salad bagai. Ayang pun tak tau la how exact cara makannya. Ini baru 2nd time. Ayang tengok masa tu En. Hanifah perah limau kat ayam tu. So ayang buat camtu la jugak.
Him : (angguk-angguk) 
Me : Hey!Kita macam baru-baru bercinta plak tanya pasal favourite E.T.C.
Him : Bercinta semula versi selepas kahwin.
Dan meneruskan sesi berkongsi favourite kami. 
Know what? I love the session. Share the things we loves, share our feeling.
Old time story that we never share, now its time for us sharing together.
Maybe after few months later, we should do this again.
Fun!
Ok! Married is fun! Hohoho...

# we do money collections together. Each of us, save RM1 per day for 1 year starting 1st July 2013. Target to buy thing when end of June 2014. Insya-Allah. His target to bought a CPU. For games T__T (which means he running back to home for games not for me). Erm... I still haunting things I want to buy... Any idea girls?

Wednesday, 3 July 2013

Teduhan Kasih Finale

Assalamualaikum...
Eh! korang follow tak cerita teduhan kasih tu?
Kalau follow tu mesti tau semalam final episod dia.
Erm...kita tak nak cerita tu pun.
Main story dia begini...
 As peminat tegar story itu, haruslah saya sangat berkejar-kejar balik kerja semalam demi nak tengok cerita itu di kedai makan.
Well, kami kan belum ada tv. T__T
Tapi...
Sekali en. suami tersekat dalam jem otw nak ambik saya kat LRT.
Biasa 15min camtu jer waiting, semalam sejam lebih. Almost 7.30 baru nak sampai.
Muncung le kite!

Me : tak mo tengok,balik terus jer!
Him: Betul tak nak tengok?
Me : Tak nak! Nanti lambat masuk keje balik.
Him : (diam)

Sampai rumah terus muncung didalam bilik (buruk norrr perangai).
Nyesal plak jual mahal tak p tengok cerita tu. Hua!
 Tukar baju, basuh baju terus online tonton.com.my.
Huhu. Tengok Teduhan Kasih episod hari sebelumnya konon nak sejukkan hati.
Habis episod tu, tengok dah ada episod baru punya.
Yeay! Excited kunon.

Dalam hati dah mula rasa bersalah, tak pepasal merajuk dengan hubs.
Walhal benda bukan dia sengaja lambat + boleh tengok online jugak.
Ter-feeling lebih plak p merajuk ken.
Laju-laju la text sorry dengan hubs.
So sambil dia kerja, saya text jer dengan dia.
over the sms
Me : Ayang say sorry coz marah b.
Him : B yang salahlah.
Me : xoxoxo
Him : Love u syg. 
Me : Nak tengok teduhan kasih sama-sama tak nanti?
Him : Nak! Dah ada ke kat youtube?
Me : Tonton saja.
Him : Ok.
Me :  Wait for you. Nanti belikan burger daging special cheese yer.
Him : Ok. Air sedap?
Me : Neslo or horlick ayang buat kat rumah saja.
Him : Ok.

When he come back from work, we having a great time together watching the drama.
Last but not least

Him : Kerana drama sayang merajuk dengan b.  Drama lagi penting dari b ke?
Me : Nope. Geram jer, its final episode, i want to watch it so much you know.
Him : Sekarang tak geram dah?
Me : Not anymore. I love you and i'm sorry again.


Conclusion die, dengan suami jer pun kite ada skrg, berteduh kasih, susah ker senang, sakit ker sihat. Tak mo la gaduh2. Nanti tak ada kawan. Anything, cepat-cepat cool down dan pujuk suami.

Tuesday, 2 July 2013

Review : Cerita DIY Guestbook Jimat.

Assalamualaikum...
Well, banyak sebenarnya impian perkahwinan saya.
Ada yang mencapai ada yang tak tercapai.
Hu.
Agak ralat dengan wedding pic... Should i get the second photog.
Nge.
Namun tak apalah, benda dah lepas pun.
Apa yang penting sekarang, saya bahagia disisi suami yang sangat saya kasihi.
Okay. 
Hari ni nak story pasal wedding guestbook.
I did it myself. 
Guna powerpoint jer pun.
Actually plan untuk guestbook ni lain.
Nak binding dengan cantik-cantik with silver writing on the hardcover.
Gitu!
Namun, since dad sakit that day, myself dah kelam-kabut, dan tak sempat print awal-awal.
Print pun 1 hari sebelum nikah kot. Print guna kertas 200g supaya keras sikit.
Maka, rancangan pun berubah.
  Malam selepas nikah, my bff, Tia yang buat, tebuk dan ikat reben comel-comel...
Nasib baik print guna kertas 200g, so end of the day guestbook itu masih cool, dan bukannya lunyai!

front page...

 2nd page - our pictures.

 3rd page - love quote

 4th -20th page - wishes to bride & groom. Ada 4 design kesemunya. Print belakang depan, saving + tak nampak kosong jer.







the last page - another love quote.

kalau boleh each page nak letak love quote jugak, tapi, ilham nak edit tu macam kureng sikit. maka hasilnya, simple mimple jugak. Namun tetap puas hati! Ada kreatif jugak kite ni yer. Perasan sat.
Just giving idea to bride to be out there.
Everything you can do it by yourself babeh!

xoxo,
 Cik Puan Jelita (kata encik suami)





Monday, 1 July 2013

Married Life : 1st Month annivesary

Assalamualaikum...
30 Jun 2013... Genap sebulan dah jadi hubs and wifey.
Alhamdulillah.
Sweet moments...we through together...
Wish we will be together till Jannah.
Special thing for special day.
Erm. I Kindda blurr what to do. Want to cook? No... Nothing at home.
Urgh!
Want to have special dinner outside? Erm... Saving!
On Friday noon, go to the cold storage with cik susu and nabilah.
I bought, Chupa Chups because hubs love it like I am...hahaha
...3pcs RM1. Saving! Take 5 bundle.
Make a bouquet, print plain label, make it as cards.

 Hikhik. Simple but being loved!

Since Floral Festival still not ends. I asks hubs to go there. Before that, having lunch at Aeon Ampang first.
I love shizzling, he wants claypot rice.

On the ride, get set and go!

Always jadi model tak bertauliah en.suami.

cheese!

 Floral festival, lets take pic with the flower!

 Feeling-feeling bersanding lagi ala taman plaks. Tapi bergambar malu-malu sebab tak biasa dengan strangers yang tolong amek gambar + orang ramai tengah beratur nak amek gambar.

 Penat jalan...duduk plaks...

Last but not least. Pose!Hish...senget...tak tahu nak adjust.
 Banyak jugak picca, tapi malas nak tepek.
Tak tahu plak malam-malam ada perade kat tasik tu. Cantik- berdasarkan picca.
Next year aim datang malam plaks!
Love you hubs. Tak sempat g honeymoon, anggap ni mini honeymoon kite yer...
Nanti kita plan baik punyer untuk real honeymoon.
 xoxo,
cik puan jelita