Skip to main content

Parcel yang dinanti (baju kaweng!)

Assalamualaikum...
Hoorey! Hoorey!
Tak sabar nak naik pelamin lagi! <Eh?>
Dengan orang yang sama of course!
Semangat semalam dapat parcel daripada Veil by Adria Cottage. <buat beading dan tempah veil dengan beliau>

Tunjuk kat suami, 
Him : Mana boleh b tengok kan dah tak surprise!
Fine! Surprise sangatlah. Tak tunjuk pun nanti kang malam-malam ada jugak orang dok pujuk nak tengok...
Oh! My hubby...
Okay, sambung cerita

He! Kita kayu bab designing beading ni. Maka tempah sahajalah.
Namun, rasanya kena asah jugak bakat itu, sebab masa buka parcel tu tergunting sikit bahagian bawah baju tu.
Adeh!
 Nasib baik minor jer. Kalau jahit tak nampak dah kot sebab kat bahagian kaki baju sebelah belakang...
Tapi risau jugak nampak cacat. <Pengantin ken, mesti nak lawoo jer, cacat sikit pun tak mau!>
Maka kita fikir nak tampal bunga 3d dan sikit pearls sekeliling baju tu.
Maka selain menutup kecacatan, kan ke nampak bertambah lawoo baju itu...
Hikhikhik...Perasan...
Tengoklah nanti sempat ke idok, jadi ke idok, comey ke idok...
Nak tengok baju?
Eh! surprise la...

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...