Followers

Thursday, 25 May 2017

Dah nak puasa...

Assalamualaikum.

Kejap je masa, dah nak puasa pulak dah.

Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ni.

Teruja dan nervous jugak untuk puasa kali ini.

Maka, pantang masa free lunch hour, sibuk la i'olls google resepi enak dan mudah untuk berbuka dan bersahur.

4 tahun kahwin. Ni la kot tahun pertama nak jamu husband di bulan puasa. Bersahur dan berbuka bersama.

Puasa pertama sebagai suami isteri, rasanya minggu terakhir puasa jelah memasak, sebab sebelum tu hidup menumpang kasih dibilik sewa aje. Nanhadoo masak le, makan kat luar atau nasi bungkus jelah hari-hari, sahur sekadar air secawan bersama roti.

Tahun seterusnya, baru lepas habis pantang. Suami balik berpuasa seminggu je kot. Pastu nomad rumah sendiri dan rumah mertua je.  

Tahun ketiga pulak, suami balik puasa lebih kurang seminggu dua jugak. Tak ingat. Yang tahu seminggu sebelum raya, husband balik bertugas. Mak mertua accident masa tu. 

Tahun ke-4, sekali lagi mode pantang on. Puasa elok sebulan bersalin tak silap.
Pun suami balik seminggu gitu je jugak. Dah kata anak kecik, biasalah tak payah beria masak sangat makan jelah apa yang adoo.

Tahun ni tahun kelima nak sambut ramadan bersama.
Alhamdulillah, kerja baru husband dapat posting kat Setiu. 2jam perjalanan dari rumah.
Husband kata mungkin ulang alik jelah dulu sebulan dua ni.
Namun bergantung pada tugasan.

Haish... PJJ masih berterusan nampaknya.

Nak bertukar tinggal di sisi suami, sayang pulak nak tinggalkan rumah sendiri. Banyak perubahan akan berlaku, kerja ditempat baru, anak-anak, pengasuh, sekolah. Banyak faktor kena fikir.

Dilema sangat.

Tapi dah janji juga dengan husband dulu, kali ni kemana dia dapat isteri akan ikut.

Mungkin bulan ramadan memberikan signal yang baik untuk kami sekeluarga.


Eh. Terus masuk luahan perasaan pulak.

Apa-pun selamat menyambut bulan ramadan 2017.

Eh. Korang dah buat persiapan raya tak?






Thursday, 11 May 2017

Nur Aisyah Tasnim turns 1

Assalamualaikum

08.05.16 - 08.05.17 

Hoorey.
Big journey for me. Graduate as a bf mom for a year.
Cries.

Anak bujang dulu fully bf sampai 8 bulan je, lepas tu dah campur FM disebabkan stok habis rosak masa banjir besar 2014, pastu dah tak dan kejar stok kemudian mengandung lagi.
Aisyah ni rezeki lebih, alhamdulillah setahun menyusukan dia. Pastu jenis tak nak FM. Diyakini sebab dia suka main botol abang, lepas tu rasa susu terus luak balik. Hahaha.


Dah setahun puteri ibu ni. Anak manja toink toink.
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan buatnya.
Di usia setahun, Aisyah dah pandai macam-macam. Pandai main ciku cak. Juara bab memanjat kerusi, meja. Kami sekeluarga memang tak mampu makan diatas meja makan dengan aman dah, kejap je dia dok bersila kat atas meja tu. Dah pandai berjalan dah, kalau ibu hilang ke dapur, kejap lagi pusing dia dah ada ada sama situ terkedek-kedek ikut ibu ke mana pun.
Gigi pun dah nak 4 batang. Pastu acah-acah test gigit tangan ibu sokmo.

Untuk hari jadi pertama ni, hadiahnya mainan masak-masak yang ibu shopping hari tu je. Pagi semalam dok memberi hadiah kat abang dan adik sekaligus. Thaqif memang over excited la, tak habis cakap terima kasih. Aisyah, no feeling. Tapi bila buka dan pasang mainan masak-masak tu, Aisyah boleh duduk dan main sendiri la. Ibu pun enjoy la tengok anak-anak suka dengan hadiah yang ibu dan papa belikan.

Pastu pulak tahu tentang kawan yang jual kek murah. Gedik la ibu order sebijik. Saja nak makan, sambil buat alasan kek comel-comel untuk harijadi anak-anak.





Sunday, 7 May 2017

Muhamad Thaqif Aiman turns 3

Assalamualaikum...

Pejam celik. 
06.05.2014 - 06.05.2017.
Dah 3 tahun umur anak bujangku.
Kejap je masa berlalu.

 Muka budak di hari cukup umur 3 tahun.

Berisi dah dia.

Konon tahun ni excited sebab nak sambut birthday dua anak. Nak la buat celebration panggil jiran tetangga, goreng bihun sebungkus dua, buat goodies bag bagai. Sekali papa dapat perkhabaran kena training kat Melaka pulak selama 2 bulan, 17/5/17 baru habis training tu. Maka huhuhu jelah niat ibu tu. Sambut birthday kat melaka masa passing out papa jelah.

Tapi ibu tak pernah la puas hati kalau tak buat apa-apa diharijadi anak. Konon buat la apam coklat 2 adunan, boleh bagi kat atok opah sikit, bagi jugak kat taska Aisyah.

 Thaqif cakap "abang tak nak kek kecik, ibu buat kek besar"
Hamboiii...macamlah dia habis makan kek sebijik tu kalau buat pun.

Since hadiah anak-anak dah beli sikit-sikit dari awal tahun. Hehehe... Ibu pun menggedik balut siap. Pastu tak tau nak bagi ke tak kat anak. Hahaha... Sebab papa jugak ada share beli hadiah. Macam tak fair pulak ibu bagi.

Hadiah biasa-biasa je pun. Yang kecik-kecik kereta hotwheels, yang besar tu lori bawak kereta yang dah lama Thaqif idam.

Untuk tahun ketiga kelahiran anak ibu. Ibu doakan anak ibu sentiasa membesar dengan sihat, gembira dan menjadi anak yang soleh. Ibu sayang anak ibu sangat-sangat.

Bak kata atok. Diusia 3tahun, ada je akal baru dia. Alhamdulillah seminggu dua ni dah lebih pandai bergaul dengan adiknya. Takdelah nak pok adik suka suki dah.

Dah fully free diapers, dah pandai kayuh basikal sendiri tanpa diajar pun.
 Bab kayuh basikal neh puas la ibu bagi dia paham, sampai sakit belakang, pinggang ibu tolak dan ajar dia kayuh semua tak jalan dan putus asa. Malas dah tolak-tolak. Satu hari balik kerja tengok dia mengayuh basikal dengan sendiri. Perasaan masa tu macam nak melompat jerr.




Tuesday, 2 May 2017

Thaqif vs potty training part 3

Assalamualaikum...

Hi!
Huh. Lama norr terbengkalai potty training Thaqif.

Selalu terbangkalai sebab atok masih belum beri kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan potty training ni. Maka, ibu pun kadang-kadang jadi MALAS juga.

Bulan lepas, Taufik balik bercuti hampir 2 minggu. Konon berkobarlah masa tu. Siap pesan kat Taufik tu, Papa, papa cuti ni jaga Thaqif, jangan pakaikan pampers k kat Thaqif, ajar dia ke toilet ye kencing, berak. Sabar banyak-banyak ye.
Kira, kalau seminggu direct tanpa diapers, Thaqif akan berjaya juga dengan atok nanti, boleh spin atok untuk percaya kat Thaqif la.

Tapi langit tak selalu cerah, banyak pulak ibu MC, pergi bercuti la, balik rumah Mok Tok semua. Hmm... Terkuburlah la latihan tanpa lampin pakai buang itu.

16 Mac 2017-malam.
Lepas mandi petang tu, pujuk-pujuk Thaqif tak payah pakai pampers la ye. Dia pun okey. Dalam dok lepak-lepak depan tv tu borak-borak cakap belajar la tak payah pakai pampers dah, nanti duit pampers ibu simpan tahun depan abang nak sekolah beli buku, beli beg, beli baju sekolah.

17 Mac 2017.
Thaqif free diapers dengan berjayanya untuk sehari tanpa terkencing ke apa.

18 Mac 2017
Free diapers lagi, tapi ada jugak terkucil sekali.

19 Mac 2017
Dah tak jadi free diapers sebab kenduri dah bermula.

Huhu jelah niat ibu.

Dugaan, cabaran nak fully free diapers.
Elok Thaqif dah boleh faham kenapa nak free diapers. Cuti sekolah. Musim kenduri pulak.

Habis cuti sekolah sekali lagi niat nak bagi Thaqif free diapers. Sekali opah atok kena jaga lagi Farhan pulak. Maka... huhuhu lagi.

16 April 2017
Opah ke Segamat untuk teman Amalina yang sedang mabuk mengandung. Maka Thaqif duduk dengan atok je berdua.

17 April 2017
Tekad hati nak free diapers Thaqif, terus off diapers waktu malam. Nak-nak pula stok pampers dah nipis, ibu malas nak pergi shopping pampers. Thaqif memang tak pernah terkencing pun waktu malam. Memang bertahan je sampai pagi baru bangun kencing. Itu pun kalau tak disuruh, dia tak mo je kencing.

18 April 2017
Atok kata free diapers sampai tengah hari. Siap berak kat toilet. Malam off diapers.

19 April 2017
Fully free diapers.

Alhamdulillah.
Kira lepaslah bab potty training Thaqif. Tapi kadang-kadang berjalan on jugak diapers. Mana nak dukung adik, nak urus Thaqif yang berlari nak terkencing, berak pulak.


Wednesday, 19 April 2017

My new chat friend :cimb eva

Assalamualaikum

Since dok berbisnes lanii update sikit la-download apps online banking.
Senang nak view customer transfer duit.

Hari tau download apps cimb eva. 

Senang je main chat je dengan eva ni kalau nak topup, dan bayar bil.



Jakun. Teruja dengan si eva yang pantas respon bila nak topup, nak bayar bil.
Kadang rasa dah jadi addict pulak dok chat dengan dia hari-hari.

Rasa macam lonely, suami ku yang sedang berkursus tu tak reply whatsapp, kite pergi chat dengan dia jelah.
kohkohkoh...



Tuesday, 18 April 2017

Gelagat dua beradik

Throwback 31 March 2017

Ibu masak tiub besikal untuk anak2 hari ni.


Siap makan pakat menggelumpur kat bakul mainan.

 Hat abang elok main kat bawah, heroin ibu gop sokmo buat benda out of the box.😅😅😅


Lantok situ,pandai masuk pandai keluar la dikk oiii...

#muhamadthaqifaiman #nuraisyahtasnim #siblingslove #AtoTjuniors #ultimateloveAtoT


Monday, 17 April 2017

Set Dapur Memasak Mainan Untuk Nur Aisyah Tasnim

Assalamualaikum.

Teruja tahun ni dua anak terus sambut birthday pada bulan sama atau lebih tepat selang sehari je birthday diorang.

Dari tahun lepas ibu excited plan untuk buat birthday party untuk diorang berdua ni. Siap fikir tema, nak booking kek dah dari awal tahun aritu. Tapi papa pulak masih dalam kursus pada hari jadi mereka nanti maka takdelah birthday party vavavoom sangat.
Tunggu jelah papa habis kursus baru kita tengok bajet balik sebab comfirm bajet lari dah pergi hari passing out papa nanti.

Namun, untuk anak-anak tersayang. Ibu memang selalu teruja, masih la ibu berdikit-dikit membelikan hadiah/mainan untuk anak-anak. 

Ada anak perempuan, teruja sangat nak beli set dapur masak-masak.
 Dari tahun lepas dok survey, tapi tak beli-beli sebab harga tak mencapai piawai.
(selalu tak berpuas hati pasal postage je pun)

Last week dok survey 11 street. Sekali jumpa murah.


Terus rembat jelah. 


Dibantu dengan point BCard pulak. Bayar jelah RM5.11 untuk kitchen playset ni.

Tak sabar tunggu parcel sampai.