Followers

Monday, 31 March 2014

M2B : Pack the bag. We are going vocation soon.

Assalamualaikum....

(A little manglish writing mood today)
Its my 35th weeks pregnancy. Still have mood for a vocation?
Naaa... vocation at the hospital to deliver our junior.

Oh well the point is I on packing our (me and our junior) bags and list down a checklist what's should we bring to the hospital soon and going to brief it to my dearest lovely husband because it will be a few part that he need to help me while i going admit to labour room / ward soon.

Also, need prepare our thing for my confinement period at my lovely mother and father-in-law.
Alhamdulillah, they are excited to take care of me and our junior.
^__^

To through the confinement period at my in-laws, I still need do the preparation. Pack husband, baby and my stuffs since before delivery. So after delivered I can straight go to in-laws 
Like I will not back home for months...
Will back home la on weekend so on. My dad wanna to play with his new grandchild too....



Will share my checklist soon...
xoxo.




Sunday, 30 March 2014

M2B : Dobi Baby Bottle and complete the shopping...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Weekend hari tu sudah settle shopping the final list...
Rezeki, kebetulan duit tanggung kerja dah masuk ken... Memang langkah besar pergi membeli-belah la...

Hiks. Tilam baby nak letak dalam baby cot...  Beli yang boleh lipat jer senang nak simpan. Pastu baru terfikir kenapalah tak beli tilam sekali dengan kelambu yang ada jual online tu, harga pun beza sikit ja... Positif. Tak apalah baby boleh kira sheep atas tilam ni nanti...He...

Pampers pun dah beli. Huggies, as suggestion dari kekawan blog aritu. TQ korang...
Amek warna merah, katanya boleh tahan lama + guarantee will not cause rash. Insya-Allah... For newborn, kite kena extra care sikit, so no worries to spend. Ambik newborn sahaja, sebab aritu doktor kata baby kite masih below 2kg ken. So kite rasa baby kite tak sampai 3kg pun la nanti lahir maka memadai beli newborn sahaja.

Puting botol susu jenama pigeon. Since kite dah terbeli botol susu jenama tupperware dan merasakan puting botol tersebut macam besar je, kite belilah puting jenama pigeon ni (Wide Peristaltic Plus) which boleh guna untuk botol susu tupperware itu ambil saiz SS untuk 0+ month baby. Baru beli 1pcs je sebagai cubaan, tambahan husband dengan yakin kata, B dah tahu nanti. -ok.sila percaya pada kata-kata suami.
Kalau ada pakai botol susu tuppaware jugak boleh beli jenis Wide Peristaltic Plus jenama pigeon ni k. Memang match elok je dengan botol susu tuppaware itu. (iklan kejap).

Semalam sebenarnya penat sangat. Rasa nak tidur je memanjang. Tapi bak kata husband, kite memang jenis tak boleh duduk diam. Nak tidur tapi teringat-ingat botol-botol susu tak basuh lagi. Maka, gagahkan diri dobi botol-botol susu dengan pureen liquid cleanser perisa oren yang wangiii...


Siap dobi dengan cleanser itu, stril secara manual macam orang dulu-dulu, rendam dalam air panas jer. Maklumlah tak beli strillizer. Drying rack pun tak beli, jemur dalam dulang sudah... Kihkihkih... Jimattt...




Semalam kakak kite datang rumah, dia tegur perut kite macam dah turun sikit. Gulp!
Fikir, maybe sebab baju kite pakai semalam tu.
Hari ni pagi-pagi datang tanya kawan kat office... She said the same...
Gulp! gulp!
Nervousaaaa sudah maiii... Beg baby dah siap kemas, beg kite belum siap lagi.

Hye baby...you are ready to deliver now? Erm... can wait for a little time? Give me at least two weeks? Still need settle about my loan to buy the property?
Lots of love, 
Mother.

Thursday, 27 March 2014

Apa pun tak boleh

Assalamualaikum...

Truly banyak yang nak bercerita...sharing etc...
Nak buat giveaway bagai juga...tapi kesempatan tu takde... hadiah dah ada tak sempat nak arrange dan snap lagi... tapi something crafting / DIY la.

Cuti sekolah ialah hari-hari yang jammed untuk bandar Kota Bharu...
Menderita mak buyung kala balik kerja wey... Stress hari-hari malam baru sampai rumah.
Mujur abah dan husband memahami bila kite bagi hint untuk bungkus makanan jer for dinner etc.
Abah lagi cool, tengok bakul baju kite penuh tapi tak berbasuh-basuh, terus offer nak basuh dan sidai...
Thanks so much abah...

Pikir besday husband minggu depan how to surprise him everything.
Owh... Plan asal macam tak mampu direalisasikan. Plan B macam pending saja...
Anyone,ada idea yang best untuk celebrating my husband birthday?

Going 35 weeks, pampers baby, tilam untuk cot baby and few things belum shopping lagi since kami saving untuk 'good future'.
Owh baby, sabar tau jangan keluar lagi ye. Will find the time to go shopping for you k...We love you baby.

Insya-Allah juga, kite tengah dealing membeli hartanah sendiri. This good future i'm talking above.
 Earlier, rasa macam tak mampu, rasa cepat sangat, tapi waiting maybe will lose my opportunity... Insya-Allah rezeki baby. **Will cerita lanjut dalam satu entri after this... Doakanlah yang terbaik...

Officemates keeps nagging wanna to have my bread pudding again before i got delivered. 
Hailooo... Malas benor mak buyung nak bersilat kat dapur tu...
Tapi untuk tak menghampakan sahabat sekalian, insya-Allah akan direalisasikan.

May all my plan going smooth. May Allah bless, and the thing going on the line...




Tuesday, 25 March 2014

Manja, gedik atau memang perasaan mak-mak ni begini?

Assalamualaikum...

Selamat hari gaji!
Pheww...
34 weeks, baby sangat aktif, semalam dari petang ke malam tak berenti dok bergerak, mengeras, segala macam juggling kat dalam perut kite...
Mula-mula sukalah jugak main-main dengan baby tapi bila keaktifan baby semalam tu macam over-over je. Risau jugak. Is its the time? Hahaha...
Pastu dengan husband semalam on site training, dekat pukul 8pm baru ambik kite. 
Mulalah fikir, how la kalau kite time tu rasa sakit nak bersalin dah, suami masih kat site jauh sikit semua. Mesti kite nangis sesorang kat situ ken?
Citer macam kesian sangat, walhal office kite kat hospital... Terlebih sempat nak merangkak pergi labour room pun. (tapi kite tak plan nak bersalin kat hospital ni.)

Tak tahulah kenapa, tapi lately memang terasa perlu husband sentiasa dekat dengan kite, ada kat sebelah selalu. Tidur pun mesti nak himpit-himpit dengan husband, tak dapat himpit, pegang tangan pun jadik la.
Kadang fikir, nak suruh husband berenti kerja je sampai kite bersalin nanti.
Over ke?

Bila husband penat ke tak berapa layan kite, eh mulalah rasa touching sangat, nak nangis lagi...
Cepat sangat feel begini... Tapi tak de la kite layan sangat, pujuk diri sendiri lepas rasa tu.
Tapi kenapa ye mudah sangat sensitif ni?

Kawan-kawan, korang pun ada rasa begini ke di akhir-akhir pregnancy?

Monday, 24 March 2014

M2B : 34 Weeks Check-up

Assalamualaikum...

Semalam check-up lagi... 
Huhu...Tetibe macam makin cepat pulak check-up.
Patut hari Rabu, tapi since semalam ada appoiment tampal gigi, alang-alang pergi check-up sekali la.
Tak kuasa dalam seminggu nak pergi klinik dua kali.

Pergi klinik dengan abah sebab husband dah terlalu banyak cuti bulan ni.
Siap-siapkan breakfast untuk husband semua baru gerak ke KD Gondang.

Check-up seperti biasa. Berat tambah lagi 1kg. Hoho. 0.5kg ke 60kg. Owh, baby serap banyak-banyak nutrien dari ibu hokey... Love you so much.
Perut meninggi dengan jayanya, bertambah 2cm ja tapi kite sendiri jadi seram dah tengok perut besar.  Hue... Terasa seperti bom on my stomach.
Again, HB rendah lagi. 10.4 jer. Adoi, padah sebab selalu skip Qaseh Gold dan buah-buahan minggu lalu.
Kena bebel dengan nurse bab makan, kena makan yang masam-masam, air asam gitu, jambu batu, kangkung, bayam etc seperti biasa, paling penting 2 minggu lagi nak tengok HB naik.
<Senyum tak perlu kata apa-apa.>
Mata pun pucat jer kata nurse.
Part mata ni adalah diakui sebab tidur lewat semata-mata melayan back to back episode drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Kedudukan baby, nadi  semua cantik seperti biasa. <Our good baby>
Alhamdulillah.... Semoga segalanya lancar dan baik-baik sahaja hingga kelahiran si kecil kami...

Next, appoiment di Klinik Pergigian Lundang Paku untuk tampal gigi.
Memula tu macam takut jer sebab pernah baca pengalaman tak best dengan doktor gigi kerajaan ni etc...
Nervous.Nervous.
Doktor cakap lain, kite buat lain, tangan kiri kanan pun boleh tertukar sudah. Kalut sungguh.
 Tapi silap sangat.
Alhamdulillah, kite dapat doktor yang rawat gigi kite sangatlah lemah lembut dan peramah.
Memula dia  bagitau nak buat apa, gigi yang mana, dan
setiap seminit dok tanya sakit ke? sengal tak?
Kite dok geleng je sebab memang tak rasa sakit atau sengal pun.
Terus merancang nak pergi check gigi selalu.
Motif?
Doktor cun dan baik sangat...
Done everything dalam 10am.
Abah pun cakap terus pergi rumah sepupu kite kawen la. Pengantin sampai jam 11am. Sedang eloklah pergi terus dan makan.






Thursday, 20 March 2014

My 8Share

Assalamualaikum...

That day blogger sheilashahfiekry share bout nuffnang di SINI, then kite baru study how nuffnang tu function. Pheww...Over a year blogging, many months apply nuffnang kat blog, tapi tahu ia untuk jana income tapi tak tahu how its function. Sobs...
TQ dear sheila for sharing. Jujur, dari entri awak la kite baru tahu extra about nuffnang ni...

Selain nuffnang ni, kite juga ada join 8share.  8share ialah iklan berbayar yang diberikan kepada user 8share. User 8share hanya perlu share iklan berbentuk video / artikle etc melalui facebook, twitter, google+, etc. Setiap kali ada orang klik iklan tersebut, user 8share akan dapat RM0.20, dalam bahasa mudah RM0.20 per klik. Apa yang penting, rajin share sahajalah. Sehari boleh je share lebih dari 1 iklan juga, boleh pilih iklan yang user nak share.
SERTAI DISINI
Tak faham kite terangkan... mari baca bout it dari FAQ 8share sendiri kat bawah ni...

Apa itu 8Share?
8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
Siapa boleh menyertai 8Share?
Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar sekarang SINI
Bagaimana saya mendapat ganjaran dengan 8Share?
And akan dibayar tunai dengan menyiarkan Special kami. Anda juga akan dibayar apabila anda mengajak kawan-kawan anda menyertai 8Share. Dapatkan Mata Sumbangan (BPs) dengan menjadi ahli 8Share yang aktif. Kami juga akan mengadakan peraduan untuk anda memenangi pelbagai gajet dan hadiah. Ketahui lebih lanjut tentang ganjaran.
Apakah Lawatan Unik (U.V.)?
Lawatan Unik (U.V) untuk ahli 8Share di Malaysia, ialah klik pada pautan Special dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia.
Bagaimana saya boleh terima wang yang saya perolehi dari 8Share?
Semua transaksi wang akan dibuat melalui pemindahan wang dalam talian, selepas permintaan transaksi cash out dibuat.
Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk membuat akaun di 8Share?
Tidak, semuanya percuma.
Adakah saya perlukan apa-apa yang istimewa untuk menggunakan 8Share?
Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. SERTAI DISINI
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada 8Share?
Pergi ke SINI dan klik butang "Sign up" untuk membuka akaun 8Share anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda dimana, satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel. Semak emel anda, klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun 8Share!
Mengapa saya tidak menerima email pengaktifan saya?
Emel pengaktifan selalunya mengambil masa selama 5 minit untuk smpai ke akaun emel anda bergantung kepada keadaan trafik emel pada masa itu. Selain itu, emel pengaktfan itu juga mungkin masuk ke dalam ruang Spam atau Junk emel anda. Jika ia mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke akaun emel anda, sila maklumkan kepada kami melalui butang "Talk To Us" di bahagian bawah 8Share Dashboard anda supaya kami boleh membantu anda. Anda mestilah log in ke akaun anda untuk melihat Dashboard 8Share anda.
Bagaimana saya boleh mendapat wang daripada menyiarkan Special?
Anda akan diberi URL unik pautan link untuk setiap Special yang anda telah siarkan - link ini akan digunakan untuk menjejak semua lawatan unik (U.V.) anda. Anda akan diberi ganjaran untuk setiap lawatan unik yang diterima selagi kempen Special tersebut masih lagi berjalan dan ganjaran yang akan diberikan belum habis lagi digunakan, sehingga anda mencapai ganjaran maksima untuk Special tersebut.
  • Ganjaran

    Di 8Share, kami memberi ganjaran kepada anda atas sumbangan cerita dan menyiarkan cerita!
    Kami memberi ganjaran dalam tiga langkah berikut:
    • Mendapatkan bayaran secara tunai
      Setiap bulan, kami mengeluarkan wang tunai pendapatan kepada penyiar 8Share yang menyiarkan Special dengan membuat transaksi wang tunai ke dalam akaun bank anda.
    • Mendapatkan Mata Perolehan (BPs)
      Setiap hari, anda boleh memperoleh mata perolehan dengan menyertai aktiviti yang dijalankan di 8Share.
    • Hadiah dan saguhati
      Dari masa ke semasa, terdapat pelbagai hadiah bakal diberikan apabila anda menyertai peraduan kami. Setakat ini sahaja, 8Share telah menghadiahkan iPod, kamera, komputer riba, tiket konsert dan wayang, baucar malah sebuah kereta!

    Mata Perolehan (BP)

    Apa itu BP?
    BP ialah Bonus Point (Mata Perolehan). Ia menunjukkan berapa banyak anda telah menyumbang di laman sosial. Sesiapa yang mempunyai BP yang tinggi, adalah ahli 8Share yang aktif dan penyiar berpengaruh di laman sosial.
    Bila saya akan menerima BP?
    Anda akan menerima
    • 1 BP untuk setiap Special yang anda siarkan
    • 1 BP untuk setiap lawatan unik (U.V.) yang anda dapat apabila menyiarkan Kempen Causes/Social Good
    • 10 BP untuk setiap perubahan profil yang dibuat (URL profil, gambar profil, tentang saya, dan lain-lain lagi.)
    Adakah BP mempunyai nilai kewangan?
    BPs tidak mempunyai nilai kewangan. BP tidak boleh ditukar ke mata wang.
    Apakah yang boleh saya lakukan dengan BP saya?
    BP anda boleh digunakan untuk menuntut barangan 8Share apabila ia disediakan.







Sunday, 16 March 2014

"Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway"

Assalamualaikum...

Sesaja cuba nasib kot-kot ada rezeki baby kite...


Kawan-kawan jom try nasib juga...
klik SINI

~thinking to do giftaway juga...tengah kumpul hadiah ni, rasanya ada yang berminat ke nak join? Angkat tangan laju-laju...~

Thursday, 13 March 2014

M2B : Check-up 32 Weeks

Assalamualaikum...

Semalam check-up 32minggu...
Kite dan suami dapat MC dari doktor. LOL. (Nanti kite citer yer)

Abah tak ada dirumah, memang melambat-lambat bangun la kami suami isteri.
Siap breakfast semua, 8.30 am terus ke KD Gondang dahulu check seperti biasa, selepas tu baru ke KK Lundang Paku.

Berat selepas dua minggu, tepat seperti jangkaan I'olls sebab walau makan masih biasa-biasa tapi bila baju yang 2minggu sebelum loose jer, minggu lepas dah menampak bentuk perut = dah bertambah berat 2kg. 
Check nadi baby semua alhamdulillah okay, kepala baby seperti biasa kat bawah, dah ketat dah perut kite kata nurse.
HB tak check minggu ni, nurse kata next check-up la baru check, hari ni cucuk dos kedua jer.
Hoomai... I really tak prepare mentally untuk kena cucuk tapi redha jer la demi baby tersayang.

 9.00 am, selesai disitu, terus ke KK sebab KD refer kite untuk scan baby.
 Kat KK ambil nombor, terus menunggu nak jumpa doktor.
Lamaa hangat, rasa nurse dah 2-3 kali keluar ambil buku orang lain selepas kite punya buku tapi tak panggil pun kite.
Sedihh tapi sabar demi tengok baby sayang.
Husband dah teruja, bila nak turn kite.
Finally, 10.40 am baru panggil nama kite. Laju-laju masuk jumpa doktor. Then doktor pandang husband,

Doktor :Rumah jauh ke? Kalau datang petang boleh tak? Sebab hari ni ramai sangat patients.
Husband : Dekat je. Boleh.
Me : Tapi doktor saya kerja hari ni, kalau doktor boleh bagi MC tak apalah.
Doktor : Kalau saya check sekarang sempat ke pergi kerja?
Husband and Me : (Angguk)
Doktor : Datang petang nantilah dalam pukul 2.30pm doktor bagi MC.
Husband : Saya pun kerja, tapi tak apalah saya ambil EL la.
Doktor : Tak apa ke? Kesian pulak.
Husband : Tak apa.
Doktor : Maaf ye, ramai pula patients hari ni. Doktor takut ambil masa lama nak scan tu, kesian patients lain.
Husband and Me : Tak apa doktor. Terima kasih doktor.

Dari situ terus ke Ketereh, renew roadtax kereta kecil kami. Telefon abah tanya balik pukul berapa kot abah nak lunch kat rumah, abah kata petang baru sampai. So anak-anak enjoy la, lepak kat CC, teman husband update resume dia since dia dapat interview SPA untuk Pegawai Imigresen. Kite layan Bukan Kerana Aku Tak Cinta thru online, tapi halfway je. Husband mendengki, dia buat ayat tak reti nak buat resume in BM, terus suruh kite yang buatkan. Asyik sangat buat resume, tak sedar 1.40pm dah.
Pergi makan terus ke KK Lundang Paku semula.

Time to scan baby. Doktor sambut dengan senyuman kehadiran kami yang tak sabar-sabar tengok baby.
Husband suka sangat bila boleh tengok baby. Doktor rajin melayan cerita kedudukan baby semua. Siap suggest klinik untuk scan 3d semua lagi kat kami sebab tahu excited untuk anak sulung.
Yes, we do super extra excited, but rasanya tak buat dah kot scan since baby dah 32 weeks, soon later je lagi nak jumpa baby kan.
Lagipun melihatkan progress baby yang sihat aktif je bergerak semua, tak apalah, ibu dan papa tunggu baby jumpa secara real jelah ye sayang.

Alhamdulillah. Mengikut kata doktor baby aktif dan sihat. Dapat tengok drumstiks baby yang bam-bam, tapi kepit je, pemalu atau tak nak tunjuk jantina dia. Sengaja surprisekan ibu-papa ye. Dapat tengok tulang belakang dia, kepala dia semua. Heartbeat yang sentiasa menenangkan hari-hari kite. (Will miss baby's heartbeat from inside la soon).

Walaupun tanpa color yang terang menampakkan baby dengan lebih dekat, kami berpuas hatilah dengan layanan doktor yang mesra.
Doktor kata, so far berat baby 1.55kg, should in 32 weeks ni baby 1.65kg but no worries baby boleh grow lagi. Alahai sayang kecilnya anak ibu. Keeps growing sayang, makan banyak-banyak.
Ukur air ketuban 13, doktor kata okay, mencukupi.
Uri ada kat atas as it should...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah segalanya baik-baik belaka.
Semoga segalanya terus berjalan dengan lancar sehingga kelahiran si kecil kami.

Doktor duduk tulis MC kite, lepas tu tetiba cakap,

Doktor :Tak apalah doktor bagi MC jugalah kat awak, sayang cuti awak

Dari awal husband memang sebenarnya tak mood nak pergi kerja semalam selepas dua hari berturut-turut kerja kat site balik lambat, bila doktor tangguh nak scan tu laju ye dia mengiakan. Kite pulak,kalau husband cuti, haruslah akan EL jugak. Tapi since doktor yang mengubah appoiment kite ke waktu petang, sengaja cuba apply MC la. Jimat cuti i'olls. Tersenggih-sengih husband sebab doktor bagi MC jugak.

On the way balik singgah membeli pisang goreng, dan cempedak goreng dulu untuk abah.










Monday, 10 March 2014

M2B : Sesi mendobi baju baby

Assalamualaikum...

32 weeks. Kepenatan semakin terasa dek keaktifan baby bergerak-gerak. Kekejangan kaki tu dah jadik normal dek kite tak boleh dok diam kat rumah, harus nak setel kerja rumah jugak. Time mandi pun kekadang rimas tengok dinding bilik air dah kotor terus nak memberus.
Mulalah husband membebel kat kite suruh jangan buat takut kite penat, tunggu dia je buat.
Apa pun tak boleh buat, nak ikut pergi jalan pun tak di kasi sekarang... Bosannn...
T__T

Weekend yang indah bila tak terkejar-kejar nak balik rumah mertua, dan husband bercuti untuk dua hari.
Eh. Bukan tak suka balik rumah mak, tapi mak pun sibuk berkejar-kejar balik kampung setiap petang untuk kenduri tahlil arwah tok.

Alhamdulillah...part bershopping baju baby dah settle... Peralatan nak dobi baju baby pun sudah ada.
Maka, dah ada masa begini, marilah teruskan sesi mendobi baju anak...
Part ni husband tak membebel pulaks, sebab tak reti katanya. Haish!

Part 1 - baju recycle anak-anak sedara + barut baby.

Part 2 - Baju baru + mittens and booties. Mittens and booties kite masuk dalam washing net je bagi mengelakkan keciciran.

Part 3 - lampin baby

Part 4 - Tuala dan sapu tangan baby.

Lenguh tetangan jugak eh membasuh ni, rasa macam tak banyak, bila basuh, nah 1 baldi besar jugak pakaian baby ni. Menyidai pun jenuh part mittens and booties - itu kerja husband le plaks, kite tolong sikit-sikit ja...


Kids hanger 20pcs pun tak cukup untuk semua baju / seluar baby. Huhu. Dan-dan tu jugak husband ajak pergi ECO (kedai RM2) nak beli hanger lagi tambah. Tak payah la B, first time ni jer basuh banyak camgini. Lepas ni tak sebanyak ni dah sekali basuh.

Penyangkut ni pun kena guna dua.


Penyangkut baru, ada 20 klip pun tak cukup untuk semua mittens dan booties baby...

#prayforMH370





Sunday, 9 March 2014

M2B : Peralatan Mendobi Baju Baby

Assalamualaikum...

Soon... bakal menginjak ke 8 bulan. 
Mostly, m2b lain masing-masing dah ready pelbagai baju untuk baby dan juga mula untuk mendobi baju juga...

Since pakaian baby dah lengkap. Haruslah bersedia untuk mendobi baju baby pulaks.

Marilah sesama menyemak keperluan untuk mendobi baju baby :
1. Baby detergent - Done! Jenama Pureen, @ Billion. RM15.90


2. Washing net (Perlu untuk mengelakkan sapu tangan, booties and mittens baby yang cenonet tu missing sebelah etc ) -Done! Cosway. RM9.90.


3. Bakul baju baby. Done! Ceria 99 -RM4.99.

4. Kids hanger (sorry xder gambornyeee) - Done.  ECO RM2 (10pcs x2 -RM4.00)

5. Penyangkut berklip ( tak tau panggil apa but will use to hang booties and mittens) - Done. Ceria 99. RM4.99

Baldi, etc lain-lain tu guna apa yang ada sahajalah tak payah mengada nak beli sangat...

Thursday, 6 March 2014

M2B : We did shop baby's cloth at 30th week pregnancy.

Assalamualaikum...

We did shop baby's cloth at 30th week pregnancy.
Hehehe...
As said before, kite and husband blurr tang membeli baju baby ni. Konon tunggu kakak kite balik, boleh ajak dia pergi shopping bagai. Hampeh jua sebab jumaat dia free, kite balik kampung husband, sabtu kite free kakak dah sibuk nak balik tempat kerja dia. Haishhh...

Maka, terpaksalah mom-to-be dan dad-to-be pergi ber-shopping sendiri di Pacific, KB Mall.
Hasilnya, grab 1pasang baju lengan panjang RM11.90, 1 pasang lengan pendek RM13.90
dan sehelai rompers RM14.90.

Weehoo...rompers owlie itu cute norr...tak sabar tengok awak pakai little one...

Lepas tu, dok mengintai group Baby Mall, nampak plak ada seller promo rompers carter's 5 in 1 RM23 include postage... Terus order 2 set. Time sale murah ni apa salah grab lebih kens, nak amek 3months kedua set takut baby growing fast so ambil yang 3months 1 set, 6months 1 set.

 3months punya set. Ingat nak beli yang universal color (well tak tahu gender kens -asyik tertangguh nak scan, sekarang dah nak masuk 32 weeks, so dah malas nak pergi), tapi ntah la tersalah bagi kod masa order, maka color macam girl sikit lorhhh...


Me : macam girl sangat pulaks ada pink-pink.
Husband : Eh. Macam ayang mengharap baby boy jer cakap camtu.
Me : Ayang tak kisah la yunk girl ka boy, tapi kalau boboy macam pelik la pink-pink neh.
Husband : Ala. Takpe jer la sikit-sikit ja pink.

Set 6month... Tomey jugaks. Hiks...

Hat ni hadiah dari uncle Adam n auntie Ella masa kami kahwin aritu. Noty tol deme, tapi goods now will use it.TQ uncle n auntie. Tak sabar snap picca baby pakai baju neh tunjuk kat deme...

Okey... Itu je kot preparation kite n husband bab baju-baju baby disamping almost 10 pasang baju warisan dari anak-anak sedara masa kakak melahirkan dahulu kala. Recycle sahaja dulu. Lepas kite abes pantang, boleh shopping-shopping bersama baby pulaks. Lagi syiookkk...

Insya-Allah sabtu harapnya mom-to-be ini rajinlah mendobi pakaian kamu ye little one...

Kawan-kawan kesayangan...
Kite tak beli lagi pampers baby, korang cadang nak kena beli berapa pack? Saiz ape? Jenama apa? Kite keliru lagi... Advice plizz...



Wednesday, 5 March 2014

M2B : mY 3rd tRimEStER pRegnANcY

Assalamualaikum...

Pejam celik, sekarang dah masuk 3series pregnancy. OMG pantasnya masa berlalu rasa baru semalam baru hari Ahad, kenapa esok dah Khamis...

So far, alhamdulillah semuanya okey. Baby sihat, kite lagi okey...
 Masuk 3rd pregnancy, 7 month, 28 weeks above makin berlaku perubahan. Perut dah menonjol. Baju kurung hanya yang selected je masih muat. Mostly sekarang husband dah menegur nampak perut, tak payah pakai baju kurung dah. Aww... I is malas nak beli baju baru dah. Selongar baju yang adoo aje + pinjam blaus mengandung kakak saje pakai pergi kerja.
Untung ada kakak sama saiz.... Hi5 la kakak!

Since perut membesar, makin cepatlah terasa lenguh-lenguh betis semua. Kalau boleh setiap malam nak diurut sebelum tidur, kalau tak memang tak lena tidur rasa sungguh tak selesa. Huks. Kadang-kadang kesiankan husband hari-hari nak urut, selang-selang hari jer urut hari lain sekadar sapu minyak jerlah, tahan jer kalau sakit sikit-sikit tu. 



30 weeks above, baby semakin-semakin aktif menendang, menyiku, bergerak. Every hour dapat rasa baby bergerak. Owh. Kerap juga baby mengeras, owh rasa tak selesa jer, tak tahu nak duduk posisi macam mana bila baby mengeras. Lama pulak tu bila dia mengeras.  Sabar sahajalah. 

Baby semakin membesar, baby menghimpit saluran nak membuang air kecil mahupun besar. A bit problem lagi bila kat rumah toilet cangkung. Huaaa... Salute dengan kalian yang perut sedia memboyot since 4-5 bulan pregnancy dan survive dengan toilet cangkung.  

Since baby membesar ni, kite kurang makan makanan berat. Terasa cepat sangat kenyang, rasa makanan tersekat je kat tekak ni. Makanan berat, kalau makan mesti jenis goreng-goreng, masakan panas sahajalah. Nak panas-panas berasap tu hat paling selera sekali. Bila makan nasi putih kite goreng ikan pekasam panas-panas, potong bawang dengan cili perah asam limau baru rasa mood nak makan nasi tu ada. Itupun makanan berat makan sekali sehari sahaja.

Di pejabat, prefer beli kudap-kudapan ringan jer, squiggles coklat, muffin coklat gardenia, roti, buah potong dan paling favourite air mangga Fruit Tree. Hari-hari wajib beli air mangga, sampaikan berdiri je depan kedai tu, akak tu dah tahu kite nak beli apa. Tetiba air mangga da jadi habits. ^__^


30 weeks pregnancy...
Kite rasa dah cukup besar badan ni haa...adoo lagi jumpa kite cakap perut kecik yer... T__T

Alhamdulillah, masih cergas bergerak sana sini memasak untuk suami dan abah tersayang. Kadang-kadang jer cheating malas masuk dapur. Lucky husband dan abah faham.

Tuesday, 4 March 2014

2 Mac 2014. Al-Fatihah Tok.

Assalamualaikum...

2 Mac 2014, 9.25 malam. Nenek husband (sebelah ayah) menghembuskan nafas terakhir.
3 Mac 2014, sekitar 12.00 tengah hari, selesai segala urusan pengebumian jenazah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Terkilan hati, tak sempat tengok Tok disaat akhir. 
Tak sangka, Jumaat, 28 Februari 2014 adalah kali terakhir kite menatap dan mencium Tok.

Al-Fatihah. Semoga tok ditempatkan dikalangan orang-orang yang  terpilih.

Sunday, 2 March 2014

Diari Dapur : Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum...

Musim panas. Weekend.
 Abah tetiba bersuara, kalau ada bubur kacang  sejuk-sejuk sedap ni.
Hew! Kite tak reti buat... Tak confident sikit benda bersantan neh.
+ adalah lebih mudah dan murah beli jer bubur 3 bungkus RM2 semasa balik kerja yooo! Boleh campur-campur lagi.
Anak yang baik, haruslah nak menggembirakan hati abah juga. Marilah kite memasak menu lain yang sejuk-sejuk sedap...
Geledah dapur jumpa sagu. Bingo! Marilah bersagu-sagu...


Cara Penyediaan : 
  1. Basuh dan rendam 1cawan sagu selama 1/2 jam (sagu kembang ).
  2. Lepas 1/2 jam, bilas. Rebus sagu bersama 2 cawan air hingga mata ikan dalam biji sagu hilang. Tutup api. Masukkan dalam bekas kecil - kite letak dalam satu bekas besar je, nak makan senduk aje. Masukkan dalam peti ais.
  3. Gula Melaka. 1 keping gula melaka / manisan + 1 cawan air. Cairkan gula melaka diatas dapur hingga mendidih sekejap.
  4. Susu cair. Tebuk dan tuang jer atas sagu semasa nak makan.