Skip to main content

M2B : Check-up 32 Weeks

Assalamualaikum...

Semalam check-up 32minggu...
Kite dan suami dapat MC dari doktor. LOL. (Nanti kite citer yer)

Abah tak ada dirumah, memang melambat-lambat bangun la kami suami isteri.
Siap breakfast semua, 8.30 am terus ke KD Gondang dahulu check seperti biasa, selepas tu baru ke KK Lundang Paku.

Berat selepas dua minggu, tepat seperti jangkaan I'olls sebab walau makan masih biasa-biasa tapi bila baju yang 2minggu sebelum loose jer, minggu lepas dah menampak bentuk perut = dah bertambah berat 2kg. 
Check nadi baby semua alhamdulillah okay, kepala baby seperti biasa kat bawah, dah ketat dah perut kite kata nurse.
HB tak check minggu ni, nurse kata next check-up la baru check, hari ni cucuk dos kedua jer.
Hoomai... I really tak prepare mentally untuk kena cucuk tapi redha jer la demi baby tersayang.

 9.00 am, selesai disitu, terus ke KK sebab KD refer kite untuk scan baby.
 Kat KK ambil nombor, terus menunggu nak jumpa doktor.
Lamaa hangat, rasa nurse dah 2-3 kali keluar ambil buku orang lain selepas kite punya buku tapi tak panggil pun kite.
Sedihh tapi sabar demi tengok baby sayang.
Husband dah teruja, bila nak turn kite.
Finally, 10.40 am baru panggil nama kite. Laju-laju masuk jumpa doktor. Then doktor pandang husband,

Doktor :Rumah jauh ke? Kalau datang petang boleh tak? Sebab hari ni ramai sangat patients.
Husband : Dekat je. Boleh.
Me : Tapi doktor saya kerja hari ni, kalau doktor boleh bagi MC tak apalah.
Doktor : Kalau saya check sekarang sempat ke pergi kerja?
Husband and Me : (Angguk)
Doktor : Datang petang nantilah dalam pukul 2.30pm doktor bagi MC.
Husband : Saya pun kerja, tapi tak apalah saya ambil EL la.
Doktor : Tak apa ke? Kesian pulak.
Husband : Tak apa.
Doktor : Maaf ye, ramai pula patients hari ni. Doktor takut ambil masa lama nak scan tu, kesian patients lain.
Husband and Me : Tak apa doktor. Terima kasih doktor.

Dari situ terus ke Ketereh, renew roadtax kereta kecil kami. Telefon abah tanya balik pukul berapa kot abah nak lunch kat rumah, abah kata petang baru sampai. So anak-anak enjoy la, lepak kat CC, teman husband update resume dia since dia dapat interview SPA untuk Pegawai Imigresen. Kite layan Bukan Kerana Aku Tak Cinta thru online, tapi halfway je. Husband mendengki, dia buat ayat tak reti nak buat resume in BM, terus suruh kite yang buatkan. Asyik sangat buat resume, tak sedar 1.40pm dah.
Pergi makan terus ke KK Lundang Paku semula.

Time to scan baby. Doktor sambut dengan senyuman kehadiran kami yang tak sabar-sabar tengok baby.
Husband suka sangat bila boleh tengok baby. Doktor rajin melayan cerita kedudukan baby semua. Siap suggest klinik untuk scan 3d semua lagi kat kami sebab tahu excited untuk anak sulung.
Yes, we do super extra excited, but rasanya tak buat dah kot scan since baby dah 32 weeks, soon later je lagi nak jumpa baby kan.
Lagipun melihatkan progress baby yang sihat aktif je bergerak semua, tak apalah, ibu dan papa tunggu baby jumpa secara real jelah ye sayang.

Alhamdulillah. Mengikut kata doktor baby aktif dan sihat. Dapat tengok drumstiks baby yang bam-bam, tapi kepit je, pemalu atau tak nak tunjuk jantina dia. Sengaja surprisekan ibu-papa ye. Dapat tengok tulang belakang dia, kepala dia semua. Heartbeat yang sentiasa menenangkan hari-hari kite. (Will miss baby's heartbeat from inside la soon).

Walaupun tanpa color yang terang menampakkan baby dengan lebih dekat, kami berpuas hatilah dengan layanan doktor yang mesra.
Doktor kata, so far berat baby 1.55kg, should in 32 weeks ni baby 1.65kg but no worries baby boleh grow lagi. Alahai sayang kecilnya anak ibu. Keeps growing sayang, makan banyak-banyak.
Ukur air ketuban 13, doktor kata okay, mencukupi.
Uri ada kat atas as it should...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah segalanya baik-baik belaka.
Semoga segalanya terus berjalan dengan lancar sehingga kelahiran si kecil kami.

Doktor duduk tulis MC kite, lepas tu tetiba cakap,

Doktor :Tak apalah doktor bagi MC jugalah kat awak, sayang cuti awak

Dari awal husband memang sebenarnya tak mood nak pergi kerja semalam selepas dua hari berturut-turut kerja kat site balik lambat, bila doktor tangguh nak scan tu laju ye dia mengiakan. Kite pulak,kalau husband cuti, haruslah akan EL jugak. Tapi since doktor yang mengubah appoiment kite ke waktu petang, sengaja cuba apply MC la. Jimat cuti i'olls. Tersenggih-sengih husband sebab doktor bagi MC jugak.

On the way balik singgah membeli pisang goreng, dan cempedak goreng dulu untuk abah.










Comments

  1. Assalamualaikum awak. alhamdullilah. jimat cuti dapat mc. heheee. sheila siap turun 0.5kg sebulan tau. sebab kan haritu ada puasa ganti 9 hari. hihii... ni dalam percubaan nak naikkan kg balik. risau baby kecik je... sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt doktor kat KK yg layan patient lembut2..untung2..hehe
    baby comel mcm ibunya...:D

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim - kite belum abes baca bout how earning nuffnang tu...reti letak je iklan nuffnang neh.bila kite dah study entri awak nanti kite amalkan pulaks...hiks... takpe...nanti makan banyak2 ye mom-to-be.

    ReplyDelete
  4. @(●*∩_∩*●) - Sue...tulah alhamdulillah sangat doktor / nurse kat KK mahupun KD kite pergi tu baik-baik, suka melayan mom-to-be macam kite.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...xlama da kan..xsb nk tgok baby cik jelita pulak...geng azwa ke x ek?

    ReplyDelete
  6. Rezeki suami isteri dpt mc...bby sihat2 ye...xlama dah tu nak keluar.. :D

    ReplyDelete
  7. @cik mah - tak berani meneka...instinct sendiri pun sudah bercampur baur...hahaha...mak tok baby kata gigirl...

    @Ecah - itulah rezeki...tau xpa.takut tengok perut sndri mcm bom tunggu masa nak meletops...

    ReplyDelete
  8. baby, cpt bsr sikit lg yeee.
    lya check minggu lepas pn doc ckp 1.5 jgk. maknanya mak nya yg lebih lebih mkn ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d