Followers

Thursday, 19 January 2017

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree

Assalamualaikum


Syarat nak join ni simple je :)

1. Follow blog Zai Zamree.
2. Follow fanpage facebook Blog ZaiZamree.
3. Subscribe youtube Zai Zamree dan Cikpinz.
4. Buat entri bertajuk "Thomas Town Giveaway by Zai Zamree".
5. Tampal banner di atas di entri penyertaan dan 'backlinkkan' ke entri INI
.
6. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini.
7. Siap!

Para pemenang akan dipilih oleh random.org. 

Tuesday, 17 January 2017

Planner & Calendar Giveaway

Assalamualaikum

Dok tengah sesak nak kalendar meja ni.
Semoga ada rezeki la.



Syarat-syaratnya:-
1. Follow Blog KasihkuAmani
2. Follow Instagram kasih_shadz (boleh joint walaupun tak ada IG)
3. Buat entry, tepek gambar yang tak semenggah tu dan backlink ke entry ini.
4. Tinggalkan link entry dan nama IG anda di ruangan komen.

Saturday, 14 January 2017

Thaqif vs potty training part 2.

Assalamualaikum...

Part 2.
 Last 2 weeks, cerita Thaqif mula potty training balik dan mengambil masa untuk dia cekap menahan kencing balik.
Minggu lepas training lagi.
Hari jumaat tu drama jugak. Sampai tengah hari je semua seluar kecik dah habis basah.
Terkencing,terberak.
Hampir-hampir dah ibunya nak suruh pakai diaper balik.
Pastu positif balik minda.
Thaqif dah berak pun. (Normal Thaqif poo sekali je sehari)Teruskan jelah. Dah separuh hari berlalu dah ni.
Maka, berlalulah hari jumaat itu dengan jaya.
Sabtu, lagilah berjaya. Cuma tak poo pun aritu. Tahan jelah kot hingga waktu pakai diaper.
Hoorey.

Khamis 12 januari, ibu EL sebab dua-dua anak demam panas malam sebelumnya. 
Thaqif pun bangun pukul 9 dah kot. Lemah longlai lagi kononnya.
Tapi dah bangun tu kena ubat demam, dan mandi terus kebah dah demamnya.
Terus makan roti canai habis 2keping.
Ingat nak free diaper jugak dah, tapi risau jugak kot demam mungkin kembali ke apa sebab pernah sebelum ni demam on off tahap lembik tidur je, makan muntah, sampai berat badan pun drop.

Jumaat. 13 januari.
Bangun pagi dengan happy. Pujuk-pujuk Thaqif untuk free diaper. Dia setuju.
Alhamdulillah sampai tengah hari takde drama basah situ sini. 
Tidur memang clean seperti selalu, tak pernah terkucil pun.
Big yeay!
Bangun tidur tu sekali jelah nak terkucil. Silap ibu pun lupa nak suruh pergi kencing terus bila bangun tu.
 Pastu dok makan, Thaqif asyik dok kentut je. Ibu dok tanya, berak ke?
Dia jawab, kentut je.
Hahaha...tapi ibu dapat menghidu itu tanda-tanda awal nak berak.
Terus ibu pesan, nak berak bagitau ye. Berak kat tandas. Kat lubang. Rasa je nak berak,bagitau ibu terus.

Dan beberapa minit kemudian Thaqif laju panggil ibu cakap nak berak.
Cepat-cepat ibu tolong buka seluar, dan bawa duduk kat lubang tandas.
Thaqif ;erm..tak de pun ibu.
Ibu; Ala, abang tunggu la kejap. Nanti berak la tu.
Dalam kepala ibu, sudah, pandai ke anak aku ni berak kat sini. Kena pakai diaper jugak ke baru boleh berak?

Pada masa sama, Aisyah pun sibuk nak masuk toilet jugak. Terpaksa la ibu tinggalkan Thaqif, bawa Aisyah keluar dulu.
Bila datang balik kat tandas, Thaqif dah siap berak. 
Terus rasa bangga dengan Thaqif. Dah pandai berak kat tandas tanpa sebarang kekacauan.
Dulu-dulu kalau tetiba dia nak terberak masa mandi ke apa. Penggeli amat, nanti tengok seketul sana, seketul sini, takut sangat jatuh dalam lubang tandas tu.
Hari ni clean. Memang direct dalam lubang tandas.
Maka, alang-alang kat bilik air sila mandi terus jelah anak ye.

Well done my son. Ibu proud of you. Love you so much.


Siap mandi terus request nak pakai baju kerja. 
Jeans+t-shirt/kemeja = baju kerja.
Ibu layankan ajelah, asalkan anak gembira.

Wednesday, 11 January 2017

Nescafe Latte Caramel Murah

Assalamualaikum...

Truly, not a nescafe lover. 
Sesekali teringin tu mencarilah jugak tapi bukan hari-hari nak la.

Tapi hari tu tercuba nescafe latte caramel terus jatuh chenta dengan rasanya. 
Sedapnya. Lemak-lemak manis pahit nascafe tu kira sangat kena dengan tekak kite.

Recomended!

Wajib cuba okey.

Tadi membelek 11street tengok ada sale pulak untuk bundle nescafe latte caramel tu.
Harga Rm18.80 untuk 2 pek. Free shipping. Tambah lagi tengah ada kupon nestle 20% kat 11street tu, terus sambar jelah. Jimat banyak ni.
Hihi...


Love my online shopping mode.

Nak shopping others nestle product click here

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

Assalamualaikum


Nak join Giveaway sangat mudah...

1) Follow blog Liez
2) Follow Google + Liez
3) Buat satu entri simple dan backlink kan 
ke entri Liez ni dibahagian komen

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE bermula 9 Januari sehingga 9 Februari 2017


Hadiah:
Hadiah misteri untuk 2 blogger bertuah
Akan diumumkan pada 27 Februari 2017

Wednesday, 4 January 2017

Segment: Follower meningkat dengan mudah

Assalamualaikum...


Jom Join Ramai2
Due Date- 3/2/2017
Nak join boleh klik banner k..
BlogID: 1828096931076736009

Monday, 2 January 2017

Welcome 2017

Assalamualaikum.

Its 1st entry for 2017.

#throwback 2016 punya listing.
Banyak meniarap dari berdiri.
Kurang tercapai bab simpanan itu.

Anak dah masuk dua, dapur masih dua. 
Suami pun bila anak dua ni dia punya semangat nak balik tu lain macam sikitlah.
Kejap rindukan puteri kecik. Kejap nangis sendu rindukan celoteh sang putera.
Memang trip sebulan sekali hingga pertengahan tahun lepas tu jadi 2minggu sekali.
Simpanan haruslah terabur di tengah jalan je. OT pun wassalam gitu.

Di doakan untuk tahun 2017 ni memberi sinar dan harapan lebih menyerlah dan terserlah gitu.
Semoga suamiku di berikan rezeki lulus temuduga terbaharu aritu.
Pastu terus dapat menetap didalam negeri teruslah.

Okey. 
Azam baru untuk tahun 2017.

Gain The Bussiness.
Acece...pernah je cuba dulu. tapi mungkin bukan rezeki saya.
Insha Allah, belajar dan belajar dah sikit-sikit skill tu. Nak cuba la bermula semula dari bawah balik sebagai dropshipper dahulu.
Sebulan cuba, alhamdulillah penerimaan customer okey.

FB Pages: softjeansmurah899  IG: softjeansmurah899

Deco my kitchen.
Ahahaha... lama dah berangan nak deko rumah bagai tapi tak tahu mana nak mula. Bila fikir-fikir, dapur la nadi rumah, marilah bermula dari dapur. Sekarang gigih peruntukan beli 1 barang setiap bulan untuk dapur kesayangan. Ada dah shopping jugak. Nanti ye kite share lagi.

Saving
Simpanan ni wajib la kan. Tabung hijau. Tabung biru, tabung 52 minggu.
Simpanan anak, setahun 1k/person.

more better live.
the best for the best.