Skip to main content

Welcome 2017

Assalamualaikum.

Its 1st entry for 2017.

#throwback 2016 punya listing.
Banyak meniarap dari berdiri.
Kurang tercapai bab simpanan itu.

Anak dah masuk dua, dapur masih dua. 
Suami pun bila anak dua ni dia punya semangat nak balik tu lain macam sikitlah.
Kejap rindukan puteri kecik. Kejap nangis sendu rindukan celoteh sang putera.
Memang trip sebulan sekali hingga pertengahan tahun lepas tu jadi 2minggu sekali.
Simpanan haruslah terabur di tengah jalan je. OT pun wassalam gitu.

Di doakan untuk tahun 2017 ni memberi sinar dan harapan lebih menyerlah dan terserlah gitu.
Semoga suamiku di berikan rezeki lulus temuduga terbaharu aritu.
Pastu terus dapat menetap didalam negeri teruslah.

Okey. 
Azam baru untuk tahun 2017.

Gain The Bussiness.
Acece...pernah je cuba dulu. tapi mungkin bukan rezeki saya.
Insha Allah, belajar dan belajar dah sikit-sikit skill tu. Nak cuba la bermula semula dari bawah balik sebagai dropshipper dahulu.
Sebulan cuba, alhamdulillah penerimaan customer okey.

FB Pages: softjeansmurah899  IG: softjeansmurah899

Deco my kitchen.
Ahahaha... lama dah berangan nak deko rumah bagai tapi tak tahu mana nak mula. Bila fikir-fikir, dapur la nadi rumah, marilah bermula dari dapur. Sekarang gigih peruntukan beli 1 barang setiap bulan untuk dapur kesayangan. Ada dah shopping jugak. Nanti ye kite share lagi.

Saving
Simpanan ni wajib la kan. Tabung hijau. Tabung biru, tabung 52 minggu.
Simpanan anak, setahun 1k/person.

more better live.
the best for the best.




Comments

  1. dh follow ig softjeans tu.. tp belum beli lg.. hehe.. nt nk beli gak sbb cntik je tgk..

    ReplyDelete
  2. saya doakan semoga keluarga ini akan duduuk sekali nnti.aamiin
    paham sangat bila pjj ni. nak nak apabila dah ada anak anak, kan!

    semoga terlaksana semuannya.aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d