Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Dim Sum OO Dim Sum

Assalamualaikum... Ntah berapa lama ntah nak makan dim sum. Kebetulan masa tu kat FB dok viral Janimaru Dim Sum Halal di Kelantan. Kemain excited paksa husband bawak pergi Restoran Tomato kat Pasir Tumboh tu walaupun tak tau lokasi tepat. Nasib baik jumpa. Pastu hampa sebab gerai Janimaru Dim Sum tutup. Dok viral-viral ingatkan restoran tu yang supply dim sum. Rupanya, restoran tu buat masakan panas, dan air je. Lain-lain makanan adalah gerai-gerai kecil yang menyewa di restoran itu. Maka, pulang dengan hampa. Actually few times pun jumpa dim sum masa makan kat Grand Riverview, masa Kak Iza belanja makan etc tapi tak memenuhi selera tekak sebab rasanya tak segar langsung. Tiba-tiba banyak pulak wujud gerai-gerai Dim Sum ni di sekitar Kelantan. Asal suami balik pulak dah semakin malas nak keluar cari makan. Encik Suami lagi suka makan masakan isteri kat rumah je. Hari tu masa Thaqif demam selepas potong rambut. Kite ambil EL sehari, melayan anak yang tak sih

#muhamadthaqifaiman potong rambut

Assalamualaikum... 5 April 2016. Kite nak pergi jumpa dentist sebab nak simen gigi yang berlubang. Kebetulan sebelah rumah dentist itu kedai gunting rambut. Papa Thaqif pun nak potong rambut. Alang-alang, meh la kita test si bujang ni potong rambut jugaklah. Memula papanya potong rambut. Thaqif steady jelah tengok rambut papa di trim. Next, turn Thaqif pulak.  Nak harap dok atas kerusi sendiri. Memang jawapannya Tak Nak! So papa la meriba Thaqif. Nak pasang kain keliling badan untuk elak rambut kena baju pun dia tak nak. terpaksa pasang Didi & Friends bagi dia bertenang sikit. Tak dan nak abes trim, dah tak tahan. Gatal katanya. Terus la berhenti. Papa+ Thaqif potong rambut RM10 sahaja. Balik rumah malam tu mandi semua.  Tengah malam sedar-sedar badan Thaqif panas. Demam terus.  Terkejut kena potong rambut ke apa pun tak tahulah. Esoknya ibu EL. Sepanjang malam tidur-tidur ayam je menjaga suhu badan Thaqif. Thaqif pulak jenis tak n

Aktiviti bersama #muhamadthaqifaiman tanpa kos

Assalamualaikum... Lama tak update pasal anakda tersayang #muhamadthaqifaiman. Kejap je masa, pejam celik dah April. Bulan depan Thaqif 2 tahun dah. Pastu di naikkan pangkat jadi abang juga. Rasa tak puas lagi manjakan anak ibu seorang ni. Muhamad Thaqif Aiman. Hero. Permata hati ibu yang pertama. Going 24months babies, Thaqif is a very active baby boy. He smart, really easy to catch up new things. Sel-sel otak tengah berkembang sangat.  Hari-hari perasan nak pergi sekolah, pikul beg konon-konon nak pergi sekolah. Thaqif mula minat pada pensel, kertas. Nak tulis katanya. So ibu beli la set menulis magnet bagi kat Thaqif. Tapi pen menulis tu sokmo hilang dalam bakul mainan. Jenuh ibu memunggah bakul tu demi pen menulis nan sebatang. Another solution bila dia sebut tulis. Bagi je buku kosong dan pen sebatang. Tulislah suka hati ye. Well seperti dalam gambar, Thaqif prefer guna tangan kiri berbanding kanan. Adakah awak kidal macam papa? Huhuhu...

Ibu & BaBY Things : Simply Online Shopping

Assalamualaikum... Pheww... Pejam celik pejam celik dah 36minggu sekarang. Hooyeh! 3 minggu lagi i'olls nak cuti dah. Goyang rocker anak pulak. Hahaha... Nak masuk anak dua. Walaupun suami kerap balik menjenguk isteri dan anak. Sungguh masa itu terhad. Ulang alik balik rumah mertua, spend time dengan anak, mak yang sibuk dengan kerja, kadang-kadang suami balik time bajet suntuk, kadang-kadang sakit situ, sini, banyak aktiviti lain. Macam-macam dugaan.  Maka, asyik bertangguh je masa dan ruang untuk shopping barang ibu dan baby semasa berpantang nanti. Lelama dah masuk 32 minggu pun satu hape tak shopping. Korang rasa? Penyelesaiannya, online sahaja... Kebetulan 11street hantar SMS remind credit dah nak expired. Cuci mata jelah kat 11street. Tengok banyak pulak SALE yang best-best barang ibu dan baby. Apa lagi, klik-klik masuk chart sahajalah. Kasi pantas dan tuntas punya kerja. Beli apa? Pureen Cotton Ball (100 balls x 2) RM7.60 x 2 = RM15.20 - untuk cuci m

Baju untuk adik baby

Assalamualaikum... Bila nak dapat baby lagi.  Slowly, listing the things to buy etc. Dan pastinya baju baby itu keterujaan mak-mak sangat. Kite plak since kenal bundle baby, jadi tak sedar diri sikit. Laju je dok booking kat baju berkenan untuk si abam Thaqif dan adik baby. Tapi ntuk abam Thaqif pilihan makin limited dah. Jarang berkenan dah hat bundle ni. Prefer beli ukur dengan tuannya sendiri sebab saiz cepat berubah dah sekarang... Nah. Baju untuk adik baby. Beli masa mengandung 20week+ lagi tak silap. Kite prefer pilih rompers/jumpsuit/sleepsuit la untuk anak-anak sebab lagi kemas bila pakai dan tak payah pikir pasangan tiap baju. Pink.pink je kata papa. Huhu.. Padahal gender adik baby pun tak tau lagi. Ntah le kenapa berkenan pink. Masa memilih tu dok pikir kualiti nampak elok je, color tak pikir sangat kot... Bila parcel sampai. Eh? ye eh kite pilih ni? Anggap jelah instinct ibu. Kalau baby boy pun apa salahnya sesekali jadi jambu. Kekeke...