#muhamadthaqifaiman potong rambut

Assalamualaikum...

5 April 2016.
Kite nak pergi jumpa dentist sebab nak simen gigi yang berlubang. Kebetulan sebelah rumah dentist itu kedai gunting rambut. Papa Thaqif pun nak potong rambut. Alang-alang, meh la kita test si bujang ni potong rambut jugaklah.

Memula papanya potong rambut. Thaqif steady jelah tengok rambut papa di trim.
Next, turn Thaqif pulak. 
Nak harap dok atas kerusi sendiri. Memang jawapannya Tak Nak!
So papa la meriba Thaqif.


Nak pasang kain keliling badan untuk elak rambut kena baju pun dia tak nak.

terpaksa pasang Didi & Friends bagi dia bertenang sikit.

Tak dan nak abes trim, dah tak tahan. Gatal katanya. Terus la berhenti.

Papa+ Thaqif potong rambut RM10 sahaja.

Balik rumah malam tu mandi semua. 
Tengah malam sedar-sedar badan Thaqif panas. Demam terus. 
Terkejut kena potong rambut ke apa pun tak tahulah.
Esoknya ibu EL. Sepanjang malam tidur-tidur ayam je menjaga suhu badan Thaqif.
Thaqif pulak jenis tak nak kain basah kat badan dia. Maka, kena maintain sapu minyak zaitun je setiap setengah jam.

Esoknya...
Muka happy la ibu cuti kens...

Potong rambut barulah nampak lelaki sikit.



Demam masih on off.
Makan slow, penat je manjang 2-3 hari tu.
Muntah dan cirit birit.
Papa sampai postpone dari bertolak ke JB. Sayang anak, risau anak tak sihat.
Laju je bawak anak pergi klinik.

Rupanya cacing. 
Tetiba je menyerang.
Kesian Thaqif. Kebetulan sangat, potong rambut terus demam, terus muntah dan cirit birit.

10 April 2016.
Barulah pergi jumpa bidan kampung berubat cacing kat Thaqif. Thaqif pergi dengan opah dan cik ngah. Ibu kerja dah.
Pastu balik kerja tu Thaqif protes, serba serbi ibu buat pun tak kena. Merajuk dengan ibu sebab takde dengan dia masa dia sakit kot. Huhuhu...
Ibu serba salah la anak. Dah le tetiap minggu TCA Klinik. Bulan 3, EL/cuti seminggu sekali.
Bulan 4 ni pun asyik lewat thumb print, asyik EL lagi. Haishh... Nanti bos komplin la pulak.



Comments

  1. Susah hati betul bila anak demam. Risau bos bunyi nanti kan...

    http://mommyceria.blogspot.my/2016/04/cara-rawat-anak-demam-selsema-dan-batuk.html

    ReplyDelete
  2. Ensem rambut br die...azwa pun br potong rambut gak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1