Followers

Thursday, 30 October 2014

Buzy tapi blog tetap dihati...

Assalamualaikum...
Pergh! Tajuk entri tak mo kalah...
Buzy pasal gotong-royong dipejabat. Habuk all the way.
Thank you sahabat mengomen, dan para peserta yang support ga kite, tak dan nak bw blog kalian lagi.insya-Allah, tenang-tenang nanti kite bw okey.
Will update the full story #muhamadthaqifaiman 1st solid food n in the walker itu later. Petang ini menantu mithali mo balik rumah mertua, tak sabar nak gosip pasal anak kite dengan MIL tersayang...hihi...

Pastu homestay dah booking, mood bercuti pun very on the moon. Cant wait for my husband be home. Kangen sangat!

Nak cuti kat mana?
Cer teka...

(Bagi klu dulu, later baru story details)
Cant wait nak tengok Thaqif wear this...

Till then...
bYe!

Wednesday, 29 October 2014

Monday, 27 October 2014

My Milkbooster

Assalamualaikum...

Alhamdulillah anak dah 5bulan lebih masih menyusu badan sepenuhnya. Syukur sangat susu masih meriah. 

Kite bukanlah ibu yang rajin sangat pam malam siang. Siang-siang hari bekerja je menjadi pengepam yang berjaya... Weekend, pam pun cuti jugak. Weekend full time DF sahaja bagi kukuh bonding dengan Thaqif gitu.


Satu sesi pam (15-20minit)  dipejabat kadang 8-10oz gitu. Officemate pakat dok terlopong je tengok tuaian kite pastu pakat dok komen :

-Budak ni tengok je kecik, tapi susu banyak.
- Makan tak banyak mana, tapi susu banyak jugak.

Kite mampu senyum sahaja.

Speechless.
Best kena puji, lagi semangat menggunung-gunung nak teruskan BF.

Rahsianya...

1. 2 sudu besar Qaseh Gold Adinda setiap pagi sebelum pergi kerja(patut minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam tapi kite pemalas aka pelupa maka layan pagi-pagi je) Alhamdulillah. Susu kite memang meriah kalau kite cukup minum air serta minum Qaseh Gold Adinda. Kalau tertinggal minum Qaseh Gold Adinda, production susu berkurang ke 4-5oz je satu sesi (itupun ambil masa 20min+ walhal biasa tak dan 10minit botol penuh) serta kurang pekat sikit berbanding hari yang minum Qaseh Gold Adinda ni.




Isi kandungan produk :
Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani 


Kebaikan mengamalkan Qaseh Gold Adinda :

1. Membekalkan tenaga
2. Menguatkan imun
3. Awet muda
4. Membanyakkan susu ibu
5. Menstabilkan hormon
6. Menambah kadar HB
7. Atasi alahan dan stress
8. Minda cergas
9. Menstabilkan period
dan banyak lagi!

So berdasarkan pengalaman sejak dari mengandung lagi amalkan Qaseh Gold Adinda ni memang bagi 5star la untuk Qaseh Gold Adinda ini... Bagus sebab mengandungi pemakanan sunnah yang halal dan berkhasiat serta memberi kebaikan yang banyak pula untuk ibu menyusu seperti kite. All good food in 1 bottle, lepas tu diproses menjadi susu yang diminum oleh anak. Betapa kebaikan yang banyak turut anak perolehi. Best kan?


Kakak kite 1 keluarga amalkan Qaseh Gold. Qaseh Gold Kekanda untuk abang ipar, Qaseh Gold Adinda untuk kakak, dan Qaseh Gold Junior untuk anak-anaknya. Bestnya komen dia, anak-anak selera makan, payah nak demam, kalau demam pun cepat je kebah. Wah! Insya-Allah akan beri Thaqif Qaseh Gold Junior jugak nanti. Insya-Allah dia mesti suka sebab since dia on off demam serta batuk-batuk kite bagi madu asli, dia tak menolak sepertimana masa kite berikan ubat yang klinik bekalkan tu.


2. Horlicks 3 in 1 for the breakfast. Ini dipejabat sambil breakfast minum secawan horlicks dulu. Actually plan dulu nak teruskan dengan susu mamil yang minum masa mengandung tu tapi tak terbeli-beli pun susu tu. So layanz je horlicks 3 in 1.


3. Minum air banyak-banyak. Ini wajib 1 hari kite kadang minum 3-4botol air x 750ml tu. During office hour memang 1botol 750ml tu tak cukup, sebab mengepam ken, cepat jer kering tekak.


4. Selain, Qaseh Gold Adinda, baru-baru ni kite ada juga cuba Tamar Cocoa. Pun best, susu pun cepat memenuh je jugak kalau minum ni. Biasalah petang-petang balik kerja, anak akan menepek je sampai tank kite kosong. Malam selepas setel kerja rumah gitu, kite akan relaks-relaks sambil minum Cocoa Tamar. Tidur malam sambil anak bertepek pun boleh rasa susu penuh.





Mommy-mommy, apa pulak milkbooster anda? Mari share sama-sama.



Insya-Allah untuk mommy, mom to be berminat nak dapatkan Qaseh Gold Adinda, Kekanda mahupun Junior boleh call atau Whatsapp kite 0109064732. 
Insya-Allah special price untuk semua.


Thursday, 23 October 2014

Nak bercuti! Idea pleaseee...

Assalamualaikum...

Pheww... Dah almost 1/2 tahun jugak berjauhan dengan husband. Balik pun tak tentu, kadang 1malam jer sungguh tak puas nak beromantika canda riang dibawah pokok kelapa...
So this time husband nak balik early of november, siap-siap kite buat request nak 'sweet escape' bertiga je. Konon early birthday celebration la. Hoho...
Terus myH approved...
Masalahnya bila tanya mahu kemana, jawapannya ikotlah mana-mana pun boleh...
Terus lemah jiwa raga kite ini... [takut tak menjadi kalau tak proper plan]

Nak sweet escape untuk 2-3hari dengan bajet jimat saja tapi enjoy. Kat mana eh?
 Hint : Pantai timur sahaja.


1. Memula kite plan nak ke cameron aje. Dah lama plan tapi tak pegi lagi. Best jugak ken segarkan badan ditempat sejuk sekejap sambil makan strawberi fresh. Sedapnya.
Ini nak jimat, kena pagi-pagi gerak ke cameron, petang turun dari cameron bermalam kat rumah kakak di Meranto, Gua Musang jer la.

2. Besut, Terengganu. Ni myH yang bagi cadangan. Kite tak tahu apa yang menarik disitu. Tepi pantai ke eh besut ni? Kronik sikit bab geografi ni.

3. Kuala Terengganu. Ini kite taklah over tahu jugak, tapi pernah je pergi sana, pergi masuk taman tamadun islam, round sungai semua, makan keropok lekor fresh ditepian pantai. Sedap,sedap,sedap. [ke sama/dekat je ngan besut ni?]

4. Ikot hati mo sahaja bercuti di hutan simpan area merapuh tu. Macam best sangat nanti boleh main dengan ikan kelah semua, tapi kan bawak anak kecik area hutan kite seram pulak. Terus cancel...

5. Kuantan?

6. Bachok, Kelantan. Nah dalam negeri jer. Sewa chalet ajo. Aci tak? Hohoho...


Dillema sangat... Sila info klau korang biasa bercuti ditempat-tempat atas ni... Komen la ape yang seronok semua ken... tQ


Tuesday, 21 October 2014

Motherhood : Preparation for Solid Food

Assalamualaikum...

Soon Thaqif going to 6months.
 Ibu sangat teruja. Hari-hari google pasal solid food etc...
Thaqif pun dah semangat sangat tu nak makan. Memang tak boleh makan depan dia, sibuk nak sambar juga siap buat bunyi mulut. Alahai kesian sangat kite tengok, nak makan pun terpaksa sorok-sorok.
Abah cerita, hari tu Opahnya bukakan sumi untuk Arash (cucu sedara mak muda) depan Thaqif, Thaqif siap sambar dah nak, opahnya bagi orang lain pastu meraung la si kecik tu sebab ingat buka untuk dia agaknya. Lama nangis kata abah. Hoho... Sabarlah sayang sikit je lagi ibu kasi makan la.

Disebabkan semangat nan berkobar-kobar, serta hari tu ada dapat baucer  lazada RM25. Tak guna kang rugi, terus belek lazada.com.my shopping Baby Bullet Food Blender.

Loading
Baby bullet in the house! In couple week my little one will having his 1st solid food and i will get my diploma in breastfeeding mommy...insya-Allah...time to study about solid food...pray me graduate as phd mommy later... #muhamadthaqifaiman #kesayanganibuNpapa


Semangat norrr ibu, dapat baby bullet laju up kat ig...kikiki...
Masa dok survey harga RM69, masa nak beli dah naik harga RM72. Huk... Sedih sebentar.
Mujur Lazada baik hati... bagi kite baucer RM15 puloksss...
Nak suruh shopping lagi letew. Nyampah! Bhahaha... Bila kite nak kayooo-simpan duit ni asyik shopping kek lazada sajooo.


Nah gambar yang ada dalam kotak Baby Bullet itu. Pastu siap ada cooler bag jugak. Suka set baby bullet ni lengkap, siap ada storage cup dan batch tray tu... Tapi fikir, cukup dop untuk menyimpan stok seminggu anak makan ni? Adakah patut tambah ice tray pulak? Errr...err...nanti dulu la yer, tengok tahap anak makan banyak ke tidok dulu pasni kalau perlu baru tambah. Another things suka dalam baby bullet ni pocket nutrition dan user manual cookbook tu. Sangat berinfomasi untuk newbie mum seperti kite ini. Nantilah, dah guna baby bullet yang comel ni kite review la.

Selain usermanual cookbook dan pocket nutrition itu, kite turut download android apps baby solid food. Best jugak sebab bagi idea dan resepi menu untuk baby mengikut umur. Persediaan awal sangat ibu ni takut nanti tak ada idea nak sediakan makanan untuk anak. Kengkawan sila download jugak la eh.

Pastu semangat, konon siap order set tupperware yang Twinkle Tup ke apa siap ada mangkuk, sudu garfu dan botol air. Sekali cik na kata tak payah, ambil yang dia je sebab beli tapi tak guna pun. Ada mangkuk dan set cultery sahaja. Good! Jimat. Cukup letew. Air masak guna botol susu sedia ada sudah...



Bib ada sehelai sajoo... Itu pun ada dalam set orang bagi hadiah. Ibu malas dah nak beli, pakai saja sapu tangan kalau bib tak sempat basuh next day. kikiki...


[update 23/10/2013]

Carseat baby... Perlu masa nak suap-suap Thaqif nanti. Hewhewhew... Untunglah ada 2 kakak tapi carseat sampai 3. Bolehlah Thaqif pinjam carseat. Pastu teramat selesa dok dalam tu, kadang-kadang nak main-main sambil duduk time kat rumah kite letak je Thaqif dalam seat itu, nanti dia bosan menggelongsor turun dan keluar dari situ. Boleh? T__T



Semangat sungguh ibu nak memasak untuk #kesayanganibuNpapa ni. Kemaruk nak masak setelah sekian lama tak beraksi didapur, masih ada skill ke? <tiup tudung>.
Sungguh since bersalin, boleh kira dengan jari jelah memasak, suami balik baru kedek-kedek masuk dapur. Weekend, abah bawa balik mangkuk tingkat dari rumah mak muda je untuk kite, weekdays makan kenyang-kenyang masa dipejabat, malam-malam minum hot milo/ tamar cocoa cicah roti/biskut, rajin sikit goreng nugget sajoo...

So what the 1st solid food for Thaqif? Erm.erm.erm. Dillemma...
When I read most suggest fruit puree as 1st solid food cause soft for baby stomach.
Kakak kite kata bagi bubur blend without salt sebab nanti anak makan buah manis, sedap nanti tak mo bubur kosong katanya... Pulok... Aish!

Jom mommy ceritakan kepada ibu Thaqif, apa 1st solid food untuk baby korang dan kenapa pilih itu?
-
-
-
Pastu jangan lupa join Giveaway By Cik Puan Jelita.






Monday, 20 October 2014

Motherhood : Finally the old teat go to the dustbin

Assalamualaikum...

Tajuk entri english terus...
Wehoo! Happy, excited, blessed and so relief!
Akhirnya... Thaqif dah boleh terima puting botol susu yang lain...

Ceritanya, pagi semalam tu kite tawakal jelah letak puting botol susu baru [cap fitty-jenis sama puting favourite Thaqif itu]. Ini sebab dah tak tergamak langsung nak pakai teat yang kembang semangkuk tu,siap dah bergetah-getah rasanya dengan kulat susu yang tak mahu hilang dah walau di steril serta di bersihkan.

Dalam kereta, racun jelah abah, bebel cakap seperti sebab diatas tu. Abah pun terus cakap kat Thaqif, hari ni atok tak tukar doh hak tu jah ado. Nok tak se minum hak tu jah. Tok se minum lapar
Thaqif masa tu memang refuse jugaklah, kemam mulut protes tak mo teat itu, siap sesembur susu bagai masa kite bagi. Sikit nak panic jugak masa tu risau nanti kang Thaqif melalak time on the way balik rumah berdua dengan atoknya sebab tak mo teat tu.  Zikir, doa, tawakal sahajalah ibu mampu buat.

Petang, masa Thaqif datang ambil kite kat tempat kerja, dia eekkkekk nak duduk dengan ibu. Thaqif tengah lapar. Bagi botol srutttsrutt jer dia layan botol. Normal, ada ibu tak mo botol dah, ni pelik. Hahaha... Saja nak tunjuk kat ibu dia okey dengan puting baru letew. Ololo... good boy sangat anak ibu yer.

Maka balik rumah, malam juga secara rasmi teat lama itu dihantar ke tong sampah. Jasamu dikenang teat. bye!

Pagi tadi terus bagi 2botol boh teat baru. Bagi Thaqif gilir-gilir guna sebab tak mahu biar pisang berbuah buat kali kedua, ambil masa nak tukar teat. So kalau dok gilir-gilir 2-3 teat cap sama, dia boleh layan jelah untuk penukaran teat yang seterusnya.

Bila anak accept teat baru ni rasa macam nak berlari pegi econjaya beli 10 lagi teat tu... Over...Over sangat ibu ni..Hahahaha...

Kejap je anak ibu membesar...
Love you always #muhamadthaqifaiman

Friday, 17 October 2014

calling for giveaway

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua.
[entri auto publish]
[klik gambar untuk join ga]

Fuh! sekian lama berjanji untuk buat giveaway...
ampun! sebelum ni banyak dugaan dan halangan... hari ni nak suvey berminat ke korang kalau kite nak buat giveaway ni?
Kalau ada yang berminat, sila tinggalkan komen ye kengkawan tersayang...
insya-Allah syarat paling simple sajooo sebab memang nak giveaway as tanda penghargaan korang mengikuti kite kat blog ini...

*hugs*

Hadiahnyooo...
-
-
-
-

1. 2x set beads and iron (really tak tahu nama betulnya tapi dia beads, susun-susun jadi bentuk cupcakes etc then iron-boleh buat keychain etc) Milikinya zaman kreatif dan rajin dulu, sekarang dah meluntur kekreatifan itu. Best jugak buat ni, ralit je, stress pun hilang. Rindu pulaks zaman dulu rajin tu. Sekarang tak boleh dah dok sibuk layan anak.

2. 2x 5pcs kain felt saiz A4

3. 2pcs Decorating Sticker

Pastu insya-Allah akan topup bagi baucer zalora dan lazada yang ada dalam simpanan tu. Tapi tunggu nak cek la dulu ada berapa yer...

Moh! komen ramai-ramai yer kalau berminat dengan hadiah yang kite tawarkan.checece...  Will update the giveaway by next week.insya-Allah...

Thursday, 16 October 2014

Motherhood: Thaqif pun refuse botol

Assalamualaikum...

Hihi... entri EP Mom 8am-5pm itu, ada kata untung ken Thaqif accept botol... 
Kite mampu senyum saja.
Mihmihmih...

Mari kite bercerita hari ni ye...
Bukan semudah itu dia mahu botol ye.
Memang kite ajar dia dari dalam pantang botol, dia okey...tersangat okey.
Bagi botol sekali seruuut je kosong botol.
Agaknya, Thaqif tak tau apa lagi, janji kenyang dia layan je.

Bila dah umur 2bulan, he start to refuse slowly. Sel-sel otak dah berhubung, akal dah panjang. Bagi botol, mula-mula dia layan pastu dia sengih-sengih, tolak-tolak puting dengan lidah dia hingga kalau paksa lagi sila tadah la telinga dengan raungan. 
T___T.
Perasaan masa tu? Laju-laju nak masuk kerja sebab rasa makin lama dia bertepek sebab tu tak nak botol. Hahaha...

Abah suruh try 1 hari bagi botol je jangan df tapi ibu is cannot la bila anak nangis, tak sampai hati.
Masa tu siap beli beberapa jenis puting dah pikir kot dia tak sesuai dengan puting ke ken.

Pastu kakak kite balik masa raya puasa itu, 1 ogos 2014, itu memang paksa rela tak bagi df 1 hari. Memula memang meraung u'alls... pastu dia lapar, sua botol jugak pasrah jer Thaqif layan botol. Then okey botol tapi hari-hari dari dia bangun tidur till 6pm xkasi df, botol sahaja. Gitulah hari-hari till kite mula kerja.
Lega.... 

Tapi cerita jarang 1 klimaks je kekawan ye...
continue, 

Tengok puting dia dah mengembang, haruslah feeling nak tukar yang baru... 
Beli brand sama dengan yang dia guna itulah cap fitty color kuning.
Dah beli puting baru, puting lama nak bye-bye la...
Dengan selamba kodok, esoknya bagi puting baru tinggal dengan abah...
Tak mo minum pulaks pakai puting baru.
so welcome back puting lama.
biarlah puting lama tu isap sekejap penyek pun, Thaqif suka jugak.
Macam-macam dah puting dibeli tapi tak mo juga, tak minum sangat susu kalau puting baru, bagi hat lama tu juga baru ok.
Pigeon, fitty, japlo, freedom hat kuning, hat putih, hat penyek, hat wide neck, slim suma dah try tak mo juga.

Till today ye, masih stick pada puting lama itu.

Puting favourite katanya...

Agaknya puting bocor baru nak tukar ke? Tapi kite berusaha jela try error lagi beli puting lagi... puting jela... kite nak try error membeli botol memahal itu, haish takut dia reject juga how...huk. ntah la...tapi terpaksalah coba juga beli kens takkan forever nak Thaqif stick on  puting lama itu.
T___T

kite just let him stick on it sebab time kite kerja dia minum susu macam takat alas perut jea kot. Kite balik petang baru sungguh2 dia df. Bahagia bila dia nak df tapi pada masa sama risau juga nanti dia tak cukup zat ke ken. He 5m, tapi kite masih bekalkan 10-12oz je sehari(same amount masa kite strt kerja) kadang-kadang tak habis pun. Walhal masa kite praktis bagi botol sebelum kite start kerja, kite kira dia minum capai kot 16oz atau lebih.
Dengan puting lama at least dia layan jugak susu, kalau puting baru memang lagi merosot la kadar dia minum susu.

Kesimpulannya, langit tak selalu cerah pun untuk kite, tapi kite cuba untuk tidak merungut atau berfikiran negetif. Be positive, bersangka baik, jangan merungut pun dalam susah senang jaga anak
 1.sebab anak ni anugerah dan amanah Allah untuk kita.-syukur dapat melalui proses mengandung dan beranak, masih ada yang sukar dapat anak.
2.sebab camtu juga susah mak kita jaga kita dulu,-mak kita tak pernah ungkit pun susah jaga kita.
3.  sebab anak ini yang kita beria nak lepas kawen ken. Pastu tunggu 9bulan dari dalam perut dulu, susah payah beranak. -mesti nak anak baik2,bijak soleh semua.
4. Sebab anak ni bakal doakan dan jaga kita bila kita tua.insya-Allah.

Panjang nak citer pasal 'sebab' tu. Pendek kata, nak anak terbaik, bijak, pandai, soleh solehah, ibu mesti positif, nak2 ibu bf sebab anak dapat rasa ibu marah, ibu sedih. Anak meragam, ibu marah, anak pun rasa aura marah, dia makin meragam. Cer anak meragam, ibu chill joget2, pasti anak terus nangis..hahhaa..joking.anak meragam, ibu tenang la, peluk anak erat zikir2 gitu, insya-Allah anak pun cepat bertenang.







Wednesday, 15 October 2014

WW : Selfie with my little boy

Assalamualaikum...

Hari ni stress dan mengantuk terlebih untuk bekerja...
Layan tengok gambar dengan anak dululah...

Scene in the car

Scene this morning

Monday, 13 October 2014

DIAPERS ANAK

Assalamualaikum...

Arinie citer diapers anak puloks... korang pakai diapers jenama apa?

Thaqif, masa 2bulan ke bawah tu je banyak guna pampers. Hoho...Ala-ala newborn kens, memang banyak poopoo. Memula jadi ibu, disebab banyak orang suggest huggies, confident membeli Huggies Total Protection, memang high maintanance sempat beli 2-3 pack juga- new ibu sangat memang tak tau newborn sangat banyak guna diapers sehari, next baby tobat beli pampers biasa je, beli hat mahal ni untuk night use je kot. Then beralih ke Huggies warna biru (kak Iza beli)  sempat pakai 1-2 pack juga kot. Ikut kite mesti beli merah tu je sebab kite bab begini selalunya akan stick pada 1 jenis/brand sama je.
 **I still wearing the same brand pad since my 1st period. LOL. 
Kak Iza pulak rasional beli murah-murah je since anak masih kerap poopoo, dia dah anak 4 haruslah lebih berpengalaman ken.

 Pastu tukar lagi kepada Drypers. Ini pun kak Iza yang belikan-memula macam eh kerlas ke drypers, kite nak huggies -as I said I'm use to stick on 1 brand, tapi jatuh cinta jugak dengan drypers.

Kemudian, dah mula think of jimat. Konon nak try whoopee, beli dah namun sempat pakai 1-2 pcs je dengan terbocor-terbocor je sebab tumbesaran anak terlalu cepat, sebagai ibu baru, kite masih beli saiz S walhal anak dah saiz M. Bukan salah whoopee bocor ye, tapi salah ibu yang tak reti nak ukur saiz diapers dengan berat anak. Whoopee itu jadi pekasam la dalam almari. 

Kemudian mencuba lagi beli pet pet pulak since kat Manjaku ada sale. Masa ni kira tak berani nak cuba guna diapers yang berpelekat plastik tu sebab takut kulit anak sensitif la apa.

 Lepas raya husband balik shopping barang anak, beli la Fitti Basic 1 pack, drypers 1 pack. Berani mati beli Fitti Basic besar-besar tu. Nak jimat ken. Beza Rm10 hookey dengan drypers itu. Nasib baik Thaqif tak de ruam  ke apa pakai Fitti Basic itu. Ruam adalah jugak naik masa dia demam hari tu sebab masa demam tu dia pun kerap poopoo, bukan sebab diapers. Tapi dah habis musim poopoo tu, kulit licin balik dah tak merah-merah.

Dah jadi ibu ni. Every penny is count hookey... Bab membeli diapers pun kena berkira juga sebab benda pakai buang -tapi kalau anak ada masalah terpaksa beli yang okey untuk kulit dialah kens. Lucky me, Thaqif jenis tak kencing banyak sampai terbocor-bocor dan tak bermasalah kulit.

 So sekarang kite pakaikan fitti basic pada waktu siang sebab murah dan kerap tukar. Malam, kite pakaikan drypers la sebab waktu panjang, jaga kulit sikit dan untuk keselamatan, kot terbocor. Fitti pun so far tak de masalah pun pakai cuma ibu macam tak secure je, nipis je tu yang malam kita on drypers.

Tapi pakai fitti basic kena hati-hati, sekali tepek je pelekat dia sebab gam dia kurang kuat bila adjust banyak kali. so pakai bebetul terus tapi dengan Thaqif yang makin aktif itu, harapan sangat la sekali zapp.

Kadang-kadang fikir nak jimat sangat, nak je pakaikan cloth diapers. Jimat dan mesra alam gitu...Konon since anak duduk dengan abah je ken.
 Hahaha... Harapan sangat, macam rajin sangat, macam sempat sangat nak do everything. Kadang-kadang membasuh baju pun abah yang sidaikan. Apakah lagi nak uruskan cloth diapers pulak. Bincang dengan husband pun conclusion dia, 
kalau menyusahkan sayang, tak payah la.
Thank you suami sayang yang memahami. **High 5 sikit!

Sekarang mood suka everything cute, adorable, and FREE for my little boy Muhamad Thaqif Aiman...
Hari tu semangat menggila mengisi every free sample diapers...
Sekeping dua free itu dapat save sekali pakai which almost 40sen duit kita yer mommy-mommy... 
Kite isi je mana-mana jenama diapers yang nak kasi free tu macam mamypoko, drypers, huggies etc. Selain jimat, boleh juga mengenali diapers jenama-jenama lain, kot-kot nanti nak tukar pakai yang lain, so tak kelam kabut kalau dah ada pengalaman pakaikan diapers lain-lain. So, mommy-mommy yang nak jugak, laju-laju google link free sample diapers. Hoho.

Antara free sample yang dah dapat. Yang togel tu jenama babylove, dapat masa 1st time shopping di Babyland.com. Huggies tu, banyak kali dapat.

Drypers best daftar ahli boleh dapat beg ladybug comel macam kite wat entri SINI. Sebab join club drypers dapat 350mata, pastu drypers e-mel minta jawab survey, dapat 350mata lagi, tambah lagi 170mata dari 1 pack drypers yang kite beli terus layak untuk tebus drypers wee wee dry 14pcs. Banyak je mainan etc boleh tebus tapi kite rasa tak best so tebus diapers je. Jimat 14keping.


Muahahaa... Nasib la anak dapat ibu yang serba jimat. Hihihi...

Sunday, 12 October 2014

cpuv lagi...

Assalamualaikum...

Ahad yang sejuk. Bersiaran secara langsung dari rumah mertua kesayangan. Harap maklum kite MC hari ni. Pheww... ibu dan anak on off demam je. Ibu on off mungkin sebab tak cukup rehat dan sebab cuaca tak menentu. Thaqif demam, tak sure la, dok main lidah,mengigit je macam nak naik gigi dah... kali ni dia demam tak ke klinik pun la sebab pantau dia demam taklah tinggi sangat suhu dan masih aktif seperti biasa. Demam nak membuas letew...

Eh! Melalut jauh plak. Tengok bloggers dok update cpuv banyak, terus cek jugak hat sendiri. Hehehe...
terus mood nak update blog.
Alhamdulillah beranak-ranak jugak cpuv kite.12cpuv on going... tq a lot nuffnang... tq readers... meh tolong klik tabungan kite tau, nanti esok kite blogwalking u'alls pulak. Hari ni guna tab saja, tak best bw.

To the end, doakan ibu Thaqif n Thaqif sihat ye...
Thanx n lots of love for everyone.


Thursday, 9 October 2014

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman (Day 121-150) 5Bulan

Assalamualaikum...

How time flies... Dah masuk 5 bulan pun arjuna hati ibu. Sekejap je masa. Bulan depan Thaqif dah boleh makan. Hoorey. Cant wait nak memasak untuk anakda.

Di usia 4m+,1st time demam, abah kata dia nak ringankan badan nak merangkak kot. Kulit  Thaqif jadi merah-merah,miang gatal gitu, ore kelate kata bunga rambai. Siap tidur bertilamkan daun laksamana. Layanz je petua orang tua-tua. Syukur, demam pun tak meragam sangat, tidur malam lena juga.

Nak cuba berbalik dah, tapi cuba secara backward (dari meniarap nak terlentang). T__T. Over bijak kamu ni anak oit, terlentang ke meniarap pun tak pas, nak buat secara backward pulak.

Pandai tarik rambut ibu. Pantang ibu dok sebelah or gomol dia, tangan tu laju je kan nak tarik rambut ibu.

Dah pandai geram kat ibu. Balik kerja ibu ambik dukung, laju je Thaqif gomol hidung, dagu ibu hisap sungguh-sungguh. Adakah itu cara kamu menunjukkan rindu pada ibu? Okey ibu suka tapi nanti ada gigi no gigit-gigit tau.

Nak susu tak nangis to the max dah nangis anje-anje je, banyak main, membebel dan menjerit serta gelak dah sekarang. Nangis nak susu itu atok kata bunyi itik, kalau dia gelak or menjerit excited gitu atok kata bunyi burung. Atok kata :
Pagi-pagi bunyi burung, petang-petang bunyi itik.
Sebab pagi-pagi bangun ceria je membebel etc, macam sini

Loading
Good mood sangat bangun pagi.ibu siap mandi 5.50am dah dengar suara dia yang nyaring ini... #muhamadthaqifaiman
 petang dah ambil ibu, dah bau ibu mula la tak nak susu dalam botol, tak nak dok dalam carseat. Main dengan ibu kat seat belakang until mengantuk dan bunyi nak susu la...


Membebel tak kira waktu, panjang pulak bebel tu... Masa pergi klinik,dok lepak kat ruang menyusu, sibuk membebel tegur kawan-kawan sebaya dia sampai baby lain tak jadi minum dok pandang dia. Haks. Ibu layan je walaupun tak faham. Bebel jelah asalkan tak nangis nak, ibu boleh membuat kerja rumah dengan tenang.

Ada masa menangis juga, manja, tak boleh ibu hilang dari pandangan, nak dukung gitu. Paling tension bila berlaku time ibu sangat nak ke toilet ke hape. Haish... Seb baik ibu bijak berfikir, pasang apple learning quran part doa-doa semua, dia diam dan dengar je bacaan doa semua. Hahaha...cepat-cepat la ibu pergi toilet.

Dah kenal orang. Kalau nampak atok, hohoi... dah tak ingat ibu, sibuk nak mengikut atok je siap hulur tangan mintak dukung.

Suka senyum. Masya-Allah, pantang ditegur orang, senyum je meleret, kadang dia tidur malam, tetiba dia buka mata nak beralih postur tidur , orang tegur dia senyum jugak, pastu betulkan postur tidur, sambung tutup mata... Hahaha...

Suka dok dalam posisi duduk dan berdiri. Mostly suka berdiri... Dalam kereta kite dok belakang letak berdiri kat kusyen belakang sukalah sambil tengok luar... Kadang penat dia duduk 10 saat tegakkan kaki balik.

1 Oktober 2014, officially pandai meniarap sendiri. Dah pandai meniarap itu, nak susu pun meniarap, mandi pun ibu baringkan elok-elok dia sibuk nak meniarap jugak...


Wednesday, 8 October 2014

EP MOM 8am-5pm

Assalamualaikum

Since dah kembali bekerja, maka secara rasmi kite sudah bertukar menjadi EP Mom. Exprience jadi EP Mom ni alhamdulillah berjalan lancar. Susu masih meriah walaupun anak dah 5 bulan. Moga-moga terus meriah.

Before having baby, kite nak fully menyusukan anak sebab nak jimat disamping ada banyak kelebihan. Kadang-kadang ragu juga, mampu ke? Kite bukannya rajin sangat, pastu sejarah kakak-kakak bukannya BF, anak-anak mereka FM sahaja. Ragu-ragu la pula.

Since selama cuti bersalin asyik dok ulang-alik rumah mertua dengan rumah sendiri, kite tak membuat stok susu sangat, balik rumah mertua je memang tak bawak pam. Err...lagipun sana keadaan peti ais kurang memuaskan jadi kite memang tak pam untuk simpan susu. Lagipun anak kuat menyusu, time dia tidur la ibu nak tidur, rehat sama. Kite masa dalam pantang memang tak berani nak susukan anak sambil tidur, memang akan menyusu sambil duduk je sebab Thaqif kecik sangat, risaulah kang tertidur, terpenyek ke apa. Ibu over sikit fikir. Kadang-kadang baru siap pam, anak dah bangun nak susu terus bagi dalam botol tu sebab nak bagi biasakan dengan botol so tak sempat simpan.
Masa ni, ada terfikir nak bagi FM kat anak dah sebab takut susah, susu tak cukup ke bila bekerja nanti ken. Struggle dengan puasa susu macam slow sikitlah.
Pastu pergi supermarket nak survey susu, macam banyak sangat je brand. Pening je nak pilih mana okey. Pastu risau nanti anak okey ke tidak dengan FM itu.
 Hahaha... Ibu memang banyak berfikir.
Terus hold niat nak FM.

Maka nak masuk kerja, rajinlah sikit bangun pam time waktu pagi masa anak tidur lagi so kite pam dan simpanlah. Anak bangun, main-main, mandikan baru susukan. So susu sempat produce. Gitew!

Seminggu sebelum masuk kerja baru betul-betul pulun pam. Hehehe. Maka stok terhasil cukup untuk 2-3 hari je. Cukup-cukup makan sahaja.

Kerja alhamdulillah, sehari pam 3-4kali, dapatlah kumpul stok 18-20 aun atau lebih sehari tu. Thaqif perlu 10-12auns je sehari. Ibu balik baru dia DF minum puas-puas. Fresh lagi sedap kot. Huhu.

 Bekalan wajib hari-hari bawa ke pejabat...

Tapi kite tidaklah selalu sempurna, ada juga masa kadang-kadang terlupa bawak motor bp itu, atau terlupa bawa corong bp itu.  Mujur bekas dadih tu memang dah stok kat pejabat. Maka, mermet la bersungguh-sungguh.

Mula-mula masuk kerja, gagah je nak pam pergi pantry, dah la cik B cepat memenuh (baru-baru kerja ken). Pastu mulalah kebosanan sengsorang kat pantri tak buat apa selain pam. Selalu gelojoh ke pantri note tak bawak, maka tak dapat nak candy crush... Kihkihkih...

Muka sangat bosan pam sesorang dalam pantri.

Dah masuk minggu ketiga kot, mood malas giler nak pergi pantri pam. Relaks-relaks pam kat workstation kite je since workstation kite tersorok. Best sangat sebab sambil pam buat kerja, taklah bosan lagi. Sampai kadang-kadang tu botol melimpah, syok sangat buat kerja. Sedar-sedar cakap dalam hati eh kenapa tangan basah ni, peluh ke?
My bad! Nasib baik tak backflow pam I u'olls.

Tak boleh blah bila officemate kite kemain datang borak kat workstation kite, dia tak perasan langsung yang kite tengah pam. Alih-alih kite lalu tempat dia nak simpan susu kat pantri dia pelik. Eh bila produce?
Kite jawab, laa akak pergi borak tadi tu kite tengah pam la.
Katanya, tak nampak pun.
^__^


Hasil tuaian sebelah yang membahagia hati ibu.

Balik kerja dijemput anak...Phewww bahagia weh! Precious time dengan Thaqif ialah bila balik kerja dan DF dengan dia. Sweet bonding time. Itulah masa bercakap-cakap dengan anak paling best. Mata bertentang mata gitew.

Sekian, pengalaman kite sebagai EPM 8AM-5PM.
Mommy sekalian bagaimana pula? EPM, BF, DF or FM? 

6m ++ , akan mula campur BF dan FM dah kat Thaqif kot. 
Why? 
Soon, will tell... 
Owh... berat hati...tak pelah malam-malam jelah pelok-pelok DF anak.

Tuesday, 7 October 2014

CPUV OKTOBER

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... CPUV tak putus-putus masuk... Terima kasih nuffnang... 
Kawan-kawan, tolong-tolong klik sama yer dekat tabung kite... tQ...


Happy 67th Birthday atok

Assalamualaikum...

Khamis lepas 2 Oktober 2014 birthday abah kite...
Tapi celebrate pada hari jumaat tu beramai-ramai.
Meriah sangat buat ala bbq.
Kite sponsor kek, kak Iza sponsor ayam + goreng bihun, cik na sponsor daging kambing + udang. Pergh! Kambing itu memang lazatt...3-4 ketul jugak kite bedal. Sebelum raya dah kemain bedal kambing, raya tengok daging pun mula tak lalu. Kihkih.



Abah seronok dirai begitu... Suka berkumpul ramai-ramai makan-makan. Meriah sangat!
Happy Birthday abah, semoga sihat sentiasa, murah rezeki dan berkekalan jodohnya bersama mak muda.

Wednesday, 1 October 2014

Merancang wang simpanan anak.

Assalamualaikum...

Bila dah jadi ibu ni macam-macam fikir. Semua nak yang terbaik untuk anak je. Perbelanjaan anak, pelajaran dia nanti, kewangan dimasa depan.
 Zaman sekarang kos sara hidup makin meningkat dari hari ke hari. 
Pengalaman sendiri sambung belajar dengan wang pinjaman ptptn membuatkan kite nak elak anak meminjam juga untuk mereka belajar nanti.
Untuk elakkan hal tersebut, maka kite kena merancang dari awal la macam mana nak menyimpan untuk anak setiap bulan, dimana nak simpan etc. 
Since mengandung lagi kite memang dah survey, dan membuat perancangan awal. Mulanya kite plan untuk menyimpan seperti mana kami suami isteri menyimpan dalam ASB setiap bulan, dan buka tabung haji untuk simpan duit yang orang bagi. 
Then duduk bersembang dengan kawan-kawan pejabat mereka turut berkongsi cara mereka, iaitu dengan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak mereka. Sedari umur anak mencecah 18tahun insurans telah matang dan dapat mengeluarkan wang 18-25k. Maka, kite pun turut bersetuju dengan cara tersebut. Pada masa sama plan asal akan diteruskan.

Selepas melahirkan Thaqif, kite masih merangka-rangka akaun apa lagi nak dibuka selain asb dan tabung haji, adakah perlu buka akaun sspn juga. Hari-hari google, serta bertanya kawan-kawan di group mom to be macam mana mereka merancang kewangan anak dimasa depan. Macam-macam lagi pendapat/cara yang kite dapat. Dapat tahu insurans, serta idea untuk membeli gold bar untuk anak. Study kebaikan/ kekurangan sspn, tabung haji dan daftar haji, gold bar/dinar emas, insurans yang bagus untuk baby.Tq mommy dan daddy sekalian untuk perkongsian.

Selepas study everything, inilah cara kite pilih untuk menyimpan demi masa depan anak. Moga dapat dimanfaatkan oleh anak dengan sebaiknya. Semoga perkongsian kite ni dapat memberi manfaat kepada mommy/daddy sekalian.

1. Buka akaun tabung haji dengan wang yang baby dapat selepas lahir+duit raya. Cukup rm untuk daftar haji, terus daftarkan haji untuk anak. Nak buka akaun, hanya perlu bawa ic ibu/ayah dan sijil kelahiran anak ke kaunter tabung haji.
  Kite terus submit borang untuk potongan gaji untuk keluarga kecil kami ni, nak harap pergi masukkan seketul dalam akaun tu tak tahu bila, potong gaji jer senang tak payah pening-pening. Tak apalah, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


2. Beli polisi insurans untuk anak. Kite pilih PruBSN. Untuk pilih pelan takaful PruBSN rujuk SINI dan jumpa agen sendiri. Kite tertarik pilih polisi under PruBSN ni sebab if parent meninggal/sakit, automatik insurans itu berjalan secara percuma hingga anak berusia 25tahun, selepas 25tahun anak tu kena sambung bayar sendiri la dah kerja dan polisi selama sehingga 80-100tahun. For me tak rugi la sebab bayar insurans sambil menyimpan dan juga untuk medical card. Gitew!
 Kite ambil bulanan RM130, untuk simpanan, medical card dan hayat (kemalangan, penyakit kronik, kematian). Bajet mula-mula nak RM100 je, tapi atas advice agen kite, yang RM100 tu medical kalau berlaku apa-apa warded etc kite kena tanggung 10% dari total, manakala yang RM130 ni, semua ditanggung. Pastu proses nak keluarkan duit pun tak susah sangat tapi selepas simpanan lebih 1k la. Pastu jika mampu nak masuk polisi lagi mahal pun boleh, akan ada kelebihan di certain bahagian. Nak tahu cari agen pruBSN anda.

Untuk ore kelate, nah kite tepek kad agen pruBSN kite sekali, kot-kot korang berminat jugak. I'olls senang amek agen dekat-dekat je, apa-apa terjadi senang nak claim etc, pejabatnya dekat KTC- Kelantan Trade Center jer. Alhamdulillah, Puan Raihan ni mesra orangnya, kite sikit-sikit confuse dengan polisi ke apa-apa terus je whatsapp dia, nanti dia akan reply secara sopan santun dan jelas. Kalau lambat sikit reply itu normal la, kot dia ke toilet ke hape, kite memahami sudah.

 Dah lulus polisi, rajin je datang bagi resit,buku nota/planner, serunding lagi. Nanti datang lagi nak bagi medical card pulok...



3. Beli goldbar, simpan, jual bila perlu nanti. Target setahun 1 goldbar 10g je. Mungkin bermula dengan dinar emas je dulu, sekeping dinar emas sekarang pun boleh cecah rm600+ Bila dinar emas dah berkeping-keping, jual dan beli goldbar pulak. Kira upgrading la. Kite pilih untuk beli dinar emas/goldbar public mutual kerana susut nilainya lebih rendah berbanding dinar emas / goldbar syarikat lain. (Ini belum berjalan lagi, target mahu settle bout pendaftaran haji ibu dan papa dulu- Thaqif punya dah kira settle dah)

Mommy-mommy sekalian bagaimana pulak? Macam mana plan untuk menyimpan wang anak, pelaburn untuk pendidikan serta masa depan anak?