EP MOM 8am-5pm

Assalamualaikum

Since dah kembali bekerja, maka secara rasmi kite sudah bertukar menjadi EP Mom. Exprience jadi EP Mom ni alhamdulillah berjalan lancar. Susu masih meriah walaupun anak dah 5 bulan. Moga-moga terus meriah.

Before having baby, kite nak fully menyusukan anak sebab nak jimat disamping ada banyak kelebihan. Kadang-kadang ragu juga, mampu ke? Kite bukannya rajin sangat, pastu sejarah kakak-kakak bukannya BF, anak-anak mereka FM sahaja. Ragu-ragu la pula.

Since selama cuti bersalin asyik dok ulang-alik rumah mertua dengan rumah sendiri, kite tak membuat stok susu sangat, balik rumah mertua je memang tak bawak pam. Err...lagipun sana keadaan peti ais kurang memuaskan jadi kite memang tak pam untuk simpan susu. Lagipun anak kuat menyusu, time dia tidur la ibu nak tidur, rehat sama. Kite masa dalam pantang memang tak berani nak susukan anak sambil tidur, memang akan menyusu sambil duduk je sebab Thaqif kecik sangat, risaulah kang tertidur, terpenyek ke apa. Ibu over sikit fikir. Kadang-kadang baru siap pam, anak dah bangun nak susu terus bagi dalam botol tu sebab nak bagi biasakan dengan botol so tak sempat simpan.
Masa ni, ada terfikir nak bagi FM kat anak dah sebab takut susah, susu tak cukup ke bila bekerja nanti ken. Struggle dengan puasa susu macam slow sikitlah.
Pastu pergi supermarket nak survey susu, macam banyak sangat je brand. Pening je nak pilih mana okey. Pastu risau nanti anak okey ke tidak dengan FM itu.
 Hahaha... Ibu memang banyak berfikir.
Terus hold niat nak FM.

Maka nak masuk kerja, rajinlah sikit bangun pam time waktu pagi masa anak tidur lagi so kite pam dan simpanlah. Anak bangun, main-main, mandikan baru susukan. So susu sempat produce. Gitew!

Seminggu sebelum masuk kerja baru betul-betul pulun pam. Hehehe. Maka stok terhasil cukup untuk 2-3 hari je. Cukup-cukup makan sahaja.

Kerja alhamdulillah, sehari pam 3-4kali, dapatlah kumpul stok 18-20 aun atau lebih sehari tu. Thaqif perlu 10-12auns je sehari. Ibu balik baru dia DF minum puas-puas. Fresh lagi sedap kot. Huhu.

 Bekalan wajib hari-hari bawa ke pejabat...

Tapi kite tidaklah selalu sempurna, ada juga masa kadang-kadang terlupa bawak motor bp itu, atau terlupa bawa corong bp itu.  Mujur bekas dadih tu memang dah stok kat pejabat. Maka, mermet la bersungguh-sungguh.

Mula-mula masuk kerja, gagah je nak pam pergi pantry, dah la cik B cepat memenuh (baru-baru kerja ken). Pastu mulalah kebosanan sengsorang kat pantri tak buat apa selain pam. Selalu gelojoh ke pantri note tak bawak, maka tak dapat nak candy crush... Kihkihkih...

Muka sangat bosan pam sesorang dalam pantri.

Dah masuk minggu ketiga kot, mood malas giler nak pergi pantri pam. Relaks-relaks pam kat workstation kite je since workstation kite tersorok. Best sangat sebab sambil pam buat kerja, taklah bosan lagi. Sampai kadang-kadang tu botol melimpah, syok sangat buat kerja. Sedar-sedar cakap dalam hati eh kenapa tangan basah ni, peluh ke?
My bad! Nasib baik tak backflow pam I u'olls.

Tak boleh blah bila officemate kite kemain datang borak kat workstation kite, dia tak perasan langsung yang kite tengah pam. Alih-alih kite lalu tempat dia nak simpan susu kat pantri dia pelik. Eh bila produce?
Kite jawab, laa akak pergi borak tadi tu kite tengah pam la.
Katanya, tak nampak pun.
^__^


Hasil tuaian sebelah yang membahagia hati ibu.

Balik kerja dijemput anak...Phewww bahagia weh! Precious time dengan Thaqif ialah bila balik kerja dan DF dengan dia. Sweet bonding time. Itulah masa bercakap-cakap dengan anak paling best. Mata bertentang mata gitew.

Sekian, pengalaman kite sebagai EPM 8AM-5PM.
Mommy sekalian bagaimana pula? EPM, BF, DF or FM? 

6m ++ , akan mula campur BF dan FM dah kat Thaqif kot. 
Why? 
Soon, will tell... 
Owh... berat hati...tak pelah malam-malam jelah pelok-pelok DF anak.

Comments

  1. bestnye sekali pump dapat banyak tu.. kita ni gigih la ulang alik balik rumah mak tetekkan anak sbb anak refuse botol..so takde maknanya nak pump.. beli pump memahal pun jadi perhiasan jek..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...anak kite memula pun refuse botol gak, tapi terpaksa la ajar 1 hari xbg DF langsung biar melalak.dah lapar dia hadap jgk botol itu.

      Delete
  2. saya 2 minggu lps bersalin mmg dah buat stok. naik kerja adalah stok dalam 200 oz. alhamdulillah. memang sbg mom kena rajin kita ni kalau objektif kita nak menyusu badan anak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah banyak tu 200 oz...yup. ibu kena rajin n kental juga...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan