Followers

Sunday, 30 November 2014

Senarai Pemenang 1st Giveaway by Cik Puan Jelita...

Assalamualaikum...

Maaf terlambat mengumumkan pemenang... 
Saja buat suspen (padahal terlupa saja nak bawa buku yang tanda senarai pemenang)

10 orang yang bertuah...

2, 6, 10, 13, 15, 17, 23, 26, 29 dan 31.

Boleh rujuk link anda mengikut nombor melalui entri

Senarai dan link peserta 1st Giveaway by Cik Puan Jelita


Kepada pemenang, tahniah!
Untuk urusan penghantaran hadiah, diminta para pemenang menghantar detail nama, alamat, dan no telefon ke email kite cikjelita899@gmail.com


Hadiah-hadiah :


 1. 2x set beads 
2. 2x 5pcs kain felt saiz A4 
3. 1x 2pcs Decorating Sticker 

4. 2x multipurpose organizer
5. 2x supracolor foundation
6. 1x shawl end curve


Motherhood : Bagai di karan...

Assalamualaikum...

Nak cerita sedih. Semalam birthday anak sedara kite, kakak kite buat makan-makan.
Kite pergi, dan sementara tengah ada line telefon, biasalah i'olls bergayut dengan suami tercinta la ken...
Thaqif dok dengan opah dan mak-mak sedara dia dan tak nangis. Ok la.
Mereka start makan-makan...Kite masih bergayut...Banyak cerita u'alls 2 hari tak borak.
Tup.tup. rasa curiga kenapa anakku tak de bunyi langsung diam sahaja... Pelik. Sebab biasa orang makan dia cik kalut sekali.
Derr. Intai. 
Dan...
BAGAI DIKARAN ibu kamuu ni lihat kamu disuap kek harijadi itu.
How much sugar in it... OMG! Pitams I'olls...
Nak marah, kakak sendiri...
Hoi! Lelaju ku hulur biskut baby untuk anak, no more cakes.
Waaaaaaaaaa... Nangis kite dalam hati. Kek itu sungguh manis okey.

Moral of the stories, jangan bergayut lama-lama ibunya... Papanya kena memahami ibu terbahagi dua sekarang... 

Thursday, 27 November 2014

Holiday : Cameron Highlands Day 2

Assalamualaikum...

Cerita day1 DISINI.

Day 2, menu pagi masih nasi kerabu ditambah nasi goreng strawberi. Korang pernah rasa nasi goreng strawberi? Resepi cik na. Kite melayan sajoo. Paling suka sayur goreng la, sayur fresh sedappp air tangan cik nuar.

Lepas breakfast, siap-siap check-out. Kami menuju ke MARDI. Tiket dewasa RM3, kanak-kanak 6tahun ke atas RM1.50 dan kanak-kanak bawah 6tahun adalah percuma.
Kat MARDI ni ikutkan research kite ada taman arnab etc, tapi kami tak sampai pun ke situ, tengok pokok-pokok tanaman sahaja. Banyak tanaman sayur, buah kat sini, tomato, kubis, epal, pear semua. Kira kalau datang nak buat lawatan sambil belajar bagus sangat datang sini. Masa kiteorang dok melawat ni, ada sekolah pun datang buat lawatan sambil buat aktiviti explore race. Best la buat kat sini luas, banyak bahan boleh guna. Untuk kami melayan budak-budak ni yang bukannya minat sangat bab tanaman ni, bosan sikitlah.
Orang kata teh kat sini murah, kite tak shopping pun sebab tak minat teh, kalau minum pun teh lipton sahaja. CH tak de teh Lipton. Mihmihmih...
Tapi kan, kite tengok strawberi kering kat sini macam murah, 1/2kg dalam RM14 je tak silap, kalau tempat lain dalam RM17 camtu.
Kite kat sini beli jem strawberi yang kecik-kecik je untuk buat survenior buat kawan-kawan rapat kite. Pastu layan air miwa jelly strawberi.



Anggur







Afifa cakap ikan mandi ^__^
Dah habis di MARDI, hunting farm untuk petik sendiri strawberi, pegi farm betul-betul depan rumah peranginan penjawat awam tu. Harga nak kutip sendiri RM25 per box, untuk kutip tu 2 orang sekali masuk. Kami punya rombongan lebih kurang 12 orang. Kalau semua nak masuk feel petik strawberi dah berapa RM ken.  Errr...errr...petik keychain strawberi jela, 11pcs RM10. Baik beli strawberi siap petik la dipasar borong nun RM20 dapat 5-6bekas.
**Banyak jer farm yang menawarkan self pick ni, harga mungkin berbeza-beza tapi driver dah malas nak berenti dah. 

Again, ke pasar borong, borong sayur dan strawberi untuk dibawa pulang. Hoho...Again beli strawberi RM20, untuk 3bekas besar + 1bekas kecik, dan buah kering 6 paket RM10. Selain tu, kite beli FM juga kat sini, 6pcs RM10. Murah la sebab tengok kat mardi dan kedai lain RM3/pcs, paling pun 5pcs je RM10. Kat pasar borong ni, for me kan, pegi kedai belah belakang-belakang lagi murah berbanding kedai-kedai bahagian depan. Apa-pun survey dahulu harga sebelum beli. 

Lastly, kami singgah di Cameron Lavender. Tiket masuk RM5 untuk dewasa, kanak-kanak RM3. Menikmati aiskrim perisa lavender/strawberi dari Hokaido RM5.50 satu + aiskrim vanila RM3. 
Sini pun ada self pick strawberi. RM10 untuk 200g strawberi yang kite petik. Hah... ni kite rasa berbaloi la sikit harganya. Cukuplah kalau sekadar nak memori memetik strawberi. Sayangnya, hari itu tutup pulak bahagian self pick strawberry ni. Maka tak dapat la merasa kutip strawberi. Kite tak kisah pun, budak-budak la kecewa sikit. Overall, Cameron Lavender ni seronok jugalah. Cantik penuh bunga.






Seronok #muhamadthaqifaiman berbuai.



Budak jagung.Senyum!






Terasa kesal tak singgah dekat Time Tunnel, muzium barang-barang lama semua. Pergi ramai-ramai, so kena ambil kira kesesuaian tempat nak pergi juga ken. Later, insya-Allah nak pergi lagi CH ni, nak pergi time tunnel tu pulak.



Wednesday, 26 November 2014

Holiday : Cameron Highlands Day 1

Assalamualaikum...

Ceritanya bermula bila suami mahu pulang bercuti. Isteri histeria nak pergi bercuti-cuti cinta bersama-sama suami dan anak tercinta. Plan nak dekat-dekat sahaja sebab bajet dihujung-hujung tahun ni kering ( tak seperti cuaca kini yang sentiasa hujan).
Tup-tup abah pun nak follow, suami suruh ajak sama mertua kite, cik na and the family as guide traveller.
Walaupun beramai-ramai, kami masih bercuti dalam bajet hookey...

So, kami pilih pada tarikh sempena cuti hari keputeraan Sultan Kelantan (11-12 November 2014) since sekolah pun cuti.

Ahad, 9 November 2014, suami sampai, petang tu kami balik ke rumah mertua, tidur semalaman disana.
Petang Isnin, 10 November 2014 kami bersama-sama mertua 1 kereta bergerak ke rumah kakak kite di Meranto, Gua Musang. Isi minyak penuh, RM43.
Abah dan isteri pun turut berkumpul di Meranto juga. Kami rancang bertolak ke CH pada awal pagi 11 November itu.

My MIL awal-awal siapkan tumis dan bahan masak nasi kerabu dari rumah untuk sarapan pada hari 11 November itu. Owh. Semerbak, marvellous mak mertua kite masak. Selesai sarapan, kami bergerak ke CH.
 Cuaca alhamdulillah tak hujan pun selama 2 hari kami di CH itu. Enjoy jelah jalan.

Tempat pertama dituju ialah Ladang Teh Boh. Melalui Brincang, isi minyak lagi kasi penuh. RM30+, lupa. Kakak kite kata  pergi situ la sebab Teh Boh famous sikit. Teh Bharat kurang famous. Kahkahkah... Kite menurut sahaja.
Perjalanan nak sampai ke Ladang Teh Boh bagai ular kena palu. Kakak kata dia nak termuntah since kereta memanjat bukit dari simpang mula-mula nak masuk teh boh ni.

Di kaki kafe Teh Boh
Kat ladang teh boh ni pada kite biasa-biasa sahaja, tak de tarikan wow! nak datang lagi.
Aktiviti sampai kat sini, kite ingat nak cuci mata sahaja. Nah abah ajak pekena teh dulu. Gigil tangan mak nak bayar teh 1 teko untuk 4 orang RM18.00 sebelum tax, ambil 3 teko pulak tu nak bagi semua dapat cawan. Oh, baik beli serbuk teh, balik bancuh sendiri. Itu akak kite dengan abah bayar. Kite nak bayar, tapi cik na dulu kuarkan duit. Pastu ambil pulak sepotong pai epal RM7.50 dan roti sosej RM6.20. Layan anak sedara yang nak makan.

Ini kecik pun sibuk nak makan juga



Lepas minum, pakat memanjat bukit,  View Point ladang teh katanya. Halfway semua pakat semput.
Baru nak mula manjat bukit boleh la ibu dukung.

Dah memanjat, papa la dukung anak bujang ni.







MIL kite tak follow kami panjat bukit ni sebab sakit lutut.

Turun dari point view konon nak melawat kilang teh tapi tak dapat sebab untuk melawat kilang ada masa dia. Next lawatan 2pm. Bawak bebudak, bukan deme minat pun, so kiteorang skip la melawat kilang.

Next, pit stop kejap di ladang teh Bharat sebab tepi jalan jer. Sebenarnya kat sini lagi feel kalau nak minum teh sebab teh banyak jenis pilihan sikit dan kafenya macam berada diatas ladang teh.. Damai jer. Kiteorang kat sini menikmati pemandangan sahaja. Tak kuasa mak nak bayar RM18.00 untuk 4 cawan teh buat sekali lagi. Nikmat sangat layan suasana yang best, tak bergambar la pulok...

Seterusnya, plan nak cari nurseri yang ada ladang strawberi tapi silap berhenti kat nurseri tepi-tepi jalan tu. Really lupa namanya. Sini aktiviti cuci mata sahaja, tengok kaktus, bunga, pokok strawberi. Tak shopping pun. Melayan dak #muhamadthaqifaiman bergambar naik spiderman jer. Naik free sajalah. Ibu kedekut.

Tengok jam dah almost 4pm, lapar dan penat sudah. So pergi pasar borong, borong sayur dan strawberi sikit buat makan malam. Kite belanja beli strawberi 1 peti (about 2kg) RM20, dan beli ubi madu 1 1/2kg RM13.

Kami menginap di apartment Desa Antherium. RM138/night, survey thru myiMart.com. Puas hati sangat dengan apartment ni. 3 bilik, 2 bilik air. Siap ada tilam single 2pcs, setiap bilik ada extra toto dan bantal. Pendek kata kalau 1-2 family lagi join pun muat lagi nak tidur.Boleh cek tawarannya SINI

Makan malam masak sendiri sahaja, jimat. Sambil melayan kanak-kanak makan strawberi coklat. Yummy. Bawak coklat dari rumah siap puas hati dapat makan sampai puas.
Husband kite pulak yang bersungguh-sungguh makan.
Sejuk ke CH? Dalam perjalanan tak sejuk pun, di ladang Teh Boh tu terasa la sejuk sikit, lepas tu biasa sahaja. Masuk rumah memang sejuk, macam masuk peti ais. Tapi cik Afifa comel cakap panas, dia boleh siap pergi mandi lagi pastu sengaja je jalan kat simen yang sejuk bak ais tu. ^__^
Sejuk dalam rumah tahap kite pakai 2 lapis stokin.
#muhamadthaqifaiman yang dihari hujan tidur berpeluh, di CH mengalah juga sejuk.
Tidur dengan sweater+stokin 2lapis, berselimut 2 lapis baru lena.
Sekian cerita hari pertama. Hari kedua dilain entri.














Tuesday, 25 November 2014

quick update

Assalamualaikum...
Quick update.
Dah jumpa 5 hadiah tambahan itu...
Tadaaa...


2x multipurpose organizer
2x supracolor foundation
1x shawl end curve

Semoga korang bertuah yer.
Oh! Patut umum pemenang semalam konon sempena birthday kite, tapi kite cuti, abah ke luar negeri kejap so terpaksa cuti menjaga si bujang kite. Nak buat entri hari ni, api buku catatan yang kite tanda nombor pemenang tu  tertinggal kat rumah pulak. Harap bersabar yer kawan-kawan yang comel.

Semalam, genap 25 tahun. Jubi perak dah kite.Terus menghitung tahun, sawan nak beranak lagi... T__T
Nak anak ramai-ramai sebelum 30tahun. Lepas tu masa untuk dating dengan suami tersayang sajoo... Insya-Allah, doakan  rezeki kite murah.

Sweet from my sweetheart


Untuk umur 25tahun ni kite rasa cukup bersyukur masih dipanjangkan umur, dan merasai setiap detik kehidupan ini. Dari anak dara, jadi isteri orang kini seorang ibu. Semoga dapat mendidik serta melihat #muhamadthaqifaiman membesar dan dikurniakan adik-adik #muhamadthaqifaiman pulak. Terima kasih Ya Allah.



Sunday, 23 November 2014

motherhood : #muhamadthaqifaiman and baby walker.

Assalamualaikum. 

Entri tertinggal keretapi...
Memula dahulu, ada terbaca cakap penggunaan baby walker ni tak bagus etc, disamping akan skip anak merangkak blablabla...
So macam terpengaruh juga...
Abah pun tak nak kasi ber-walker lagi sebab kecik lagi katanya...Tulang tak kuat etc.

Now, #muhamadthaqifaiman in the walker... How come it happen?

Ceritanya cuti deepavali, pergi jalan rumah sedara, kebetulan ada walker, saja je kite letak Thaqif dalam tu since dia macam nak mengamuk nak tidur. Dok dalam walker tu boleh plak cool, main-main, gerak sikit-sikit...
Atok pun excited je pulok. Terus cakap, nanti balik rumah tok ayah la suruh tok ayah beli walker. Sebab memang tok ayah Thaqif awal-awal dah risik nak belikan untuk Thaqif, kite je cakap tak payah la sebab pakainya sekejap sangat je. Pinjam je yang kak Iza punya kalau ada.

Balik tu tanya kak Iza nak pinjam. Walaupun dah 14tahun tapi masih elok lagi kak Iza simpan walker itu. Cuma tukar aka beli cover baru jer RM28.

Macam #muhamadthaqifaiman kalau kite ada jarang benor nak duduk bawah golek-golek je, kalau dok bawah pun nak kena ibu golek-golek tepi dia sekali.
Golek-golek jer sentiasa siapa nak basuh kain, angkat baju, nak makan semua tu cemana ken?
So far, kite hadkanlah penggunaan walker, hanya kat rumah kite je time balik kerja petang.
Dulu balik kerja memang tak boleh tinggal langsung tuan kecik tu. Nak simpan susu pun bawa la dia atas dukung ken. Sekarang senang, balik letak dalam walker dia terus okey main sendiri, jalan merata. Ibu pun lega, boleh terus ke dapur simpan susu, pasang mesin basuh, masak bubur untuk bekal semua.

Super terror ber-walker, Thaqif loves terjun kat  bendul nak ke dapur tu.  Ibu risau je takut tersandung, thaqif relax je lompat kat situ. Pastu berangan nak buat ulang-ulang lompat kat situ. Sebab bila kat dapur, dia akan sengaja nak ke depan, pastu bila ibu angkat walker ke depan dia again u-turn lompat ke dapur. T__T


Saturday, 22 November 2014

Motherhood : Nursing In Public

Assalamualaikum...

Bila dah ada anak dan fully bf, harus la dah malas nak angkut ke sana ke mari botol susu bila susu badan ada.
Hihi. Orang tanya kite tak susah ke nak NIP? Eh, tak malu ke NIP? Nanti orang tengok semacam jer...
Haish! Buat apa malu, kite tengah buat pahala menyusukan anak sendiri kot. Sila bangga bila kita mampu menyusukan anak sendiri. Bersyukurlah Allah kurniakan susu badan yang melimpah-ruah sedangkan ada yang tak dapat nikmat itu. Yang tak mampu susukan anak sendiri dont be down, Allah mengatur yang lebih untuk kalian, insya-Allah.

Let me share my way while bringing my little one out.

1. Pakaian yang bersesuaian. BF Friendly.
i. Nursing Bra 
Penting memakai nursing bra yang sesuai dan selesa. That day, kite kan semangat shopping nursing bra yang murah itu. Rm9 sehelai tu, pastukan basuh few times terus macam kurang selesa dah, macam megembang gitu. Pakai jer mula la nak tercabut pin belakang, pastu walau dah pakai breastpad supaya tak basah ketika susu laju pun still leaking. Stress. Hohoho... Itu dulu, now fall in love with nursing bra avon yang nama trisdiana xsilap. Selesa jer. Terletak sentiasa, tak ada leaking-leaking susu lagi. Kikiki.

ii. (Disposable) Nursing pad/ breast pad.
- Ini wajib juga bila dah jadi ibu yang produce susu ni. Selalu bila susu penuh kan, mulalah basah baju maka gunalah breastpad bagi mengelakkan baju lencun. Untuk breast pad ni kite lebih suka guna disposable breastpad pigeon sahaja. Punyalah pemalaskan nak basuh-basuh yang washable tu serta tak selesa la bau susu masam bila pakai lelama (macam kain yang diperap air, tak jemur je rasa), tapi ada jer washable pakai waktu malam-malam, nak jimat. Untuk disposable breastpad ni kite sangat recommended brand pigeon sebab best sangat. Kite pernah guna brand pureen, akan berlaku leaking juga. Kite usual shopping online di babydash.com.my sahaja lagi murah dari manjaku.

iii. Baju bersesuaian. BF Friendly.
-Penting sangat ni. Bila anak dah bunyi haruslah nak cepat-cepat bagi dia calm, lagi-lagi bila in public right? So, sila pakai baju BF friendly. Banyak dah sekarang jual baju yang BF friendly ni. Alhamdulillah.
Tak ada bajet nak beli. No worries, kite pun ada sehelai je dress yang support BF friendly ni.
So, kite just recycle blaus yang ada button kat bahagian atas, atau kite prefer je pakai kemeja dengan singlet inside, or maxi without sleeve with blouse as top.

Kemeja dengan singlet inside memang sangat membantu kite. Sometimes, terlupa nak button after BF, maklumlah anak tengah membuas, nak kontrol anak jadi terus terlupa nak button baju. Dengan singlet inside, terus jadi macam oh memang sengaja stylo tak button. Yang sebenarnya lupa button. Pastu ken, orang selalu ingat kite memeluk Thaqif tidur je walhal kite tengah BF Thaqif.

Suggested untuk beli baju BF friendly,jubah/maxi/dress ite sangat recommended beli kat mumsluv. Bagi kite rekaannya genius, without button / zip tapi sungguh selesa. Harga pricy sikit bagi kite, that why mampu beli sehelai saja itupun beli time sale sajoo.

I own this one!


2.Plan tempat nak pergi.
- So before keluar, haruslah ada plan nak ke mana semua, of course we can imagine dimana ada kemudahan etc, jarak perjalanan. Daripada plan tempat nak pergi kita boleh atur perjalanan BF baby juga. 
Macam kite, kalau nak ke mall 1/2 jam dari rumah. Kite akan make sure Thaqif menyusu puas-puas dalam kereta sampai tertidur. I like! Once dah sampai, baby ceria dah sebab kenyang, sometimes masih terus tidur lagi. Hihi. 

3. Alert senggang masa anak menyusu.
- Alert senggang masa anak menyusu. Penting jugak, supaya kite tak leka sangat bershopping, pastu tetiba anak melalak dah panik nak cari tempat yang sesuai semua ken.
Macam Thaqif, 1 1/2jam-2 jam sekali dia menyusu. So since dalam kereta sudah kenyang, sila la shopping dengan berhemah dalam masa 1 1/2jam itu. 1/2 jam kemudian tu masa santai mengintai ruangan menyusu / tempat duduk etc yang sesuai untuk menyusukan anak. Sejak jadi ibu ni 2jam kat luar tu dah hebat sangat, dah memang jam kedua ni akan dok kat meja restoran untuk makan dah sambil menyusukan anak.

4. Nursing cover
- Untuk cover apa yang patut. Ni untuk korang yang selesa menggunakannya. Kite tak prefer guna ni, rimas, pastu pemalas nak lipat balik bila dah selesai guna serta rasa lebih menarik pandangan yang tak sepatutnya. So, kite hanya bergantung pada pakaian yang bersesuaian.




Friday, 21 November 2014

Motherhood : Perkembangan #muhamadthaqifaiman 6 bulan

Assalamualaikum...

Sekejapnya masa berlalu. Pejam celik dah 1/2 tahun anakku...
Cepatnya kamu membesar, semakin hari semakin panjang akal juga...

Going 6months, he learns a lot. Perkembangan #muhamadthaqifaiman lebih laju.

2nd time demam, menunjukkan ciri-ciri gatal gigi sangat dah, pantang tengok benda semua nak gigit, DF pun dia gigit jugak.
[tapi belum nampak giginya]

Memang sangat-sangat tak sabar nak makan tahap tengok orang makan memang dia buat bunyi mulut jugak. kesian giler tengok dia buat bunyi tu, insaf ibu menyorok-nyorok je makan.

Time DF, tangan tu pandai dah menjalar ke muka ibu etc.

Pandai main. Dia suka nak main dengan sepupunya yang 2-7tahun tu. Main mainan dia pun pandai, so nak ke mana-mana sekarang memang ibu bawa mainan dia juga supaya dia tak cepat bosan.

Cucu atok. Manja to max dengan atok. Kaki tangan dan mulut sekali berfungsi kalau atoknya lalu minta simpati sangat suruh ambil ken. Rela tu tahan lapar dan mengantuk, kalau dapat dukung dengan atok. Pheww...

Bila pegang dia berdiri dah pandai bengkok kaki dan lompat. Haiyooo... Ini dengan ibu dia buat 3x lompat je ibu mampu layan, nak lagi ibu dah letak kat bawah. Lenguh ibu yang sedia kuruih ni.

Dah la memang awe senggih. Orang tegur sikit tersenggih-senggih. Tok Che kite hat strok tu pun geram-geram je dengan dia. Siap cakap kalau boleh ambil ni, nak gomol. Mana tak terliur nak gomol, Thaqif layanz je kite letak dia tepi tok che or atas dada tok che, siap main janggut tok che, hisap pipi dan hidung tok che. Kalau budak lain kadang nangis dah tengok tok che terlantar camtu, Thaqif okey je. ^__^. [hope sampai besar la layan tok che ye sayang]

17 Oktober 2014, officially dapat lesen gear reverse. Letak bawah kelambu, dia reverse keluar. Akibatnya malam itu tak berapa tidur, dok berlatih. Ibu teruskan tidur je, Thaqif berlatih
 dan cakap sengsorang dah eekkekk baru ibu amek. hihi.

18 Oktober 2014, officially dapat lesen bergolek. Meniarap dan terlentang sendiri. Golek lagi best, lesen gear reverse tak berapa guna dah la. Dok bawah kelambu, goleh-golek alih kelambu sendiri.


19 Oktober 2014, finally accept new teat. yeay!

20 Oktober 2014, dah pandai pegang botol susu sendiri...

Dok atas rocker / carseat dah pandai nak gelonsor turun /keluar dari situ.

Kaki tu kalau dok dalam carseat asyik nak tendang penghadang depan carseat tu bagi naik atas...

Favourite sangat kalau tanggal stokin ialah jilat ibu jari kaki.

Dapat walker doh...





Thursday, 20 November 2014

Motherhood : Thaqif refused bottle feeding


Since mula makan, memanglah Thaqif kurang sikit menyusu, tapi minggu ni terasa macam banyak sangat kurangnya. Adakah kerana ibu cuti lama sangat aritu, Thaqif pun culas bottle feeding? Walhal, 2-3hari before mula kerja kite bagi botol sekali srutttt je dia minum.
Normal kite siapkan bekal 5botol 2.5-3oz susu untuk Thaqif sepanjang waktu kerja. Kadang tak cukup dan kadang-kadang 1 botol je tak habis, normal. Tapi minggu ni 2-3botol tak habis. Thaqif minum botol main-main je.

Balik kerja, nampak je ibu memang eekkkekk mintak susu, terus DF dengan rakus. 
Kesian pulak tengok gaya macam lapar sangat setiap hari.
Nasib baik dah start makan, tak delah rasa bersalah sangat atau fikir sangat dia kelaparan ke apa.
Tapi ibu biasalah, sentiasa fikir dan risau...

Anyone face this situation too? 
Share la dengan kite macam mana nak atasinya?


Senarai dan link peserta 1st Giveaway by Cik Puan Jelita

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, secara rasminya 1st Giveaway by Cik Puan Jelita telah tamat semalam. Syukur untuk 1st giveaway ni penyertaan memberangsangkan... Insya-Allah lepas ni kite buat lagi.
Masa memula nak buat giveaway risau je syok sendiri je rupanya ramai yang sudi join.
Terima kasih atas support kalian dan semoga berjaya....

Senarai dan link peserta seperti dibawah.  


1.http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

2.http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

3.http://adna2029.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

4.http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

5. http://music-syasya95.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

6.http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

7.http://lissadblog.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

8.http://tizz-tiranah.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

9.http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

10.http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

11.http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

12.http://umikasum.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

13.http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita_25.html

14.http://famf-tower.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

15.http://www.sihatitunikmat.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

16.http://sayazarulfarhana.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

17.http://sunflowergo2.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

18.http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

19.http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html


20. http://haidoonia-sayadisini.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

21. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html


22. http://hanaexotics.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html


23. http://diarisihazimah.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html


24. http://najihahawanbiru.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

25. http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

26. http://loveneddy.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

27. http://kylifa.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

28. http://fiqadira.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html

29. http://norshamimi.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html 

30. http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html


31. http://thesupersomething.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html



**Sila semak kot link  korang yang join ada yang tertinggal ke. Kite copy thru komen di entri 1st Giveaway By Cik Puan Jelita. 


Wednesday, 19 November 2014

1st Giveaway By Cik Puan Jelita

Assalamualaikum...



SYARAT-SYARAT

1. FOLLOW Blog Cik Puan Jelita aka cikjelita.blogspot.com
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke 
(Link kan ke entri "1st Giveaway By Cik Puan Jelita")

3. Sila letak TITLE entri dengan "1st Giveaway By Cik Puan Jelita" ye.

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)

5. Sila TINGGALKAN LINK anda tentang "1st Giveaway By Cik Puan Jelita" di ruangan komen entri ini 
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 20 Oktober -19 November 2014 )


HADIAH??

Haa.. seperti banner picture di atas la. 5 hadiah berupa :

 1. 2x set beads(really tak tahu nama betulnya tapi dia beads, susun-susun jadi bentuk cupcakes etc then iron-boleh buat keychain etc) Milikinya zaman kreatif dan rajin dulu, sekarang dah meluntur kekreatifan itu. Best jugak buat ni, ralit je, stress pun hilang. Rindu pulaks zaman dulu rajin tu. Sekarang tak boleh dah dok sibuk layan anak.

2. 2x 5pcs kain felt saiz A4
3. 2pcs Decorating Sticker

Senang! Update dan tag kawan!
Yeahh! Apa tunggu lagi kan? 

Cabutan bertuah akan di lakukan oleh kite sendiri =)

Good luck kengkawan!

********************************
Insya-Allah...

[20-23 November 2014 - entri senarai peserta]

[24 November 2014 - entri pemenang]

[25-30 November - Ship out the gifts]


Motherhood : Tips Atasi Batuk dan Selsema

Assalamualaikum...

Musim terkujuh dah bermula.
So virus demam, selsema dan batuk mula menular dikalangan kita semua.
Kite pulak jenis liat sangat nak makan ubat. Tak suka bergantung pada ubat so much.
Pastu ada anak kecik pulak. Adoi. Resah jugak risau anak selsema, demam, batuk.
Here, kite kongsikan cara kite amalkan bila selsema dan batuk.

Untuk batuk, minum 1 sudu besar madu  dicampur dengan perahan 1 hiris limau nipis. Minum 3x sehari. Insya-Allah batuk akan berkurangan.

Selsema, paling tak seronok bila hidung tersumbat, nak tidur malam pun terganggu. Sapu minyak herbanika mustajab sapu di belakang kedua-dua cuping telinga, belakang tengkuk dan diubun-ubun. Insya-Allah hidung tak tersumbat lagi. Tidur lena je.

So far kite amalkan menjadi. Even, bila Thaqif selsema dan batuk pun kita buat yang sama cuma bancuhannya 2sudu madu bersama 1 hirisan limau nipis. Bagi 3x sehari juga tapi dalam kuantiti 1.5ml sahaja sekali bagi. Lebihan bancuhan tu simpan dalam peti ais.

Musim hujan ni, kite amal bagi Thaqif 1/2 sudu teh madu asli jer. Madu kan sifatnya panas, so kira bagus la hujan-hujan bagi badan Thaqif panas sikit. Since Thaqif dah makan ni, kite juga tambah PEVOO dalam solid food dia.

Dulu anti panadol, tetapi sejak ada anak ni, bila ada ura-ura nak demam ibu lelaju telan panadol dah sebab tak nak jangkit ke anak pulak.


Tuesday, 18 November 2014

#muhamadthaqifaiman 1st solid food.

Assalamualaikum...

Dah dua minggu pun mula solid food pada my dear #muhamadthaqifaiman.
Kemain aritu dilema semendang nak bagi apa memula kat anak.
Atok kata bagi bubur dulu, sisters pun suggest bubur dulu.
Ibu macam pasrah nak follow family suggestion je sebab logik jugak sometimes dia dah rasa manis buah, sayur nanti time nak mula bubur dia macam tak nak pulok [bubur kosong, rasa tawar je]. At same time, daripada pembacaan kite mesti mula dengan buah-buah sebab tak nak perut baby terkejut etc. Which should I follow...

On the day, nekad follow the family suggestion, kebetulan masa hari nak mula tu hari anak pergi klinik, tanya nurse semua. She said bubur okey jer, tapi blend kasi halusssssssss.

Balik rumah kemain masak bubur, guna pulak beras siam, jenuh tunggu la biji nasi pecah, 4x tambah air pun tak jugak hancur lagi. 
Pastu tak sabar sangat dah, terus blend avacado. Try the avacoado, it just feel plain je lemak-lemak jer tak rasa manis ke apa.
Solid food pertama #muhamadthaqifaiman ialah puree avacado.
He loves it. Berebut-rebut sudu dengan ibu...

Tapi kan dia asyik poopoo saja hari tu, 3-4 kali versi cair. Kite pun macam eh okey ke begini? Normal ke? Risau.
Bukan apa, kite study pasal solid food, tak de pulak pengetahuan pasal poopoo ni. ngeee...
Disebabkan kite risau masalah poopoo itu tak normal, tak mampu nak teruskan 4days rules, next day kite bagi bubur nasi la. Poopoo 1-2kali saja. Kite rasa itu normal la. So sepanjang minggu lalu bagi bubur sahaja.

Punya tahap #muhamadthaqifaiman suka nak makan, nampak je bekas makanan tu dia dah ekkekk tak menyabar nak makan.
Happy sangat tengok Thaqif tak sabar untuk suapan seterusnya. Bersungguh-sungguh makan.
Bila dia kenyang  dan tak nak makan, memang dia buat tak tahu jer, tak bukak mulut langsung walaupun sudu lalu depan mata. Cerdiknya anak ibu.

Minggu kedua try balik bagi puree avacado tu since ada lagi. Thaqif refused. Combo dengan bubur, terlebih avacado pun refused. Pandai dah rasa. Tetiba ken tak nak walhal itulah menu pertama dia.
Takpelah, husband kata try slowly, bagi sikit-sikit sahaja.
Slowly try, 1tb avacado+2tb bubur, he accept. Happy eating.

Sabtu, 8 Nov terajin buat stok puree untuk anakda, carrot, brokoli, pear dan epal...


Trying carrot+bubur. Reaksi pelik seketika then baru hmm ok... makan.

Sabtu, 15 Nov membuat stok bubur pulak.



Oh, since boleh makan, atok so excited, on second day Thaqif start solid food

Abah : oh dah makan lepas ni boleh suap macam-macam la. Tadi opah makan nasi, dia nak suap dia jugak tapi penyek dulu la nasi tu. Nanti boleh makan roti, biskut...Cikades tak boleh makan. Aiskrim tak pe.
Me : *__*' (rasa nak pitam pun ada- tak tahu nak terangkan macam mana dengan abah) Jangan suap kopi kat Thaqif (normally he do with his other grandchildren before this).
Abah : Kopi tak suap.
Me : Bagitahu je. For Thaqif no manis, no masin lagi. Sugar and salt big NO. Cik yam (my aunt) kata sebelum setahun jangan ajar benda manis semua tu nanti dia pilih makan. Manis buah camtu tak pelah. Macam air manis ke apa tu tak boleh.
Abah : ---- (rasa bersalah letew)

In other conversation,

Abah : Sibuk sekarang Thaqif nak rebut makan bila tengok Arash makan nugget.
Me : Jangan bagi makan(kite panic kejap pastu cool balik) Kalau boleh, kita makan jangan cepat suap Thaqif dengan benda kita makan, nanti mulalah dia tak nak makan makanan dia. Biar je dia set mind dia boleh makan makanan dia sahaja. Tu ajar bagi bubur, biar dia besar selalu pilih nasi dahulu - benda kenyang berbanding jajan.
Abah : [angguk] duduk dengan atok kena ada aturan. Makan 3x sehari je, setakat bekal yang ada je. Nanti besar,pandai makan sendiri atok bagi makan 1senduk je sekali makan, tak nak nanti jadi besar sangat. Hudoh.
Me : ^__^

  The conclusion :

Untuk menegur, dan menegaskan YES/NO pada anak kite thru our family members, gunakan cara halus dan terangkan dalam cara mudah difahami. Dalam hal abah kite, kite highlight bahagian takut thaqif memilih makan. Syukurlah abah memahami...

Everyday, kite bekalkan Thaqif 1 bekas kecik bubur (about 2oz), itu abah buat 3x makan. Kira sekali makan 1-2sudu besar bubur+susu sahaja. Pagi sebelum mandi, tengah hari, dan sebelum mandi petang.

 Adakah over sangat bagi banyak kali dalam sehari? 2oz per day normal ke baby makan?
[mommy berpengalaman tolong jawab yer, im still learning] 

Monday, 17 November 2014

#muhamadthaqifaiman dah ada mykid

Assalamualaikum...
Saja show-off mykid my dear son.ngee...
Tetiba nak pergi bercuti baru ibu nak terhegeh-hegeh pergi buat mykid sebab malas nak angkut sijil kelahiran Thaqif ke sana ke mari.
Hari rabu sebelum bercuti itu pergi buat kat JPN di wisma KB, jalan kaki sajoo dari HRPZii. Sebenarnya 1/2jam saja boleh siap tapi pergi dengan bos. Dia strict sikit bab waktu keje. Terpaksa Khamis pulok pergi amek. Takpelah nak, ibu suka jalan kaki.
muahahahaha...



Sunday, 16 November 2014

Hadiah tambahan

Assalamualaikum...

Selamat bersiaran setelah seminggu bercuti-cuti cinta...Tettttt...

This week last for the GA. Sape tak join lagi. Meh pakat join. Sempat lagii ooo...Sebab?
Wehoo... Dengan gembira dan senang hati tuan blog akan tambah lagi 5 hadiah untuk peserta-peserta GA yer sebab terharu dengan penyertaan yang mencecah 30 orang... Terima kasih kerana menyokong GA kite yang tak seberapa. 

Hadiahnya misteri... Hohoho...Sebab belum complete 5 lagi kite cari. Tuan blog sibuk mana nak layan anak, layan blog yang sekian entri tertunda berlambak, masuk kerja pun terus kena kursus 2hari. Semput mak tak dan bernafas...
Tapi janji itu pasti. Akan kite berikan kepada yang bertuah nanti. 

Wednesday, 5 November 2014

motherhood : perangai mak-mak sangat

Assalamualaikum...

Perangai mak-mak sangat sekarang. Pergi supermarket ke mana-mana, laju je ingat anak pastu mula la nak membeli sesuatu untuk dia.

Pergi giant sebab nak beli sweater anak untuk ke CH nanti. [Hari tu dah tunjuk sweaternya.]

Tup-tup beli baju harian 2 pasang siap stokin lagi. Baju tu kain biasa, nipis je, okey la pakai untuk pakai siang hari, dok rumah je pun. Layanz. Suka beli stokin cap giant ni murah, panjang dan tebal, 3pasang RM5 sahaja. Walaupun dah 6bulan, Thaqif masih berstokin yer. Comel apa pakai stokin. Ngee...


Pastu pergi econjaya, nak beli pampers anak.
Cuci mata kat bakul baju baby. Rambang mata kite nak shopping untuk anak. Tapi masalah tak suka nak membeli yang baju yang ditimbun/ lambak dalam bakul. Malas nak memilih.
On the way nak beli pampers nampak baju cantik berlipat, belek-belek, cantik, kain tebal tengok harga RM10 camtu je. Rembat lagi 3 pasang jumpsuit. Sengaja ambil saiz L dan XL, baru boleh pakai lama sikit. Ibu kan bajet sikit, walaupun beli murah tapi biar berbaloi pakai jugak la.

Kiri RM10.90, tengah RM10, kanan RM9.90.