Skip to main content

Holiday : Cameron Highlands Day 1

Assalamualaikum...

Ceritanya bermula bila suami mahu pulang bercuti. Isteri histeria nak pergi bercuti-cuti cinta bersama-sama suami dan anak tercinta. Plan nak dekat-dekat sahaja sebab bajet dihujung-hujung tahun ni kering ( tak seperti cuaca kini yang sentiasa hujan).
Tup-tup abah pun nak follow, suami suruh ajak sama mertua kite, cik na and the family as guide traveller.
Walaupun beramai-ramai, kami masih bercuti dalam bajet hookey...

So, kami pilih pada tarikh sempena cuti hari keputeraan Sultan Kelantan (11-12 November 2014) since sekolah pun cuti.

Ahad, 9 November 2014, suami sampai, petang tu kami balik ke rumah mertua, tidur semalaman disana.
Petang Isnin, 10 November 2014 kami bersama-sama mertua 1 kereta bergerak ke rumah kakak kite di Meranto, Gua Musang. Isi minyak penuh, RM43.
Abah dan isteri pun turut berkumpul di Meranto juga. Kami rancang bertolak ke CH pada awal pagi 11 November itu.

My MIL awal-awal siapkan tumis dan bahan masak nasi kerabu dari rumah untuk sarapan pada hari 11 November itu. Owh. Semerbak, marvellous mak mertua kite masak. Selesai sarapan, kami bergerak ke CH.
 Cuaca alhamdulillah tak hujan pun selama 2 hari kami di CH itu. Enjoy jelah jalan.

Tempat pertama dituju ialah Ladang Teh Boh. Melalui Brincang, isi minyak lagi kasi penuh. RM30+, lupa. Kakak kite kata  pergi situ la sebab Teh Boh famous sikit. Teh Bharat kurang famous. Kahkahkah... Kite menurut sahaja.
Perjalanan nak sampai ke Ladang Teh Boh bagai ular kena palu. Kakak kata dia nak termuntah since kereta memanjat bukit dari simpang mula-mula nak masuk teh boh ni.

Di kaki kafe Teh Boh
Kat ladang teh boh ni pada kite biasa-biasa sahaja, tak de tarikan wow! nak datang lagi.
Aktiviti sampai kat sini, kite ingat nak cuci mata sahaja. Nah abah ajak pekena teh dulu. Gigil tangan mak nak bayar teh 1 teko untuk 4 orang RM18.00 sebelum tax, ambil 3 teko pulak tu nak bagi semua dapat cawan. Oh, baik beli serbuk teh, balik bancuh sendiri. Itu akak kite dengan abah bayar. Kite nak bayar, tapi cik na dulu kuarkan duit. Pastu ambil pulak sepotong pai epal RM7.50 dan roti sosej RM6.20. Layan anak sedara yang nak makan.

Ini kecik pun sibuk nak makan juga



Lepas minum, pakat memanjat bukit,  View Point ladang teh katanya. Halfway semua pakat semput.
Baru nak mula manjat bukit boleh la ibu dukung.

Dah memanjat, papa la dukung anak bujang ni.







MIL kite tak follow kami panjat bukit ni sebab sakit lutut.

Turun dari point view konon nak melawat kilang teh tapi tak dapat sebab untuk melawat kilang ada masa dia. Next lawatan 2pm. Bawak bebudak, bukan deme minat pun, so kiteorang skip la melawat kilang.

Next, pit stop kejap di ladang teh Bharat sebab tepi jalan jer. Sebenarnya kat sini lagi feel kalau nak minum teh sebab teh banyak jenis pilihan sikit dan kafenya macam berada diatas ladang teh.. Damai jer. Kiteorang kat sini menikmati pemandangan sahaja. Tak kuasa mak nak bayar RM18.00 untuk 4 cawan teh buat sekali lagi. Nikmat sangat layan suasana yang best, tak bergambar la pulok...

Seterusnya, plan nak cari nurseri yang ada ladang strawberi tapi silap berhenti kat nurseri tepi-tepi jalan tu. Really lupa namanya. Sini aktiviti cuci mata sahaja, tengok kaktus, bunga, pokok strawberi. Tak shopping pun. Melayan dak #muhamadthaqifaiman bergambar naik spiderman jer. Naik free sajalah. Ibu kedekut.

Tengok jam dah almost 4pm, lapar dan penat sudah. So pergi pasar borong, borong sayur dan strawberi sikit buat makan malam. Kite belanja beli strawberi 1 peti (about 2kg) RM20, dan beli ubi madu 1 1/2kg RM13.

Kami menginap di apartment Desa Antherium. RM138/night, survey thru myiMart.com. Puas hati sangat dengan apartment ni. 3 bilik, 2 bilik air. Siap ada tilam single 2pcs, setiap bilik ada extra toto dan bantal. Pendek kata kalau 1-2 family lagi join pun muat lagi nak tidur.Boleh cek tawarannya SINI

Makan malam masak sendiri sahaja, jimat. Sambil melayan kanak-kanak makan strawberi coklat. Yummy. Bawak coklat dari rumah siap puas hati dapat makan sampai puas.
Husband kite pulak yang bersungguh-sungguh makan.
Sejuk ke CH? Dalam perjalanan tak sejuk pun, di ladang Teh Boh tu terasa la sejuk sikit, lepas tu biasa sahaja. Masuk rumah memang sejuk, macam masuk peti ais. Tapi cik Afifa comel cakap panas, dia boleh siap pergi mandi lagi pastu sengaja je jalan kat simen yang sejuk bak ais tu. ^__^
Sejuk dalam rumah tahap kite pakai 2 lapis stokin.
#muhamadthaqifaiman yang dihari hujan tidur berpeluh, di CH mengalah juga sejuk.
Tidur dengan sweater+stokin 2lapis, berselimut 2 lapis baru lena.
Sekian cerita hari pertama. Hari kedua dilain entri.














Comments

  1. waaaa..dh lama xpegi CH.. last pegi ms peknen..anak skang dh 7bulan.. haihh, kena pegi lg ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi jgn tak pegi.best jugak sesekali bercuti2..

      Delete
  2. Blom pernah ke CH. Jln nk ke CH bersimpang siur x? Kalo budak2 ada risiko boleh muntah x?

    Apa pun best bc part 1 ni..x sabar tggu part 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melalui simpang pulai tak simpang siur sgt, tapi kalau melalui tapah memang simpang siur...kite pernah sekali lalu ikot tapah memang pening kepala, jalan pusing2 sahaja.kalau takut kids muntah, syorkan lalu ikot simpang pulai la...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-