Posts

Showing posts from May, 2016

Dobi Ibu...

Image
Assalamualaikum...
Hari tu dobi papa sampai 3-4round papa pasang mesin basuh. Perghh hebatlah.  Tepuk tangan ingatkan segala barang anak dah setel.
Dah elok dok susun, lipat, semak barang-barang baby.  Eh, manakah barut baby yang zaman Thaqif dulu? Mana lampin baby ni?
Bila geledah balik box baju lama-lama Thaqif. Nah keluarlah setimbun. Selimut baby pun ada lagi tak keluarkan. Hahaha...
Maka, marilah bukak dobi ibu pulak.
 Basuh sekali baju baru baby.
Barut baby. Hat barut colourful tu beli dengan member office.

Shopping terakhir sebelum bersalin...

Image
Assalamualaikum...

Cerita minggu sebelum gaji april.

Jadi ibu. Banyaknya lahai pikir.
Tengok stok susu anak kurang gelabah. Tengok baju anak sendat sikit gelabah. Pampers takde pun gelabah.
Lagi-lagi PJJ dengan suami. Susah nak bermanja-manja suruh itu ini setiap waktu.
Dengan boyot-boyot lagi malas nak pergi shopping bawak si bujang tu.
Esok beranak lagilah nak kena handle 2 babies. Tak boleh nak bayangkanlah.

Susu Thaqif dah awal-awal setel borong masa papa dia balik. 5 bungkus terus. Bertahanlah hingga 3bulan ke depan.

Pampers Thaqif masih ada 2pack. Cukuplah kot sebab bajet nak potty training dia masa cuti bersalin.
Pampers baby. Hah. Ni terus beli saiz s 1 kotak lagi.
Baik siap awal-awal. Baby 1-3bulan standard la banyak poopoo, weewee...
Pantang kang aman diam-diam tak rungsing pasal pampers dah.

Minggu sebelum gaji, kirai bajet macam okey lagi.
Alang-alang kak Iza pun cakap nak shopping baju anak dia jugak. Marilah kita bersama-sama pergi Pantai Timur ye. Thaqif sila duduk kat…

Mengidam Tart Nenas la pulak!

Image
Assalamualaikum..
3rd trimester stage.
Tetiba mood nak tart nenas sangat. Adoi kawan-kawan dalam group telegram pulak dok buat tart nenas amek order la etc. Pastu warning pulak awal-awal diorang tak nak pos sebab takut hancur masa pos. Sob.sob.sob. 
Disebabkan nak sangat, kite pun mintak kakak kat ofis tu buatkan tart nenas untuk kite sebekas. Sedap dah tapi tak memenuhi citarasa tekak kite. Kurang gebus. Apa-pun TQ kak Aza yang bertungkus-lumus membuat jem nenas sendiri demi menghasilkan sebekas tart nenas untuk kite.
Pastu lagi sorang akak kat ofis tu tahu kite tak puas hati lagi dengan apa yang dapat dia buatkan tart jugak, bagi kite rasa bagai. Hehehe...TQ kak Zaizan.  Siap beli tart dengan orang lain pun dia cepat-cepat panggil kite rasa jugak.
Masa tu berkenan jugak la dengan resepi tart nenas kawan kak Zaizan tu. Order la jugak sebalang. Konon nak makan puas-puas.
Tapi resepi macam tak sama dah dengan mula-mula kite makan tu. Maka, masih tak memenuhi citarasa tekak.
Next, kak …