Posts

Showing posts from May, 2017

Dah nak puasa...

Assalamualaikum.
Kejap je masa, dah nak puasa pulak dah.
Moga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ni.
Teruja dan nervous jugak untuk puasa kali ini.
Maka, pantang masa free lunch hour, sibuk la i'olls google resepi enak dan mudah untuk berbuka dan bersahur.
4 tahun kahwin. Ni la kot tahun pertama nak jamu husband di bulan puasa. Bersahur dan berbuka bersama.
Puasa pertama sebagai suami isteri, rasanya minggu terakhir puasa jelah memasak, sebab sebelum tu hidup menumpang kasih dibilik sewa aje. Nanhadoo masak le, makan kat luar atau nasi bungkus jelah hari-hari, sahur sekadar air secawan bersama roti.
Tahun seterusnya, baru lepas habis pantang. Suami balik berpuasa seminggu je kot. Pastu nomad rumah sendiri dan rumah mertua je.  
Tahun ketiga pulak, suami balik puasa lebih kurang seminggu dua jugak. Tak ingat. Yang tahu seminggu sebelum raya, husband balik bertugas. Mak mertua accident masa tu. 
Tahun ke-4, sekali lagi mode pantang on. Puasa elok sebulan bersalin ta…

Nur Aisyah Tasnim turns 1

Image
Assalamualaikum
08.05.16 - 08.05.17 
Hoorey.
Big journey for me. Graduate as a bf mom for a year.
Cries.

Anak bujang dulu fully bf sampai 8 bulan je, lepas tu dah campur FM disebabkan stok habis rosak masa banjir besar 2014, pastu dah tak dan kejar stok kemudian mengandung lagi.
Aisyah ni rezeki lebih, alhamdulillah setahun menyusukan dia. Pastu jenis tak nak FM. Diyakini sebab dia suka main botol abang, lepas tu rasa susu terus luak balik. Hahaha.


Dah setahun puteri ibu ni. Anak manja toink toink.
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan buatnya.
Di usia setahun, Aisyah dah pandai macam-macam. Pandai main ciku cak. Juara bab memanjat kerusi, meja. Kami sekeluarga memang tak mampu makan diatas meja makan dengan aman dah, kejap je dia dok bersila kat atas meja tu. Dah pandai berjalan dah, kalau ibu hilang ke dapur, kejap lagi pusing dia dah ada ada sama situ terkedek-kedek ikut ibu ke mana pun.
Gigi pun dah nak 4 batang. Pastu acah-acah test gigit tangan ibu sokmo.

Untuk hari jadi pertama …

Muhamad Thaqif Aiman turns 3

Image
Assalamualaikum...
Pejam celik.  06.05.2014 - 06.05.2017. Dah 3 tahun umur anak bujangku. Kejap je masa berlalu.

 Muka budak di hari cukup umur 3 tahun.

Berisi dah dia.

Konon tahun ni excited sebab nak sambut birthday dua anak. Nak la buat celebration panggil jiran tetangga, goreng bihun sebungkus dua, buat goodies bag bagai. Sekali papa dapat perkhabaran kena training kat Melaka pulak selama 2 bulan, 17/5/17 baru habis training tu. Maka huhuhu jelah niat ibu tu. Sambut birthday kat melaka masa passing out papa jelah.

Tapi ibu tak pernah la puas hati kalau tak buat apa-apa diharijadi anak. Konon buat la apam coklat 2 adunan, boleh bagi kat atok opah sikit, bagi jugak kat taska Aisyah.

 Thaqif cakap "abang tak nak kek kecik, ibu buat kek besar"
Hamboiii...macamlah dia habis makan kek sebijik tu kalau buat pun.

Since hadiah anak-anak dah beli sikit-sikit dari awal tahun. Hehehe... Ibu pun menggedik balut siap. Pastu tak tau nak bagi ke tak kat anak. Hahaha... Sebab papa jugak…

Thaqif vs potty training part 3

Assalamualaikum...
Hi! Huh. Lama norr terbengkalai potty training Thaqif.

Selalu terbangkalai sebab atok masih belum beri kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan potty training ni. Maka, ibu pun kadang-kadang jadi MALAS juga.

Bulan lepas, Taufik balik bercuti hampir 2 minggu. Konon berkobarlah masa tu. Siap pesan kat Taufik tu, Papa, papa cuti ni jaga Thaqif, jangan pakaikan pampers k kat Thaqif, ajar dia ke toilet ye kencing, berak. Sabar banyak-banyak ye.
Kira, kalau seminggu direct tanpa diapers, Thaqif akan berjaya juga dengan atok nanti, boleh spin atok untuk percaya kat Thaqif la.

Tapi langit tak selalu cerah, banyak pulak ibu MC, pergi bercuti la, balik rumah Mok Tok semua. Hmm... Terkuburlah la latihan tanpa lampin pakai buang itu.

16 Mac 2017-malam.
Lepas mandi petang tu, pujuk-pujuk Thaqif tak payah pakai pampers la ye. Dia pun okey. Dalam dok lepak-lepak depan tv tu borak-borak cakap belajar la tak payah pakai pampers dah, nanti duit pampers ibu simpan tahun depan abang nak …