Followers

Tuesday, 25 February 2014

M2B : Check-up 30 weeks.

Assalamualaikum...

Semalam kite pergi check-up dekat KD. Pastu kena g KK pulaks check gigi. Lepas tu terus mood malas. MC ajelah kite... Mihmihmih...
Alhamdulillah. Check-up semalam everything fine. Baby good.
Timbang berat naik 1kg. 
HB  11.8. < Jump with joy>
Terkejut kenapa last 2 weeks bacaan low, semalam OK. Nurse kata mungkin hari tu orang yang ambik darah tu salah cara ambik darah sebab untuk check HB pun ada cara-cara dia nak bagi keluar serum darah sekali. 
Kite dok terangguk-angguk. Yelah dah tumpang amek HB kat KK, bukannya diorang concern pasal HB kite sebelum ni. 
Disebabkan itu juga, buku merah bertukar sticker hijau. Uhuks...

This time check-up, nurse sharing bout merancang keluarga. 
Teruja giler bertanya itu ini, pros and contra the best way etc.
Macam-macam kaedah untuk merancang keluarga, seperti ambil pil, cucuk, ADR, dan implan.
Nurse cerita, ambil pil tengok jenis, untuk menyusu macam Noriday, taklah ada masalah cuma tak datang period la, ada juga pil yang bagi orang tak nak / berhenti menyusu, pil tu atas kesesuaian orang kadang boleh sebabkan selera makan bertambah dan akan period macam biasa on cycle. 
Cucuk pulak diambil setiap 3 bulan sekali, dan kita takkan period tapi takkan mengandung.
ADR, memasukkan alat dalam rahim untuk menghalang sperma masuk dalam rahim. No harm, 99% takkan mengandung. Pakai selama 3 tahun, tapi bila-bila dah bersedia nak have baby boleh buang. Period regular. Most nurses pakai ni.
Implan, tanam implan dalam badan, pakai untuk 5tahun. Harga RM500+. Most people kata pakai okay, tapi for certain person ada jugak yang mengalami masalah, berat badan naik, nafsu untuk bersama kurang etc.

Choose wisely...

Then, singgah di KK jumpa dentist pulak kite. Check gigi. Doktor kata ada yang berlubang dan kena tampal. Kite follow jer la doktor bagi TCA. Bosan wey nak kena datang klinik selalu neh... Mulalah malas nak masuk office kerja. Huhuhu.



Sunday, 23 February 2014

M2B : Baby Cot Idaman Tercapai

Assalamualaikum...

Di ambang 30 weeks. 
Langsung dah pasrah dengan cerita baby cot ni sebenarnya. Dah macam putus asa sebab kami dah puas pusing kedai perabot sekitar Kota Bharu (area yang biasa lalu jer) tapi asal tanya jer, tak ada jual baby cot. Kalau ada pun macam jenis buai gitu. No for buai.
Ada jugak dikedai baby, tapi maklumlah harganya. Yums. Kot la kalau cari dikedai perabot biasa harga boleh dapat lower kenss...

Husband jer selalu pujuk-pujuk jugak, ada peluang lagi, sempat nak cari lagi. Kalau tak dapat kite kirim kat kakak-kakak yang ada kat KL beli kat IKEA. Gitu... Sanggup kooo...
Kite diam aje. Nak tapi tak dapat nak buat cemana. Tak perlu touching-touching haish bebenda kecik en.

Alhamdulillah rezeki, kebetulan husband tergerak hati nak beli akok semasa dalam perjalanan balik ke rumah mertua. Sebelah kedai akok tu kedai barangan second hand... Lori hantar barang baru sahaja sampai. Kawan satu kampung husband pulak yang dok atas lori tu menegur. Husband apalagi tanya pasal katil baby.
Rezeki. Memang dok tengah turunkan katil baby tu...
 Masih elok cantik. Kayu bagus, warna putih seperti idaman.
Only can say, I want this now!
Hahaha... -Gelojoh mak

Tanya harga, RM 100, tawar-tawar, boleh dapat RM90 jer... Husband cakap should boleh dapat murah lagi...
But me, tak pedulikkkk... Nak jugak! Bukan sesuka nak jer, tapi sebab kualiti elok lagi + berbanding dengan harga yang baru RM499-799 jugak. (Untuk yang berkualiti sama)

Memula nak tunggu kowtim dengan kawan husband tu, tapi since kami pun rushing jugak nak balik kampung semua. Bayar terus, datang semasa dalam perjalanan balik rumah kemudian sebab katil tu seketul tu, tak dibukak cemana nak angkut guna kereta comel ni. Haruslah balik rumah mak (mertua kesayangan kite) cari pemutar skru bagai nak ceraikan by part.

Lepak dalam stor dulu yer awak... Nanti kite kemas bilik baru pasang dan cari tilamnya...

Baby, its yoursss... Aisheteru la baby.
Mommy ni hari-hari masuk stor sok tilik ni tak sabar letak awak tidur kat katil ni...

Masa kat kedai second-hand tu husband dok kenankan kuda kayu comel yang jugak baru sampai. Sampai hari ni dok sebut-sebut lagi, imagine baby naik kuda tu etc.
Excited norr yer dapat anak. Beli kuda itu ingat anak dapat naik terus ke pas lahir ni...

Husband : Sayang, minggu depan kite pergi kedai tu lagi nak? 
Me : Nak cari apa?
Husband : Kuda tu comel la. Mana tahu nanti ada lagi yang lain kan. Bestlah. 
Me : ...
T__T

Memang giler jugak bila masuk kedai tuh, ada almari etc yang masih elok lagi boleh beli dengan harga murah. Tapi tahan nafsu jugak. Jimat, simpan untuk beli lain jugak...



Thursday, 20 February 2014

Diari Dapur : Chocolate Iced Blended

Assalamualaikum...

Angin sejuk sudah berlalu kini hawa panas terik pula mengisi hari.
Dok ofis kadang tiap 10 minit minum air lepas tu touch-up lip ice kat bibir... Panas hangatt tau sekarang. Bibir pun kering jer.  Husband mai jemput pun da peliks, bedak takde secalit, bibir ja dok pink-pink.
Malam-malam pun panas jugak, kipas memang kena pasang jer sentiasa kalau tak lemas.
Panas-panas, fuh kalau dapat coolblog memang sedaplah kan tapi kena masuk bandar ke, pergi KB Mall atau Tesco la baru nak dapat coolblog tu.
Balik kerja berpeluh-peluh, tak mood la nak menyinggah sana sini lagi dah.
Tapi hati memberontak nak coolblog / iced blended jugak cemana? (Walhal kalau beli, minum bahagian atas jer, bawah dah manis mula hulur kat husband sayang dah suruh habiskan)
Marilah membuat iced blended sendirik punyaaa...

Bahan-bahan :
  1. 2 sudu besar milo 
  2. 1 sudu besar serbuk koko (belasah je jenama apa pun)
  3. 3 sudu besar susu pekat manis
  4. 1 cawan ais
  5. Air 1/4cawan
Cara-cara Penyediaan :
  1. Milo, serbuk koko, susu pekat manis bancuh dengan 1/4 cawan air. Kacau sebati.
  2. Masukkan ais dalam blender, masukkan bancuhan milo etc, on sahaja blender itu hingga ais hancur.
Kalau suka nak feeling-feeling rasa mocha boleh tambah 1/2 - 1 sudu kecil nescafe ( ikut citarasa). 
Nak presentation comey dan sedap lagi boleh letak whipping cream pastu tambah dengan choc syrup hersley tu. Meletopsss...
Rajin lagi boleh buat homemade pearl jelly ala coolblog etc tu... Cemana? Nah. Bagi sekali link dari blog Shakina Farhan SINI.
Kite tak minat pearl neh, tu tak de pun tak pe, biasa kalau pergi coolblog pilih untuk add mixed jelly jer. Tapi berminat jugak nak  buat pearl ni nanti untuk hidang kat suami tercinta dan anak-anak ke. Chewahhh... Berangan!


Guna Shake N Take sahaja. Senang. Minum terus dari situ. LOL. Pemalas hangatttt...

Husband kata, barulah nampak bergunanya shake N take tu, kalau dop peram jer.
<Silent jer ye bila suami membebel. Orang lelaki bukan paham, orang perempuan suka barang dapur dia complete walaupun tak guna hari-hari. Setuju? Angkat tangan.>

My husband kurang nak ais-ais sebab dia nanti sengal gigi. Semalam kite wat,

Husband :Eh. Nak try la sikit sayang...
Me : < Hulur shake n take kat dia>
Husband : Kow nyer. Sedap. Nak lagik! < tersengih-sengih>
Me : Tadik kite nak buat, tanya nak ke tidok cakap tak nak.
Husband : Sedap sayang buat. Ais ada lagi tak?
Me : Ada.
Husband : Esok sayang buatkan ea...
Me : Baiklah suamiku sayang... ^__^


Selamat mencuba kawan-kawan...

Kite nak balik ni nak buat iced blended lagik laaa... Nikmati ais sebelum bersalin lepas bersalin harus pantang kowkow punyaaa yer M2B sekalian...


Tuesday, 18 February 2014

Mommy Preparation : Set Berpantang / Bersalin Pilihan

Assalamualaikum...

Dilema...dilema...
Bab ini bagi saya bermasalah sikit sebab diri ini bab ubat ker jamu memang al-liat nak telan.
Hohoho...
Maka, kenalah pilih set terbaik supaya takkan jadi pembaziran bila tak sentuh ubat / jamu yang ada dalam set itu disamping kena fire dekat husband. -He very strict about this, since before married always argue about medicine that i don't want to eat.
Since preggy 4months lagi la mula men-survey.
Terpaksa survey sendiri sebab kalau tanya sisters mesti diorang suruh beli NR sebab diorang semua memang pantang pakai set NR.
Target tak nak jamu-jamu, tak nak kapsul-kapsul, nak yang ada bengkung sekali.
Google...google...ketemu this blog review... Sila baca, malas nak ulas pasal produk-produk ni.


Lepas baca review, rasa macam terpengaruh nak cuba tanamera jugak dan memang dalam list nak beli  minyak herbanika juga (sebab memang biasa guna itu since dulu kala untuk mengurut bila kaki kejang etc) 
Kih3...
Pastu baca lagi entri blog sini
 Oh lagilah tergoda...
Harga yum-yum jugak... tapi since dah survey awal, sempatlah menabung sikit.
Buat proposal dekat husband, haruslah beliau sangat strict, tanya situ sini yakin guna-kah etc.
Kite kata as long no capsule, berjamu, insya-Allah, I will do it for my own health.
And... he approve...
Gaji masuk, kite order!


Boleh beli kat sini
Insya-Allah kalau terbuka hati nanti nak continue dengan  shaklee jugak untuk produce susu etc.

So mum-to-be korang pilih set apa?

Diari Dapur : Mee Berkuah

Assalamualaikum...

Cerita semalam. Since kakak kesayangan kerosakan peti ais dirumahnya, mangsanya peti rumah kite la penuh dengan stok makanan. Tuannya tak datang memasak pun. Since mee pun ada, kambing ada sekeping. Kite decide nak masak mee berkuah. Dah bosan makan mee goreng la.


Bahan-bahan :
  1. 5 ulas bawang putih (hiris)
  2. 2 biji bawang merah (hiris)
  3. 2 biji cili (ketuk)
  4. minyak untuk menumis
  5. daging/ayam/seafood (potong kecil) - kite guna daging kambing + ayam
  6. sawi
  7. 3 biji telur (sebab makan bertiga, bagi sebijik seorang) 
  8. Air 1 liter
  9. 3sudu besar sos tiram
  10. Garam secukup rasa
  11. 1/2 pati ayam - kite guna 1 mangkuk sup ayam baki dari menu hari sebelumnya
  12. Mee ( dicelur dengan air panas dan toskan, masukkan dalam mangkuk)
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang merah+ putih dan cili hingga wangi, masukkan daging dan ayam, biarkan seketika hingga agak masak.
  2. Masukkan sos tiram, pati ayam, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan sawi, dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan dikacau untuk mengelakkan telur pecah.
  4. Tutup api, dan siap untuk dihidangkan. 
**Ada orang suka masukkan mee dalam kuah, masak seketika, kite lebih prefer tuang kuah diatas mee je sebab tak nak mee terlalu kembang dan mudah penyimpanan kalau tak habis.


Selamat mencoba-coba kawan-kawan...
Maaf le kalau minggu ini hanya penuh dengan entri masak-memasak sahaja...
Cerita baby, next check-up, on Monday la.
Cerita shopping, haish masih belum shopping lagi cemana nak cerita-ceriti? Sabor yer...

Monday, 17 February 2014

Diari Dapur : Bread Fingers

Assalamualaikum...

Hai...
Bosan dah makan roti celup telur tu as breakfast. Last week rasanya hari-hari itulah menu breakfast in the car untuk kami suami isteri...
Sabtu yang aman untuk kite yang tak bekerja, haruslah bangun siapkan breakfast buat suami tersayang yang nak ke tempat kerja.
New idea plak muncul tetiba kens...
Buat bread fingers...
 Actually bahan dan cara dia sama jer dengan buat roti celup tepung hat biasa tu.  Roti + telur. Hat beza dia punya bentuk je kot macam jejari + kite goreng deep fry bagi rasa crunchy sikit... Pastu tabur gula kastor plak. Pergh sedapppp...
Husband yang tak pernah menolak masakan isteri pun sukaaa...
Memula dia pelik tengok, tak dapat fikir yang itu roti. Hiks.
Bila ngapp, haaa senyum dan cakap nanti boleh buat lagik...
Memanglah, manis... Sedap... Kegemaran husband la sangat ken...
Kiddos pun sukaaaa sangat dapat makan...

Yummy!




Wednesday, 12 February 2014

M2B : Check-up 28 Weeks 2 Days

Assalamualaikum...

Hari ni done check-up lagi... 
Dah bermula sesi 2 minggu sekali jumpa nurse...

Berat kite, phewww...haruslah meningkat lagi tapi maintain 1.5kg sahaja... 55.5kg. 
Baguslah... Keep it up. Tak payah bersusah payah berdiet secara over selepas bersalin. 
Well dok naik turun berat ni, till today, lebih kurang 5kg je baru naik berat sepanjang kehamilan ni.
Nak kata tak makan, makan jer. Tak apalah, banyak sikit, janji baby sihat-sihat aje. Ye dok?
Check air kencing ok.
Nurse ajar kira gerakan baby, kena kira hari-hari sampai bersalin. 
~Rajinkah? Wajib demi anak. ~
Check perut, nurse kata kepala baby kat bawah dah... Bagus. bagus.
Ukur tinggi perut tambah 1cm dari 2 minggu lalu. Sekarang 23cm.
Dah kena cucuk kali pertama.  Nurse kata, anak pertama ibu kena cucuk 2 kali.
Sobs.... Kebas ooo tangan neh...
 ~ Nak skip masak lagi hari ni boleh? ~
Bacaan hB agak merosot sikit. Turun. Sobs. 10.3 jer.
Huh! Kenapa tiba-tiba begini rendah? 
Sedih wooo...tapi fikir balik. Memang pun, dalam 2 weeks ni, kadang terlupa amek Qaseh Gold, vitamin, lepas tu dengan majlis makan-makan minggu lepas tu kite over aktif etc... Kurang rehat, tak cukup makan makanan berkhasiat gitu maka effect lew ken.
~tetiba bersyukur mesin check hb kat KD Gondang tu masih rosak, pergi check kat KK Lundang Paku kalau tak sedap jer kena ceramah kat nurse. Eh! Nurse baik jer, cuma banyak nasihat dia jer~
Next check-up 2minggu lagi, tapi on Monday plaks.
Nurse dah membebel, nak terberanak dah tapi tak pegi check gigi lagi... Next TCA, check perut kat KD, terus ke KK check gigi.
~Bertabahlah nak menunggu dekat KK tu 2 minggu lagi~

Hari ni tak ada sesi makan nasi berlauk sedap. Huks. Sebab hari ni pergi klinik dihantar abah tersayang. Suami tercinta pergi kerja terus sebab kalau suami hantar elaun kehadiran dia potong terus. RM200 ooo... Abah kata sayanglah duit tu. 
Yer jugak bukan jer lepas duit minyak kete, boleh makan satay ker pizza untuk satu family besar ni... Hat lagi best, dapat makan secret resepi yang sekian kali tertangguh ni... Sobs.
Maka, since abah dengan rela hati menawar diri hantar kite, kite on sahaja... TQ abah sayang...
Tak ada nasi berlauk sedap pun, kite makan sedap jua, sup cambell's bersama homemade garlic bread...

Baby semakin aktif bergerak-gerak. Tendangan padu tak berhenti kekadang tu. Pastu paling marah kat kite kalau tidur mengiring sebelah kiri. Nanti rasa dia sengaja-sengaja pergi kuis-kuis kat bahagian kiri tu. Rasa macam dia nak pijak tilam tu sama. Terpaksalah kite tidur mengiring ke kanan, tapi baby masih suka dok main kat sebelah kiri tu jugak... Macam kalau kite sandar perut kat meja atau kat tangan kerusi nanti baby sengaja pergi menepek jugak kat situ, siku, tendang. Hehehe... Baby nak bermain kot ken.
Pastu, hat paling tak boleh lupa, masa Ifti Liyana balik, semangat tau baby satu hari kite kat office baby bergerak jer macam tak sabar nak ajak balik nak main dengan Ifti Liyana. Dah balik, kite melayan si Ifti Liyana baby okay la, sesekali sibuk jugak excited menendang bagai. Tang Ifti Liyana jer baby sibuk memberi respon, kat Afifa atau orang lain, baby buat dek jer. 
Adakah naluri sahaja atau baby benar-benar excited dengan sepupu dia yang sorang ni?

Husband sangat teruja sekarang. Balik kerja, sambil relaks-relaks dalam bilik sibuk nak menegur baby, kejut baby. Baby bangun, marah, dan kick etc, husband tersenggih-sengih la sebab dah nampak perut yang berombak-ombak tu. Husband kata baby respon dengan apa yang dia cakap etc.

Tepek sekeping gambar di pagi hari ini...Muehehehee...


Tuesday, 11 February 2014

Daddy To Be pun merasa jugak

Assalamualaikum...


Hi! Since minggu ke-12, kite dah slowly berhenti cerita pasal alahan bagai tu ken...
Yup! Alhamdulillah alahan tu dah slowly menghilang dari kite.
Hari-hari kite makin kuat, cargas jer berjalan-jalan etc, bila hujung minggu tak de lagi bermalas kat katil jer. Kadang tak sempat tidur pun sibuk dengan kerja mengurus rumah tangga.
Syukur pada-Mu ya Allah.

5 month above, actually kerap nak weewee (buang air kecik) dah mula asyik terasa. Penat tau berulang alik pergi toilet, dah la kat ofis toilet jauh sikit. Bangun malam tak payah citer, dah rutin.
 Tapi ada cerita jugak part ni... In some days, kite tak rasa sangat nak ke toilet even minum air masak berbotol-botol. Bila time kite tak mengalami masalah nak ke toilet dengan kerap ni, nanti balik kerja husband yang akan mengadu mengalami masalah  tersebut. Hari yang kite alami masalah tersebut, walhal minum air tak habis suku botol 750ml tu pun, 2-3 kali pergi toilet, hari tersebut husband tak de komplin dia kerap weewee ke hapa dah.
Memula fikir macam kebetulan jer, tapi bila beberapa kali berlaku situasi ni. Kite syak baby memang sengaja je nak bagi husband pun rasa apa yang kite rasa masa mengandung ni kot...
Terbukak cerita ni dekat kawan-kawan husband masa kiteorang jumpa diorang (Jeri & Pok) bila diorang sibuk bertanya kite tak ada alahan ker  sambil komplin perut yang tak nampak pun... Siap tuduh kite tipu pregnant pulaks. Grrrr...
Komen husband, serik, tak nak kena lagik sebab malu kena tegur / perli kat kawan-kawan pejabat dia dok berulang ke toilet jer. Nak buat kerja pun tak senang... <Hahahaha...>

Next, normal kite dengar orang mengandung selalu kata akan mengalami masalah kulit bahagian perut, paha seperti gatal-gatal yang tak boleh tahan. Alhamdulillah kite tak mengalaminya. Kalau ada pun sekadar biasa-biasa bila digigit nyamuk gitu jer la. 
Sape yang kena? Husband kite lagik...
Hari memula kena, hoi terbangun pukul 2-3 pagi marah-marah sebab gatal sangat, siap sapu ubat gatal dari farmasi bagai.
Sama jugak, kite fikir dia salah makan ker kenapa jer... Kalau sebab makanan, I ate what he ate too.  That day makan sotong celup tepung. Kenapa kite tak kena sekali ken?

Dan instinct kite cakap its about the pregnancy, sebab husband bukan jenis yang ada masalah makan etc. 
Also pernah terbaca memang masalah gatal kulit ni normal semasa hamil.

 The very big problem my husband  = menggaru. Puas cakap jangan garu nanti berparut bagai, degil sebab tak tahan sangat katanya.
Till now husband masih alami masalah gatal-gatal ni tapi slowly dah berkurang la, kulit dia pun berbintat-bintat kesan dari garu. Earlier, almost setiap malam before tidur dia plak yang dok sibuk sapu minyak sebelum tidur, risau menggaru semasa tidur.

Kecian my sayang husband... Bersabarlah... and will loves you always as much you loves me and baby.




Sunday, 9 February 2014

Solat Hajat + Jamah Perut (7mth baby) dan Majis Tahlil (1y mama)

Assalamualaikum...

Khamis lalu kite cuti... 
Hari tu gempak nak tolong mak bungkus ketupat palas, last tak jadik.
Mak nak buat kat rumah dia jer sesiap...

Kite kat rumah mengemas-ngemas apa yang patut sahajalah untuk majlis hari jumaat selain persiapkan rapi bilik tetamu untuk mertua.
Malam tu abah ajak orang surau solat hajat sempena kandungan kite dah menjangkau 7bulan. Doakan semoga semuanya selamatlah.
Mertua kite pun datang jugak malam tu sebab memang jemput mereka datang tidur kat rumah kite sebab esoknya kite buat tahlil, makan-makan jemput sedara sempena setahun arwah mama.
Sebelum makan besar esoknya, treat dulu family sekalian makan sate.
Hampa sikit bila mertua tak jadi tidur kat rumah pulak, meyusahkan mereka datang jejauh pastu patah balik. Nanti esoknya datang lagi. Hu...
Tak apalah, mungkin mereka tak biasa kot. Next time pasti akan membuat mereka tidur kat rumah... Hiksss...

Jumaat pagi,
masih kesibukkan seperti biasa, al-maklum tuan rumah everything is on me.
Abah pun kurang sihat tiba-tiba. 
TQ to my sayang husband, sebab sangat-sangat membantu dan sanggup dibuli. Al-maklum hanya dia yang lelaki tunggal. Dari urusan amek laksa, cari daun pisang, beli ais etc.
TQ to dear sisters, yang jugak sangat banyak membantu kat dapur. 
TQ to my sayang baby, tak banyak meragam, diam je sepanjang masa kite dok sibuk-sibuk melayan tetamu bagai.

Owh yer, tahlil bermula selepas jumaat.
Pagi, dalam jam 11 tu, kakak kite datang bawak bidan kampung untuk jamah perut dan urut-urut.
Alhamdulillah, bidan tu kata baby okey, duduk betul dah.
Pastu, bidan kata lagi kite punya regangan paha / pelvis okey, insya-Allah mudah bersalin.
Pastu bidan siap teka jantina baby kite.
Kite senyum jerlah sebab tak scan pun lagipun kite terima jer lelaki ker perempuan asalkan baby sihat sejahtera.
Selain tu, dia target kite akan bersalin hujung April kot sebab katanya badan kite ringan, baby pun cute-cute jer ken. Bump pun tak nampak sangat.
 Hari tu masih selamba lagi dengan t-shirt saiz M. T-shirt muslimah saiz S pun masih muat lagik buat pakai jejalan. Masih riang ria berlari-lari jugak sampai kena tegur dekat mak cik sekalian risau tengok kite cargas sana-sini lari-lari. Ahaks...
Best bidan ni, siap bagi tips la kat kite berjaga-jaga masa pregnant ni.

 Waktu magrib,jangan mandi,(lepas tu tak pe tapi elakkan), jangan dok berjalan, dok luar rumah lagi, pastu tingkap pintu rumah semua tutup awal-awal, jangan dah azan baru nak gedik-gedik tutup... Masa magrib nilah macam-macam benda, benda yang dok luar nak masuk, benda yang dok dalam nak keluar, risau terbertembung  aje.

Pastu, rajin-rajinkan urut dekat bawah ketiak, situ urat susu untuk merangsang susu produce banyak-banyak. (Insya-Allah nak amal)

Lagi, bila masuk bulan ke-8, 9 (dekat-dekat nak bersalin) berurutlah lagi, perbanyakkan dibahagian pinggul, paha dan betis bagi urat-urat merengang semua. Insya-Allah bersalin mudah, taklah terlalu penat semasa proses bersalin tu.

Berpantang nanti, kena jaga betul-betul jugak kalau nak shape badan sebelum bersalin maintain... Paling penting jauhi ais lepas bersalin hingga baby 1y above kalau tak rasakan sakit-sakit badan...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Makanan alhamdulillah.
Abah juga dah semakin sihat semalam.
Doakan saat kelahiran si kecil nanti segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.
Insya-Allah....

Tuesday, 4 February 2014

4 Februari 2014

Assalamualaikum...

4 Februari 2013- 4 Februari 2014.
Genap setahun tanpa mama.
Al-Fatihah buat mama tercinta.

Masih dibayangi hari pemergian mama.
Namun hidup harus diteruskan.
Harus kuat.

Jika aku yang 23 tahun lebih bersama mama begini ratapnya, abah yang menghampiri 45 tahun berkongsi hidup bersama mama lagi terkesan dihati.
Mama masih menghadiri mimpi-mimpi abah kala abah menjaga bunga-bunga orkid kesayangan mama dan menyentuh hal berkaitan mama.
Aku cemburu.
Kadang aku pun ingin bertemu mama lagi walau sekadar dalam mimpi.
Rindu.

Aku kagum dengan kerinduan yang masih bersisa dihati abah.
Kala kami adik beradik beramai-ramai dirumah makan-makan, abah wajibkan kami untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan baca tahlil ringkas untuk mama.
Selang 1-3bulan, kami akan berkumpul beramai-ramai, solat jemaah, kemudian membaca yassin serta tahlil untuk mama.

Insya-Allah... Jumaat ni buat tahlil untuk mama + solat hajat untuk kehamilan kite yang nak masuk 7bulan dah.
Doakan semua berjalan lancar yer.
Semoga semuanya di permudahkan oleh-Nya.