Followers

Tuesday, 4 February 2014

4 Februari 2014

Assalamualaikum...

4 Februari 2013- 4 Februari 2014.
Genap setahun tanpa mama.
Al-Fatihah buat mama tercinta.

Masih dibayangi hari pemergian mama.
Namun hidup harus diteruskan.
Harus kuat.

Jika aku yang 23 tahun lebih bersama mama begini ratapnya, abah yang menghampiri 45 tahun berkongsi hidup bersama mama lagi terkesan dihati.
Mama masih menghadiri mimpi-mimpi abah kala abah menjaga bunga-bunga orkid kesayangan mama dan menyentuh hal berkaitan mama.
Aku cemburu.
Kadang aku pun ingin bertemu mama lagi walau sekadar dalam mimpi.
Rindu.

Aku kagum dengan kerinduan yang masih bersisa dihati abah.
Kala kami adik beradik beramai-ramai dirumah makan-makan, abah wajibkan kami untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan baca tahlil ringkas untuk mama.
Selang 1-3bulan, kami akan berkumpul beramai-ramai, solat jemaah, kemudian membaca yassin serta tahlil untuk mama.

Insya-Allah... Jumaat ni buat tahlil untuk mama + solat hajat untuk kehamilan kite yang nak masuk 7bulan dah.
Doakan semua berjalan lancar yer.
Semoga semuanya di permudahkan oleh-Nya.


7 comments:

  1. Al-fatihah. semoga roh mama cik jelita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. al-fatihah...moga2 kita disni sentiasa ada masa untuk sedekah al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. salam perkenalan daripada saya. sama2 kita sedekahkan al-fatihah. jangan sedih2 ye

    ReplyDelete
  4. kuatkan hati ye.. al fatihah..

    ReplyDelete
  5. Alfatihah buat arwah mama cik jelita dan arwah abah nina juga.. arwah abah nina pun genap setahun tiada bulan 12 lepas. Baru jea sebulan nina kawin arwah dah tiada. .. semoga kedua2nya dtempatkn dkalangan org2 yg beriman dan beramal soleh,solehah.amin

    ReplyDelete