Followers

Wednesday, 30 December 2015

#muhamadthaqifaiman : Jom Suppa Doopa

Assalamualaikum...

24 Disember 2015.
Beria atok balik dari solat asar suruh siap-siap nak bawak Thaqif pergi main suppa doppa.
Ibu blurr... hah?
Harap sangat la budak kecik tu nak pergi main sengsorang. Kalau ada sepupu-sepupu dia takpelah.
Seperti jangkaan ibu. 
Thaqif dok membelit kat ibu jelah.
Kalau tak membelit sibuk nak ajak pergi ke tempat kolam yang budak-budak main kapal tu.

Bayar kot RM5 untuk budak kecik tu.
Maka terpaksalah ibu yang membuyung ni naik jugak teman dia main sikit-sikit. Ajak lompat-lompat, menggelongsor.
<tak payah imagine sangat mak buyung main suppa doppa okey. Buruk.>


Walaupun Thaqif main nak tak nak. Atok tetap semangat cakap esok kita datang main lagi.
T__T
Kejam sangat u'alls.

Maka, ibu Thaqif menyucuk jarum la. Kalau nak mari esok kena bawak kak Fifa, kak Azwa, dan Kak Isya la baru best. Baru Thaqif ada kawan. Budak-budak tu boleh tengokkan Thaqif.
Atok pun setuju.
Fuhh...lega...

Hari pertama main takde gambar sebab ibu sibuk bermain suppa doppa dengan anak.

25 Disember 

Repeat pergi suppa doppa.

Budak takut-takut nak gerak atas tilam angin.

Terpaksa kakak sepupu pujuk dukung baru nak okey.

Muka excited dapat menggelongsor...

Baru nak feel main.

Jatuh pun muka senyum lagi.


Monday, 28 December 2015

cpuv december 2015 part 2

Assalamualaikum.

Part 2 dah cpuv.
ahaks.
Malas update punya pasal. Siap ada yang dah credit pun.
Alhamdulillah. Rezeki bulan Disember 2015.



2nd Pregnancy : Barut dan Bedung Baby dari Tasbih Cintaku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 
Dah 21 minggu + kandungan. Sekejap je masa, pejam celik pejam eh... tak lama dah nak beranak.
1st pregnancy rajin amat asal check-up update blog. Turn adik baby terus suram blog ini.
Fuhhh.. Bukan tak sayang adik baby, cuma kesempatan dan idea untuk berblog tu terbatas sikit.

Insya-Allah will keep updating when I have free time.

Masa anak pertama. Blurr-blurr je nak siapkan apa untuk baby sebab tak nak membazir membeli benda tak perlu dan hanya berserah je apa ada dalam kotak warisan dari kakak-kakak tu.

Untuk anak kedua, dah meniti, merangka keperluan newborn baby. Slowly mula nak shopping sikit-sikit untuk ibu dan baby juga. Yang penting untuk baby la.

1st shopping untuk adik baby. Bedung dan barut.

Barut yang ada banyak tapi ada kecik ada besar.
 sediakan lebih adalah lebih baik.
Sebab baby selalu poop kerap, pastu terkena barut, sehari kadang guna 3-4keping barut.
Siapkan lebih jelah lebih baik. 

Since blogger cik mah dok promote amek order untuk barut. Terus whatsapp dia order barut.
Pastu cik mah start jahit bedung, pun terus order dengan dia je jugak.

Parcel dari cik mah. Siap dapat tasbih free lagi. TQ cik mah.

 8 pcs barut. 4 yang strap, 4 bertali.

Zaman Thaqif dulu bedung tu takat pakai lampin pureen tu je. Nipis je, pastu pakai sat dah terburai anak melepaskan diri. Penting la kalau nak keluar ke apa dengan baby kan elok barut kemas-kemas tak nak bagi terkejut-kejut etc.

Bedung 3pcs.

Semua request untuk baby unisex. Any color tak nak pink. Maka tu la hasil yang ditempah,

Big Thank You to Cik Mah yang melayan order kite.
Puas hati dengan servis cik mah, laju je balas whatsapp pastu bagi harga kawan-kawan blog gitu.
Next time nak order lagi.

Nak tempah/nak beli boleh terus contact cik mah kat blog -->> Puan Mah dan page FB -->> Tasbih Cintaku.
**tak sure cik mah amek tempahan lagi tak sebab beliau pun tengah sarat dan nak berehat untuk menyambut baby baru.

Wednesday, 23 December 2015

Lazada Online Revolution Sale : POOL UNTUK THAQIF

Assalamualaikum...

Menjadi antara pembeli tegar online tentulah menanti-nantikan sale besar-besaran seperti Lazada Online Revolution ni.

Tapi this time kite tak teruja mana pun. Biasa-biasa je.
As a mom, i always just waiting for diapers sale.
^__^
Tapi duit dalam acc kosong. (sengaja kosongkan awal-awal sebab memang kontrol diri shopping online sekarang)

Pastu tibalah hari Lazada Online Revolution Sale. 10.12.15
Kawan dalam FB racun plak dengan sale Tesco Family Pool dari RM99 turun ke RM39.90. Perghhhhh...

Dah le 2-3 hari sebelum tu abah dok zikir kat telinga kite tanya harga pool. (Nak suruh belikan untuk cucunda dia letew)
Bila tengok harga murah camgini wajiblah meronta-ronta nak.

Semangat call cik tye kat rumah suruh online transfer RM. Tapi tak dapat sebab tenet kat rumah macam siput sedut.
Tak mo mengalah, call cik na yang on the way ke Kuantan plak mintak transfer.
Cik na kata ada RM40 je dalam akaun.
Lantok, nak jugak. (buruk betoi perangai adik bongsu ni kenn)

Semata-mata kerana malas nak jalan g bank-in cash. Sanggup je kol semua orang.

Dah masuk RM, nak proceed check-out....
-------
The item already sold out.
------
Pfff...

Takde rezeki sungguh.
Pastu tak puas hati. Dekat sejam keep browsing je lazada punya page pool tu. Keep refresh.
Tetiba ada balik pool tu.
Lelaju check out. 
Puff...
Berjaya beli siap dengan potongan 10% lagi sebab guna debit card maybank.

Masa bukak parcel, Thaqif pun sibuk mengamuk-ngamuk suruh bukak abes kotak kolam tu.
Sabor jelah.
Agak-agak la anak oit. Memalam buta nak bukak kolam.
Lagi memusim hujan lagi nak kasi anak berendam.
Big NO.
Tunggulah weekend ke, musim tak hujan la baru rasmi.


Anyway, TQ Lazada and the supplier (TESCO) for the fast service.
Order 10.12.15, 13.12.15 dah sampai kat rumah.
walaupun tersilap bagi resit nama orang lain yang dok kat Seri Kembangan sana.
Kecik besar kerut dahi seribu je kite baca resit tu dah kenapa nama kite jadi nama lelaki, pastu tertanya-tanya bila pulak dok seri kembangan ni.


Rexona Men & Women Free

Assalamualaikum...

Semalam GDEX call cakap nak hantar parcel.
Dah pelik. 
Takde order apa-apa pun.
Balik rumah.
Eh. parcel dah sampai.
Bukak-bukak.
Rexona.


1 set for women and men.
Rezeki.
Pastu saja membongok depan abah.
Me: Dapat free.
Abah : Takde untuk lelaki ke?
Me: Ada. 1set untuk lelaki dan perempuan.
Abah: Bagi kat abah la. Suruh Taufik beli hat lain la.
Me: Jap nak snap gambar dulu pastu ambil la. Taufik tak guna pun hat sembur-sembur ni. Dia suka roll-on je.
Abah : (senyum meleret jelah)

Me : Adik Yani pakai ni tak mak muda?
Mak muda : Pakai.
Me : Bagi adik yani la yang ni.
Mak muda : Adik tak pakai ke?
Me : Adik pakai brand lain.

Tak tahu bila isi kat mana pun rexona ni. Tetiba eh sampai parcel je kan.
Apa-pun Thank You Rexona for the gifts.
Kite panjang-panjangkan lagi sedekah dengan bagi kat kesayangan kite.

^__^

Tuesday, 22 December 2015

Kupon Pizza Hut

Assalamualaikum...

Hari tu pergi rumah kakak untuk ucap tahniah pada anak sedara kerana berjaya dapat 9A dalam PT3.
Rezeki.
Kakak pun hulur 8 keping kupon pizza hut untuk dine-in dan take-away. 
Great deal.

Jenuh nak makan pizza hari-hari. Nak-nak 'someone inside me' bukanlah penggemar western sangat.
Well.
Rezeki harus dikongsi.
3 keping dah diberikan kepada kawan pejabat.
 Masih berbaki 5 keping.
Ada ke kawan-kawan blog nak jugak? 
Sila komen tinggalkan e-mel tau. Nanti kite contact-contact.
Kupon valid till 29 feb 2016.



Friday, 18 December 2015

Tebus Point Jawab Survey

Assalamualaikum...

Kadang-kadang time senggang, tak keluar lunch tengah hari merajinkan diri jawab survey collect point.
Dah masuk hujung-hujung tahun ni, point pun dah beranak pinak terasa nak tebus point la pulak.

Bukak GlobalTestMarket tadi dah 2k+ point terkumpul.
Pilih-pilih baucer berkenan dihati.
Teringat suami yang dok nak membeli barang di AEON.

Dapat la redeem dua keping baucer bernilai RM20 setiap satu.
Worth what? 
Sape nak bagi senang-senang baucer ni...
Sesambil dok relaks, jawab survey, dapat point. Point jadi duit jugak akhirnya.


Tengok point ada berbaki lagi.
Terpandang pulak ada baucer untuk charity.
Meh derma la RM10 kat situ. Moga memberi manfaat kepada penerima.


Apa kisah. Semua tak usik duit poket pun. 
Rajin jawab survey lagi dapat lagi.
Bila dapat rezeki lebih apa salahnya kongsi bersama.

Thursday, 17 December 2015

Dari Zalora Untuk Kakak

Assalamualaikum...

Hari tu kan kite dapat kolobrasi dengan zalora, dapat baucer RM100.

Dah kata kelabu mata nak beli apa. Malas nak membelek website zalora itu.
Memula suruh husband la kalau nak shopping apa-apa kat situ.
Husband pun stress... Sep-sep bundle otai mana la minat beli online. 
Hmm...

Stress juga sebab baucer habis 31 Disember 2015.

Lastly. 
Kebetulan kakak no 4 balik hari tu. Soon birthday dia 29 Disember ni jugak.
Fine.
Suruh dia jelah shopping apa dia nak.
Memula dia cerewet jugak. Ala, tak minat tak ley test kasut tu dulu, tak puas hati shopping online.

Semalam tetiba whatsapp tanya kite eh, design kasut mana lawa kat zalora ni.
hehehe...

Pilih, pilih, decide.
Here we are...
Dari zalora untuk kakak...


Sister, walaupun kite jarang say hi di alam maya atau realiti serta jauh dari mata dan jarang spend time together. 
 You are still my true sister who are so helpful, kind and lovely.
I love you much.
Be happy sister on your birthday.
Wish you will enjoy the gift anyway.

Tuesday, 15 December 2015

Borong kain pasang murah

Assalamualaikum...

Last week nampak kawan FB share shopping kain pasang kat Gulatis -Tesco Kota Bharu. Rm12/pasang katanya.

Khamis lepas, terus ajak kakak pergi jalan-jalan. Ajak jugak singgah kat Gulatis tu.
Rambang mata betul memilih kain-kain. Cantik-cantik semuanya. Kain cotton pun ada. Rambang mata nak memilih oiii...

Pilih la beberapa pasang. Pastu mintak kakak pulak sorting mana okey mana tak. Ihiks... Saja bermanja dengan kakak sesekali jumpa.

Yang seronok memilih tu sebab tempat dia letak kain-kain tu memang hujung dalam kedai tu. Bawak dak Thaqif pun taklah rasa stress nak memilih kain. Lepaskan je dia main-main sebalik langsir etc.

Nah. 6 pasang kain yang terpilih.
puas hati sekian lama tak membeli kain buat baju.

Purple petak-petak tu takmo buat baju. Jadik sarung bantal je kot sebab kain cotton yang agak tebal gitu. Jenuh kepanasan kalau buat baju oiii.

Monday, 14 December 2015

#muhamadthaqifaiman dan kek aiskrim

Assalamualaikum...

Last few weeks Thaqif dok sebut nak kek bila tengok iklan, atau belek buku dia.
Pastu kebetulan hujung minggu tu, jiran jemput sambutan birthday cucunya.
Dapatlah Thaqif makan kek.

Pastu kite teringat yang kakak kite cakap nak sambut birthday anak dia.
Sajalah bergurau, bilanya nak makan kek?
Sekali akak ajak malam tu terus sebab anak-anak dan suaminya tengah lepak kat Hotel Perdana je pun. Dia suruh direct ke situ la konon bagi chance Thaqif mandi manda sekali.
Tapi petang tu hujan, maka acara mandi manda tak dapat diteruskan.
Just tunggu waktu dinner jelah kat bilik hotel.

Akak sampai bawak kek dah kat bilik hotel.
Thaqif paling excited la. Sibuk nak suruh bukak.
Bhahaha...

Selesai magrib semua, baru keluar untuk cari makan.
1st nak makan di restoren wau, pastu fullhouse. So ke Grand Riverview jelah.

Sampai-sampai, dapat meja kat Riverview itu, memang terus acara potong kek la.
Nah gaya dak Thaqif makan kek.



Tak cukup ngan sudu, tangan pun boleh jugak. 


Sunday, 13 December 2015

CPUV Disember 2015 (part 1)

Assalamualaikum...

Sekian lama tak menjenguk nuffnang. Bhahaha...
Lupa sungguh. 
Tengok kawan-kawan update nuffnang memasing baru terhegeh-hegeh belek nuffnang jugak.


Alhamdulillah.
Walaupun suam-suam hupdate, ada jugak rezeki dari nuffnang di bulan disember ini.

Thursday, 10 December 2015

Laci pejabat ka kedai runcit?

Assalamualaikum...

Semenjak dah kena naik dok tingkat 5. Mengandung lagi.
Asyik nak mengunyah tapi malas nak 14juta kali turun naik. Wajib la sediakan snek-snek waktu lapar.

Maka rupa laci pejabat itu begini...
Hehe...bak kata officemates, ini kedai runcit ke?

Tak cukup itu. Hari-hari bawak lagi bekal lagi.
Kokokrunch dan susu.

Pastu wajib jugak turun cari nasi dalam 9am tu. Ibu mengandung u'alls.
Baby jenis takley tinggal nasi cam papa dia.
Layan jelah.

Waktu lunch dah malas turun. Layan la segala dalam laci yerr...
Sekali makan nahhh...

Pasal kerja kite diseksyen baru. Ada cakap gerun dengarnya... huhu...
For me, dah ok dah. Kena pandai toleransi n banyak tanya dan disini kerja berkhidmat untuk masyarakat. Patients, ex-patients.
Tapi so far takdelah sangat scary.

Kerja kenalah niat dengan baik, ikhlas. Insya-Allah takde pape masalah punya.


Monday, 7 December 2015

sibuk triple

Assalamualaikum...

Sejak berada di seksyen baru sibuk berganda dari seksyen sebelum ni. Maklumlah banyak benda nak kena belajar dan masukkan ke dalam kepala.
 Banyak sangat step nak buat. 

Look it just a simple step but if forgot 1 step it might harm you in future.
(scary)

Kebanyakan orang kata seksyen ni paling seram.
Sebab seksyen ini umpama orang tengah antara customer dan jabatan-jabatan dalaman.
Mana nak layan customer yang macam-macam soalan, nak cepat setel urusan mereka, tak kurang datang mengamuk etc.
Pastu dengan bahagian penyediaan rekod-rekod. Kadang tak jumpa, lambat jumpa etc.
Belum lagi berhadapan dengan jabatan-jabatan yang menyiapkan laporan etc. Kadang pun mengambil masa dan sebagainya.

Tetapi nasihat orang lama juga.
As long as you do on the right track it wont harm.
As long as you keep in touch you wont be in problem.
Anything, keep update and update and asking.

Satu lagi kekuatan kini di seksyen ni. Bos yang memahami, mendengar dan berusaha bersama untuk menyelesaikan masalah. 

Dok seksyen ni. Berhadapan dengan orang dalaman adalah okey.
Berhadapan dengan customer, kite macam hmm...
Untuk customer yang tak de masalah okey la.
Tapi kadang-kadang bertemu dengan customer yang terlalu memerlukan wang, kesempitan wang pastu urusan mereka tertunggak ke apa.
Kesiannya.
Allah.
Rasa macam down kejap kalau tak dapat tolong.
Pastu istigfar balik, terus bersyukur dikurniakan kesihatan, di beri rezeki oleh Allah, dipermudahkan perjalanan hidup kite dan keluarga.
Untuk customer yang marah ke apa tu so far tak pernah la pulak kite terkena lagi. Adalah customer kurang puas hati. Tapi alhamdulillah dapat cope well.

penat sikit di seksyen ni but insya-Allah boleh biasakan nanti.

Kerja kena ikhlas.

Well...tapi macam dah bosan berada di Rekod. Rasa nak melebarkan sayap kot lain plak. Tapi tak tahu la bila.

Soon...
 ke  Johor atau masih di kelantan darul naim?
(tak nak keluar negeri plizz..)






Wednesday, 2 December 2015

#muhamadthaqifaiman going 19months

Assalamualaikum...

Semakin hari semakin cepat rasanya masa berlalu.
Sekejap je anakda membesar.

Lama tak cerita pasal perkembangan anakda Thaqif Aiman.
Lupa pun nak update tentang usia ke 18bulan.

Seperti biasa Thaqif makin aktif. Kadang-kadang makan banyak, kadang-kadang makan sikit.

Ibu kena rajin lagi tukar-tukar menu untuk Thaqif tu.
Roti gardenia jagung dah slow sikit.
Roti gardenia vanilla plak jadi kegemaran.
Gardenia squiggle pun makan. Tapi cepat muak jugak.
Roti bakar inti kaya pun layan.
Yogurt memang kegilaan. Berebut sudu dengan ibu sokmo.
Susu minum banyak.
Nasi pun makan banyak bila lapar.

Nak tengok dia makan nasi banyak. Bangun tidur jangan kasi susu dulu, sua je nasi. Sure habis sesenduk + disusuli dengan yogurt plak.
Seronok bila tengok Thaqif makan banyak.

Dah makin tinggi. Berkat makan yogurt hari-hari kot. Makin banyak baju sleepsuit, jumpsuit sendat bahagian pampers tu.
Time to shopping baju baru...

Makin bijak. Hari-hari memang makin bijak. Makin rajin la nak belajar. Sekejap-sekejap ambil buku mintak ibu/atok bacakan.

Kalau nak susu buat muka comel cakap 'air su' dan tarik tangan ibu cakap, 'ama-ama' -->> Nak susu. Jom buat susu sama-sama. 

Kadang-kadang ambik beg ladybug dia suruh ibu pakaikan nak pergi sekolah kononnya.
T__T
 Dah besar anak ibu.

Gigi dah makin bertambah. Dari 6batang, kini dah bertambah lagi 3batang -so far itu je hat ibu nampak. Teruja gedik-gedik ibu kejap sebab lama penantian untuk gigi anak penuh.

Taraa...sesi buli si bujang jadi rapunzel rambut putih. Bak kata papa, senyum tu yang mahal.


Tuesday, 1 December 2015

Freebies : Systema Toothbrush Free

Assalamualaikum...

Last month tak silap belek-belek page freebies. Isi la form untuk dapat free systema. Alang-alang isi jugak untuk husband tersayang.
Husband kan gigi sensitif, sesuailah kalau dapat systema ni.

Minggu lepas tup-tup sampai la sampel systema ni.


Send kat husband gambar berus gigi tu. Terus dia cakap ruginya sampai lepas dia balik JB. Kalau tak untung dah tak payah beli berus gigi. Kemain beli stok berus gigi masa balik KB aritu.
Takde rezeki lagi nak test berus gigi free.
Bulan 1 la balik test berus gigi free naa husband sayang.