Skip to main content

Lazada Online Revolution Sale : POOL UNTUK THAQIF

Assalamualaikum...

Menjadi antara pembeli tegar online tentulah menanti-nantikan sale besar-besaran seperti Lazada Online Revolution ni.

Tapi this time kite tak teruja mana pun. Biasa-biasa je.
As a mom, i always just waiting for diapers sale.
^__^
Tapi duit dalam acc kosong. (sengaja kosongkan awal-awal sebab memang kontrol diri shopping online sekarang)

Pastu tibalah hari Lazada Online Revolution Sale. 10.12.15
Kawan dalam FB racun plak dengan sale Tesco Family Pool dari RM99 turun ke RM39.90. Perghhhhh...

Dah le 2-3 hari sebelum tu abah dok zikir kat telinga kite tanya harga pool. (Nak suruh belikan untuk cucunda dia letew)
Bila tengok harga murah camgini wajiblah meronta-ronta nak.

Semangat call cik tye kat rumah suruh online transfer RM. Tapi tak dapat sebab tenet kat rumah macam siput sedut.
Tak mo mengalah, call cik na yang on the way ke Kuantan plak mintak transfer.
Cik na kata ada RM40 je dalam akaun.
Lantok, nak jugak. (buruk betoi perangai adik bongsu ni kenn)

Semata-mata kerana malas nak jalan g bank-in cash. Sanggup je kol semua orang.

Dah masuk RM, nak proceed check-out....
-------
The item already sold out.
------
Pfff...

Takde rezeki sungguh.
Pastu tak puas hati. Dekat sejam keep browsing je lazada punya page pool tu. Keep refresh.
Tetiba ada balik pool tu.
Lelaju check out. 
Puff...
Berjaya beli siap dengan potongan 10% lagi sebab guna debit card maybank.

Masa bukak parcel, Thaqif pun sibuk mengamuk-ngamuk suruh bukak abes kotak kolam tu.
Sabor jelah.
Agak-agak la anak oit. Memalam buta nak bukak kolam.
Lagi memusim hujan lagi nak kasi anak berendam.
Big NO.
Tunggulah weekend ke, musim tak hujan la baru rasmi.


Anyway, TQ Lazada and the supplier (TESCO) for the fast service.
Order 10.12.15, 13.12.15 dah sampai kat rumah.
walaupun tersilap bagi resit nama orang lain yang dok kat Seri Kembangan sana.
Kecik besar kerut dahi seribu je kite baca resit tu dah kenapa nama kite jadi nama lelaki, pastu tertanya-tanya bila pulak dok seri kembangan ni.


Comments

  1. Alaaaalaaa..ade lagi x sale ni??nak beliiii gok

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la yunk.sale lazada masa 10-12.12.2015 aritu.

      Delete
  2. wah syoknya lps ni bole berendam ramai2 dlm pool tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.tunggu papa balik baru rasmi.ibu malas nak melayan bujang main air.

      Delete
  3. wa... bestnya pool ni... tak sangka de sale plak... idam gak pool camni walaupun dah de satu pool yg besar gedabak dah kat rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...dah nama mak2.asal sale tetap nak beli ye

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...