Assalamualaikum... Hari tu ada share tentang gardenia spread hazelnut baru dari Gardenia kan? Kite ada bagitau request untuk buku resepi dari website gardenia juga. Isnin hari tu dah sampai dah buku nya. 2 buah. Actually seorang boleh request sebuah je. Kite kan tamak. Isi nama sendiri satu, dan isi nama husband satu. Teruslah dapat kedua-dua buah bukunya. Ihiks. Menarik-menarik juga resepi dalam buku ni. Banyak menggunakan roti wholewheat yang mana lagi berkhasiat untuk kita dan anak-anak. Kira memberi idea kepada ibu-ibu macam kite untuk menyediakan makanan untuk anak-anak. Hmm... tak sabar nak menyediakan menu-menu dalam buku resepi ini kepada Thaqif. Hope he will love it. Dari menu bekal hingga desert ada dalam buku-buku ini. Selain itu terdapat juga fakta-fakta tentang roti. Sambil memasak, membaca resepi, boleh juga dapat pengetahuan. Resepi-resepi dalam ni pun agak simple. Nanti, Thaqif besar sikit lagi boleh la ajak dia...
Bride.Wife.Mother.Family.Lifestyle.