Posts

Showing posts from November, 2018

The Third : The 2nd trimester (12-20 week)

Assalamualaikum. . Pembuka minggu ke 12, 8 Julai 2018. Pitam masa di majlis raya hospital. Nasib baik bila detect badan tak sedap cepat-cepat duduk, cepat-cepat jelah bagitau kawan-kawan. Dah tak mahu ke mana, nak berehat sahaja, tapi geng ofis heret jugak pergi majlis hari raya lawyer. Dapat makan kambing kat majlis raya tu terus feel good. Hahaha... . Pada minggu ke 12 itu jugak selepas magrib pertama kali merasa first kick baby (12 Julai 2018). Aktifnya the third, macam bola yang tengah melantun. . Minggu ke 13, merasa pitam itu makanan hari-hari walaupun dah makan, tetap ehh ko tetiba berpinar, gelap je mata. . Minggu 14, masih terasa pitam sekali sekala.  24 Julai.Dah makan pun, perut rasa tak selesa sangat, mual teramat. Sakit perut rasa memulas sampai ke tulang belakang. Risau sangat kalau apa-apa jadi kat baby. Tapi takde pun tanda-tanda turun darah ke apa. Balik kerja rehat jelah. 25 Julai, TCA di Klinik Desa, terus refer ke KK. Doc kata gastrik je. Fuhh lega. Dapat MC, bali…