Skip to main content

The Third : The 2nd trimester (12-20 week)

Assalamualaikum.
.
Pembuka minggu ke 12, 8 Julai 2018. Pitam masa di majlis raya hospital. Nasib baik bila detect badan tak sedap cepat-cepat duduk, cepat-cepat jelah bagitau kawan-kawan. Dah tak mahu ke mana, nak berehat sahaja, tapi geng ofis heret jugak pergi majlis hari raya lawyer. Dapat makan kambing kat majlis raya tu terus feel good. Hahaha...
.
Pada minggu ke 12 itu jugak selepas magrib pertama kali merasa first kick baby (12 Julai 2018).
Aktifnya the third, macam bola yang tengah melantun.
.
Minggu ke 13, merasa pitam itu makanan hari-hari walaupun dah makan, tetap ehh ko tetiba berpinar, gelap je mata.
.
Minggu 14, masih terasa pitam sekali sekala. 
24 Julai.Dah makan pun, perut rasa tak selesa sangat, mual teramat. Sakit perut rasa memulas sampai ke tulang belakang. Risau sangat kalau apa-apa jadi kat baby.
Tapi takde pun tanda-tanda turun darah ke apa. Balik kerja rehat jelah.
25 Julai, TCA di Klinik Desa, terus refer ke KK. Doc kata gastrik je. Fuhh lega. Dapat MC, balik dan berehat sahaja. HB masa check-up 10.5
.
Minggu 15, alhamdulillah makin better. 
Thaqif macam kena hfmd, info papanya. Papanya terus apply cuti, ibu pun dapat cuti kuarantin mula 31.7.18-2.8.18. Marilah berjimba kat rumah bersama keluarga. Untuk pertama kali juga la husband dapat rasa gerakan baby.
.
Minggu 16, masih dok dalam rentak dengan HB yang rendah, pitam sekali sekala.
Memang tak boleh nak berdiri atau berjalan lama-lama. Mendukung Aisyah sekali sekala kala keluar pun memang tak boleh. Cepat nak rasa penat dan pitam. Rasa macam darah tu berhenti mengalir seketika.
Maka, dengan ini kandungan kali ni lebih berhati-hati la. Tak boleh dah nak buat keras kepala macam dulu-dulu, suka-suka jalan sampai ke bandar KB dengan berjalan kaki secara berseorangan.
Check-up Klinik Desa minggu tu, HB turun ke 10.1. Masa tu complaint dekat nurse tak boleh makan zincofer tu sebab lepas makan akan rasa loya, sendawa dok bau ubat je. Nurse tukar ke ubat tiga serangkai, ferus.
Hujung minggu tu juga, spend time ke family day office husband di Tasik Kenyir.

Walaupun kebanyakan masa sekadar dok diatas houseboat, hanya sesekali turun mandi air terjun/ melawat kawasan sekitar. Terasa jugak la mengejar anak-anak yang dok naik turun tangga atas houseboat tu.
.
Minggu 17-18, agak menjaga pemakanan la risau HB menurun lagi. Tak nak check-up kat KK. Penat menunggu nanti.
Alhamdulillah, jumpa HB booster dah.
Kiwi dan epal hijau.
Check-up minggu 18 sebelum raya haji tu, HB meningkat ke 10.8, walaupun belum melepasi paras selamat syukur la.

Minggu 19-20, sekali lagi terumbang ambing. Terasa penat dikebanyakan masa tapi alhamdulillah survive.
Check-up minggu 20, HB sekali lagi turun kepada 9.9.
Minggu ni juga scan baby lagi.
Alhamdulillah, baby tak malu-malu tunjuk gender. Aduhai anak ibu, tak sabar nak menatap wajahmu anak. Baik-baik sayang.
Hujung minggu itu juga backpacker berdua dengan husband ke Hatyai. Pelepas angin ibu yang mengidam nak makan Thai Street Food.
Papa bercuti panjang sempena cuti umum yang berselang.
.
Till then.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....