Posts

Showing posts from July, 2015

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum...
Hari Raya.  Dah lali dengan soalan dari saudara-mara, rakan taulan  "Taufik tak balik?" dan ayat "Kesiannya.", "Sedihnya." Kite mampu senyum jelah. Because I'm to buzy handling my young man- Muhamad Thaqif Aiman. I'm strong. I'm okay.
Tipu cakap tak sedih, tak terfikir langsung suami yang jauh dimata pada Hari Raya. Scroll je facebook situ sana sini gambar ceria kawan-kawan bersama suami dan anak beraya mesti terdetik dihati nak bergambar camtu juga.
Soalan seterusnya, tak mintak tukar ke? (either I going there, or he back here) Pheww...  Soalan... Tak hagak-hagak. Macam mintak tukar hari ni esok ting boleh dok sebelah dah.  Abah kite bukan menteri ada kabel besar peha sesenang habuk boleh cepat dapat tukar.
Orang sekarang, tak pelik dah kahwin tak dok sekali.
Erm. Komen yang tertusuk dijiwa juga.
Takde orang berkahwin untuk terpisah. (orang gila jelah kahwin pastu sengaja dok jauh-jauh)
Untuk kami, mungkin ini ujian untuk pe…

Menang Giveaway dari IntaNBerliaN

Image
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki Muhamad Thaqif Aiman, dah 2x menang giveaway dari blog IntaNBerliaN. Terima kasih banyak-banyak Puan Zarina, moga dipermurahkan rezeki dan di permudahkan dalam segala urusan. Pemilik blog ni rajin buat giveaway tiap-tiap bulan, macam-macam hadiah ada. 
Kite biasalah kalau time tak sibuk sempatkan diri la join giveaway, kalau sibuk-sibuk nanhado join sangat. Kebetulan aritu join. Ingat tak menang dah, sekali tuan blog komen mintak details, terus terharu dan pm beliau. Menang hadiah dari cabutan semula undi sebab pemenang sebelum itu tak muncul. Takpelah menang jugak.



Kali pertama tu menang Alphabet Eraser. Sah-sahlah hadiah tu dijadikan milik Thaqif. Comel je eraser tu, buka-buka parcel terus tunjuk kat Thaqif. Teruja jelah tengok color-color tu.

 Sengaja tak buka packing tu biar tak sepah. Nanti Thaqif dah besar sikit barulah buka guna atau main menggunakan eraser. Buka sekarang sibuk buat masuk mulut lagi Thaqif tu.

Next, nak raya aritu ada gi…

4 ketul RM5 je

Image
Assalamualaikum...
Kalau orang kenal kite, kite memang bangsa suka free gifts, samples, and point/money collector.  =) My husband know me very well. Suka mintak sampel segala lotion, shampu etc lepas tu tak guna. Bila husband balik, terus sampel shampu/mandian tu di jadikan mandian kereta. Sadis sungguh.  Bukan tak nak guna sebenarnya tapi macam kadang packing dia comel je, terus macam sayangnya nak guna. Sampel berbentuk makanan, dan susu/diapers Thaqif tu guna la. 
Pastu hari tu isi la form request sampel ubat gigi TruCare's Nano Silver, pastu dapat la 2-3ketul sampel kecik. Pastu dapat e-mel lagi untuk dapat 1 ketul yang 95g. Isi lagi sekali dan dapatlah. Husband balik hari tu, dah selamat dia bawa ke Johor dah semua tu.
In mean time, kite pun di invite join member Trumex camtu sebab boleh dapat point bernilai RM10, pastu dapat promosi buy 1 free 1 TruCare's Nano Silver Toothpaste. Of course I join! Seketul ubat gigi tu harga RM14.50. Best apa, tambah RM4.50 lagi terus dap…

Seketul excavator

Image
Assalamualaikum...
Masuk-masuk kereta balik kerja semalam terus tergamam nampak seketul sodok/case (excavator). Thaqif ketika itu dok tidur.
Me : Bila beli? Abah : Tadi pergi rumah sedara mak muda, nak balik tu dia mengamuk, ingat sebab tak puas main sodok, pergi beli la. Dah beli pun tok se jugok main. Me : Mengamuk nak tidur je kot.  Berapa harga tu? Abah : RM15 Me :T__T.
Ikotkan hati nak membebel kat abah, tak payah la ikotkan sangat kecik tu. Kecik tu bukan apa sangat, memang lately mengamuk dia lain macem sikit tapi mostly sebab tak cukup tidur je pun. Kasi susu kenyang-kenyang comfirm tidur tak sedar diri dah. Tapi tak terbebel pun.

Know my abah well.  Selama ni susah kot dia nak berbelanja beli mainan ke apa kat cucu-cucu dia tapi kalau bab makanan memang laju. Dok dalam kereta nak ke mana-mana, Thaqif dok makan biskut dan tetiba biskut habis, dan-dan tu cari kedai beli biskut. Bukan le abah tak pernah langsung beli mainan, ada tapi susah okey.  Paling-paling dia akan mengadu kat i…

Belanja 1/2 harga di 11street

Image
Assalamualaikum...
Masih mood raya ke u'alls? Kami kat Kelantan masuk je Raya ke-3 mood raya dah terbang dah. Kalau ada jemputan Hari Raya pun mood dia macam kawan-kawan jemput pergi kenduri je. Baju raya ada 2 pasang je, asyik ulang tayang tu je pergi raya, stress asyik pakai baju yang sama la. Teruslah membelek 11street.my nak cuci mata since dapat kupon 11street hari tu ditambah dengan kupon-kupon lain yang di claim dari 11street sempena ramadan/syawal.
Inilah saat untuk gunakannya.
Pembelian pertama. Jubah. Harga 11street tawarkan RM75, tapi guna kupon 50% ramadan dan kupon shipping less kot (lupa). Bayar RM34+ je.
Pembelian kedua.
Berkenan sungguh dengan baju kurung ni. Macam sweet je.Harga 11street tawarkan RM66.15, guna kupon RM30 dari 11street je + credit free raya RM5 dan lebihan credit yang berbaki dari pembelian tak jadi sebelumnya. Maka, bayar RM22.06 je.
Syok giler shopping tapi bayar separuh harga je.
11street ni memang provide banyak jenis kupon. Sentiasa ada kupon…

CPUV 24 JULAI 2015 : FAIR & LOVELY RAYA

Image
Assalamualaikum...
CPUV baru dari Fair&Lovely

EXAM PSL N27 : Dah ready ke?

Assalamualaikum...
Bila kawan-kawan blogger dok keep update contoh soalan PSL N27. Kite? Usahkan nak membaca segala buku undang-undang tu. Contoh soalan pun tak baca aihhh...
Rasa tertekan aaa... Tak mood la nak pergi amek exam sengsorang... Boleh tak cancel balik pendaftaran amek exam tu tak? Wakakaka... Tiktoktik... 11 Ogos 2015 coming.

Jadual Cuti Umum 2016

Image
Assalamualaikum...
Walaupun baru nak menuju ke bulan Ogos 2015, tapi jadual cuti umum 2016 dah keluar. Baguslah senang i'olls nak plan cuti bagai... Dok target tahun depan nak holiday fly-fly away with my little family la satu kali. Insya-Allah. Tahun ni fly dengan anak dan abah ke KL sahajoo...
Tepek jadual cuti umum 2016 sekali supaya korang pun boleh planning cuti.


1 Jan 2016 (Jumaat) – Tahun Baru* Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu 24 Jan 2016 (Ahad) – Thaipusam* Kedah, KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, Penang & Selangor shj 1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah* KL, Putrajaya & Labuan shj 8-9 Feb (Isnin & Selasa) – Tahun Baru Cina 25 Mac (Jumaat) – Good Friday* Sabah & Sarawak shj 1 Mei (Ahad) – Hari Pekerja 21 Mei (Sabtu) – Hari Wesak 4 Jun( Sabtu) - Hari Agong 6&7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa 31 Ogos (Rabu) – Hari Kebangsaan 12 September (Isnin) – Hari Raya Haji* Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu cuti 2 hari 16 September (Jumaat) – Hari Mala…

#muhamadthaqifaiman 14 bulan

Image
Assalamualaikum...
Entri dah tertinggal keretapi.

06-05-2014 - 06-07-2015. Dah 14 bulan dah arjuna ibu ni.
Menjangkau usia 14 bulan Thaqif terlebih-lebih aktif la. Mood tengah nak explore everything.
Orang baru dapat kaki, abes tawaf seluruh rumah pastu tangan tu semua benda nak sentuh-sentuh jugak. Bab jalan ibu boleh la terima, bab nak sentuh segala benda tu, adehh... amaran keras tak boleh dilepaskan berjalan-jalan kat supermarket la ye, kena masukkan dalam troli dan jalan jauh-jauh dari rak. Risau le jalan kat bahagian botol kaca apa tu kang di sambar dia. Migrain ibu nak bayar semua benda. Dok atas troli pun dia boleh manjat sesungguh hati, pernah je kite park troli tepi peti aiskrim nak amek barang, pusing je tengok Thaqif tengah merangkak atas peti aiskrim tu. Sakit jantung ibu ni nak oittt...

Thaqif berjalan, nanti kalau dia rasa tempat tu menjunam tak stabil terus dia turun meniarap untuk teruskan pergerakan. Ini memang tindakan bijak la untuk mengelak dari jatuh tergolek. M…

Top-up pun guna shopback.

Image
Assalamualaikum...
My recent obsession. ShopBack.
Penangan GST selalunya berat hati la bab nak topup. Tension je nak kena hulur another 60sen kala topup RM10. Kalau nak topup online pun macam 14x bukak tutup online banking tu fikir nak topup ke tidokk. Bajet kalau dok 14x login logout tu boleh hilang la caj 60sen tu. Nanhadooo...
Itu dulu. 
Sekarang nak topup no worries. Berdesut je klik-klik. Kenapa?  Guna jelah ShopBack. Bayar topup RM10.60, dapat cashback RM1.06 seperti gambar dibawah.


Leceh la nak login shopback masuk kat store yang jual topup tu untuk topup etc. Tepuk dada tanya hati nak jimat ke tak. Moto kite selagi dapat jimat, walaupun seposen, I will save. 

salam 4 syawal

Image
Assalamualaikum...
 Salam 4 syawal. Kite dah mula bekerja dah arinie selepas 3 hari raya yang hectic.
Kemain konon tak semangat raya sebab suami tak balik. Last day puasa, kat ofis dah tak de mood buat kerja.Officemates pakat menggentel onde-onde dan kuih puteri mandi je. Boleh la buat juadah berbuka hari terakhir.


Dapat pulak half day je kerja. Syukur. Mood buat kerja memang dah melayang pun.
Balik tu nak amek anak, dia tengah tidur. So harapan tipis la balik rumah nak tidur. Maka, marilah membuat muffin.
Thaqif pulak menyepah dapur ibu. Suka hati kamu lee janji dok dendiam tak kacau ibu baking sampai siap.
Siap mengunyah cili api tanpa menangis. LOL. Ibu tak perasan le pulak cili api dok dalam periuk itu. Tapi boleh tahan la anak ibu ni tak nangis pulak makan cili.

Siap menyepahkan dapur ibu seperti kapal pecah, barulah ekkekk nak menyusu dan ajak tidur... Just right on ibu siap baking dan kemas baking stuff and the kitchen.
Good boy!

1 syawal. Raya kali ni sama je macam tahun-tahu…

CPUV 13 JULAI 2015 : VASELINE VAVAVOOM

Image
Assalamualaikum...
Iklan baru muncul lagi. Dok lalu-lalang cek akaun nuffnang tu serius tak perasaan bila muncul iklan ni.  Rezeki nak raya la kot. 

Kawan-kawan yang lalu lalang kat blog ni nak beraya tolong la klik-klik iklan ni kira kasi duit raya kat Thaqif ea.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Hikmah Ramadan Tahun Ini ^__^

Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Syukur. Masih bernafas. Esok dah masuk hari terakhir puasa. syahdu pulak ramadan dah nak pergi.
Ramadan kali ini banyak cabaran onak duri tapi bersyukur dan redha dengan semuanya semoga hikmah menjelma.
Husband awalnya balik bercuti selama lebih kurang 7hari je. Kemudian diatas urusan kami sikit tertunda maka husband minta untuk sambung cuti. Alhamdulillah proses sambung cuti tu tak de masalah langsung.
Kes pokok tumbang la pulak. Pun alhamdulillah berlaku semasa husband masih dirumah, dapat tolong abah apa yang patut juga kemas-kemas kat belakang tu takat mampu la. Anyway, sampai hari ni tak pasang lagi atap baru -lepas raya nanti la, tukang rumah sibuk nak-nak raya ni.
Sekali lagi ujian menimpa bila urusan kami tak dapat diselesaikan dalam masa husband menyambung cuti tu. Frust! Husband dah macam merajuk pun ada nak pergi right away malam tu- on the date he should back to JB. Syukur taklah balik sana.
Tiba-tiba dapat berita mak accident pulak. Bera…

Raya dah nak sampai

Image
Assalamualaikum...
Ramadan dah nak melabuhkan tirai dah.
Sekejap je masa berlalu.
Masa Ramadan baru dilalui, nak sampai seminggu tu rasa lama. Bila masuk 2 minggu. Eh, dah nak raya dah.
Kite masih bekerja ye hingga hari Khamis, Isnin dah masuk kerja balik. Tak mo apply cuti la, simpan cuti nanti suami balik atau hal-hal kecemasan lain. Cuti pun ada 10 hari je lagi.

Raya tahun ni suami tak balik. Rasa dull sikit tapi okey la bila tahun ni turn beraya rumah sendiri. Adalah aktiviti beraya yang padat sikit jumpa tok che semua. Eh! kalau rumah MIL pun seronok jugak tapi tercicir la nak beraya dengan tok che semua pulak.
Untuk raya tahun ni, persiapan biasa-biasa je. Takde la sofa baru ke langsir baru mahupun rumah baru... Langsir dan sofa pakai sampai reput dulu baru kite ganti baru ye.
 Baju raya kite masih kat tailor-malas nak menapak pergi amek. Pastu adalah beli handbag dan selipar baru jugak kat zalora, itupun nak kasi clear store credit je pun.
Untuk Thaqif, baju melayu raya pun da…

Baucer Lazada RM30 Percuma

Image
Assalamualaikum...
Pagi-pagi datang kerja cuci mata kejap jumpa baucer lazada RM30 ni. Sharing is caring.  Jom shopping!
RM30 Off Storewide with minimum spend of RM80.

Discount code: PLUS30

Terms & Conditions
1. Applicable from July 10th to 16th 2015.
2. The discount is not valid in conjunction with any other offer, disocunt or promotions.
3. Minimum purchase of RM80 is required to redeem the discount.
4.Discount is applicable for one time redemption only. Log on to your account to redeemdiscount.
5. No cash alternatives or refund will be offered in lieu of Promotion entitlement. Discount cannot be combined and accumulated.
6. LAZADA reserves the right to alter, cancel, terminate or suspend the promotion without prior notice.

* Shop through Shopback and get <10.0% Cashback
Duit dah paras hidung dah dengan suami balik hari tu memenuhi selera tekak masing-masing, ulang-alik ke rumah mertua, hospital etc tapi rasa rugi kalau tak guna baucer ni pun ada. Maka, kite beli drypers je sekotak. Masih …

Meroyan di Mr. DIY Kota Bharu, Kelantan

Image
Assalamualaikum...
husband ada di kampung mestilah macam asyik nak bertepek je wife ni.Pergi kerja asyik menghitung masa nak balik je Nak spend time dengan husband dan anak. ^__^
Rabu aritu pun camtu la, siap stress-stress malas nak pergi kerja sebab malam sebelum tu pergi menyelam tudung kat wakaf che yeh. Balik dah pukul berapa ntah. Nak EL sayang jugak cuti. Pergi jugak kerja dengan lemau. Kena plak turun bawah mencari bht untuk orang audit. Perasaan tambah lemau...dengan pening kepala lagi.erm. mengadu kat husband, rasa nak amek off petang la, macam tak sihat, nak balik tidur je. husband memang on sentiasa kalau bab-bab camni sebab dia bosan jugak dok rumah sorang. macam kite pernah cakap, kami kalau dok dekat, berpisah kejap pun laju mesej/whatsapp, boleh plak dia umpan kite tanya nak pergi dating kat mana. Pfff... kite jawab xtau tapi dalam kepala macam-macam tempat dah muncul. Mood pening demam sume dah terbang dah.
Bila husband ajak dating berdua aka follow je wife nak ke man…

MIL warded...

Image
Assalamualaikum...
Rabu, 8 Julai 2015. dah tidurkan anak, dok lepak dengan husband layan MKR sambil mengisi duit raya masuk ang pow. Husband keep dapat mesej. Biasa dia tak melayan sangat mesej bila kat rumah. Hari tu tengah main game syok-syok pun dia akan segera baca bila bunyi mesej masuk. Ada miscall dari nombor mak.
selamba jelah kite cakap 'mak nak tanya pasal kereta kut'
Wakaka...
Husband laju-laju call back mak.(kena call kat luar rumah tepi jalan sana pasal dalam rumah kite takde line)
Masuk-masuk je muka panik je husband tu.
Husband : mak jatuh motor patah tangan, sekarang kat hospital
Me: pastu nak balik ke?nak balik sekarang?(blurr)
Husband : ntah.eh.nak balik la.tapi macam mana ye, nak kejut thaqif ke? Kesian.
Me: baliklah.xpelah nanti dia sambung tidur dalam kereta.

laju-laju kami berdua pergi mandi dan kemas beg semua.

Sampai hospital dah over 11pm. Mak pun dok dalam ER lagi masa tu, again nak pergi x-ray lagi sekali baru masuk wad. Alhamdulillah mak sedar je, …

Terbalik

Assalamualaikum...
Pejam celik. Esok dah masuk Jumaat terakhir bulan ramadan. semua orang ceria menanti syawal, menghitung hari nak balik kampung berjumpa sanak saudara, berbuka puasa seterusnya beraya bersama-sama. Meriahnya raya.
Tapi hati ni sikit pun tak rasa excited untuk sambut raya pun. Baju raya langsung malas pergi tanya kat tailor. Kuih raya tak de rasa nak uli mahupun beli. Juadah raya pun tak terfikir. Duit raya untuk parents dan anak-anak kecil dah tersedia dari awal cuma belum isi sampul. Malas gilerrr... Takde mood sebab kite sedang menghitung detik waktu husband berangkat pergi bertugas. Sabtu ni husband berangkat pergi... Wuuu... Cekal la hati untuk beraya berdua dengan anak je tahun ni. Husband kena berkhidmat untuk negara.
Tahun ni alhamdulillah turn semua kakak-kakak diperantauan balik kampung. Tahun ni juga turn beraya dirumah sendiri. Semoga kepulangan kekanda-kekanda sekalian dapat menceriakan hatiku yang lara. Dah tu siap-siap pesan kat mereka sila la bawak ba…

CPUV 3 JULAI 2015 : WALL'S MAGNUM RAYA [PC]

Image
Assalamualaikum...
Rezeki Julai yang pertama.

Info lanjut : Magnum Malaysia / Walls Malaysia

Pokok timpa rumah.

Image
Assalamualaikum...
Khamis lepas EL sebab terbabas tidur lepas subuh. Maka, balik la kami anak beranak ke rumah mertua. Sebelum balik, singgah melawat tok che dahulu, sempat jugak cuci mata kat jualan gudang Anakku di SBJ Kutan tu. Tak delah murah sangat pada kite. Cheapskate. Ada jugak la grab 2 pasang kasut untuk anak-anak saudara baru dan sehelai t-shirt raya untuk Thaqif.
 Perancangan nak balik semula rumah lepas berbuka hari Sabtu tu.  Tup-tup pagi-pagi tengok phone dah banyak sangat miscall dari abah.  Rupanya abah nak beritahu pokok tumbang timpa rumah kami pada hari jumaat tu.  Abah suruh balik kemas barang risau kalau atap bocor. Laki bini dah tak senang duduk. Angin kuat sangat kot sampai pokok pun tumbang. Macam-macam dalam kepala, teruk sangat ke? Ujian la buat kami.
Mak dan ayah tak de kat rumah. Tunggu mak ayah balik dahulu baru gerak balik.
Sampai rumah, tengok dari depan...
Laaa... taklah teruk sangat kot... Pokok yang menjalar je tumbang.


Tengok dari dapur...
Terus sp…

Bila papa balik, Thaqif rasa terancam, ibu mangsa keadaan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah husband dah selamat sampai 8hari lepas.  Bila papa balik, Thaqif mula-mula nak biasakan diri balik dengan papa tu lambat sikitlah tapi tak de la tantarum langsung tak nak kat papa.  Kalau biasa, dok dengan ibu, 6.30pm dah selamat tidur. Papa balik ni, nanhado tidur sebelum buka puasa ye. Puaslah ibu buat cemana pun nanhado tidur. Saja bagi mandi main air lama-lama sebab nak suruh penat, mengantuk cepat-cepat pun tak berjaya.
Membuas je kejenya. Ibu dan papa nak berbuka puasa pun dia dok keliling meja pastu nak capai segala pinggan lauk, pinggan nasi. Berbuka dengan tak tenang, kena makan cepat-cepat je sebab kalau tak abeslah Thaqif bermandikan gulai bagai.
2nd day berbuka dengan husband, Thaqif macam mengantuk-ngantuk dah kol 7pm. So decided to let him sleep first. Almost 8pm, he still rolled over the bed.  T__T. Ibu laporr... Surrender. Bawalah anakda keluar bilik, berbuka dahulu.
 2 adult vs a toddler. Adult failed.  Acaner? Papa dah tergeleng-gele…

11street Coupon

Image
Assalamualaikum...

Kupon dari 11street.my dah sampai. Nak shopping apa?

Salam Nuzul Al-Quran

Image
Assalamualaikum...

Seakan baru semalam Ramadan tiba...  Sedar-sedar, hari ni eh kita dah pun melepasi separuh Ramadan... Syawal pula bakal menjelma...
Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua. 

Double sided grill pan RM14.00 je.

Image
Assalamualaikum...
Entri shopping lagi. Kali ni kat lazada pulak. Bukan nak menunjuk tapi sharing untuk dapat best deal.  Shopping with best price.
Khamis lepas kakak mesej mintak tolong beli almari kat lazada. 
Murah tak almari ni? Kalau tengok kat kedai mahu RM300+. Masa kakak kite suruh beli tu RM144.00, masa check out dapat harga RM139.00 ni.
So, kite berbesar hati la untuk belikan. Tolong jelah, tak rugi lagi untung adalah. Nanti dapat claim point BCard, dan shopBackpada akaun kite. 
Tapi biasalah 'extreme coupon' macam kite, tentunya nak tawaran terbaik lagi. Jumpa kupon RM50 with the purchase RM200. (auto pop-up menu while browsing lazada) Biasa RM300 baru dapat kupon RM50. Ini shopping RM200 je dapat kupon RM50? Haruslah tumpang shopping sekali.
So kite pun pilih untuk beli double sided pan yang sekian lama menjadi idaman kalbu.

Setelah ditambah keduanya dan tolak dengan kupon RM50.
See the amount?
Kuali tu berapa harganya adik-adik?
RM158.00 - RM139.00 = RM29.00
Jima…

Bila papa shopping baju anak

Image
Assalamualaikum...
Sebelum husband balik kampung, kite suruh husband pergi shopping baju anak dulu barang sehelai dua kat uniqlo sana untuk  raya. Saja membuli husband kasi belajar juga uruskan beli barang anak juga, kang esok kite takde ke apa tahu la nak urus anak. Sini banyak je kedai tapi masa limited dengan Thaqif yang sangat aktif tu, takde nak fokus pilih baju ke apa.
Baju-baju pilihan papa.
Dapat bayang betapa bangga papa masa snap gambar ni. ^__^

Okey la puas hati, sebijik je macam kite dah usha kat website uniqlo tu.

Dah balik KB. Duduk-duduk sembang, keluarkan baju-baju Thaqif yang husband bawak balik.

Me: Eh...Macam besar je...Takpelah nanti besar sikit boleh pakai.
Husband : Yeke besar? B tengok estimed ukuran ikut umur dah la.
Me : Ye sayang, memanglah estimated ukuran ni, tapi tengok kg jugak. Sini 13kg. Anak kita walaupun dah 14bulan baru 8kg.
Husband : ooo... B tak boleh bajet la.
Me: Takpe. Later tahun depan boleh pakai juga. (sambil bukak plastik baju putih tu, keluarka…

Pengalaman Bersama Ephyra Skin Bar

Image
Assalamualaikum...
Selamat pagi!
Alhamdulillah bulan lepas rezeki menang Ephyra Skin Bar dari giveaway dari blog CoklatEyes.


Bila buka parcel nampak Ephyra Skin Bar terus sangat teruja sebab dah lama nak beli tapi asyik tertunda je. Buka kotak, bau Ephyra Skin Bar itu macam jelly je, harum terus feeling nak gigit-gigit. 



Bila tengok testimoni yang berjaya dengan menggunakan Ephyra Skin Bar. Terasa lagi teruja tau.

Kini giliran kite pulak menceritakan pengalaman sendiri menggunakan Ephyra Skin Bar yang hebat ini setelah hampir tiga minggu menggunakan Ephyra Skin Bar. 

Gambar tanpa mekap sebelum dan selepas menggunakan Ephyra Skin Bar.
Kulit lebih lembut, cerah, eye bag berkurang, liang pori merngecil dan yang penting kurang berminyak.
Pengalaman, menggunakan Ephyra Skin Bar. Seronok. 
Cuci muka, rasa fresh je dengan baunya yang sedap dan buih yang banyak. Syok je membelai wajah ni.
Part kulit lembut, cerah, eyebag berkurang, liang pori mengecil itu tak nak komen apa sebab jelas kelihatan dalam g…